Jun 07, 2012

I'm Fall in Love, Again?

Salam, ogenki desu ka? watasi wa genki desu! haha..halo2, waa lama tak tulis blog, yelah sejak pc kesayangan aku jahanam kena panah petir..pasrah je lah, bukan rezeki aku kot. sekarang kumpul duit balik nak bina balik pc baru. Oklah, berbalik pada tajuk aku kali ni, 'Aku jatuh cinta,lagi?"' Haha bunyi macam pelikkan tapi tulah aku pun tak pasti apa aku rasa kan ni. Mungkin ye mungkin tak. Ok2 aku ceritakan, macam ni ceritanya.

Awal bulan 1hb June, sepupu lelaki aku kahwin. & orang rumah dia orang perak la yeob. Kat Parit Buntar, sepupu dekat wajib pergi. Kan. Masa tu aku kat masjid sambil tengok2 sepupu aku nak akad nikah, tengah sibuk2 menjadi photographer wannabe, aku terpandang seorang gadis ni, aku tak tahu macam ada sesuatu, terus mengcengkam jantung aku. Perasaan yang pernah aku rasa hampir 3tahun lalu, cuma kali ni aku tersentap seolah2 jantung aku tak berhenti berdegup. Mula aku rasa mungkin khayalan tapi aku rasa makin lama makin aku sasau di buatnya. Lepas akad nikah, balik semula kat homestay tempat kami bermalam, betul, aku memang dah jatuh hati kat gadis tu. Lagi sekali aku nafikan yang aku dah jatuh hati. Aku harap lepas 24jam aku ok.

Petang masa nak pergi untuk majlis bersanding, aku rilek lagi. Ambik gambar, tapi aku toleh kiri aku tengok dia ada, aku terus rasa jantung aku berdegup laju dan aku cepat2 pergi tempat lain. Mata aku tak pernah lari dari pandangan pada gadis tu. Entah aku pun tak pasti kenapa. Aku nak tegur atau berkenalan tapi keberanian aku tak ada. Aku tak berani sebab aku sedar diri dan aku tak pasti apa yang aku rasakan ni. Kalau boleh aku nak lepaskan perasaan yang aku rasa. Biarkan lah perasaan ni pergi macam tu je.

Balik dalam bas, aku cerita dengan adik aku, Angah dan sepupu aku, Wawa. Diorang marah aku sebab aku tak berani nak move on. Diorang cakap ni perasaan yang aku susah dapat sebab diorang faham aku bukan senang nak jatuh cinta atau jatuh hati. Mungkin sebab aku fobia tentang cinta dan keberadaan aku. Diorang cakap dah sampai masa aku buka hati aku untuk terima yang lain yang aku tutup untuk seseorang dan dah tiba masa aku kena fikir hati aku dari hati yang lain. Mungkin betul sebab lepas aku berpisah dengan bekas kekasih aku setahun lalu, aku dah tutup hati aku untuk mana2 gadis, bukan tak ada yang nak tapi aku tak dapat bagi hati aku untuk mereka dan tak dapat aku isi untuk nama yang lain.

Memang aku tak jangka perasaan aku untuk hati yang lain begini rupanya. Tapi aku taknak berharap sebab aku sendiri tak kenal gadis tu dan aku gelar dia 'Kanojo X' iaitu Gadis X..huhu..apa yang aku tau, dia ni kawan isteri sepupu aku dan aku dah pun jumpa fB dia. Makan masa aku nak add dia. Sampailah lepas aku isya' semalam aku terus tekan button add tanpa was2. Haahaha. Aku perlukan sokongan untuk aku terus ke depan biarpun aku tahu peluang aku cuma ada 1% berjaya. Ya Allah kuatkanlah hati aku dan andai dia benar untukku dekatkan aku dengannya dan andai sebaliknya, jauhkan dia dari hati hamba-Mu ini. Amin.

Nak tengok rupa dia, dia tak cantik tapi aku terpikat dengan senyuman dia. Maafkan saya sebab ambik gambar ni dari tuannya.

Aku tak harapkan apa2 cuma aku harap ianya tak membuat aku terseksa. Andai dia jodoh aku maka dekatkan dia dengan aku dan andai dia bukan untuk aku, aku terima dan tabah menerima semua takdir.


Lone Ranger :

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "