September 30, 2017

Candy from Harajyuku


Candye♡Syrup! ni asalnya adalah sebuah salon rambut yang terkenal di Harajuku..Candye♡Syrup! & Shimokitazawa, peniaga yang memiliki konsep stor "cute fairy fashion", memperkenalkan group idol sendiri yang di beri juga nama Candye♡Syrup!..Group idol yang berkonsep kombinasi Yume Kawaii dengan element Hardcore, Loud Rock, Mellowcore & Ska..Pengasas group ni juga pemilik Candye♡Syrup! salon, IKU-chan..group ni secara rasmi di tubuhkan pada Jun 2017 dan persembahan pertama mereka sebagai unit idol pada Ogos 19, 2017, di Shibuya Milkway..

Apa yang menarik tentang group ni, group ni di perkuat oleh salah seorang bekas ahli DEEP GIRL, Non yang memang terkenal dan berbakat dalam "screamo" di kalangan peminat idol yang suka dengan musik core..

Lepas aku tengok dua musik video yang diorang dah lancarkan, agak menarik musik core yang mereka sampaikan..aku boleh cakap percubaan IKU-chan bentuk group idol yang hardcore seolah2 mereka ni gabungan musik DEEP GIRL dengan CY8ER secara asasnya..lagu pertama mereka yang juga sama tajuk dengan nama group diorang, Candye♡Syrup!, secara peribadi lagu ni sangat ska funky musik..ceria dan bertenaga selain music asas EDM yang trendy masa ni di samping ska funky yang tak banyak group ketengahkan musik macam ni sekarang ni..untuk lagu kedua, mellowcore yang tersusun dengan cantik..elemen musik dramatik dan core buat aku tertarik untuk tunggu lagu mereka yang seterusnya cuma masalah vocal masing2 belum cukup padu untuk main kan musik dan lagu macam ni, dan vocal jemputan, m!sa (ALL IN VAIN, Story of Hope), yang bagi lagu ni bernafas dengan bebas dan suara m!sa selamatkan vocal kesemua Candye..mungkin ada penambah baikkan di masa depan yang aku nak tunggu dari IKU-chan dan lain2 untuk sesuatu yang lebih menjanjikan..rasa ni je kot aku boleh cerita serba sedikit pasal diorang ni..lain2 kena lah cari sendiri sebab aku cuma bagi ruang dan jalan untuk kenal diorang kenalah cari sendiri..hahaha

sedikit info dari blog & webside jepun ~
kimikame
- tokyogirlsupdate



Chian, Saaya, Aisaki, Non, Ichigo

Candye♡Syrup! PROFILE
Webside : idol-candyesyrup
Twitter :  @CandyeSyrup_
Tahun Aktif : Jun, 20167
Label / Agensi : Starlit Signal Record


Candye♡Syrup! MEMBER

Aisaki Mai
相咲舞
Warna : Mermaid Blue
Tarikh Lahir : Julai 25
Twitter : @aisaki_mai


Non
のん
Warna : Melty Black
Tarikh Lahir : Jun 22
Twitter : @non__ND


Colomo Chian
稚杏ころも
Warna : Milky Purple
Tarikh Lahir : -
Twitter : @CS_colomo


Ichigo Hatsune
初音いちご
Warna : Cotton Candy Pink
Tarikh Lahir : Julai 24
Twitter : @CS_ichigo_15


Saaya Tenshi
天使さぁや
Warna : Angel White
Tarikh Lahir : Disember 30
Twitter : @CS_saaya








Candye♡Syrup! Music Video

1st MV
Candye♡Syrup!

2nd MV
IDOL OF DEATH feat m!sa



Syrup made in Harajyuku

September 29, 2017

EMPaYAR


EMPiRE..dengar nama je dah cukup gah dan menakutkan..nama yang cukup besar dan mungkin kemunculan mereka sesuatu yang di luar jangkaan..tapi itu baru nama dan nama tak cukup memberi satu makna mereka akan jadi satu fenomena luar biasa dalam dunia idol..Satu projek baru oleh WACK dengan kerjasama Avex secara rasminya..siapa yang follow WACK tentu dah tau siapa mereka ni dan mereka ni lah yang mencipta satu fenomena luar kebiasaan dalam dunia idol dengan ideologi anti-idol atau lebih senang Alternative Idol..satu projek mereka yang pernah mengegarkan dunia idol satu masa dulu, BiS (Brand New Idol Society), pernah mencipta nama dari jalanan sehingga ke pentas Budokan dan di bubarkan apabila mencapai objektif..kemunculan mereka membuat lebih banyak group2 idol yang berkonsepkan Alternative atau Underground muncul masa kini..tapi aku bukan nak cerita pasal BiS, tu lain kali boleh..secara ringkas nya, kira EMPiRE ni adik/sister group kepada BiS, Gang Parade & BiSH..

Sebulan EMPiRE di umumkan satu dunia idol, dengan pengumuman mereka yang sedikit pelik sebab mereka mengumumkan satu projek idol yang muka mereka di rahsiakan sampai mencapai satu syarat yang di kehendaki..kira wajah diorang ni di purdahkan..Apa syarat untuk wajah mereka di dedahkan? Cabaran yang cukup susah untuk idol yang baru muncul dan lagi datang dari management yang walaupun ternama tapi belum tentu menjamin hasilnya..Syarat itu adalah, twitter rasmi dan twitter setiap ahli haru melebihi 10,000 follower sebelum wajah mereka di dedahkan kepada umum.

Dan member pertama yang berjaya lakukan adalah YUiNA apabila dia pertama mencapai follower melebihi 15,000++ follower awal bulan tadi..dah seperti di janji wajah dia di dedahkan tapi tidak member2 yang lain yang masih belum mencapai 10,000 follower..tak lama lepas tu, beberapa member berjaya mencapai jumlah melebihi 10,000 follower tapi wajah mereka di dedahkan tapi di sensor kan..satu perbuatan yang buat peminat sedikit kecewa dan hairan..perlu ke member2 yang ada ni mencapai 15,000 follower seperti YUiNA baru wajah mereka di dedah keseluruhan?


Pada September 28, 2017, setelah sebulan pengumumkan rasmi di buat tentang kewujudan EMPiRE, management telah membuat pengumuman tentang mendedahkan kesemua wajah member2 EMPiRE walaupun ramai masih belum mencapai `15,000 follower.


Setakat  September 29, 2017, jumlah follower Twitter rasmi EMPiRE & member2 EMPiRE

- EMPiRE - 12,474 follower
- YUiNA - 60,232 follower
- YU-Ki - 13,324 follower
- YUKA - 11,133 follower
- MAYU - 10,843 follower
-MiDORiKA - 11,220 follower

Info lain dari apa yang aku baca, EMPiRE pertama kali di munculkan dalam konsert TOKYO BiSH SHiNE 3@ZeppTOKYO pada Ogos 23, 2017. Dan mereka bakal mengadakan persembahan pertama di SCRAMBLES&WACK 3rd ANNiVERSARY WE ARE GROWiNG UP!! bersama2 sister2 group yang di bawah naungan SCRAMBLES&WACK seperti BiS, BiSH, Gang Parade & lain2..

Agak sesuatu kelainan dan aku tengah tunggu konsep musik dan lagu bakal mereka bawak sama ada seperti BiS/BiSH atau sama seperti mana dark idol yang lain seperti nama besar dark idol kini, NECRONOMIDOL..kalau NECRONOMIDOL lebih bercita rasa dark metal eropah, BABYMETAL yang bercita rasa dark metal US, macam mana dark musik EMPiRE? Oshi aku dalam EMPiRE aku minat siapa? awal2 lagi aku dah minat dengan MAYU walaupun dia paling sedikit follower tapi tak apa sebab cita rasa aku memang kena dengan aku, tepat jangkaan aku kali ni..hahaha..

info



kemunculan awal wajah di rahsiakan 

pendedahkan wajah keseluruhan member EMPiRE
MiDORiKA, YUKA, YUiNA, MAYU, YU-Ki


EMPiRE PROFILE
Webside : empire-official
Twitter :  @EMPiREIDOL
Youtube : -
Tahun Aktif : Ogos 23, 2017
Label : Avex
Agensi : WACK
Showroom : -



EMPiRE MEMBER


YUKA
Twitter : @YUKA_EMPiRE


YUiNA
Twitter : @YUiNA_EMPiRE


YU-Ki
Twitter : @YU_Ki_EMPiRE


MAYU
Twitter : @MAYU_EMPiRE


MiDORiKO
Twitter : @MiDORiKO_EMPiRE


Kemunculan Pertama EMPiRE



dark empire!!

September 28, 2017

Wandaland !!

Miracle! Wandaland......secara jujur nya aku takde lah kenal or mendalam sangat layan diorang ni tapi apa yang aku nampak, diorang ni kira agak nice jugak lah untuk level idol yang baru nak naik, menarik tapi nak kata promising tu susah nak cakap dalam idol world war sekarang agak banyak yang lebih ke depan dan lebih lain dari yang lain..tapi untuk level under-mid-tier level idol aku boleh cakap diorang agak menarik..standard original idol in basic, member tak lah lawa tapi tahap kecomelan untuk jadi idol tu ada..

Asal group cuma ada 3 orang member, Sakurai Kiraka, Katayama Rinka & Moriya Hinako dan masing2 mula kan aktiviti sebagai idol pada Oktober 2016, kira belum cukup setahun lah group ni masa aku tengah taip ni..hahaha..dan pada April 2017, Wandaland terima lagi 5 orang member baru iaitu Shirasawa Ann, Tanaka Runa, Hanashiro Asuka, Arisaki Momo & Fujita Ruka..Julai 15, 2017, member awal Wandaland, Moriya Hinako umum keluar dari kumpulan untuk meneruskan karier sebagai artis solo..Dan terkini ahli yang masih tinggal ada 7 orang.

So, aku tak kata diorang bagus atau teruk, tapi diorang cukup baik untuk aku layan dan kenal diorang lebih dalam (tak dalam sangatlah)..susah nak faham cita rasa aku ni sebab aku layan idol bila kena dan hawa telinga aku boleh masuk dan masak dengan telinga aku..kalau nak kata yang bagus, lebih banyak bagus dan terkenal tapi aku cari lagu dari idol yang buat aku hype sama walaupun idol tu hujung kampung..tak reti nak ikut orang sebenarnya, walaupun idol tu nama besar dan dari 100 geng aku, 98 orang layan idol tu, kalau idol tu aku tak masuk still, aku tak boleh terima..hahaha..nah aku share biodata diorang sikit, follow lah mana tau berkenan..hahahaha

info dari blogger jepun ~
- kininaruidolnews

member asal : Kiichan, Rintan, Hinachan

line-up terkini : Ruutan, Kiichan, Fujii, Rintan, Anchan, Aachan, Momochan 




Miracle! Wandaland PROFILE
みらくる!わんだらんど
Blog : miracle-wandaland
Twitter :  @miracle_wanda
Youtube : -
Tahun Aktif : Oktober 2, 2016 
Label / Agensi : -
Showroom : -
Kalender Event : Wandaland Calender


Miracle! Wandaland MEMBER

Katayama Rinka
片山 りんか
Nickname : Rintan
Tarikh Lahir : November 20, 2000
Twitter : @wanda_rinka


Sakurai Kirika
櫻井 きりか
Nickname : Kiichan
Tarikh Lahir : Februari 2, 1998
Twitter : @wanda_kirika


Shirasawa Ann
白澤 杏
Nickname : Anchan
Tarikh Lahir : Fabruari 13, 2003
Twitter : @wanda_an


Tanaka Runa
田中 月
Nickname : Ruutan
Tarikh Lahir : Mei 19, 1999
Twitter : @wanda_runa


Hanashiro Asuka
田中 月
Nickname : Aachan
Tarikh Lahir : Julai 1, 1996
Twitter : @wanda_asuka


Arisaki Momo
有咲 もも
Nickname : Momochan
Tarikh Lahir : April 8, 1997
Twitter : @wanda_momo


Fujita Ruka
藤田 流歌
Nickname : Fujii
Tarikh Lahir : September 16, 2002
Twitter : @wanda_ruka



Miracle! Wandaland Ex-Member


Moriya Hinano
森谷ひなの
Nickname : Hinachan
Tarikh Lahir : April 6, 1998
Twitter : @wanda_hinano tukar ke-> @h_yk1195 
Graduasi dari Group : Julai 15, 2017
Sebab : Bergerak secara solo (kenyataan dari blog rasmi MW)


Miracle Wandaland Footage Video




Miracle! Miracle! Wandaaaaaaaaaaaaaland!!!

September 25, 2017

Toy Game & Comic Convention.....Idol?


Event yang pertama kali aku datang, STGCC (Singapore Toy Game & Comic Convention)..Event ni dah cecah 10 tahun usia dia, dan event tahun ni merupakan event pertama aku join STGCC, sebelum2 ni tak pergi pasal tak ada apa2 tarikan dan harga tiket pun agak mahal..Mahal tapi sebenarnya berbaloi untuk peminat2 Toy, Game & Comic sebab dia tak tertumpu pada culture Japan tapi culture Hollywood..Event main tahun ni paling besar STGCC ialah Star Wars..

Webside : singaporetgcc



Ok, kenapa tahun ni aku pergi? Satu sebab je, sebab Colorpointe datang Singapore..haruslah kena datangkan..Tahun ni punya Akiba Stage banyak idol besar datang..Antara idol yang besar datang yang aku kenal Hiiragi Rio, Colorpointe & Tokyo CLEAR'S..Aku kenal sikit2 pasal idol CLEAR'S ni tapi aku lebih follow Nagoya & Chiba CLEAR'S dari Tokyo CLEAR'S..

Ok, kali ni dari JB aku, Frei, Ame dengan Mamad. Nubu dia stay sana. Kami gerak dari JB hari Ahad, sebab Ame cuti pun hari Ahad..Baru shiok gerak ramai2..Untuk tiket masuk, kami beli tiket STGCC All Acces, beli pun on the spot dan sehari, maka harga dia SGD21 (MYR65), boleh je beli tiket GGXP+Akiba Zone, tapi nak lebih puas merayap banyak tempat termasuk Stage, tu ambik All Acces..

Terkejut jugak lah awal2 sampai dekat Sand Expo & Convention Center dekat Marina Bay, hall dia seriously besar kot, 3 kali besar dari Suntec Hall & 2 kali besar dari Singapore Expo..memang puas dan penat merayap dalam tu..haha..




Sampai2 masuk dalam, first cari port Akiba Zone..Sampai2 kena tarik tegur dengan member Colorpointe, Suu & Chami..perghh diorang masih ingat..lepas tu Roziman, panggil kitorang dekat dengan dia..dia siap bagitau dekat aku, Hink kena tunggu lagi satu sesi..hahaha..sebelum tu layan la DJ2 yang perform dan tengok layan ada idol tengah perform tepi booth, Flaremo (Orion)..Secara jujur diorang memang tak lawa dan ada member yang aku boleh terfikir, ni ke idol yang sepatutnya..hahaha..tapi untuk lagu diorang punya lagu agak nice kot..Flaremo ni idol yang agak mature sebab ada lagu memang khas untuk orang dewasa sebab berkait dengan Beer..siap kitorang belajar Beer MIX..

Tiba masa untuk sesi buppan Colorpointe sesi ke-3..ada Hink..hahaha..rilex2 dlu, satu cheki dulu doh..haha pun masih ingat aku sikit2..walaupun dekat setahun tak jumpa..kena tarik cheki lagi, rilex woii..tunggu after concert..Lepas settle cheki dengan Hink, terus merayau dan melilau sambil cari Mountian Dew free..haha..

Lepas abis meleper dan chill out dekat Akiba Stage,dah sampai time ke main stage untuk final event Japan Pop Stage..masa on the way, Frei bagitau lokasi Ola (Shojo Complex) lepak, sampai2 rezeki aku ada, dia ada situ, terus ajak "biasa foto bareng mbak?"..lama tak omong indo..hahaha..Ola sempoi dia ok, tapi macam manager dia suruh follow dan subcribe some channel dia baru boleh ambik gambar..lucky aku ada internet Umobile..haha



Closing Event, Concert SGTCC


Masa yang di nanti kan,acara utama, konsert penutup dekat Main Stage..banyak gak yang perform..so aku biasalah rilex2 je..hahhaa..masa tiba, bila tiba Colorpointe perform je, aku kena sepak dengan Frei & dak2 ni, ada siap jerit, TO Malaysia go front la (jap aku bukan TO Malaysia). Terus aku ke tengah dengan geng Singaponista..jap asal aku center dok, pasal Hink center? aduh..haha..mula2 chill tetiba bila lagu dah start, Stand aku terus keluar..terus ora! ora! ora! ora!..aku pun tak tau apa aku buat time tu..masa tu aku kena himpit TO Emo & TO Ari..Dah abis all out aku, energy aku pun terus abis..





Buppan after party! Lepas abis concert terus lepak dekat Akiba Stage untuk buppan..first buppan, terus cheki dengan Hink lagi, sebab kali ni baju lain pulak..kali ni borak dengan Hink dan bagi dia hadiah..seyes hadiah paling epik aku pernah bagi, setin Wonda Coffee Brazilian Arabica Brew, nak gelak weh tapi Hink suka pulak, apa yang aku bagi mesti Hink jadi bahan dalam cheki kami..haha..abis tu tengok ada Tokyo CLEAR'S punya buppan, terus pergi cheki dengan member yang paling tak famous, Rin Asahina, tapi dekat Singapore dia paling famous la pulak..masa borak dengan Rin, nihongo aku makin power tetiba, tapi cakap dengan orang biasa terus tak reti..Rin siap puji aku nihongo aku polite..aku siap tunjuk aku support dia dekat CHEERZ, dia suka..haha..abis Rin aku ingat dah done dah, sekali lepak dekat dengan Frei sebab dia nak cheki dengan Hiiragi Rio..sekali kena racun dengan Frei suruh cheki sekali dengan Rio, sebab dia cakap Rio ni big name dekat Jepun tu aku tau, dan dia cakap kalau dekat Jepun agak mahal..so aku join bangon je..hahaha..masa cheki dengan Rio, sambil tu borak2..dia tanya kenal dia dari mana, aku cakap lah aku kenal dia pasal filem Tokyo Idols, dia pun terkejut ada orang tengok filem tu dan ucap terima kasih sebab tengok filem dokumentari tu..Rio memang polite, suara dia memang mantap weh..


So, untuk cheki aku damage:
Cheki
1. Hink 2x (SGD10/cheki)
2. Rin Asahina 1x (SGD10/cheki)
3. Rio Hiiragi (SGD10/cheki)


Abis je semua lepak2 dan borak2, terus gerak awal balik ke JB, sebab dah dekat pukul 10pm, kena faham, kami balik ke JB dan jarak agak jauh dari Marina Bay ke Woodlands..Sampai JB pun dekat pukul 12 tengahmalam..tu jelah aku boleh cerita apa yang terjadi masa STGCC hari tu..untuk event next? Maybe event Hibiki, IdolFes x GameSquare 2017. Ciao!!


clear! clear! clear!






Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "