September 02, 2015

Dues! Home of IdolRap

Konichiwa! Lama seh tak menulis blog, maklumlah sibuk cari duit dan kumpul duit semata2 nak ke Jepun katakan..Kerja siang malam tanpa penat dan korban masa untuk enjoy demi cita2 dan impian. Impian nak ke Jepun, Impian nak jumpa Idol yang aku minat. Salah satu idol yang aku minat tak lain tak bukan, RhymeBerry. Jatuh cinta sejak kali pertama dengar lagu SUPERMCZTOKYO kira2 setahun lebih yang lepas..Dan RhymeBerry jugalah penyebab aku ke Jepun! Dan ia akan jadi topik permulaan aku kembara ke Jepun walaupun event mereka bukan event pertama aku di Jepun tapi ia tetap antara event yang paling aku kenang..
Aku follow RhymeBerry bermula dari 4 orang (masa tu 3 MC 1 DJ) Mc Miri, Mc Hime, Mc Yuka & Dj Hikaru sampai sekarang berdua Mc Miri & Mc Misaki. Oshi aku? Dah tentu Mc Miri sebab dia memang taste aku, dia punya karisma dan semangat aku suka. Selain gaya rap dia yang menarik pada aku. Ye banyak HipHop idol yang power macam Lyrical School tapi pada aku mereka bukan IdolRap cuma pemain HipHop Soul, RhymeBerry pada aku pemain IdolRap yang betul, Truth MC & DJ! Tapi tu pendapat dan minat masing2 lah kan.

Ok berbalik pada event aku join sebenarnya event secara tak sengaja sebab lepas event TIF (Tokyo Idol Festival) aku saja je check event RhymeBerry dan check hari tu ada event dia kat Shinjuku. Lepas jalan2 di Akihabara, aku dengan member aku bergegas ke Shinjuku cari satu studio, Dues! Sampai Shinjuku melilau jugak cari studio tu dan nasib ada satu Onee-chan tolong pandu arah lokasi tu.. Tepat tiba masanya, sampai event belum start, baru beratur untuk masuk Dues. Event ni murah, cuma 800yen dan dua kali minuman (aku cuma ambik Coke & Orange Juice je, sebab ada member aku kan..haha). Event bermula jam 8malam (waktu Jepun) tapi dah mula masuk jam 7.30malam..Masuk2 je ada persembahan dari Oshi aku, MC Miri, dia start main DJ-ing dulu dalam setengah jam jugak. Jam 8 dia berhenti dan start untuk persediaan persembahan dengan MC Misaki. Memang seronok dengan 4 lagu dan 1 lagu encore. Semua lagu2 baru yang aku dengan member aku pun tak pernah dengar. Memang best dan first time dengar. Boleh layan. 

Abis persembahan, sesi jualan. Aku cuma beli satu single baru dan dua cheki dengan sign. Masa sesi cheki dengan MC Miri, memang aku borak lama gila dengan dia sebab dia power english. 3 tahun bhai stay US dengan family. Aku bagitau dia aku minat FC Tokyo dan dia tanya aku player mana aku minat, jawab aku minat Yoshinori Muto..dia terkejut..Hehe..banyak gak aku sembang, orang tak ramai..memang sempoi la. Dengan MC Misaki aku tak banyak borak sebab aku bahasa jepun kurang dan dia pun tak power english, tapi dia try gak, tapi last2 dia cuma cakap dalam bahasa jepun tapi dari gerak tangan dia aku faham, dia cuma kata dia belajar english cuma lupa dan tak masuk dalam kepala..aku senyum dan cakap daijobu dan its ok, gomenasai watashi nihonjin waruides..hahaha XD

Malam tu memang mimpi indah buat aku sebab aku jumpa Idol yang aku minat depan mata, join performance dan borak dengan diorang. Aku cuma mampu hadiahkan badge southern wota yang ada nama aku kat dia. Well, badge dengan Rap tak dapat pisahkan. Hehe. Oklah sampai sini je aku kongsi kan.. Yang lain aku simpan buat kenangan aku sendiri. Lel.. harap2 tahun depan aku dapat join dan jumpa diorang lagi.. tak kira jauh mana pun! demi MC Miri dan RhymeBerry!!! IdolRap till End!!

Meh aku belanja gambar sikit, tapi after event la. Idol Rule & mostly japanese artist event, tak boleh ambik gambar time event. Tapi aku lebih prefer enjoy dari ambik gambar time event. Ambik gambar time event macam sesetengah event pop dari negara sebelah yang fan sibuk ambik video dari enjoy.

Event Information
idol : RHYMEBERRY
date : August 4, 2015
time / Japan time : 19:30 (dj-ing by Mc Miri) 20:00 (performance)
location : DUES STUDIO, SHINJUKU, JAPAN
fee : 800yen (2 kali minum)
damage : 3000yen (1 CD MIRRORBALL, 2 cheki & sign with MC Miri & MC Misaki)
twitter of : 
RhymeBerry ~ @rbstko
MC Miri ~ @rbs_miri
MC Misaki ~ @rbs_misaki 






 tu ada gadis aka new idol, tapi lupa nama dia..haha XD
cheki with MC Misaki & MC Miri
cheki with MC Misaki & MC Miri



IdolRap till END!!

September 01, 2015

Morning Musume '15 in 59th Single Outfit

Lama siot tak update blog sejak sibuk kumpul duit nak pi jepun..anyway, dah sebulan aku balik dari negara matahari terbit, tapi tak sempat nak buat review apa tah lagi upload gambar, cuma upload dekat facebook je seh..punya malas..hahaha XD

So untuk merajin kan diri, aku start dengan gadis no.1 yang aku minat..idol la seh, bukan awek, orang macam aku mana ada awek nak..lel..Oh gadis idol no.1 aku, Morning Musume '15 @ MM15..MM15 kali ni ada 4 orang muka baru, iaitu generasi ke12..4 orang tu adalah Ogata Haruna, Nonaka Miki, Makino Maria & Haga Akane..mereka2 ni akan join senpai2 diorang dalam MM14 yang lepas kecuali Sayumi Michishige yang dah graduate dari Morning Musume sepenuhnya tahun lepas..4 gadis ni akan bergabung dengan gadis MM14 yang masih tinggal iaitu, Fukumura Mizuki, Ikuta Erina, Sayashi Riho, Suzuki Kanon (Gen9), Iikubo Haruna, Ishida Ayumi, Sato Masaki, Kudo Haruka (Gen10) dan Oda Sakura (Gen11). Meh aku kenal kan secara ringkas dengan outfit single ke59 (MM15 ke2) diorang..padahal single MM15 pertama dah lepas..haha..jadi lah kan..maklumlah orang malas nak update blog ginilah..So aku share ikut member je lah..kang pening korang nak check satu2..

59th SingleOh My Wish Sukatto My Heart / Ima Sugu Tobikomu Yuuki

lagu ~ Oh My Wish 


lagu ~ Sukatto My Heart


lagu~ Ima Sugu Tobikomu Yuuki




Fukumura Mizuki



Ikuta Erina



Sayashi Riho



Suzuki Kanon



Iikubo Haruna



Ishida Ayumi



Sato Masaki



Kudo Haruka



Oda Sakura



Ogata Haruna



Nonaka Miki



Makino Maria



Haga Akane






Iitai koto ga aru nda yo, yappari SAKURA wa kawaii yo, sukisuki daisuki yappa suki, yatto mitsuketa ohimesama ..

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "