November 27, 2011

Inspirasi dari Cik Yoshizawa Hitomi GPB-04B BEARGGUY (hANGRY custom)


Yeah! Siap jugak projek terbaru aku, Beargguy custom. Idea ni aku dapat dari bintang pujaan aku, cik Yoshizawa Hitomi melalui watak hANGRY dalam kumpulan hANGRY & ANGRY-f dan jugak melalui maskot dia. Tengok gambar kat bawah ni. Hampir sama tak. Kih3

Memang banyak cabaran masa aku nak buat dan cat beargguy. Aku perlukan banyak material seperti cat, primer, clear coat. Ada part aku terpaksa buat sendiri seperti tanduk/rambut spike bargguy sebab tu ciri2 yang wajib ada pada cik Yossi. Aku buat bahagian tu daripada papan potong sayur yang aku beli dari kedai Daiso, rm5 je dan saiz dia tipis je, 0.9mm je. Nak beli pla-plate tak mampu dan mahal. tapi sama je aku gunakan papan ni dan cuma leceh sikit lah nak potong dan cat. Makan masa dan perlukan penelitian yang betul. walaupun kurang menjadi hasilnya aku tetap puas hati dengan hasil aku dan aku akan upgrade dari masa ke masa. cakap banyak pun tak guna, meh layan gambar2 yang aku ambik untuk tontonan korang semua. Layan ok :)


Amacam, layan. Ok tak ke KO. haha. Masih banyak kelemahan perlu aku baiki di masa depan. Apa pun banyak nasihat aku dapat dari salah seorang pemenang New Challanger BAKUC 2011, abam Mior Hezri macam mana nak bagi pertingkatkan kualiti painting dan cara painting dengan betul. Projek seterusnya akan dilancar tahun depan cuma tak tahu lagi gundam model apa akan aku jadikan 'custom project'. Cuma yang tinggal hanyalah sekotak Gundam AGE-1 Normal yang masih perlu aku settlekan sebelum gunpla baru akan muncul. Adios.


hANGRY a.k.a Yoshizawa Hitomi Project:


November 14, 2011

hANGRY&ANGRY-f Hitz Song

OK, sebelum ni aku dah cerita sikit kan pasal kumpulan hANGRY&ANGRY-f ni. So sekarang aku nak share pasal dua lagu favourite aku yang aku letakkan sebagai antara lagu di dalam blog aku ni. Bagi aku memang layan, tak tahulah korang kan. Kih3. Layan jom..


Kill Me Kiss Me

Let me tell you, honey, / I just wanna love and hate you.
kamisama no inai heaven
Can you feel me now? / Can you see the bat in hell?
negai wo dare ni sasagu?
Kill Me (Kill Me) Kiss Me (Kiss Me)
tsugihagi darake no sukaato haite
Kill Me (Kill Me) Kiss Me (Kiss Me)
konya wa odorou konya wa odorou

[H] boku no daisuki na amai pudingu wo [A] kimi ni agetai
[H] dakedo hitotsu shika nai no [A] dou shitara ii?
[H] hitotsu shika nakatta [H&A] dou sureba ii?

kanashimi kakusu you ni kimi wo kizutsukete
obieteita no wa boku no hou datta

Let me tell you, honey, / I just wanna love and hate you.
kamisama no inai heaven
Can you feel me now? / Can you see the bat in hell?
negai wo dare ni sasagu?
Kill Me (Kill Me) Kiss Me (Kiss Me)
tsugihagi darake no sukaato haite
Kill Me (Kill Me) Kiss Me (Kiss Me)
konya wa odorou konya wa odorou

[A] takai haihiiru haite [H] kuroi doresu kite [H&A] kimi ga odoru

kanashii ikurai boku wa kimi ga suki datta
aishikuretara nani mo kisutsukenakatta

No way I think of you. / I don't need you going home.
ibasho nai kodoku na heaven
Oh baby, I'll give you love, love and hate you.
dobenai boku wa kirai?
Kill Me (Kill Me) Kiss Me (Kiss Me)
me wo tojireba tenshi ni aeru
Kill Me (Kill Me) Kiss Me (Kiss Me)
konya wa odorou konya wa odorou

Let me tell you, honey, / I just wanna love and hate you.
kamisama no inai heaven
Can you feel me now? / Can you see the bat in hell?
negai wo dare ni sasagu?
Kill Me (Kill Me) Kiss Me (Kiss Me)
tsugihagi darake no sukaato haite
Kill Me (Kill Me) Kiss Me (Kiss Me)
konya wa odorou konya wa odorou konya wa odorou






HEY HEY, YOU KNOW IT, I GOTTA FEELING kakusenai
MAKEUP shite fuku wo kitemo kakusenai

(THERE’S A FEELING NEAR) futari wa
(THERE’S A FEELING NEAR) abunai wa
(THERE’S A FEELING NEAR) boku no te wa kimi e nobiteyuku

YES NEVER MIND (TOP SECRET)
bokura no koi wa (TOP SECRET)
YES NEVER MIND (TOP SECRET)
yurusarenai (TOP SECRET)

YOU MAKE ME DIZZY, OH kimi wa READY doushiyou
nagai kami wo furuhodoite odoridasu

PRETTY GIRL 2x ashita wo
PRETTY GIRL 2x nagesuteta
PRETTY GIRL 2x shoujo tachi sasou SECRET NIGHT

NOBODY KNOWS (TOP SECRET)
warui koto to (TOP SECRET)
NOBODY KNOWS (TOP SECRET)
kimi wa warau

hossa ga okita mitaina shodoyou boku wa kono mama de ii

TOP SECRET (5x)

YES NEVER MIND (TOP SECRET)
bokura no koi wa (TOP SECRET)
YES NEVER MIND (TOP SECRET)
yurusarenai (TOP SECRET)


NOBODY KNOWS (TOP SECRET)
warui koto to(TOP SECRET)
NOBODY KNOWS (TOP SECRET)
kimi wa warau

Kill Me or Kiss Me :

kawaii hANGRY & ANGRY-f


Hehe. Orang cakap mereka pelik, tapi bagi aku diorang superb. mereka tetap dengan gaya mereka dan cool. Lagi pun aku die-hard-fans salah seorang anggota hANGRY&ANGRY-f, Yoshizawa Hitomi. Sebab dia sememangnya comel walaupun perwatakkan dia nampak boylish, kasar dan gasak. Tapi tu sememangnya cita-rasa aku. Kih3. Aku Bagi sedikit info pasal hANGRY&ANGRY-f.

Info dari wikipedia:
hANGRY & ANGRY-f (diolah sebagai HANGRY & ANGRY f , sebelum ini dikenali sebagai hANGRY & ANGRY) adalah wanita pop / rock Jepun kedua-duanya di tubuh pada tahun 2008, yang terdiri daripada bekas ahli kumpulan Morning Musume, Hitomi Yoshizawa ("Hangry") dan Rika Ishikawa ("Angry"). Kumpulan itu merupakan kerjasama dengan sebuah kedai fesyen Harajuku yang menjual anak kucing maskot pereka fesyen, Naoto 's. Kumpulan ini asalnya berfungsi untuk mempromosikan mainan boneka dan pelbagai produk lain dari kedai Naoto's.

Kedua-dua telah diumumkan secara rasmi melalui pembukaan akaun MySpace mereka pada bulan Oktober 2008. Laman web yang menarik 100,000 pandangan dalam tempoh empat hari, dan dengan cepat mencecah 1,000,000 penonton. Mini-album pertama mereka, "Kill Me Kiss Me", telah dikeluarkan pada masa yang sama di Jepun dan Korea Selatan pada 19 November, 2008. Ia pada mulanya tidak mendedahkan identiti yang kedua-dua anak-anak gadis yang sebenar, walaupun peminat cepat mengagak siapa mereka dan mereka kemudian memperkenalkan diri mereka kepada umum bahawa mereka ialah Yoshizawa dan Ishikawa. Pada 2009, kumpulan ini dikenali sebagai Hangry & Angry-f, "f" merujuk gaya baru mereka masa depan (future) dengan kostum putih.

Hangry & Angry -f membuat debut mereka di luar negara di Sakura-Con pada bulan April 2009, persembahan sebagai persembahan pembukaan. Mereka telah melawat Eropah pada bulan April, dan ia adalah lawatan pertama mereka ke luar negara iaitu ke PARIS, FRANCE.

[ hANGRY ]

Nama Penuh:
Hitomi Yoshizawa
吉澤 ひとみ
Nama Lain:
Yossie, Yossui, Yossi, Yocchan
Tarikh Lahir:
April 12, 1985
Kelahiran:
Miyoshi, Saitama, Japan


[ ANGRY-f ]

Nama Penuh:
Rika Ishikawa
石川 梨華
Nama Lain:
Rika
Tarikh Lahir:
Januari 19, 1985
Kelahiran:
Yokosuka, Kanagawa, Japan


Ok, dah tau tentang profile. Entri seterusnya nanti aku akan share pasal dua lagu favourite aku dari hANGRY&ANGRY-f. Sampai sini dulu lah ye. Byee

「Reconquista」-f



Projek Raya Haji ~ [GNR-101A - GN Archer]

2 hari sebelum Raya Haji hari tu aku jalan2 macam biasa, seorang diri sementara nak tunggu member baik aku, Cik Ayu balik dari Kelantan. Apa lagi lambat nak tunggu cik Ayu sampai, aku sempat pergi ronda2 area KLS City. Saja je jalan-jalan cari makan, kih3. Tengah2 berjalan, aku singgah satu kedai buku ni. Ingat nak cari Majalah Hobby baru tapi tak keluar lagi daa. Dalam tengah2 belek buku, ternampak kat almari kaca kedai tu. Aku ternampak satu model kit yang aku nak sangat. Iaitu, GN Archer. Gundam lah senang cerita. Kih3. Tanpa fikir panjang aku terus sambar. Bukan BANDAI tapi brand china, GaoGao. Murah je, rm24.90. Balik lepas hantar cik Ayu balik rumah aku terus belek2 runner2 yang ada. Sikit je, sama macam runner2 Nadleeh tapi kekemasan brand GaoGao ni lagi bagus dari TT Hongli cuma tak sehebat BANDAI la. Cuma masalah warna tak menarik dan aku cadang nak re-paint balik. Tapi cuaca yang kurang baik sekarang ni aku rasa akan jadi lambat untuk di siapkan. Memang lambat pun siap. Dekat 10 hari jugaklah aku nak siapkan model ni. Sebab nak spray perlukan cuaca yang betul2 panas baru cat boleh kering dengan cantik dan shining. Kalau tak mesti bercapuk dan bergelembung. Hehe. Aku tak reti nak cerita banyak. Korang tengoklah hasil dan illustrasi dari gambar2 yang aku tangkap ni ok.


Walaupun hasil nya bagi korang kurang menarik tapi bagi aku, aku cukup puas hati dengan hasil kerja aku sendiri. aku akan sentiasa uprgade skill dan mutu painting aku di masa depan. Korang tunggu lah update entri terbaru dari aku. Projek lepas ni aku akan gabungkan Beargguy dan hANGRY iaitu maskot bagi cik Yoshizawa Hitomi. Salam


Re-paint GN Archer oleh:

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "