Disember 23, 2017

SHELTER ~

MIGMA SHELTER - agak menarik jugak idol group ni sebab konsep musik yang diorang bawak, Psychedelic Trance (ala2 musik club lah senang cerita). Group ni di tubuh dan di urus bawah AgriRecord iaitu producer yang turut menjaga There There Theres (nama lama BELLRING's Shoujo Heart). Untuk halwa telinga aku, musik diorang memang menarik dan terbaik. Boleh layan beb kalau jenis layan musik disko or clubin'. Nampak je logo dan penampilan diorang macam raggae sikit tapi musik dan gaya persembahan diorang memang menarik untuk di layan. Tahap kecomelan? untuk aku oklah nak kata terlampau comel or comel sangat tu tak adalah tapi nak kata buruk tu tak lah..nice as idol..hahaha..

Setakat ni, Migma Shelter dah release 2 single. Walaupun group ni tak sampai lagi setahun debut kira2 April lepas, tapi persembahan diorang ni menarik untuk di layan. Lepas berbulan-bulan layan Migma Shelter, akhirnya dapat jugak aku pilih seorang oshi dari group ni. Tertarik dengan SeiSei..vokal dia pun boleh tahan nice.







MIGMA SHELTER PROFILE
Twitter :  @MIGMASHELTER
Youtube : AqbiRec
Tahun Aktif : April 2017
Label / Agensi : AqbiRec INC


MIGMA SHELTER MEMBER

Yoneko
ヨネコ
Warna : Merah Magma / Magma Red
Tarikh Lahir : Disember 24
Instagram : @yoneko_mgmslt
Info : Leader (sehingga September 30, 2017) & Bekas ahli BELLRING Shoujo Heart


SeiSei
セイセイ
Warna : Hitam Kosmo / Cosmo Black
Tarikh Lahir : Januari 20
Twitter : @SEISEI_MGMSLT


Mimimiyu
ミミミユ
Warna : Merah Jambu Cinderella / Cinderella Pink
Tarikh Lahir : Mei 2
Twitter : @MIMIMIYU_MGMSLT
Info : Leader (November 25, 2017)


Komachi
コマチ
Warna : Ungu Yamatonado / Yamatonado Purple
Tarikh Lahir : Mac 9
Twitter : @KOMACHI_MGMSLT


Amari
アマリ
Warna : Biru Cahaya Matahari / Sunshine Blue
Tarikh Lahir : Jun 5
Twitter : @AMARI_MGMSLT


Kotejun
コテジュン
Warna : Kuning Yatter / Yatter Yellow
Tarikh Lahir : Oktober 17
Twitter : @KOTEJUN_MGMSLT


Popo Popo Po Popo Jr.
ポポポーポ・ポーポポJr.
Warna : Oren / Orange
Tarikh Lahir : Julai 30
Twitter : @POPOPOJr_MGMSLT
Sertai : Oktober 29, 2017
Info : Sub-Leader (November 25, 2017)




Discografi

Singles
[2017.04.15] 「Svana Eraser」
[2017.10.13] 「Amazing Glow」


Live Performace
Amazing Glow




MIGMA!!

Disember 17, 2017

IDLE®


Secara asanya, group BILLIE IDLE® ni di umumkan sebelum konsert terakhir BiS pada 2014 untuk memberi laluan kepada First Summer Uika & Hirano Nozomi untuk terus berada dalam industri. Idea penubuhan BILLIE IDLE adalah idea dari Nigo & Watanabe Junnosuke. Tapi kini group ni di urus takbir sepenuhnya Nigo. Dan pada Mac 2015, group ni secara rasmi di debut bersama-sama dua orang ahli yang lain, Momose Momo & Yasui Yuuhi. Debut BILLE IDLE bermula dengan pelancaran Digital Single pertama mereka, "anarchy in the music scene" melalui iTunes. Mereka juga mengelar diri mereka "not idols" (bukan idols) melalui musik yang mereka bawa menerusi single pertama. 

BILLIE IDLE adalah group idol yang “NOT IDOL, NOT KAWAII” yang cuba mencipta fenomena “Anarchy in the music scene“ di dalam dunia idol mereka sendiri.

Ogos 2016, Yasui Yuuhi mengumum keluar dari BILLIE IDLE atas masalah kesihatan dan juga berkaitan dengan masalah keluarga. Tempat Yasui di ganti dengan Akira yang juga adik kepada Momo. Akira pernah datang ke belakang pentas BILLIE IDLE dan Nigo memutuskan untuk tidak membuat audisi sebaliknya terus menyerap masuk Akira ke dalam kumpulan. Akira antara bakat baru yang bagus sejak kehadiran beliau ke dalam group dengan penciptaan banyak lirik untuk group BILLIE IDLE. 



Pendapat & Kenapa Aku Minat
Aku bukanlah peminat awal kemunculan BILLIE IDLE, sekadar layan musik dan lagu mereka yang pada aku boleh tahan dan sangat indie untuk prinsip indie yang lebih bebas dan tak terlalu mengharap ehsan dan cara idol. Lagu diorang pun tak terlalu standard idol, atau terbiasa dengan cara alternatif idol yang sedia ada. Mereka dengan cara mereka yang nampak liar dan bersahaja dalam musik dan lirik mereka. Aku mula suka dengan BILLIE IDLE sejak Akira join masuk sebab ada kelain dari segi lirik dan lagu. Bila aku teliti balik tak hairan lagu yang aku suka datang dari karya Akira sendiri. Lebih bebas, lebih menentang, lebih liar dan lebih bersahaja. Dan lebih sesuai untuk 4 orang gila dalam group ni. Dekat bawah sekali ni ada musik video dan lagu ni adalah lagu paling aku suka sekarang ni. Hampir setiap hari aku layan. 




BILLIE IDLE® PROFILE
ビリーアイドル®
Webside : billieidle.com
Twitter :  @b_idle_official
Tahun Aktif : Mac 2015
Agensi : Otsumo Record (オツモレコード)


ahli terbaru sejak Ogos 2016 - Akira, Uika, Nozomi, Momo


ahli asal sehingga Ogos 2016 - Atas : Yasui, Momo ; Bawah : Nozomi, Uika



BILLIE IDLE® MEMBER PROFILE


First Summer Uika (ファーストサマーウイカ)
Tarikh Lahir : Jun 4, 1990
Tempat Lahir : Osaka, Jepun
Twitter : @firstsummeruika

Ameblo Blog : uika-bis
Instagram : @f_s_uika
Tentang Diri : Berasal dari Osaka. Bekas salah seorang ahli BiS (Brand New Idol Society). Seorang pelakon yang masih aktif.
Sertai Billie Idle : Mac 2015


Hirano Nozomi (ヒラノノゾミ)
Nickname : Nozoshun (のぞしゅん)
Tarikh Lahir : Julai 15, 1992
Tempat Lahir : Akita, Jepun
Twitter : @B_I_nozomi

Ameblo Blog : hiranonozomi
Instagram : @nono_nozomi
Tentang Diri: Berasal dari Akita. Bekas salah seorang ahli BiS (Brand New Idol Society). Seorang tenang dan pendiam kebanyakkan. Sangat meminati musik Madonna & K-Pop. Melepaskan segala keceriaan dan sinar di atas pentas.
Sertai Billie Idle : Mac 2015


Momose Momo (モモセモモ)
Tarikh Lahir : September 22, 1993
Tempat Lahir : Nagano, Jepun
Tentang Diri: Berasal dari Nagano. Mempunyai banyak peminat dari luar dan kagum dengan sesetengah yang mempunyai bakat dan suara melebihi apa yang di jangka. Sangat meminati NetFlix.
Sertai Billie Idle : Mac 2015


Momose Akira (モモセアキラ)
Tarikh Lahir : September 28, 1994
Tempat Lahir : Nagano, Jepun
Instagram : @akira_billieidle
Tentang Diri: Berasal dari Nagano. Adik kepada Momose Momo. Sangat memuja bakat yang ada pada Momo dan sangat meminati gusti profesional. Sangat bertenaga dan bersemangat apabila berada di atas pentas. Sangat suka manga dan mahir melukis.
Sertai Billie Idle : September 2016



BILLIE IDLE® Ex-MEMBER PROFILE

Yasui Yuuhi (ヤスイユウヒ)
Tarikh Lahir : Jun 29, 1994
Tempat Lahir : Toyama, Jepun
Sertai Billie Idle : Mac 2015
Graduasi : Ogos 2016
Sebab Graduasi : Masalah kesihatan yang berpanjang sejak Julai 2016.




This is BILLIE IDLE®










MUSIK VIDEO


Sayonara Romantic





Discography

Albums
1. [2015.04.01] IDLE GOSSIP
2. [2015.09.16] ROCK "N" ROLL IDLE

3. [2016.10.26] bi bi bi bi bi

Single
1. [2017.08.23] MY WAY

Digital Single
1. [2015.03.02] anarchy in the music scene
2. [2015.04.01] be my boy
3. [2015.09.02] be-bop tu-tu
4. [2016.10.05] Nakisou Sunday (泣きそうサンデー)

EP
1. [2016.04.06] "4 in 1" THE OFFICIAL BOOTLEG

Delivery Single
1. [2017.11.01] Sayonara Romantic (さよならロマンティック)

Live Album
1. [2017.04.26] LAUNCHING OUT

Best Album
1. [2017.04.26] BILLIed IDLE





Sayonara GoodBye ~

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "