Disember 26, 2016

Close 2016 & Opening 2017 Wallpaper

Haha..post sampah je ni..just nak share latest wallpaper PC aku, untuk closing 2016 dan opening 2017..dah tentu guna wallpaper kami-oshi aku, Oda Sakura..kih3..gambar paling nice untuk aku tahun ni..

MODEL
IDOL NAME : Oda Sakura (小田さくら)
IDOL GROUP : Morning Musume (モーニング娘。)
PHOTOSHOOT from : Hello! Project Digital Books Vol.147 - September 2016






No Aidoru No Laifu ~

Road Big Bad Wolf to Jalan-Jalan JAPAN to Comic Fiesta

Wew..lepas seminggu baru rajin nak update pasal Comic Fiesta aka CF tahun ni..maaflah, balik dari event memang agak sibuk dengan kerja dan tak ada masa nak cerita dan tak ada idea nak menulis langsung..so hari ni, sehari lepas krismas baru tetiba rajin ada masa nak tulis..kalau ikut plan asal memang tahun ni malas nak pergi CF tapi tiba2 last minit CF umum artis yang akan datang masa CF tu..mula2 diorang umum fhana, memang terasa nak pergi sehari je, tak lama umum lagi satu artis yang aku agak minat layan, K-Ble Jungle..memang aku trigged nak pergi dua2 hari..haha..mula2 plan dengan Ame, then Sim pun layan kan, last2 minit Frei gn Mamat pun join sekali budak2 JB gerak CF..selain tu ada sorang member dari JB pn gerak sekali, Dan, tapi dia dengan geng dia lah..just jumpa dia dekat CF..

CF tahun ni buat dekat Dewan Tun Razak, Putra World Trade Center (PWTC), tarikh 17 & 18 Disember 2016..




BIG BAD WOLF BOOK SALE
Plan pun agak carca marba jugak la..secara jujur pergi CF layan performance semata-mata, lain lepaking dengan budak2 wota seluruh Malaysia yang datang CF..Jumaat malam sabtu gerak dari JB naik dengan Ame, sampai R&R Seremban lepak2 minum & bersih kan diri sikit, dalam 5 pagi baru gerak ke KL, jumpa Sim dekat sana sebab Sim dari Melaka..tempat pertama gerak Big Bad Wolf Book dekat The Mines Exhibition Expo, BBW open 24jam so kitorang sampai The Mines around 6 pagi, sebelum ke Maulana kitorang ambik Usen dekat TBS..Sim ambik Chip dekat Kajang & kitorang gathering dekat Maulana Sri Kembangan dulu sebelum ke BBW..Jumpa Pami jugak dekat situ..lepas sarap terus gerak selam buku..selam punya selam dapat la 2 buku yang di hajati dekat dalam tu..dua karya dari Kathryn Fox (BLOOD BORN) & Kevin McDermott (VALENTINA) jadi idaman dan di sauk..total damage cuma MRY18, MYR10 for BLOOD BORN & MYR8 for VALENTINA..BBW ni lebih kepada clearance sales lah untuk macam2 jenis buku dan heaven untuk pencinta tegar buku..So dekat sana yang betul2 selam cuma aku, Sim, Mamat & Ame since kitorang suka membaca..Frei, Usen, Chip & Pami lepak2 je dekat satu sudut..actually masing2 masih rabak, 8 PAGI seh dengan tak proper tidur masing2..haha




JALAN JALAN JAPAN
Lepas dah settle menyelam tempat buku, dalam jam 920 macam tu, gerak ke OneCity di mana terletaknya pusat selaman wibu, Jalan-Jalan JAPAN, yang kitorang panggil Book-Off Malaysia..JJJ memang milik Book-Off Jepun cuma tak ada jual CD, DVD, Games macam dekat Jepun sana..kalau ada memang heaven..Hasil selaman dekat 3jam dalam tu, hasilnya aku berjaya memborong koleksi Morning Musume dan DX Go-On Wings..Jumlah damage MYR50..tu je bajet aku hari tu..takleh lebih2 walaupun banyak nak tapi terpaksa korbankan..haha..masing2 pun menyelam dengan banyak jugak..Secara exclusive, tempat tu dah jadi lokasi wajib di lawati masa depan kalau turun KL..



Lepas abis menyelam, aku, Sim, & usen pergi cari hotel untuk checkin, sebab kitorang tak ada apa nak di kejarkan sangat, dan performance fhana pun start 7 malam, so lepak dulu dekat hotel..kitorang sewa hotel dekat area pudu, Leo Express Hotel..ok lah untuk tidur, takdelah mewah sangat..janji boleh tidur..Ame, Frei & Mamat gerak PWTC awal sikit sebab frei ada benda nak kejar..nak tengok M Movement katanya..Pami & Chip balik sebab diorang tak join CF dan join 2nd day..





COMIC FIESTA 2016

DAY 1
Lepas check-in dekat hotel, kitorang just tidur kejap dan sedar2 dah jam 6 petang..haha..tapi masing2 macam malas nak gi tapi dah alang2 kan, gerak je lah..dari hotel aku decide ambik Uber ke LRT Pudu, kalau direct ke PWTC comfirm berdenting since jalan jammed dah comfirm..request dapat Honda Civic bhai..haha..caj baru MYR3++, masing2 lama tak naik LRT, dah biasa naik MRT dekat Singapore, JR Line dekat Jepun, terasa macam slow je LRT walaupun 5 station je..Sampai2 ramai orang dah balik tapi kitorang gerak masuk tapi sedih tiket dah tutup tapi budak jaga pintu suruh masuk je..layan fhana tak berapa nak enjoy sangat sebab keletihan dan tak ada lagu yang minat untuk di layan..so layan gitu2 sambil layan Ame hype..Abis konsert, balik ke hotel, kali ni decide direct Uber dari PWTC ke Leo Express, check estimated baru MYR10 dan jalan pun tak berapa jammed sebab dah jam 1130 malam kot..kali ni request dapat naik Alza cuma lambat sikit brader tu sampai sebab jauh dan faham lokasi dia nak sampai agak sesak..dapat dua2 driver agak peramah..sampai2 masing2 terus tumbang walaupun lepas sampai hotel, mandi2 keluar makan dekat mamak area hotel yang makanan dia memang sedap..balik bilik terus tumbang..cuma aku jelah perut meragam malam tu..Ame sempat tidur kejap dan dia balik JB dalam 1230 tengah malam jugak.



DAY 2
Lepas check-out, terus gerak ke PWTC naik kereta dan parking dekat Parking Hentian Duta, depan Dewan Merdeka PWTC je..tengok maksimum rate is MYR20, layan je lah..tapi bagus sebab dekat..sampai beli tiket terus jumpa Chip dekat tempat Meet & Greet Yuyoyuppe..Siapa Yuyoyuppe aku pun tak berapa kenal sangat tapi apa yang aku tau nama lain dia DJ Tekina Something dan dia orang yang produce lagu2 Moso Calibration, sister group Dempagumi.inc..lagu2 dia produce semua ubah Moso dari Dempa  music ke EDM totally, tapi dia datang dengan nama Yuyoyuppe..dia tengok chip bawak CD Moso terus mamat tu hype..haha..Lepas tu baru masing2 gerak pergi lunch..abis lunch pergi tempat Wota Gathering, dalam 315petang, aku dah nak gerak pergi stage layan K-Ble Jungle, sampai2 belumstart tapi ada teater so layan,settle je aku, frei & usen dah dekat depan sekali dekat pagar..bila DJ Shiru masuk je start hype dan bila Eriko masuk je bertambah hype..tapi apa2 performance K-Ble Jungle memang best dan terbaik..suara Eriko yang soup opera tu memang power abis dengan lagu2 anisong dia cover..K-Ble Jungle ada dua member, Eriko & DJ Shiru, Eriko adalah penyanyi kelahiran Jepun tapi belajar seni musik di Italy dan DJ Shiru adalah DJ dan Penyanyi kelahiran Italy dan secara am nya group ni base di Italy.masa performance masing2 naik gila, budak2 yang dekat belakang kitorang pun follow kitorang punya lead, bila masuk lagu EDM, nama Usen kena petik jadi chanting "usen! usen! usen!..hahaha

K-Ble Jungle / Ochacaffè Giappone ; @Ochacaffe
DJ Shiru : @DJshiruKJ


from twitter DJ Shiru

Abis je kiroang balik ke tempat Wota Gathering, sambil2 tunggu DJ Night..sambil2 lepak, mengila chanting bila dengar lagu boleh layan..untuk DJ Night, aku gn Sim je tak ikut sebab malas, aku pergi hunting gambar coser bila semua dah blah ke Stage..Sim tidur dengan geng2 tak pergi..masa tengah photoshoot coser, balik ke tempat gathering tempat Sim lepak, jumpa artis aku minat, Altimet, terus jumpa dia mintak selfie..first time aku selfie kot..tak pernah2 aku selfie guna hp aku..hahaha..abis semua event CF, hantar balik usen ke BTS sebab bas dia jam 1030 malam..lepas tu baru kitorang lepak makan dekat Maulana..lepak aku, frei, sim, mamat, jason, chip & apis..dalam tengahmalam jugak baru kitorang gerak balik ke JB..




KEMBALI KE REALITI?SANGAT!!
Walaupun realiti kerja harus di teruskan, tapi trip gila dan tak plan ni memang puas hati..event terakhir untuk 2016 sebelum 2016 masuk ke 2017..2017 tahun untuk aku slow kan gear aku untuk bagi tumpuan kehidupan realiti dan cover balik apa yang tunggang-terbalik dalam 2016 dan bakal kembal gila 2018..2017 kalau pergi pun tak sehype 2016..


YANG BERLAKU?!!


K-Ble Jungle Performance










Comic Fiesta Random Cosplayer












ByeBye2016


Disember 14, 2016

13ki

Yosh! 12.12.2016..ada apa dengan tarikh ni? Tarikh ni adalah tarikh dua member baru di serap masuk ke Morning Musume sebagai member generasi ke-13 atau 13ki..pengumuman di buat masa "Morning Musume '16 Concert Tour Autumn ~MY VISION~"..Dua member tu adalah Kaga Kaede & Yokoyama Reina..Pemilihan dua member ni lepas calon2 ujibakat Generasi ke-13 "Morning Musume '16 Shinseiki Audition" gagal menarik perhatian walaupun 2 kali pemilihan akhir di buat & pemilihan baru member generasi ke-13 terpaksa di pilih dari calon training, Hello Project Kenshuusei..Kaede & Reina akan bersama2 dengan member2 Morning Musume yang lain pada 1 Januari 2017 iaini mereka akan menyertai Morning Musume '17 (Morning Musume 2017)..

Secara ringkas, dua2 member ni berpotensi besar walaupun bukan dari calon ujibakat tapi calon dari training juga tak kurang hebat bagi aku macam mana hasil dan kualiti member Hello Pro Kenshuusei. Kalau dari dua2 ni lah kan, aku macam tertarik dengan Kaede..rasa macam sesuatu yang promising dari dia bakal muncul dari dia..Walaupun aku tak lah sekerap sangat ambik tau pasal Hello Project sejak layan banyak idol ni tapi still, diorang tetap keutamaan untuk di layan..haha..


sesi memperkenalkan Kaede & Reina 
oleh  Sub-Leader Harunan (Honey Suit) & Leader Mizupon (Pink Suit)

pengumuman Kaga Kaede

pengumuman Yokoyama Reina


Member 13ki Morning Musume

Kaga Kaede
(加賀楓)
Nickname : Kaedy
Tarikh Lahir : November 30, 1999
Tempat Lahir : Tokyo, Jepun
Darah : A type
Tinggi : 162cm
Kumpulan Terdahulu : Hello Pro Kenshuusei - Generasi ke-17 (2012-2016)
Trivia :
Kaede merupakan calon ujibakat "Morning Musume 11ki Member "Suppin Utahime" Audition" tetapi gagal untuk diserap masuk dan ujibakat yang hanya di menangi oleh seorang calon, Oda Sakura.
November 2012, Kaede di terima masuk ke team training, Hello Pro Kenshuusei setelah lulus dalam pemilhan. Dia di perkenalkan sebagai member Kenshuusei pada persembahan "Hello Pro Kenshuusei Happyoukai 2012 ~12gatsu no Nama Tamago Show!~" pada December 9 bersama-sama Kanazawa Tomoko, Ichioka Reina, Wada Sakurako, Kishimoto Yumeno dan Makino Maria.
Antara Trainer yang banyak menyertai Concert Tour kumpulan di bawah Hello Project selain Morning Musume,
Kaede juga salah seorang pelakon pembantu teater "LILIUM -Lilium Shoujo Junketsu Kageki-", sebagai Clematis, seorang pengikut Puteri Marguerite (lakonan Sato Masaki).
Dari November 3-20, Kaede juga menyertai Engeki Joshibu (Women's Theater Club) untuk pertunjukan teater Nega Poji Poji di BIG TREE THEATER.
Di luar, Kaede adalah anak kepada vokalist kumpulan heavy metal The King of Metal Slime (ザ キング オブ メタルスライム), Deb.


Yokoyama Reina
(横山玲奈)
Tarikh Lahir : Februari 22, 2001
Tempat Lahir : Saitama, Jepun
Darah : - type
Tinggi : 152cm
Kumpulan Terdahulu : Hello Pro Kenshuusei - Generasi ke-26 (2016-2016)
Trivia :
Reina di terima masuk Hello Pro Kenshuusei pada Ogos 2016 bersama-sama Kawamura Ayano, Yoshida Marie, Nishida Shiori, Yamazaki Yuhane, Hashisako Rin setelah lulus dalam pemilihan.
Di perkenalkan kepada umum tentang keahlian Reina pada September 4, 2016 semasa persembahan "Hello! Project Kenshuusei Happyoukai 2016 9gatsu ~SINGING!~"
Dari November 3-20, Reina juga menyertai Engeki Joshibu (Women's Theater Club) untuk pertunjukan teater Nega Poji Poji di BIG TREE THEATER.



INTERVIEW BY UFL-STAFF [in ENGLISH]
Interview of Morning Musume。’16 new members and other members


Morning Musume.' 16 Shin Member [BS Live Diggest]


Morning Musume.' 16 Shin Member Ohirome Oha!4










Kaedy Oshi??



Disember 05, 2016

DEVIL x GUN ~

Devil Gun~ satu lagi projek under Anfort Promotion..Apa yang aku boleh kata buat masa ni, ni idol pun masih baru so tak jumpa lagi any diggest or performance record or single..biasa diorang banyak cover lagu idol2 lain atau cover lagu idol yang sama agensi diorang..satu agensi dengan Ice Cream Suicide (icecrms) & PANiC MAGiC (panicmagic)..masih banyak nak kena study pasal diorang ni dan kena korek dalam2 tentang diorang ni..bukan senang nak dapatkan digest..Apa yang kau nampak seperti biasa mereka akan bawak gerne dan konsep alternatif idol cuma belum dapat make sure jenis lagu sama seperti kebiasaan idol yang ada..mungkin akan dapat dalam masa 2-3 bulan ni..yelah idol baru kan..walaupun sister diorang dah ada single sendiri, Ice Cream Suicide..nanti kalau ada baru aku akan masuk dekat sini penambah baikkan info..hehe




DEViL GUN PROFILE

Webside : devilgun.com
Twitter :  @devilgun_
Facebook : DEVIL GUN
Tahun Aktif : 2016 -


Devil Gun MEMBER


Nitou Rechi
二等 れち
Tarikh Lahir : 18 Februari
Tinggi : 165cm
Twitter : @nitourechi
Instagram : nitou.rechi


Kamimaru Botan
神丸 ぼたん
Tarikh Lahir : 4 Mac
Tinggi : 157cm
Twitter : @BotanKamimaru
Instagram : kamimaru.botan


Onishi Kaai
大西 可愛
Tarikh Lahir : 10 Julai
Tinggi : 156cm
Twitter : @KaaiOnishi














devil desu!!



PANIC????

PANiC MAGiC? Apa yang aku boleh kata buat masa ni, ni idol baru so tak jumpa lagi any diggest or performance record or single..biasa diorang banyak cover lagu idol2 lain atau cover lagu idol yang sama agensi diorang..PANiC MAGiC or panimagi ni idol under Anfort Promotion, sama agensi dengan Ice Cream Suicide (icecrms) & Devil Gun (devilgun)..masih banyak nak kena study pasal diorang ni since aku dah tertarik dengan sister group diorang, Ice Cream Suicide..hahaha



PANiC MAGiC PROFILE

Webside : panicmagic.com
Twitter :  @panimagi
Facebook : PANiC MAGiC
Tahun Aktif : 2016 -


PaniMagi MEMBER

Shiga Rami
志賀 らみ
Tarikh Lahir : 11 Oktober
Tinggi : 156cm
Twitter : @shigarami_chan


Saisawa Yurina
最沢 ゆりな
Tarikh Lahir : 14 Jun
Tinggi : 155cm
Twitter : @saisawa_yurina
Instagram : saisawa.yurina


Chino Nanaco
千野 ななこ
Tarikh Lahir : 14 Julai
Tinggi : 163cm
Twitter : @ChinoNanaco
Instagram : chino.nanaco










panimagi desu!!




Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "