2 Oktober 2017

Screamo till Broken!!


Broken by the Scream....nama pun cukup komersial dan tak terlalu keterlaluan..harapan untuk untuk jadi idol yang mahadahsyat tu tak di letakkan harapan terlalu tinggi..sesuai dengan nama..tapi apa yang menarik ialah walaupun nama simple dan ringan tapi persembahaan suara mereka agak menarik dan jeritan gadis2 ni buat aku tertarik nak layan diorang lebih rapat..lepas aku dengar satu lagu dari diorang, aku dapat rasa screamo diorang agak nice dan tak terlalu mencuba untuk terlalu meneran..cukup apa yang mereka ada dan sentuhan komposer dan percubaan mereka cukup menarik dunia rock terutama idol..mungkin kelainan tu tak lah seperti 969, BiS or Gang Parade tapi kalau mereka di bagi peluang dan lagu yang lebih mencabar diorang dan garapan yang lebih baik tak mustahil mereka ni setaraf big name alternative idol yang ada..

Bermula dari 4 orang gadis yang berpewatakan biasa, tak lah terlalu comel atau menarik tapi dari segi vokal masing2 ada kekuatan yang belum betul2 di guna pakai..bermula dengan 4 orang gadis, Yae, Ayame, Io & Sumire, mereka di bentuk seawal Oktober 2016 tapi mereka debut dan di umumkan kemunculan mereka pada Januari 2017..tapi perjalanan awal mereka sedikit terganggu apabila pakar screamo utama BBTS, Sumire, di buang dari kumpulan atas kesalahan melanggar prinsip pengurusan selepas Sumire di katakan tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dan membicara kan nya di akaun twitter dan dia secara rasmi di keluarkan dari BBTS pada Februari 13, 2017..Pada April 15, 2017, tempat Sumire di ganti dengan Kagura yang juga mempunyai personaliti dan kemampuan screamo seperti Sumire dan Kagura secara rasmi akan membawa baris lirik lagu yang pernah di nyanyikan Sumire dulu..BBTS mempunyai seorang member yang pernah beraksi sebagai idol yang berkonsep sama dengan BBTS sebelum ini, iaitu Yae iaitu bekas member 969 tapi sebelum ni dia menguna nama lain iaini Touma Sora..selain tu, Iorin ada kelebihan tersendiri iaini dia mampu berkomunikasi baik dengan bahasa inggeris..


info dari blogger lain
- homicidols
- homicidols
- straight-from-japan


original member : Sumire, Ayame, Yae, Io

2nd term member : Kagura, Ayame, Yae, Io

Io, Yae, Kagura, Ayame


Broken by the Scream PROFILE
Webside : brokenbythescream
Twitter :  @BBTS_koushiki
Tahun Aktif : Januari 2017
Label / Agensi : GROUND-BASE INC
Showroom : BBTSの「oh!my!メタルーム!


Broken by the Scream MEMBER

Uriin Kagura
雲林院カグラ
Nickname : Kaguyan, Kagura
Warna : Ungu / Purple
Tarikh Lahir : April 24
Tempat Lahir : Saitama
Darah : B
Tinggi : 159 cm
Twitter : @kagura_BBTS
Hobi : Membaca komik dan Melukis


Yabusame Ayame
流鏑馬アヤメ
Nickname : Aachan, Ayame
Warna : Merah Jambu / Pink
Tarikh Lahir : Julai 17
Tempat Lahir : Chiba
Darah : O
Tinggi : 157 cm
Twitter : @ayame_BBTS
Hobi : Membuat manisan


Kumanomido Yae
熊埜御堂ヤエ
Nickname : Yaechii, Yae
Warna : Merah / Red
Tarikh Lahir : Mac 14
Tempat Lahir : Nagano
Darah : AB
Tinggi : 145 cm
Twitter : @yae_BBTS
Hobi : Pergi ke persembahan live atau konsert


Notsukitaira Io
野月平イオ
Nickname : Iorin
Warna : Jingga / Orange
Tarikh Lahir : Mac 25
Tempat Lahir : Tokyo
Darah : A
Tinggi : 158 cm
Twitter : @iooo_BBTS
Hobi : Merekod suara & bercakap dengan burung hantu


Broken by the Scream exMEMBER

Otachita Sumire
御館田スミレ
Keluar dari Group : Februari 13, 2017
Alasan : Di buang dari kumpulan atas kesalahan meluahkan ketidakpuashatian terhadap pengurusan di twitter rasmi member (@sumire_BBTS)










Discography

Single
08/01/2017 : Broken by the Scream

Mini Album
08/11/2017 : SCREAMING RHAPSODY



Broken By The Scream - 「oh!my!ME・GA・MI Ni Koishiteru!」


lets screamo!!!!

1 Oktober 2017

Street Spark!


Spark Speaker, mula2 dengar lagu diorang aku ingat diorang ni bekas budak2 Tsubasa FLY, sebab musik dan suara diorang ni saling tak tumpah macam musik yang Tsubasa FLY bawak..sekali tengok diroang ni dari satu recording dan composer yang sama dengan Tsubasa FLY tapi check sorang2 member bukan, tak ada seorang pun member dalam Spark Speaker ni dari Tsubasa FLY..lepas check2 owh rupa nya diorang ni group asal diorang DINOSOUR BRAIN, tapi maybe sebab konspe Shibuya Idol dah tak berapa popular tahun lepas dan sambutan tak di harapkan, so seorang2 keluar dari group dan tinggal tiga orang yang masih dalam kumpulan dan decide untuk tukar nam dan tubuhkan group baru yang lebih segar dan menarik..so Spark Speaker muncul..

Member awal Spark Speaker cuma Yukina, Shizuka & Natsumi, masa aku jumpa group ni Natsumi baru je keluar dari group..Sekarang mereka dah kembali berempat dengan masuk Fuko & Seira..Konsep musik yang diorang bawak ni lebih kepada rock idol, tapi secara indie..tapi apa yang lebih menarik pasal group ni diorang leboih bersifat terbuka dan diorang hampir setiap hari Selasa mereka akan melakukan persembahan jalanan terutama di Akihabara (selalu berdekatan dengan AKB48 Cafe)..Group ni lebih focus kepada 2 vocal yang menyanyi secara utama dan 2 lagi member akan bergerak sebagai dancer..agak menarik dari gabungan suara dan dancer mereka ni..lain setiap single yang diorang keluarkan, diorang akan aim untuk capai misi 1000 unit terjual sebelum mereka buat persembahan "One-man Live"..Untuk single pertama mereka "Go my way!", diorang dapat capai 1000 unit terjual sebelum One-man Live pada Mac 3, 2017..dan single terbaru mereka "Kyoumei Street" dah pun capai 1000 unit terjual pada Spetember 18, 2017, sedangakn one-man live mereka pada September 30, 2017 iaitu 12 hari sebelum ona-man live..pencapaian yang mereka pun tak percaya..

Sekarang mereka dah ada peminat di Malaysia..cuma aku bukan fan pertama Malaysia jumpa dia..fan pertama jumpa diorang adalah Sim..jeles sungguh dengan kau..hahaha..tapi takpe janji dapat copy single terbaru diorang yang cuma boleh dapat pada event diorang je..dalam single ada autograph setiap member, oshi aku Seira tapi sign Seira takde so, 2nd oshi aku Shizuka..dapat lah Shizuka kira ok lah kan..hahaha..

Diorang antara idol yang bagus dan bakat besar dalam rock idol industri walaupun trend sekarang bukan rock idol..tapi aku masih suka rock idol berbanding konsep baru yang sedia ada..tapi masing2 lah kan..

info dari web & blogger lain


member terkini : Fuko, Yukina, Seira, Shizuka 

 original member : Natsumi. Yukina, Shizuka


SPARK SPEAKER PROFILE
KAMOがネギをしょってくるッ!!!
Webside : sparkspeaker
Twitter :  @SPARK_SPEAKER
Youtube : WE LOVE RECORDS
Tahun Aktif : September 2016
Label / Agensi : WE LOVE RECORDS
Ameblo : sparkspeaker



SPARK SPEAKER MEMBER

YUKINA
Sugihara Yukina
杉原由規奈
Tarikh Lahir : Oktober 15, 1990
Twitter : @YUKINA_SP
Ameblo : spspyukina
Instagram : @yukina.sp


SHIZUKA
Kiyama Shizuka
木山しずか
Tarikh Lahir : Jun 12, 1993
Twitter : @SHIZUKA_SP
Ameblo : spspshizuka
Instagram : @shizuka_sp


FUKO
Misuse Fuko
三瀬ふう子
Tarikh Lahir : -
Twitter : @FUKO_SP
Ameblo : spspfuko
Instagram : @fuko_sp
Join : Mei 1, 2017


SEIRA
Asahina Seira
朝日向星羅
Tarikh Lahir :Januari 28
Twitter : @SEIRA_SP
Ameblo : spspseira
Instagram : @seira_sp
Join : Mei 1, 2017


SPARK SPEAKER ex-MEMBER

NATSUMI
Hoshimura Natsumi
星村夏海
Tarikh Lahir : Julai 14, 1997
Keluar dari Group : Mac 3, 2017 
(Selepas tamat One-man Live 1st SPARK” do Shinjuku MARZ)



Discography

Single
01/12/2016 : Go my way!
01/06/2017 : Kyoumei Street (共鳴ストリート)










2nd EP - Kyoumei Street


Go my way!~

Shooting Star

Kyoumei Street


kira-kira spark!

30 September 2017

Candy from Harajyuku


Candye♡Syrup! ni asalnya adalah sebuah salon rambut yang terkenal di Harajuku..Candye♡Syrup! & Shimokitazawa, peniaga yang memiliki konsep stor "cute fairy fashion", memperkenalkan group idol sendiri yang di beri juga nama Candye♡Syrup!..Group idol yang berkonsep kombinasi Yume Kawaii dengan element Hardcore, Loud Rock, Mellowcore & Ska..Pengasas group ni juga pemilik Candye♡Syrup! salon, IKU-chan..group ni secara rasmi di tubuhkan pada Jun 2017 dan persembahan pertama mereka sebagai unit idol pada Ogos 19, 2017, di Shibuya Milkway..

Apa yang menarik tentang group ni, group ni di perkuat oleh salah seorang bekas ahli DEEP GIRL, Non yang memang terkenal dan berbakat dalam "screamo" di kalangan peminat idol yang suka dengan musik core..

Lepas aku tengok dua musik video yang diorang dah lancarkan, agak menarik musik core yang mereka sampaikan..aku boleh cakap percubaan IKU-chan bentuk group idol yang hardcore seolah2 mereka ni gabungan musik DEEP GIRL dengan CY8ER secara asasnya..lagu pertama mereka yang juga sama tajuk dengan nama group diorang, Candye♡Syrup!, secara peribadi lagu ni sangat ska funky musik..ceria dan bertenaga selain music asas EDM yang trendy masa ni di samping ska funky yang tak banyak group ketengahkan musik macam ni sekarang ni..untuk lagu kedua, mellowcore yang tersusun dengan cantik..elemen musik dramatik dan core buat aku tertarik untuk tunggu lagu mereka yang seterusnya cuma masalah vocal masing2 belum cukup padu untuk main kan musik dan lagu macam ni, dan vocal jemputan, m!sa (ALL IN VAIN, Story of Hope), yang bagi lagu ni bernafas dengan bebas dan suara m!sa selamatkan vocal kesemua Candye..mungkin ada penambah baikkan di masa depan yang aku nak tunggu dari IKU-chan dan lain2 untuk sesuatu yang lebih menjanjikan..rasa ni je kot aku boleh cerita serba sedikit pasal diorang ni..lain2 kena lah cari sendiri sebab aku cuma bagi ruang dan jalan untuk kenal diorang kenalah cari sendiri..hahaha

sedikit info dari blog & webside jepun ~
kimikame
- tokyogirlsupdate



Chian, Saaya, Aisaki, Non, Ichigo

Candye♡Syrup! PROFILE
Webside : idol-candyesyrup
Twitter :  @CandyeSyrup_
Tahun Aktif : Jun, 20167
Label / Agensi : Starlit Signal Record


Candye♡Syrup! MEMBER

Aisaki Mai
相咲舞
Warna : Mermaid Blue
Tarikh Lahir : Julai 25
Twitter : @aisaki_mai


Non
のん
Warna : Melty Black
Tarikh Lahir : Jun 22
Twitter : @non__ND


Colomo Chian
稚杏ころも
Warna : Milky Purple
Tarikh Lahir : -
Twitter : @CS_colomo


Ichigo Hatsune
初音いちご
Warna : Cotton Candy Pink
Tarikh Lahir : Julai 24
Twitter : @CS_ichigo_15


Saaya Tenshi
天使さぁや
Warna : Angel White
Tarikh Lahir : Disember 30
Twitter : @CS_saaya








Candye♡Syrup! Music Video

1st MV
Candye♡Syrup!

2nd MV
IDOL OF DEATH feat m!sa



Syrup made in Harajyuku

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "