Memaparkan catatan dengan label farhanzikri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label farhanzikri. Papar semua catatan

Februari 07, 2013

Chinese New Year 2013 !! Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le!!

Konnichiwa minna-san!! hehe..minggu ni antara minggu yang agak happening sebab ada dua perkara, satu bonus dan satu lagi makan free. Siapa tak suka kalau dapat bunos, hehe. Berapa bulan? rahsia la, tak banyak tapi lebih baik dari tak ada. Kan~

Hari ni bos belanja makan sempena CNY tak lama lagi, aku antara budak2 ofis dapat invite. Alhamdullillah. Makan2 gaya sambut CNY tapi halal. Lunch CNY bos belanja dekat Daiman Peking Restaurant Golf Resort. Boleh tahan masakkan dia. Banyak wo aku makan tadi. Dan sambil tu boleh cuci2 mata sikit tengok pelayan, ramai boleh tahan tapi sorang je taste aku kot. Haha. Apa taste aku? dah tentu yang berkaca mata dan mata sepet la, kan nampak comel dan seksi. Lalala. Sempat jugak lah sakat sikit2. Budak2 katakan. Hoho. Sekarang ni tinggal angpau saja lagi. Tengoklah esok lusa dapat lah tu macam tahun lepas. Ngeh3. 
















Oklah, aku pun dah barai, nak masuk tidur dulu, lain kali sembang lagi. apa pun sebelum aku blah, aku ucap Selamat Tahun Baru Cina buat sahabat2 kita berbangsa cina dan yang mengunakan kalender luna. Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le. Ja ne~



owhooooo, pakcik kaya sey~

Oktober 07, 2012

Pre-GBUCW & Comeback Yo! Wakuteka Take a Chance!


Salam, ogenki desu ka minna-san! Watasi wa genki desu! Wah, lama sey tak menulis blog, maklumlah sibuk sikit dengan aktiviti harian dan masa lapang pun jadi ada tak ada je, apa boleh buat. Tengok sampai bulan September pun tak ada satu pun entri aku pos. Tak apalah, sekarang aku nak sambung balik menulis blog aku yang karut lagi mengarut ni. Haha. Sekarang ni aku tengah sibuk dengan berplamo, maklumlah 4November2012 dah ada Gathering untuk GBUCW ( Group Builder Universal Century War) kat KL. Gathering ni anjuran budak2 'Gundam Fans' page kat fB & abam Kamen Rider sebagai penganjur. Hehe. Projek aku untuk Gathering ni akan aku bagitau entri seterusnya ok.

Macam mana aktiviti aku sebagai wota? Masih lagi mengila. Sekarang geng mengila dah makin ramai. Hehe. Yang rapat dengan aku macam abam Faris, abam Aizat & cik Weeda . Sekali dah terjebak dunia wota selamanya wota. Haha. Sekarang ni tengah mengila dengan lagu baru 'Morning Musume - Wakuteka Take a Chance'. Bagi aku lagu ni boleh tahan dan ada kemajuan dari segi lagu, arrangement musik dan musik video. Sekarang ni misi aku nak simpan duit untuk order album baru MoMusu. Maklumlah album mereka taka ada jual di Malaysia dan terpaksa order melalui online. Sasaran aku sebelum hujung tahun ni sampai ke rumah aku.



Target aku ada dua dari Hello! Project ni, satu nak album MoMusu & satu aku nak order PhotoBook Chinami Tokunaga (BerryzKobo). Haha. Kalau ada sen lebih lah. Oklah, aku berhenti dulu, lain kali aku sambung mengarut. Ja ne!



Morning Musume - Wakuteka Take a Chance

Michishige SayumiTanaka Reina - Fukumura MizukiIkuta ErinaSayashi RihoSuzuki KanonIikubo Haruna Ishida AyumiSato MasakiKudo Haruka

kodoku ja tsurainoni
[Mic/Sat] kekkyoku kurushimagire no iiwake
dare ni mo wakaranai
[Fuk/Ish] minna sorezore jinsei wakeari

[Tan/Ik/Sat] BABY STOP STOP [Tan/Sat] yamete
shiri garuchan janai wa
[Say/Suz/Ish] BUT DON’T STOP DON’T STOP [Say/Ish] uso dayo
meccha SHOCK SHOCK SHOCK SH-SHOCK SHOCK SHOCK SHOCK

ame kaze shinoi de anata ni horeta yo
asa kara ban made anata ni horeta yo

dore ga honki de? dore wo shinjiru
dare ga honki de? dare wo shinjiru

[Iik/Sat/Kud] DANCE wakuteka TAKE A CHANCE
[Iik/Sat/Kud] DANCE wakugera GET A CHANCE
[Iik/Sat/Kud] DANCE wakuteka TAKE A CHANCE
MY GIRL

kaze wo kanjiteru [Tan/Fuk] hora daichi no sakebigoe
shizen wo shinjiteru [Mic/Say] saa koko kara hajimaru no sa

WOWOW

[
Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP [Tan/Sat] damatte KISU demo shiro
[Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP [Mic/Ish] damatte anshin sasero
[Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP[Fuk/Say] damatte mamotte miro
[Tan/Say] kako tsukete kimete iin da yo

WOWOW

[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE [Mic/Ish] honki de koi shita miro
[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE [Tan/Sat] honki de katatte miro
[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE [Fuk/Say] honki de dakishimete miro
[Mic/Ish] seishun wo muda ni sun janai

WOWOW CHANCE

hashai dari shitai no ni
[Fuk/Ish] sukoshi sametai yona furi shiteru dake
ari fure gao dakara
[Mic/Sat] nanto ka hisshi koite oshare suru

[Say/Suz/Ish] BABY STOP STOP [Say/Ish] yamete
shirigaru chan janai wa
[Tan/Ik/Sat] BUT DON’T STOP DON’T STOP [Tan/Sat] uso dayo
meccha SHOCK SHOCK SHOCK SH-SHOCK SHOCK SHOCK SHOCK

hantai
sarete mo anata ni horeta yo
dokoka no dareka yori anata ni horeta yo

itsumo jidai no? hayari wa chigau
onaji hito demo? kono mi wakawaru

DANCE wakuteka TAKE A CHANCE
DANCE wakugera GET A CHANCE
DANCE wakuteka TAKE A CHANCE
MY GIRL

chikuu ga mawateru [Say/Sat] hore daichi kara no megumi
jibun wo shinjiteru [Tan/Ish] saa koko kara hajimeru no sa

WOWOW

[Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP [Fuk/Say] waratte zenbu yuruse
[Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP [Mic/Ish] waratte sunao ni nare
[Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP [Tan/Sat] waratte ashita ni susume
[Mic/Say] jibun nari ni yatte iin da yo

WOWOW

[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE [Mic/Ish] zenshin de attate miro
[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE [Fuk/Say] zenshin de aishite miro
[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE [Tan/Sat] zenshin de uketomete miro
[Mic/Ish] tsutawaranai ai wanaidaro

WOWOW CHANCE

[Mic/Ish] WOWOW
[Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP damatte KISU demo shiro
[Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP damatte anshin sasero
[Ik/Suz/Iik/Kud] SHAKE IT UP damatte mamotte miro
[Fuk/Say] jibun nari ni yatte iin da yo

WOWOW

[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE [Tan/Sat] honki de koi shita miro
[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE [Fuk/Say] honki de katatte miro
[Ik/Suz/Iik/Kud] TAKE IT LOVE[Mic/Ish] honki de dakishimete miro
[Tan/Sat] seishun wo muda ni sun janai

WOWOW CHANCE




Truthly Wota:

Ogos 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~

Hye! Ohayou minna-san, ogenki desu ka? Haha. hye semua, Apa khabar, sebelum tu aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Xahir & Batin. Lama aku tak berblogging. Malas? mungkinlah, tapi yang sebetulnya aku sibuk sangat 1-2 bulan ni. Dengan macam2 hal jadi dalam seharian aku yang dah lama tak berblogging bagai. Haha. Hari ni dah masuk raya ke-3 dalam sedar tak sedar kan. Tapi bulan puasa paling mencabar bagi aku. Mana tak banyak betul dugaan aku kena hadapi sepanjang bulan puasa. Kadang rasa tak tahan dengan dugaan bulan puasa. Bukan tak tahan lapar tapi tak tahan dengan dugaan mental aku terima sepanjang Ramadhan. Cerita? Baiklah, aku cerita dugaan Ramadhan aku kali ni.

Pertama ~ Kemalangan....

Baru je seminggu kita berpuasa, aku terlibat dalam kemalangan kecil. Kereta kesayangan aku, Bun-Bun berlanggar dengan sebuah kereta KIA milik seorang amoi. Silap dia sebab dia keluar simpang tak tengok jalan selamat ke tak dan dia tak lepas nak seberang jalan. Aku tak adalah laju sangat sebab masa tu aku tak terlalu berkejar sebab Big Boss aku ada kat rumah dan tak adalah aku terkejar2 nak siapkan berbuka, kan. Abis bahagian depan Bun-Bun remuk walaupun tak terlalu teruk tapi boleh katakan terus tak boleh start enjin. Aku macam mana? ok lah tak adalah teruk sangat, just kepala aku terhantuk steering sikit dan jari kaki kanan aku terkehel. Dekat dua minggu jugak aku jalan tak normal. Haha. Aku buat laporan dekat Balai Polis Trafik Gelang Patah/ Nusajaya. Nasib baik kereta sempat siap sebelum raya, Selasa lepas Bun-Bun siap. Kereta raya weh..haha


Kedua ~ Kerja..

Tekanan kerja bulan2 puasa ni memang mencabar dengan banyak task2 baru aku terima dengan kelayakkan task tu kalau ikut bukan kerja aku. Tapi aku anggap tu sebagai persiapan aku dan cara manager aku train aku. Cuma yang menjadi masalah bila belum sempat aku siapkan satu kertas kerja satu lagi menyusul, dan kerja rutin aku sampaikan tertangguh sebab aku terlalu focus dengan desakkan kertas kerja. Tu yang buat aku rasa nak gila. haha.


Ketiga ~ Perasaan..

Entah lah kenapa, perasaan aku tak menentu. Setiap hari dan kadang setiap masa aku asyik terkenang seseorang. Siapa lagi kalau bukan bekas kekasih aku, cik Murni. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Padahal berbulan aku lupakan tentang dia tiba-tiba dalam bulan Ramadhan terlalu kerap aku fikirkan tentang dia, terlalu rindukan keberadaan dia dan kadang aku menangis sebab aku terlalu rindu dengan seseorang yang dah jadi milik orang lain. Kadang dalam aku buat kerja aku boleh ambik telefon dan cuba nak telefon dia. Tapi aku hentikan mungkin kerana ego aku. Aku taknak ganggu hidup dia yang dah bahagia, biarkan lah dia dengan orang yang jauh lebih layak dan sesuai dari aku. Aku taknak dia sengsara bila bersama aku. kan..


Oklah aku pun taknak cerita banyak2. Ada jugak banjir kejap lagi. Lain kali aku cerita lagi ok kalau ada masa. haha. Apa pun Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin buat semua umat Islam di seluruh dunia. Salam :)



Jun 07, 2012

I'm Fall in Love, Again?

Salam, ogenki desu ka? watasi wa genki desu! haha..halo2, waa lama tak tulis blog, yelah sejak pc kesayangan aku jahanam kena panah petir..pasrah je lah, bukan rezeki aku kot. sekarang kumpul duit balik nak bina balik pc baru. Oklah, berbalik pada tajuk aku kali ni, 'Aku jatuh cinta,lagi?"' Haha bunyi macam pelikkan tapi tulah aku pun tak pasti apa aku rasa kan ni. Mungkin ye mungkin tak. Ok2 aku ceritakan, macam ni ceritanya.

Awal bulan 1hb June, sepupu lelaki aku kahwin. & orang rumah dia orang perak la yeob. Kat Parit Buntar, sepupu dekat wajib pergi. Kan. Masa tu aku kat masjid sambil tengok2 sepupu aku nak akad nikah, tengah sibuk2 menjadi photographer wannabe, aku terpandang seorang gadis ni, aku tak tahu macam ada sesuatu, terus mengcengkam jantung aku. Perasaan yang pernah aku rasa hampir 3tahun lalu, cuma kali ni aku tersentap seolah2 jantung aku tak berhenti berdegup. Mula aku rasa mungkin khayalan tapi aku rasa makin lama makin aku sasau di buatnya. Lepas akad nikah, balik semula kat homestay tempat kami bermalam, betul, aku memang dah jatuh hati kat gadis tu. Lagi sekali aku nafikan yang aku dah jatuh hati. Aku harap lepas 24jam aku ok.

Petang masa nak pergi untuk majlis bersanding, aku rilek lagi. Ambik gambar, tapi aku toleh kiri aku tengok dia ada, aku terus rasa jantung aku berdegup laju dan aku cepat2 pergi tempat lain. Mata aku tak pernah lari dari pandangan pada gadis tu. Entah aku pun tak pasti kenapa. Aku nak tegur atau berkenalan tapi keberanian aku tak ada. Aku tak berani sebab aku sedar diri dan aku tak pasti apa yang aku rasakan ni. Kalau boleh aku nak lepaskan perasaan yang aku rasa. Biarkan lah perasaan ni pergi macam tu je.

Balik dalam bas, aku cerita dengan adik aku, Angah dan sepupu aku, Wawa. Diorang marah aku sebab aku tak berani nak move on. Diorang cakap ni perasaan yang aku susah dapat sebab diorang faham aku bukan senang nak jatuh cinta atau jatuh hati. Mungkin sebab aku fobia tentang cinta dan keberadaan aku. Diorang cakap dah sampai masa aku buka hati aku untuk terima yang lain yang aku tutup untuk seseorang dan dah tiba masa aku kena fikir hati aku dari hati yang lain. Mungkin betul sebab lepas aku berpisah dengan bekas kekasih aku setahun lalu, aku dah tutup hati aku untuk mana2 gadis, bukan tak ada yang nak tapi aku tak dapat bagi hati aku untuk mereka dan tak dapat aku isi untuk nama yang lain.

Memang aku tak jangka perasaan aku untuk hati yang lain begini rupanya. Tapi aku taknak berharap sebab aku sendiri tak kenal gadis tu dan aku gelar dia 'Kanojo X' iaitu Gadis X..huhu..apa yang aku tau, dia ni kawan isteri sepupu aku dan aku dah pun jumpa fB dia. Makan masa aku nak add dia. Sampailah lepas aku isya' semalam aku terus tekan button add tanpa was2. Haahaha. Aku perlukan sokongan untuk aku terus ke depan biarpun aku tahu peluang aku cuma ada 1% berjaya. Ya Allah kuatkanlah hati aku dan andai dia benar untukku dekatkan aku dengannya dan andai sebaliknya, jauhkan dia dari hati hamba-Mu ini. Amin.

Nak tengok rupa dia, dia tak cantik tapi aku terpikat dengan senyuman dia. Maafkan saya sebab ambik gambar ni dari tuannya.

Aku tak harapkan apa2 cuma aku harap ianya tak membuat aku terseksa. Andai dia jodoh aku maka dekatkan dia dengan aku dan andai dia bukan untuk aku, aku terima dan tabah menerima semua takdir.


Lone Ranger :

Mei 18, 2012

Chuuuuu!

Tak ada kerja buat kerja lah..mengila malam2 Jumaat..mengedit apa yang patut..dan siap! Mengarut..oklah, aku nak delusion dulu, tengoklah ea kerja merepek meraban aku di malam hari..daa..


Delusion Mode! Chuuuu..!! :


Mei 08, 2012

Kawaii Risa-chan!! ♥ ♥ ♥

Salam, konichiwa minna-san! ogenki desu ka? watasi? hai genki desu! hari ni agak stress sikit lah dengan kerja2 kat ofis dan aku tak buat OT pun sebab aku stress sangat2 hari ni. So lepas kerja aku pergi jalan2 sorang2 macam biasalah. Haha. Shopping sikit abis jugak duit aku untuk minggu ni stress punya pasal. Lepas jalan2 baru lega kepala otak aku.

Balik je rumah aku kemas bilik aku, padahal semalam dah kemas kot. Kemas lagi. Target aku nak jadi bilik otaku sejati kelas A..kemas dan bersih. Haha. Bilik bujang je pun janji aku selesa dan tak selerak. Nak tengok bilik aku? sumpah buruk kot. Haha. Tengoklah.


Oklah nak masuk tidur dulu, esok nak kerja lagi. Ok sebelum aku blah, aku bagi lagu yang buat aku happy sangat2 hari ni bila aku layan. Bye. Ja ne.



Egao no Namida ~THANK YOU! MY DEAR FRIENDS~ - Niigaki Risa

waracchau you na futsuu no seishun
waracchau you na KURASU no nakama mo
sotsugyou shite mo maa
totsuzen kawaru to ka ja naishi

futocchau kara gaman shita oyatsu
nayanjau kara akirameta kareshi
sotsugyou shitara mou sonna no ichi ichi
ki ni shinaku naru no ka na

ikitsuketa mise no obasan mo ano michi mo
ichido dake koi wo uchiaketa
eki no tsuuro mo

mata aeru kara kitto aeru kara
mata egao shite kitto aeru kara
ne minna kotoba ja kawasanai
yakusoku nanda yo!

aa DORAMA nara konna bamen de wa
aa minna shite naitari suru kedo
ne nanka maji de nakete kuru
honto nanda ne

egao ni namida

jirettai you na futsuu no seishun
jirettai you na uchiki na ano ko mo
sotsugyou shitara mou
imi nai KENKA mo dekinai

kidocchau ni wa hayasugita keredo
asecchau no yo wakannai keredo
sotsugyou nante mou sore koso zuibun
chou saki no koto datta wa

na no shirenai AMACHUA BANDO no MD wo
dare ka ga minna ni kikasetara
sugoku hayatta

tsugi aeru toki itsu ni naru no ka na
tsugi aeru nara minna kuru no ka na
ne zenbu zenbu yume mitai
honto nanda ne

aa ashita kara chigau fuku wo kite
aa sorezore ni aruite yuku no ne
aa zenbu zenbu arigatou
honto nanda mon!

egao de...

mata aeru kara kitto aeru kara
mata egao shite kitto aeru kara
ne minna kotoba ja kawasanai
yakusoku nanda yo!

aa DORAMA nara konna bamen de wa
aa minna shite naitari suru kedo
ne nanka maji de nakete kuru
honto nanda ne

egao ni namida
THANK YOU! MY DEAR FRIENDS


Egao ni Namida ♥ ♥ ♥ :

Mei 06, 2012

My New Baby, Her Name is hANGRY

Salam, konbawa minna-san. Ogenki desu ka? watasi wa genki desu! Haha. Macam biasalah aku kan bukan betul sangat pun kepala. Tapi bulan ni aku memang tengah sangkak gila, comfirm. Sebab? aku baru je beli handphone baru & banyak maintained aku kena bayar bulan ni. Haha, padan muka aku, gatal sangat beli handphone baru. Kan dah kena, rasakan. Tapi aku teringin dan lama aku saving nak angkat handphone baru, my new baby. Ekeke. Handphone lama masih ok lagi dan aku akan tetap pakai jugak. Walaupun handphone lama tapi bagi aku ia sangat bernilai dan aku takkan biarkan handphone tu terabai dan rosak. Sekarang ni handphone Sony Ericsson Yari aku tu nak beli housing baru je. Dah usha haousing original dalam rm80.00 je. bulan depan lah kot.

Ok2, handphone apa aku beli. Haa haaaa, aku mampu angkat handphone biasa2 je, Samsung Galaxy W je, harga boleh tahan lah, dalam rm999. Haha. Ingat nak angkat Samsung Galaxy Ace Advance tapi fikir2 tengok funtion sama cuma design lain dan latest sikit dari W. Harga Ace Advance pun dah rm1299 dengan W aku je beza dah dekat rm300. rm300 macam2 aku boleh beli, gunpla baru pun boleh. Wakakaka. Tapi boleh lah buat pakai 3-4 tahun baru tukar baru. Yari aku pun dah 2 tahun lebih steady je lagi. Lepas masalah ribbon tahun lepas sampai la ni dah ok, tak ada masalah pun. Aku tak reti sembang banyak, meh tengok aku punya haul bulan ni. Semua dah settle so lepas ni aku boleh sambung bergunpla la pulak. Ekeke.


W is for Wonder :

Mei 05, 2012

365 Hari ~ Pernah KOSONG & Kini KOSONG

Salam, ogenki desu ka minna-san? haha. lama sey tak update blog, maklumlah sibuk sikit lah nak update2 ni. balik kerja penat, nak berkarya pun tak larat. Haha. Oh ya, kali ni post lagu agak menarik sikit lah, sebab apa. Sekarang kira2 dua hari lepas genap 365 hari aku solo. Haha. Dalam tempoh 365hari ni bukan satu tempoh yang singkat atau mudah bagi aku. Banyak cabaran aku kena lalui sebelum aku mulakan hidup baru disamping aku matikan perasaan aku serta kuburkan segala apa yang pernah terpahat di hati ni. bukan sukar nak lupakan walaupun masih ada sisa2 dalam hati aku sekarang ni. cuma aku nak hidup bebas dan bahagia macam orang lain. tak apalah kalau aku terus macam ni asalkan aku buat apa aku suka walaupun orang anggap aku pelik2. tak kisah.

Tempoh 365 hari bagi aku pelajaran dan pengajaran yang aku lalui dulu. Memang aku akui dulu aku banyak tersimpang jauh dan tersasar. dan aku tak salahkan sesiapa dalam hal ni. bagi aku mungkin ada hikmah dia tinggalkan aku dan aku gembira jika dia bersama dengan lelaki yang jauh lebih bagus dan baik dari aku. aku dah tak kisah dia nak anggap aku apa ke kan sebab aku dah anggap semua satu mimpi bagi aku. biarlah benda ni jadi titik noktah walaupun ada dosa tak terbayar aku pada dia. dan aku akui yang sememangnya aku banyak silap dalam perjalanan tu dan aku akui yang aku gagal mengawal emosi aku sepanjang 365 hari.

Terima kasih buat sahabat2 aku yang banyak nasihat aku dan bagi aku semangat. Thanks buat Zafirah or Fira sebab dia sahabat aku selamanya. Jadi penasihat dan pakar motivasi aku sepanjang 365 hari ni. maafkan aku Fira kalau ada yang salah sangka tentang kita dan aku akan pegang kata2 kita dulu, kawan baik selamanya.

Hmm, sepanjang 365 ni aku tak ada cari yang lain??? memang tak ada sebab aku masih belum buang semua perasaan aku dan aku masih belum dapat lupakan apa yang berlaku walaupun aku pasrah. lagi pun aku selesa macam ni dan aku selesa berfantasi dari berrealiti. mungkin aku belum bersedia atau mungkin.

Tapi apapun..aku nak jalan kan lagi 365 hari dengan lebih ceria dan gembira. Jodoh? nanti2lah. Apa2 pun..aku belah dengan satu lagu dulu. memang macam ada kaitang dan Najwa Latif seolah2 memahami isi hati aku..haha.. Bye.




Kosong :

April 20, 2012

Khas Aku Buat Demi Cinta Hati..ekekeke ~

Salam! Ogenki desu ka minna-san! ekeke. Hari ni walaupun mood aku kurang elok sebab demam tak baik lagi, tapi ada benda aku dapat hari ni. Hari ni barang yang aku order 2 minggu lepas dah sampai. Apa benda? Jersi bola je pun, Jersi Jepun. Yang istimewa nya aku customize nama belakang jersi aku dengan nama bini aku (berangan lebih), cik Yoshizawa Hitomi. ekeke. Suka akulah nak letak apakan, duit aku. Hoho. Tengoklah gambar ni ye, jangan jeles sudah. Sebab cantik dan aku sukakannya. Kalau aku pakai ni mesti rasa bangga timbul sebab belakang ada nama cik Yossi aku. ekeke. Aku tunggu member aku sorang buat nama cik dia jugak. Aku buat sebab cik Yossi pun minat bola dan aku pun minat bola. Tapi team no.1 aku tetap Malaysia (Harimau Malaya), lepas tu baru Jepun & Jerman. Ekeke


Yossi! trillion like :

April 18, 2012

MC & Konvo ~

Salam, konbawa minna! Haha entri aku kali ni agak lewat sebenarnya. Ni kes semalam tapi semalam aku tak larat nak buat apa2 selain malas. Ekeke. Sejak aku kerja dari bulan 8 tahun lepas, semalam kali pertama aku ambik MC, bukan MC yg deejay tu, ni Medical Certification. Ni lepas hari konvo adik kesayangan aku lah, dak Angah konvo hari Isnin kelmarin. Balik hujan dan sampai rumah memang lepak gila. Maklumlah lepas abis konvo terus berjimba & aku tak belikan adik aku bunga so sebagai ganti aku mampu belanja makan kat tempat agak Exclusive je. Haha. Memang lepak gila lah hari Isnin tu yang demam. Demam terkejut kot. Ekeke. MC 1 hari je. mana boleh lama2, kerja berlambak kot. Adeh!

Masuk semalam hari ke-2 aku cuti. Hari Isnin aku cuti sebab aku teman kan adik aku konvo kat Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Bos aku (abah aku) tak dapat datang sebab dia ada kursus, so tak apalah janji aku ada. Walaupun aku tau adik aku sedih, mana tak adik akukan anak bapak. Mestilah dia sedih tapi tak apalah, masing2 dah besar apa. Atleast dia masih ada aku sambut kejayaan dia. Tapi apapun aku bangga dengan adik aku walaupun abang dia ni tak ada apa2 pun untuk di bangga kan. Insya-Allah lagi 5-6 tahun turn aku pulak. Kalau ada rezekilah. Tak apalah lambat pun lambatlah sebab aku tak ada apa2 komitmen pun. Malas nak cerita banyak aku just boleh share dan korang layanlah gambar2 aku aku catch. Ekeke. Nanti2 aku sambung cerita ok..ja ne!


KONVOkesyen ANGAH @ PIS



Makan2 Selepas Majlis KonvoKesyen Angah


MC Day



2 hari yang sangat riang ria :

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "