Mei 31, 2018

Berry is Very Very Red?

Wew..sangat wew..lama aku tak tangkap cintan terus bila sekali tengok video idol baru..seriously, dari 4 video yang diorang share semua aku suka dan terus tangkap cintan dengan group ni..aku tak lah expert sangat pasal diorang ni tapi masih kaji jugak pasal group ni..oh lupa group apa, group yang sangat merah, VERY VERY RED BERRY..nama je dah sangat merah..haha

So macam mana boleh terjebak? mula2 ada member temasik share item dia dekat fB pasal group ni tapi try cari takde dalam youtube lagi..so belum teracun, 2-3 hari lepas, member dari Siam share performance group ni dekat wall dia..aku tengok lah, damn terus melekat siot..lagu diorang memang catchy sikit tapi fun la bila dengar dan layan..boleh cakap menangkap dia macam aku layan Otome Shinto dulu..kena dengan sebahagian jiwa aku..haha..



Ok pasal VVRB (singkatan untuk Very Very Red Berry lah), yang aku dapat tau sikit2 group ni sister group FESTIVE or senang citer satu management dengan FESTIVE..aku layan FESTIVE tapi tak setangkap teruk aku layan VVRB ni..group ni ada 5 orang gadis, Tenchan, Chichi, Maimai, Tsugumi & Anzu..group ni di debut pada April 21, 2018 dan di perkenalkan di Mainabi BLITZ Akasaka. Tapi aku boleh cakap aku dah macam suka cara dan character Chichi..haha..menerut sahabat dari temasek lepas aku tanya character masing2 sebab dia pun dah pernah pergi debut VVRB, dia cuma boleh cakap Chichi ni over confident dan acah2 leader sikit..lain2 masih gugup yelah baru debut sebagai idol kan..tapi dia bilang paling hot stuff or famous dalam group ni dah tentu Tenchan yang di cakap buppan untuk Tenchan cukup panjang walaupun baru debut..tapi mungkin Tenchan dah ada follower dia sendiri sebelum VVRB..hmmm banyak aku kena kaji selidik pasal diorang ni..ok korang tengok lah link2 aku share ni kalau nak turut melayan sekali..haha..


Tsugumi, Anzu, Maimai, Tenchan, Chichi

Very Very Red Berry PROFILE

VeryVeryRedBerry(ベリベリ)
Twitter :  @VVRB_official
Blog : ameblo
Tahun Aktif : 2018
Agensi : Rize Idol Department


Very Very Red Berry Member PROFILE

Ten-chan
テン・チャン
Twitter : @tenchan_VVRB


Sakurai Mai
(Maimai)
櫻井まい
Twitter : @mai_mai_VVRB


Mizushima An
(Anzu)
水島 杏 
Twitter : @anzu_VVRB


Nashida Tsugumi
(Tsugumi)
梨田つぐみ
Twitter : @tsugumi_VVRB


Narumiya Chisato
(Chichi)
成宮 千聖
Twitter : @chihiro_VVRB









Very Very Red Berry Video Performance

NEED MORE RED

ちらり☆しらたまガール
Chirari ☆ Shira Tama ga Aru

恋するパーカー
Koisuru Parker

ベリベリサワー
Very Very Sour


Beri Yang Sangat Sangat Merah!

Mei 28, 2018

RE:BORN


Yosh! Akhirnya hari yang di tunggu tiba..sebelum ni aku ada post pasal PiiiiiiiN akan kembali di tubuhkan selepas di bubar 2016..PiiiiiiiN kembali dengan 100% wajah baru dan masih mengekalkan konsep "ROCK IDOL"..kumpulan idol yang di urus oleh StarRay Production, tampil dengan wajah segar dari hasil ujibakat dalam tempoh terdekat dan hasilnya 5 gadis dari 4 daerah terpilih dan rata2 umur mereka ialah 16 & 17..idea ideal untuk aku jugak lah sebagai fan idol..aku pun tak suka member terlalu muda, senang cerita bawah 14-15 tahun..walaupun group ni tak lah popular tapi aku suka sebab lagu2 diorang yang Rock dan Pop Rock yang tak banyak idol buat masa zaman mereka dan sebab tu jugak lah aku jatuh hati dengan oshi PiiiiiiiN sampai sekarang aku masih follow dia, Ayano Hara..

Jangkaan awal aku mungkin akan ada member lama akan kembali dan berharap leader Emirin, atau macam Rikoruru akan balik ke PiiiiiiiN..tapi Emirin tak mungkin sebab sekarang dia dah ada QUEEN..tapi semua tu meleset sebab PiiiiiiiN lebih tertarik untuk menggunakan muka baru yang lebih segar dan bertenaga..

Walaupun rata2 muka baru harap2 diorang ni dapat kembali kan memori PiiiiiiiN aku dengan diorang dengan lagu2 yang best dan bertenaga..Mei 26, 2018 menjadi permulaan semula PiiiiiiiN..


Nah link aku cerita dan biodata sedikit pasal PiiiiiiiN yang lama

Bawah ni aku share sikit lah pasal member2 baru PiiiiiiiN ReBorn ni untuk korang check dan follow diorang, ada link masih tak aktif sebab aku copy dari page sebelum, tapi ada link sampai sekarang masih ada..

Minami, Hina , Asuka, Rimi, Miki

Atas : Asuka, Miki / Bawah :  Rimi, Hina , Minami,


PiiiiiiiN PROFILE

PiiiiiiiN (ピーン)
Webside : piiiiiiin.jp
Twitter :  @PiiiiiiiN_1218
LINE : PiiiiiiiN
Blog : ameblo
Youtube : PiiiiiiN Official
SoundCloud : PiiiiiiiN
Tahun Aktif : 2013 – 2016
Tahun Di Tubuhkan Semula (Re:Born) : 2018 –  terkini
Label : 
Agensi : StarRay Production


PiiiiiiiN Member PROFILE

Ueno Rimi
上野りみ
Umur : 17 tahun
Asal : Hokkaido, Jepun
Twitter : @rimi_piiiiiiin
Kata Pengenalan : 
ずっとアイドルになりたいという思いが強くあったので、どんな事があっても乗り越えます!
想いを届けられるように頑張るので
応援していただけたら嬉しいです。
Saya mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi seorang idol untuk jangka masa yang panjang, jadi saya akan mengatasi apa sahaja yang berlaku!
Kerana saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan perasaan saya
Saya akan gembira jika anda boleh menyokong kami.


Nakao Miki
中尾みき
Umur : 17 tahun
Asal : Saga, Jepun
Twitter : @miki_piiiiiiin
Kata Pengenalan :
元気いっぱい、笑顔いっぱい歌とダンスでアピールして頑張るけん!
お披露目ライブで待っとるよ〜
Bertenaga, menyanyi dengan penuh senyuman dan menari dengan lebih menarik dan melakukan yang terbaik!
Saya akan tunggu persembahan secara langsung ~


Miki Asuka
美希あすか
Umur : 16 tahun
Asal : Kanagawa, Jepun
Twitter : @asuka_piiiiiiin
Kata Pengenalan :
これからたくさんの人を笑顔に
幸せに出来るアイドルになりたいです!
Mulai sekarang saya akan senyum kepada semua orang
Saya mahu menjadi idol yang sangat bergembira!


Haraguchi Minami
原口みなみ
Umur : 17 tahun
Asal : Saitama, Jepun
Twitter : @373_piiiiiiin
Kata Pengenalan :
歌と笑顔と全力パフォーマンスで
想いを届け1人でも多くの人に夢を与えられる
スーパーキラキラアイドルになります
Dengan nyanyian, wajah tersenyum dan beraksi dengan penuh bertenaga
Menyampaikan perasaan saya Bahkan setiap orang memberi impian kepada banyak orang
Ia akan menjadi super-idol yang berkilau


Iwabuchi Hina
岩渕ひな
Umur : 17 tahun
Asal : Hokkaido, Jepun
Twitter : @hina_piiiiiiin
Kata Pengenalan :
みなさんと素敵な時間を過ごせるよう、最高の笑顔でパフォーマンスします!
Saya akan melakukan persembahan dengan senyuman terbaik supaya saya dapat bersama masa yang indah dengan semua orang!





PiiiiiiiN ReBorn : EP 01


Reborn Again PiiiiiiiN !!



Mei 15, 2018

Dark in 13


Yosh! Event terakhir sebelum puasa, My Idol Party Volume 1..event ni di adakan di KL Live Hall, Kuala Lumpur yang berlangsung pada Ahad, Mei 13, 2018..event Japanese Idol terbesar di Malaysia yang di anjurkan HibikiPro yang menampilkan 4 group idol yang besar iaitu STARMARIE, Luce Twinkle Wink, The World Standard (Wasuta) & Nanaland (7-Land)..semua bermula dengan baik dan lancar dan di hari yang di tunggu semua peminat idol di Malaysia tiba..tapi berlaku sebaliknya..aku akan cerita apa yang terjadi satu persatu perjalanan aku dari JB ke KL..


ROAD 2 MyIP

Mula aku tak bercadang nak pergi sebab keadaan dan masa yang tak mengizinkan awalnya..tapi seminggu sebelum My Idol Party (MIP) berlangsung, semua dah mula reda dan aku nak join kawan2 pergi berhibur untuk tenangkan diri dan bergembira..cuti panjang selepas Pilihanraya Umum pun jadi salah satu sebab aku nak pergi..sebenarnya aku nak tengok persembahan Nanaland & aku minat Mai Kohinata..nak jumpa dia tu yang penting..haha..

Aku gerak dari JB sabtu malam ahad, aku gerak dengan Ame, then ambik SyaFiq dekat Air Hitam..gerak dari JB pun dekat pukul 11 lebih dan selamat sampai ke Homestay dalam pukul 4 pagi..jalan hujan lebat weh dari Yong Peng sampai ke Bangi..Frei, Sim, Zint dan lain dah sampai hari Jumaat malam Sabtu lagi sebab diorang pergi event offkai MIP..aku kena kerja dan aku ni kurang berminat dengan event offkai (sebenarnya aku nak pergi event offkai idol aku minat sebelum pergi mana2 offkai)..sampai homestay terus tidur dan jam 7 pagi dah bangun siap2..semangat punya pasal kan masing2..Frei, Apis, Chip ada kerja nak settle awal..Homestay, SOHO Suite, dengan KL Live dekat je, 100 meter pun tak sampai..haha..pagi tu sebelum event aku cuma sarapan dekat 7-Eleven dekat KL Live building tu je..dekat 7-Eleven jumpa Afiq, then tak lama jumpa member seberang tambak, Najib Nakitty..tak lama budak2 lain sampai gak..lepak2 borak2..bila jam 10 lebih masing2 naik atas nak tunggu tiket kaunter bukak mana yang beli on the spot mcm aku, ada yang nak tebus tiket yang mana beli online..masa naik atas jumpa geng2 yang lain macam Tempe, PuiPui, Weeda, Fandy, Faiz, dan budak2 anime yang lain macam Kiru, Zahid Emo, Zarif..tak lupa jumpa lord2 dari Singapura yang kenal..



11 pagi pintu masih tak bukak dan ada perkhabaran ada masalah perlu di selesaikan..so tunggu la..sambil2 tu membongak dekat area2 situ..lama sangat dan dekat tengahari, perut lapar balik sebab sarapan pun ringan je, pergi balik ke 7-Eleven, beli la maggi cup..ok la kenyang sikit..masa tengah lepak makan dengan Najib, Ruzain, Faiz..datang Fadhil dan Zul bagitau perkhabaran tak baik yang event terpaksa di batalkan dan di tangguh ke suatu masa akan datang..khabarnya atas masalah teknikal yang berkaitan dengan dokumentasi lesen berkaitan..aku tahu akan jadi tapi tu aku taknak ulas sebab aku tak ada hak untuk bercerita apa lagi aku bukan berada dalam team tu..cuma cakap2 angin..so, aku sebagai peminat, kecewa lah sebab performance idol aku nak tengok di batalkan walaupun event buppan (handshake, 2shoot photo, sign event) di teruskan tapi tu bukan acara utama menarik minat, tu cuma bonus, tapi main ialah konsert tu sendiri..


bukan aku je kecewa, bukan geng2 wota Malaysia kecewa, bukan geng2 baru nak kenal idol di Malaysia je kecewa..tapi..semua peminat idol yang datang kecewa..untuk datang dari Malaysia kekecewaan mungkin tak macam peminat dari negara lain macam Singapura, Thailand, China, Taiwan, Indonesia dan terutama Jepun yang datang dari jauh dan berhabis beribu ringgit untuk tiba ke Malaysia..walaupun HibikiPro mohon maaf atas kesilapan tak dapat di elakkan tapi kesilapan ni mungkin tak dapat di terima segelintir peminat dalam dan luar negara yang datang..walaupun duit tiket di pulang, di adakan buppan tapi tak dapat menutup keseluruhan kekecewaan dan berita tentang event ni tersebar luas..


reaksi idol yang kecewa tak dapat membuat persembahan pun dapat tengok..tapi anggap je lah tak ada rezeki..aku cuma harap HibikiPro belajar dari kesilapan dan bangkit semula dengan team yang lebih tersusun dan lengkap untuk bersihkan nama organisasi anda yang anda bina dari tahun 2015 lagi..ok kita tutup tentang hal ni..kita bukak cerita aku pulak..haha


BUPPAN

lepas pintu di bukak, pertama sekali masuk dapat handshake & hi-five free dari semua group..dan pertama kali tengok Mai-chan dekat2 perghh comel kot..masa handshake & hi-five, Memetan (member Luce) tegur baju aku, dia cakap "aah Sanji-kun! One Piece!"..aku senyum je..haha..lepas handshake & hi-five, terus beli tiket cheki untuk cheki..so aku beratur untuk beli tiket Mai-Chan..Mai-chan punya line tak panjang dan mungkin tak berapa famous berbanding member lain tapi kecomelan dia tu buat aku terus nak cheki dengan dia..masa first cheki first aku cakap dengan Mai-chan sedih tak dapat tengok di perform..well broken nihongo aku kelaut, nasib dia faham..haha..Mai-chan tegur aku minat One-Piece, aku cakap minat, aku suka Sanji & Perona..haha..Mai-chan tanya nama aku untuk tulis dekat cheki, aku cakap FAAN..spell lagi..dia faham dan tulis betul..hahaha..masa cepat berlalu..aku tak sempat bagi hadiah..hahaha..tapi tak apa..akan ada 2nd cheki..

lepas tu beratur lagi beli tiket cheki..budak2 ni tanya aku, cheki siapa lagi..aku jawab Mai-chan..haha..budak2 lain tengah sibuk nak beli tiket Wasuta, ada frust sebab tiket wasuta banyak dah abis..ok, 2nd cheki, terus beratur dan aku sorang beratur tunggu seorang settle cheki..kali ni aku jumpa dia terus bagi hadiah, patung beruang pakai jersi Malaysia..Mai-chan suka..dia baca ada tulis Malaysia, belakang bear tu ada logo KLCC, dia teka betul, aku cakap betul, dia suka gila..haha..dia cakap patung beruang tu comel macam aku..hahaha..terus cheki dengan patung tu..lepas cheki sambung borak, dia tanya nama aku, yelah bukan dia ingat pn muka aku..aku sebut FAAN, terus dia aah, FAAN!! terus dia pandai tulis..aku terus subarasi maichan!!..end of cheki..



lepas abis cheki lepak dengan geng2 lain dekat belakang, lepak borak apa semau, then tak lama ada event janken (obejus la kalau kat Malaysia)..aku try je bukan boleh menang pun..sampai final dan menang..maybe sebab cheki tu dari Mai-chan kot tu bersemangat walaupun Shah cakap aku tipu..haha..ah peduli..hahaha..dapat la hadiah cheki group ada sign semua member..sebelum final janken, Nubu bagi aku hadiah suruh bagi dekat Mai-chan..sedangkan aku tak tau aku menang ke kalah..menang akhirnya aku bagi, aku cakap ni dari pihak Malaysia..


Event tamat hampir pukul 3 lebih..dan tunggu idol2 keluar dari hall..sambil2 tu sakat budak2 ni, masuk air bersama-sama..tapi lepas event ada pengumuman, ada event offkai tapi aku tak pergi sebab aku tak larat, malas, lapar..macam aku cakap tadi..selagi aku tak pergi offkai idol aku minat aku takkan pergi yang lain..

Balik homestay..mandi2, ajak Ame pergi makan dekat KLCC, makan Texas Chicken..hahaha..pergi balik naik GRABCAR walaupun jarak 1km je tapi sebab masing2 dah rabak weh..balik homestay borak2 terus tidur dan pukul 8 baru bangun..malam tu jugak balik JB sebab isnin pagi aku kena kerja..aku balik dengan Zint since Zint pun esoknya ada kelas..tapi aku hantar Zint dekat Air Hitam je lah..

Ok..cerita My Idol Party kita tinggal dengan pengajaran dan sempadan untuk lebih baik di masa depan..so apa next event aku? dah tentu Color Pointe di Singapura bulan depan!! Jumpa lagi!! Bawah ni ada gambar sikit aku share sini..aku ni pemalas nak ambik gambar, so gini lah..









Let's Party!!


Mei 03, 2018

Operettas!!

Akhirnya!! Gokigen Teikoku 2nd dah ada nama rasmi diorang sendiri..Group GGT2nd adalah sister group untuk Gekijouban Gokigen Teikoku..pelikan group indie ada sister group yang di urus dan pemilihan dari member Gokigen sendiri yang di ketuai ketua dan presiden Gokigen sendiri Ichiho Shirahata or Chiiho..April 29, 2018, bukan saja tarikh untuk member bar Gokigen tapi debut dan penamaan group GGT2nd kepada Operetta's Counter Attack (OCA) atau nama jepun dia, Gyakushuu no Operetta (逆襲のオペレッタ)..Group ni di anggotai oleh member2 GGT2nd yang melalui tempoh latihan atau training sepanjang beberapa bulan dan dari 10 finalist cuma 4 saja yang berjaya kekal dan menjadi sebahagian dari Operettas..oleh kerana group ni masih baru dan perlu bimbingan, Chiiho telah menetapkan salah sorang dari member Gokigen untuk menjadi ketua untuk sister group ni, tugas tu di serah pada Tsuzura Nagi..Nagi masih lagi salah seorang member Gokigen walaupun akan bersama Operettas untuk persembahan lain..kira macam ketua sementara lah, macam kebanyak group idol lain yang masih baru dan belum boleh bergerak 100% sendiri atas faktor member belum cukup fan base dan Nagi sebagai decoy untuk Operettas.



Pengumuman dari pihak Gokigen


Ni link post pasal exam dan pemilihan group ni sebelum ni yang pernah aku kongsikan
Sebelum ni semua member2 cuma di nama kan macam angka giliran peperiksaan..dan di beri cabaran untuk mencari lebih 500 follower baru nama akan di dedahkan dan di perkenalkan..tapi sayang cuma sorang je yang berjaya dalam cabaran tu dan tu jugaklah oshi aku dalam Operettas sekarang ni..orang tu ialah Nanami atau nama exam dia sebelum ni 0718.
Ok meh aku kenalkan sorang2 member Operettas yang berjaya menjadi member Operettas termasuk leader sementara diorang sekali.


Operetta's Counter Attack

Kanji : 逆襲のオペレッタ
Nama Lama (Sebelum Official Debut) : Gekijouban Gokigen Teikoku 2nd

Webside : gokigenteikoku.jp
Twitter :  @operettas_ca
Tahun Aktif : Februari 2018
Label : GGT


melon, nanami, nagi, marimari, garu


Operetta's Counter Attack Member


Tsuzura Nagi
廿楽なぎ(つづらなぎ)
Peranan : Ketua Operettas
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Hobi : Gitar, Cosplay, Anime, Lukisan Grafiti, Mendengar musik untuk tidur
Kemahiran Khas : Bermian Piano, dengan muka malas/mengantuk
Twitter @Tsuzura Nagi
Instagram : @tsuzuranagi
Ameblo : tsuzuranagi
Gelaran : NAGI-CHAN
Peranan Lain : Member Gokigen Teikoku

Minami Nanami
南ななみ
ID Exam GGT2nd : 0718
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @nanami_OCA
Instagram : @nanami_OCA
Gelaran : NANAMI


Yuubare Melon
夕晴めろん
ID Exam GGT2nd : 1105
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @melon_OCA
Gelaran : MELON


Churaumi Gura
美海ぐら
ID Exam GGT2nd : 1108
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @guradayo_OCA
Instagram : @guradesu_oca
Gelaran : GURA


Mayou Mariru
迷宵まりる
ID Exam GGT2nd : 0716
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @marimari_OCA
Instagram : @mayoumariru_oca
Gelaran : MARIMARI










Nanami & Operettas in LOVE!!!



Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "