Januari 17, 2016

MilkShake (ミルクセーキ) Nagasaki

Wew, lama tak share pasal group2 idol kan..Haha..apa lagi budak geek macam aku boleh share, kaki layan idol jepon..haha..Meh hari ni aku nak share pasal satu group idol tak lah baru, tapi aku baru jumpa..lepas2 beberapa kali layan dan hadam, boleh kira masuk otak jugak lah. Group idol kali ni aku nak share adalah MilkShake (ミルクセーキ) Nagasaki , group yang di asas di Nagasaki, kira Nagasaki Idol lah.

Sikit info pasal MilkShake Nagasaki ~



MilkShake (ミルクセーキ) Nagasaki

Management : Nagasaki-hatsu! ToBe Idol Project
Debut : Julai 2013




Ahli Terkini 2016

Nakagawa Maria
Gelaran : Maria
Tarikh Lahir : Disember 14, 1988 (28 tahun)

Kawai Yuna
Gelaran : Nyoro
Tarikh Lahir : November 1, 1995 (21 tahun)
Twitter : @MilkShake_yuuna

Yokozawa Kei
Gelaran : Maria
Tarikh Lahir : April 4, 1996(20 tahun)
Twitter : @MilkShake_kei

Yazawa Saki
Gelaran : Sakitty
Tarikh Lahir : Mei 1, 1991 (25 tahun)
Twitter : @MilkShake_saki

Aikawa Emimi
Gelaran : Emirin
Tarikh Lahir : Januari 30, 1998 (18 tahun)
Twitter : @MilkShake_emi

Hiraoki Urara
Gelaran : Urara
Tarikh Lahir : November 15, 1997 (19 tahun)
Twitter : @MilkShake_urara

Fujimoto Mio
Gelaran : Odeko
Tarikh Lahir : May 6, 1997 (19 tahun)
Twitter : @MilkShake_Mio



Cukup ni dulu aku share, lain2 kena lah cari sendiri kan..aku cuma mampu share asas je, masih mengkaji katanya..hahaha..sebelum blah, aku share MV favourite aku untuk group MilkShake Nagasaki ni, sampai ketemu lain kali.




ToKYo iDoL FeSTiVaL oNe FiVe [TIF15]

Yo! Lepas sebulan balik dari Jepun dan abis Tokyo Idol Festival @ TIF baru aku terasa nak post pasal pengalaman pertama aku join event Idol terbesar kat Jepun. Tahun ni lebih 154 idol yang join event ni, walaupun tak di sertai oleh Idol yang lebih mainstream or top, tapi kehadiran idol yang sedia ada pada aku pun cukup terbaik. Event kali ni aku dapat tiket percuma untuk kedua2 hari. TIF berlangsung dua hari, 1 & 2 Ogos 2015 di Odaiba. Walaupun tak semua idol aku layan, tapi hampir kesemua idol yang aku nak layan dan betul2 aim aku layan. Dan ada jugak idol baru yang aku layan kat sana pada aku cukup menarik untuk di follow aku teracun dan terjebak.

Untuk tiket, harga untuk sehari adalah 7,000yen (Day 1), 6,000yen (Day 2) & 12,000yen (Day 1 + 2). Itu kalau beli on the spot, kalau beli early bid, harga dia tak silap aku 5,000yen (Day 1), 4,000yen (Day 2) & 8,000yen (Day 1 + 2). Aku? dapat percuma beb, sebab? Sebab produksi TIF baik hati bagi tiket percuma untuk penonton bukan warga Jepun, maksudnya untuk pengunjung dari seluruh dunia. Diorang cuma offer untuk 500 tiket hari pertama dan 500 tiket hari kedua. Tiket diorang offer melalui laman sesawang rasmi dia. Dan aku cuba dua2 hari untuk apply dan aku dapat kedua2 hari2. So aku jimat dalam 12,000yen secara am nya..Harap2 tahun depan pun dapat free lagi ye..Haha..Aku rasa sebab produksi nak tarik gaijin datang menyaksikan TIF..tapi oklah..Meh aku kongsi apa yang berlaku pada hari pertama dan kedua aku dekat TIF dan show siapa aku pergi..

Line up Idol 2015 ~IdolFes



Hari Pertama

Sampai2 ke Odaiba, terus tebus dulu tiket or tag untuk di pakai masa TIF, tag kena pakai untuk ke kawasan stage. Ada 8-9 stage untuk kawasan seluas 2km persegi..Haha..Walaupun ada stage macam Smile Garden tak boleh orang tak ada tiket layan, tapi banyak stage adalah tertutup. Lepas tebus tagged, mula2 aku nak ke Hot Stage sebab nak layan Otome Shinto, tapi lineup panjang so terpaksa ke Market jalan2 dulu..Haha..Barang pertama aku beli dekat Market, dah tentu barang2 Otome Shinto, first aku beli towel member Otome Shinto dan towel member aku beli dah tentu Takahashi Yurika, towel pink, 1,500yen..Hehe..masa lepas beli, dapat cabutan bertuah, aku dapat signature member Otome Shinto, tapi aku kena tunggu pukul 3pm untuk ambik kat booth diorang..dan lepas tu ke booth Babyraids JAPAN, aku cuma tertarik dengan photopack size besar Manatsu untuk event Summer, 500yen tapi cukup puas hati..lepas puas jalan tiba masa ke Sky Stage, konon nak layan NijiCon. nak taknak terpaksa beratur panjang untuk tunggu turn naik lift..haha..

Sky Stage memang cukup dahsyat, sebab ingat naik lift dah sampai, sampai2 kena panjat lagi tangga yang setinggi 5tingkat..semput tak semput panjat tangga..haha..sampai2 atas terus layan masa tu Mai Kotone buat performance, lepas tu turn Babyraids JAPAN..ahh comel gila Manatsu, walaupun dengan rambut blonded dia..tetap teruja siol, lagu paling best Babyraids bawak tetap Tora Tora Tiger, Manatsu buat movement Tora, demn floating seh..lepas performance Babyraids JAPAN, rehat sekejap sambil tunggu next performance, NijiCon..performance NijiCon boleh tahan tapi ntah tak berapa enjoy sangat, maybe sebab tak ada Emiri kot..lel..habis performance NijiCon, aku turun bawah, sampai bawah tengok dekat bahagian TV ada Shinozaki Ai, so panggil Frei, layan2 sampai show tu abis..lepas tu sebab panas sangat , pergi rest dekat kawasan yang sejuk sebelum gerak kembali ke Market dan Smile Garden sebab nak tengok Pour Lui pulak, tengah2 rehat dekat park dekat Telecom Station, frei nampak Pour Lui jalan, dan dia panggil aku kuat, Pour Lui pandang  belakang, dan aku lambai2 kat Pour Lui, Pour Lui reply dan senyum..damn, moment first gn idol sia..

Sebelum ke Market, lepak Smile Garden, layan Muto Ayami punya performance, menarik dan memang rock lah Ayami, fan dia pun chant A.Y.M then pronounce AYiiM..haha..dah abis aku gerak Market, dan ke gerai Otome Shinto, dan dapat lucky draw aku. waaa, dapat all member punya signature..memang treasure aku la kan..dan orang2 booth cakap member datang booth around jam 4, sambil tu sambung jalan2..bila tiba masa beratur untuk shopping kali kedua kat Booth Otome Shinto..kali ni ada dua member je datang, Arisa & Airi, damn, comel2 siot dua2 ni, lagi2 Arisa, dah kecik molek gn kepala besar dia telinga capang..rasa nak cubit2 je..tak pasal2 aku terbeli t-shirt Otome Shinto yang aku tau memang tak ada size aku, XL je ada, terbakar 3,500yen demi adik2 Otome Shinto.. 


 pass masuk, ada stage dalam studio so wajib ada, tapi ada stage free dekat dataran
 Sky Stage ~ stage paling tinggi dan memenatkan..haha..naik lift tapi still kena panjat 6 tingkat tangga




 lottery seh

malay corner katanya..lol


Hari Kedua

Hari kedua tak banyak persembahan idol nak di kejar sangat. Cuma kejar event cheki je. Dalam kepala hotak aku cuma aim untuk kejar Otome Shinto je. Sambil tu layan la beberapa idol yang ada dekat2 stage dekat sebelum dan selepas persembahan Otome Shinto. Sama macam semalam, sampai2 aku dengan member aku, Frei terpisah dengan Sim & Amer sebab diorang turun awal stesen. Sampai2 masa tu idol2 tengah ajar senaman robik katanya. Sambil2 tengok tiba2 frei kena tegur dengan VJ terkenal jepun, Charlie Brown, untunglah. Haha. Aku pegang barang Frei dah macam Frei idol dan aku Manager-san..Lepas di temuramah, aku stay luar Smile Garden sambil layan Kobushi Factory dari jauh sebelum aku gerak ke Doll Factory sebab nak layan Otome Shinto. Frei masuk Smile Garden sebab dia aim untuk Nijicon.

Abis layan Otome Shinto sementara tunggu next performance Otome Shinto kat stage lain, lepak kat area Zipp Diver, depan scale sebenar Gundam RX-78-3, duduk bawah pokok layan cuaca panas terik yang dekat 41darjah time tu..sangat panas time tu dan nasib ada pokok dan padang yang redup untuk lepak kejap, sampai tertidur. Sambil2 lepak tu ada la fan2 lain yang bawak barang idol untuk di sedekah kan kat peminat2 lain. Aku apa lagi, benda free ambik je la..banyak jugak cd aku ambik, antara cd StellaBeat, AfiliaSaga,IdolCollegge..sangat banyak seh..haha..lepas redup sikit tu baru aku masuk Market, saja usha2 barang. Sambil2 jalan jumpa adik2 Stardust yang comel2, aku lambai dia lambai balik siap pusing kepala tengok aku reramai..segan siot..haha..

Dekat Market aku cuma beli satu pack gambar member 3min (san-min), Ayaka Minami, lain, pack gambar PiiiiiiiN gn album PiiiiiiiN, untuk barang2 PiiiiiiN aku dapat 4 tiket untuk cheki dan sign.so Aku sempat cheki dengan oshi PiiiiiiiN aku, Ayano Hara..nasib baik dia boleh cakap english so takdelah krik3 sangat..punya rancak borak sampai manager-san dia time ambik cheki siap sebut Happy Family! Agak wew seh..














Finally!

Dua hari event memang rasa betul2 menguja kan aku, memang terasa nak pergi lagi untuk TIF2016..haha..kalau ada sen lagi boleh la pergi kan..Kalau siapa yang layang idol jepun tu, jenis layan banyak group, memang di saran untuk terjah event ni, dua hari event dalam 11,000yen (RM400) je & boleh layan lebih 100 idol jepun..So ni jelah rajin aku nak share ye..lain kali kasi cerita lagi la ye..



Idol Festival, Sangat Bagus!! ~ tempeyeon, 03/08/2015

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "