Mac 15, 2016

Dream League Soccer [JDT 2016 kit]

Yosh! Aku buat saja2 dan suka2 je, nak edit jersi kit dekat game Dream League Soccer 2015 kit aku je..kalau tak lawa maaf sebab aku buat ikut aku punya suka..haha..


JDT 2016 HOME


JDT 2016 AWAY



JDT GK 2016 HOME


JDT GK 2016 TRAINING




Mac 08, 2016

THE DEAD WALK THE EARTH!





With this hand, I will lift your sorrows.
Your cup will never empty, for I will be your wine.
With this candle, I will light your way in darkness.
With this ring, I ask you to be mine.

Victor Van Dort

---------------------------------------------------------------------------

If I touch a burning candle, I can feel no pain. In the ice or in the sun, it's all the same. Yet I feel my heart is aching; thou it doesn't beat, it's breaking; and the pain here that I feel, try and tell me it's not real. I know that I am dead; yet it seems that I still have some tears to shed.

Emily

---------------------------------------------------------------------------

I've spent so long in the darkness, I'd almost forgotten how beautiful the moonlight is.

Emily










all quote from : Corpse Bride

Mac 07, 2016

Ore Monogatari? ~My Love Story?~

LoL..dah beberapa hari baru nak update, apa benda aku nak update siot..hahahaha..bengong aku ni, maklum baru baik (belum lagi sebenarnya) migrain, dah tua seh..so otak belum center lagi..ok, hari ni aku nak share pasal filem jepon terbaru aku layan, satu2 filem aku pergi layan dekat Singapore, nak pergi Melaka dah abis show, nak pergi KL jauh seh..terpaksa gi Singapore..rabak SGD12(MRY36)..filem tu tak lain tak bukan, My Love Story atau Ore Monotagari..sebuah filem yang di adaptasi dari manga dan anime yang pada aku sangat ohsem..kisah cinta budak sekolah menengah atasan yang lawak dan romantik..dari apa yang aku tengok banyak dia ubah sesuai dengan konsep filem dan buat penonton macam aku susah nak jangka apa akan berlaku dan tak lari dari jalan cerita dan plot asal..

Apa aku boleh sipnosis dalam filem ni, cerita pasal seorang pelajar sekolah menengah atasan, Takeo Gouda (Ryohei Suzuki) yang mempunyai susuk tubuh yang besar dan ganas sesuai dengan ahli olahraga tapi mempunyai sifat baik hati dan suka menolong walaupun orang melihat dia sebagai yang menakutkan dan macam gorila tapi di senangi oleh rakan2 sekelas dan lelaki, cuma kurang popular di kalangan perempuan..Dan mempunyai sahabat baik sejak dari kecil dan juga jiran sebelah rumah, Makoto Sunakawa (Kentaro Sakaguchi), yang sangat popular di kalangan perempuan..ramai gadis yang Takeo minat semua jatuh hati pada Suna tapi di tolak Suna kerana sikap gadis2 yang memperlekeh teman baiknya, Takeo..

Nak di jadikan cerita satu hari dalam perjalanan pulang, Takeo & Suna terserempak dengan pencabul jalanan yang cuba mencabul seorang gadis..Takeo dengan sifat semulajadi pergi menyelamatkan gadis..Gadis itu, Rinko Yamata (Mei Nagano) mula jatuh cinta dengan Takeo memandangkan Takeo adalah orang yang menyelamatkan dan Takeo juga ada orang pertama dia jatuh cinta..Namu Takeo seperti biasa mengganggap Rinko menyukai Suna seperti kebiasaan gadis lain..Rinko cuba mendekati Takeo namun Takeo seolah2 tak memahami dan merasakan Suna lebih baik..Sikap Takeo yang lurus dan tak memahami itu menyebabkan Rinko sering terasa hati dan apa dia lakukan seolah2 tak difahami Takeo..Suna cuba memberi penerangan namun juga tak di fahami Takeo sehingga tiba hari ulangtahun kelahiran Suna, ada sesuatu yang berlaku menyedarkan Takeo dan semua atas klu yang di berikan oleh Suna.Ops, aku tak boleh bagitau semua seh..nak tau kena tengok..kih3,.

Apa2 agak menarik jalan cerita yang di olah dan menampakkan pengarah yang berkaliber dan tidak terlalu mengikut jalan cerita asal tanpa mengubah suasana dan plot tu sendiri..tu je lah aku mampu kongsikan..apa2 pun best tengok kat singapore boleh dapat file "My Love Story" free..haha







Ok..meh aku share sikit biodata peneraju utama filem My Love Story ni..


Filem: My Love Story!!
Romaji: Ore Monogatari!!
Pengarah: Hayato Kawai
Penulis: Kazune Kawahara (manga), Aruko (manga), Akiko Nogi
Producer: Daisuke Kadoya, Tadashi Tanaka, Akira Yamamoto
Tarikh Release: Oktober 31, 2015 (Jepon)
: Februari 25, 2016 (Malaysia)
: Mac 3, 2016 (Singapura)  
Genre: Teen-Romance / Romantik-Komedi
Bahasa : Japanese
Negara : Japan



Takeo Gouda / 剛田 猛男

 Nama : Ryohei Suzuki
Japanese: 鈴木亮平 (すずき りょうへい)
Tarikh Lahir : Mac 29, 1983
Kelahiran : Nishinomiya, Hyogo, Jepon
Tinggi : 186 cm.
Darah : A
asianwiki : Ryohei_Suzuki


Rinko Yamato / 大和 凜子

Nama : Mei Nagano
Japanese: 永野芽郁 (ながの めい)
Tarikh Lahir : September 24, 1999
Kelahiran : Jepon
Darah : AB


Makoto Sunakawa / 砂川 誠


Nama : Kentaro Sakaguchi
Japanese: 坂口健太郎 (さかぐち けんたろう)
Tarikh Lahir : Julai 11, 1991
Tempat Lahir : Jepon
Tinggi : 183 cm
Darah : O






sukida!!

Mac 05, 2016

~ Star in Sky ~Shooting Star Girls(流星群少女)

Yo! Rajin pulak lately ni nak update pasal idol ea..dah tak ada kerja kot..banyak masa terbuang..haha..sementara tu share la sikit2 pasal idol2 underground or local jepon yang aku tau..ala idol yang orang tak rajin nak share aku share..haha..nukilan pun nukilan bodoh2 je pun..tak power macam otai2 wota malaysia lain tulis karangan..level karangan aku level sekolah rendah je..hahaha

Ok, kali ni aku nak share pasal satu local idol yang berpengkalan di Fukuoka, Jepon. Di tubuhkan di Fukuoka pada tahun 2012 di bawah projek K-NEXT dan terbentuk kumpulan ini dengan gabungan lengkap 9 member pada Februari 2013. Group ini di beri nama, Shooting Star Girls (流星群少女). Mereka ini adalah sebahagian daripada peserta ujibakat "Ginga Kokusairenmei" yang gagal menempatkan diri ke peringkat seterusnya.

Antara member terawal ialah Tada Yuu, Choukuchi Seina, Uchida Runa, Ogata Ai, Yoshidome Marina, Murayama Shihori, Oosawa Mai, Shinohana Mai & Komine Sae. Dan sehingga hari ini member silih berganti dan yang terbaru member yang sedia ada hanya tinggal 4 member yang terdiri dari Okazaki Erina, Ogura Megumi, Hirokawa Kanon & Maika.

Setakat dari penubuhan group ni, mereka telah menerbitkan 6 buah single dari 2 fasa berbeza iaitu Fasa 1 (Ryuusei-gun Shoujo/Meteor Shower Girls) & Fasa 2 (Shooting Star Girls). Antara single terbitan mereka ialah

Fasa 1 (Ryuusei-gun Shoujo/Meteor Shower Girls)

  • Hōkago! Mune kyun ☆ Star ☆ (Mei 15, 2013)
  • Charlie oo sagase (Oktober 23, 2013)

Fasa 2 (Shooting Star Girls)

  • Senkou Rider (Ogos 27, 2014)
  • Meririririririri Christmast! (Disember 2, 2014)
  • Datte Ryuusei-gunda Mon (Mac 28, 2015)
  • Byakuya Hime Densetsu (Disember 2, 2015)


流星群少女 (Shooting Star Girls)
Hirokawa Kanon, Maika, Ogura Megumi, Okazaki Erina
webside : ssgirls
blog : natalie
: ameblo 
twitter : @shootinggirls
youtube channel : KNEXT



Shooting Star Girls / 流星群少女 members

Okazaki Erina (岡崎絵理菜)
gelaran : Eripyon
tarikh lahir : September 29, 1997
asal : Yamaguchi
darah : B
hobi : anime
twitter : @knokazakierina


Ogura Megumi (小倉恵)
gelaran : Goo Melo
tarikh lahir : April 22, 1997
asal : Fukuoka
darah : A
hobi : akrobat & baton
twitter : @knoguramegumi


Hirokawa Kanon (廣川かのん)
gelaran : Kaniyon
tarikh lahir : Mac 1, 2002
asal : Fukuoka
darah : B
hobi : menari
twitter : @knhirokawakanon


Maika (舞花)
gelaran  : Mai-chan
tarikh lahir : Mac 13, 2000
asal : Fukuoka
hobi : renang berirama
twitter : @KnMaika


Shooting Star Girls / 流星群少女  bekas-members

Murayama Shihori
村山しほり
gelaran : shiporin
tarikh lahir : April 6, 1989

Ogata Ai
緒方愛
gelaran : Megutti
tarikh lahir : Ogos 21, 1994

Yamanaka Kana
山中花菜
gelaran : Run-chan
tarikh lahir : Mei 12, 1994

Komine Sae
小嶺沙絵
gelaran : sae-myon
tarikh lahir : Jun 2, 1993

Oosawa Mai
まいぽむ
gelaran : maipomu
tarikh lahir : September 18, 1990

Sakurano Moeka
桜野萌香
gelaran : moe-kyan
tarikh lahir : September 1, 1994

Shinohara Mai
篠原真衣
gelaran : maimai
tarikh lahir : Mac 21, 1995

Shibuya Nana
渋谷菜那
gelaran : nana
tarikh lahir : Februari 24, 1997

Uchida Runa
内田瑠菜
gelaran : runarun
tarikh lahir : Mei 6, 1997

Yoshidome Marina
吉留茉里奈
gelaran : marin
tarikh lahir : Julai 6, 1997

Choukuchi Seina
張口聖菜
gelaran : senapon
tarikh lahir : Julai 24, 1997

Hirono Misaki
廣野実咲
gelaran : misakinguu
tarikh lahir : Februari 11, 1999

Kawashima Akane
川島愛奏
gelaran : akane
tarikh lahir : Julai 2, 1997

Konishi Yuka
小西優花
gelaran : yukarin
tarikh lahir : Disember 26, 1997

Nanase Mimu
七瀬末夢
gelaran : mimu
tarikh lahir : Februari 8, 1998

Ootomo Mari
大友茉莉
gelaran : marichu
tarikh lahir : Februari 1, 2001

Meiki
明希
gelaran : akitsun
tarikh lahir : Mac 23, 1998


Shooting Star Girls / 流星群少女 lagu terkini


Shooting Star Girls / 流星群少女 - Byakuya Hime Densetsu



ryuusei-gun!!!

Mac 03, 2016

~ Hey Onii-chan!! ~ RhymeBerry (ライムベリー) [UpDate2016]

Yo! Malam ni terasa nak update satu group rap yang aku minat..group IdolRap, RHYMEBERRY.. sebelum ni aku pernah share pasal group ni, link sebelum ni pasal RhymeBerry Part1, tapi sekarang aku nak share gabungan & ahli baru group ni lepas Mc Yuka, Mc Hime & Dj Hikaru keluar dari RhymeBerry..dan di ganti dengan dua ahli baru yang mewarnai group idol-rap ni..

Bermula dengan Mc Yuka yang keluar dari group atas masalah keluarga & kewangan yang terpaksa ditanggung untuk meneruskan karier sebagai idol menyebabkan Mc Yuka atau Otawara Yuka mengundur diri dari RhymeBerry pada April 2014. 

RhymeBerry come back selepas lama berehat dan telah kehilangan seorang member. Dan pada Ogos 2014, RhymeBerry memulakan langkah baru dengan "1st live Magic Party in August 2014" di WWW Shibuya, Tokyo.  Dan pada November 2014 dengan ahli seramai 3 orang iaitu Mc Miri, Mc Hime & Dj Hikaru, mereka melancarkan single terbaru, Idol Illumatic.

Pada February 2015, Mc Hime (Mochida Himeka) & Dj Hikaru (Nobuoka Hikaru) umum untuk graduasi dari RhymeBerry setelah 3 tahun bersama. Dj Hikaru sekarang banyak terbabit dengan dunia modeling dan menggunakan nama Nobuoka Hikaru. Mc Hime terbaru telah menyertai satu lagi group rap/hiphop idol, Lyrical School dengan gelaran nama di LS sebagai Hime. Hime menyertai Lyrical School pada Disember 2015 dan dia mengantikan members yang sebelum, Hina. Dan hanya tinggal Mc Miri (Sakurai Miri) meneruskan karier dan group RhymeBerry.

Beberapa selepas Mc Hime & Dj Hikaru meninggalkan RhymeBerry, di bawah producer baru, member baru telah di perkenalkan, Mc Misaki. Misaki adalah bekas members Aither (disband Disember 29,2014) & Pramo (keluar dari Pramo September 2013 untuk focus pada Aither). 

Pada masa, Mc Miri telah menubuhkan satu group lain yang memfocuskan lagu2 rap semata2. group yang di tubuhkan bersama 8Gatsu-chan dari group Oyasumi Hologram dan membentuk duo 8mm. 8mm di sebut dalam sebutan jepon adalah Hachimiri (ハチミリ). Sound producer, Hashida Kazuma (Hakoniwa no Shitsunaigaku) & Oyasumi Hologram producer Ogawa Koichi, adalah orang bertanggungjawab ke atas kolaborasi ini. Debut pertama membuat persembahan pada An Night ~Soshite Densetsu e~ (あんナイト~そして伝説へ~) di Shinjuku Loft, Tokyo. Turut serta dalam persembahan itu termasuk Bellring Girls Heart, Rhymeberry, Oyasumi Hologram, Jyujyu, Maison Book Girl, Avandoned, Necronomidol & Mizuno Shizu.

Selepas Idol Illumatic, single terbaru RhymeBerry di terbitkan pada Mei 2015 bertajuk, Mirrorball. Single ni juga single pertama gabungan dan wajah baru RhymeBerry, Mc Miri & Mc Misaki.

Pada Disember 29,2015, RhymeBerry mengumumkan member terbaru mengantikan tempat Dj Hikaru yang masih kekosongan. Dj U-Nin, gadis kelahiran Taiwan di perkenalkan pada masa persembahan. Namun, pada Januari 18,2016, Dj U-Nin menggumumkan menarik diri atas masalah keluarga di Taiwan. Persembahan terakhir Dj U-Nin pada Januari 27,2016 di Dues Shinjuku.

Itu saja info aku dapat bagi buat masa ni..secara ringkas dan padat..aku harap dapat pergi lagi performance RhymeBerry dekat Dues Shinjuku lagi tahun ni..hehe



 ライムベリー (RhymeBerry)
Mc Miri, Dj U-Nin, Mc Misaki

webside : rhymeberry.tokyo
twitter : @rbstko
youtube channel : RHYMEBERRY


ライムベリー member's

Mc Miri 
(Sakurai Miri / 櫻井未莉)
tarikh lahir : Mac 28, 1998
asal : Tokyo
darah : A
tinggi : 159cm
hobi : bolasepak
twitter : @rbs_miri

Mc Misaki
(Misaki / みさき)
tarikh lahir : Jun 3, 1999
asal : Akita
darah : O
tinggi : 159cm
hobi : barangan pink, anak patung beruang & arnab
twitter : @rbs_misaki


ライムベリー bekas member's

Dj U-Nin
tarikh lahir : Januari 18
asal : Taiwan
graduasi dari group : Januari 2016
alasan graduasi : masalah keluarga di Taiwan
terkini : kembali ke Taiwan



 Mc Hime
(Mochida Himeka / 持田妃華)
tarikh lahir : Mei 14, 1998
asal : Kanagawa
graduasi dari group :February 2015
alasan graduasi : keluar dari group
terkini : member Lyrical School (join Disember 2015)


 Dj Hikaru
(Nobuoka Hikaru / 信岡ひかる)
tarikh lahir : Mei 6, 1998
asal : Hokkaido
graduasi dari group :February 2015
alasan graduasi : keluar dari group
terkini : model


Mc Yuka
(Otawara Yuka / 大田原優花)
tarikh lahir : Mei 13, 1998
asal : Tokyo
graduasi dari group :April 2014
alasan graduasi : masalah keluarga & kewangan keluarga
terkini : tba



ライムベリー lagu terkini

ライムベリー ~ Inhateroku 



SuperMCZTokyo









Mac 02, 2016

~ 3 minit ~ SanMini (サンミニ)

Yo! Apahal 3 minit? Mesti sesuatu yang menarik kan? haha..Taklah, macam biasalah aku nak share pasal idol sikit2 lagi2 idol aku minat katakan..Hari ni nak share group aku terminat masa TIF (Tokyo Idol Festival) 2015 masa trip jepon hari tu..Terlayan dan terminat time Konsert dekat Enjoy Stadium. Boleh tahan group ni dan musik dia pun jenis yang aku suka..Lagi sebab time tu aku hype saja buat moment konon2 dekat Ayaka Minami (time tu tak tau nama, lepas balik hostel baru kaji), sekali dia bagi respon siot..dua kali dia balas lambai aku..memang shiok & floating kejap..haha XD

Nama group tu adalah 3mini (サンミニ) & ini nama baru lepas pengurusan tukar dari nama asal 3minute lepas konsert "San Minute 3! Sun! Summer Live" Julai 18, 2015. San makna dia "tiga" & mini refer pada "minute". Group 3min. ni bawak rentak EDM (Electronic Dance Music) dan memang aku minat rentak EDM walaupun banyak tak berapa suka..group ni di tubuh tahun November 30, 2013 bawah syarikat "Platinum Passport" yang terkenal dengan beberapa group idol lain macam PASSPO☆ (ぱすぽ), palet (パレット), Band-Maid (バンドメイド) & predia (プレディア)

Group asal di anggotai 5 member, Yasuda Yui, Aizuki Hina, Hisamatsu Kaori, Takatorie Rie & Watanabe Mayu..Disember 2013,Takatorie Rie hiatus dari segala aktiviti SanMini sebabkam masalah kesihatan dan ambik keputusan berhenti terus dari SanMini pada Februari 2014. Pada masa bulan yang sama member baru join SanMini, iaitu Minami Ayaka. Pada April 2014 tiba giliran Yasuda Yui berhenti di sebabkan nak teruskan karier sebagai model sepenuh masa. Dan Kashimoto Moeka menjadi member terbaru SanMini pada Mei 2014. Kita Yuko menjadi member terakhir terkini menjadi member SanMini, dia join pada Julai 2015. Selain tu, Watanabe Mayu adalah member yang diserap masuk ke satu lagi group di bawah Platinum Passport, palet..tapi Watanabe Mayu masih bersama dengan SanMini walaupun berada di dalam palet.

Single debut SanMini pertama Panorama World (パノラマワールド) di lancarkan pada November 2014.

Dah tau info sikit pasal group ni kan? Jom aku kenalkan dengan member2 group ni pulak ye..Oh sebelum terlupa, Oshi aku untuk group ni dah tentu yang aku minat dan dapat moment dengan dia, Minami Ayaka :p


サンミニ (SanMini)
picture new outfit : single「A to Z」
Mayu / Moeka / Yoko / Kaori / Hina / Ayaka
webside : 3min-platinum
blog : ameblo
twitter : @3min_staff
youtube channel : サンミニ チャンネル

サンミニ member's

Aizuki Hina (逢月ひな)
warna member : Merah Jambu / Pink
nickname : Ohina-chan
tarikh lahir : November 24, 1994
asal : Kanagawa
darah : O
tinggi : 153cm
berat : 37kg
saiz kaki : 23
makanan kegemaran : hamburger, coklat, kentang
blog : ameblo


Hisamatsu Kaori (久松かおり)
warna member : Jingga / Orange
nickname : kaori-chan, hisamatsu, machiiyuu
tarikh lahir : Mei 1, 1995
asal : Hyogo
darah : B
tinggi : 151cm
berat : 38kg
saiz kaki : 23.5
makanan kegemaran : sayuran & salad
blog : ameblo
twitter : @hisamatsu_kaori


Watanabe Mayu (渡邊真由)
warna member : Merah / Red
nickname : mayuchii
tarikh lahir : September 12, 1997
asal : Kanagawa
darah : O
tinggi : 163cm
berat : 46kg
saiz kaki : 24.5
makanan kegemaran : teh hijau, buah-buahan, sayuran & salad
blog : ameblo


Minami Ayaka (南彩夏)
warna member : Putih / White
nickname : ayaka (Ayk), aya, ayakatchi, ayatan
tarikh lahir : Jun 30, 1994
asal : Hyogo
darah : A
tinggi : 156cm
berat : 40kg
saiz kaki : 23
makanan kegemaran : shiromeshi, kinparo, kentang, masakan kampung
blog : ameblo
twitter : @xaykxx


Kashimoto Moeka (柏元萌華)
warna member : Kuning/ Yellow
nickname : moepi
tarikh lahir : Mei 15, 1997
asal : Kanagawa
darah : B
tinggi : 154cm
berat : 41kg
saiz kaki : 23
makanan kegemaran : ayam goreng, strawberri, makanan yang manis
blog : ameblo
twitter : @moe___0515


Kita Yoko (喜多 陽子)
warna member : Biru / Blue
nickname : yoko
tarikh lahir : Januari 17, 1993
asal : Osaka
darah : O
tinggi : 153cm
berat : 40kg
saiz kaki : 23
makanan kegemaran : daging panggang



Bekas サンミニ member's

Takatori Rie ( 高鳥吏恵) 
warna member : Biru / Blue
berhenti : Februari 12, 2014

Yasuda Yui (安田唯)
warna member : Ungu / Purple
berhenti : April 19, 2014


Koleksi Single

Single
1st. Parallel World (November 19, 2014, Brand-New Music)
2nd. STYLE (Mei 6, 2015, Brand-New Music)
3rd. Road of VICTORY (Mei 17, 2015)

Mini album
1st. A to Z (Mac 30, 2016, Platinum Passport / PCI MUSIC)


Latest Single MV
サンミニ「A to Z」




Ok! cukuplah sampai ni je mampu aku kongsi..lain kali aku kongsi yang lain pulak ye..


giv me ur style!!



Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "