Disember 14, 2016

13ki

Yosh! 12.12.2016..ada apa dengan tarikh ni? Tarikh ni adalah tarikh dua member baru di serap masuk ke Morning Musume sebagai member generasi ke-13 atau 13ki..pengumuman di buat masa "Morning Musume '16 Concert Tour Autumn ~MY VISION~"..Dua member tu adalah Kaga Kaede & Yokoyama Reina..Pemilihan dua member ni lepas calon2 ujibakat Generasi ke-13 "Morning Musume '16 Shinseiki Audition" gagal menarik perhatian walaupun 2 kali pemilihan akhir di buat & pemilihan baru member generasi ke-13 terpaksa di pilih dari calon training, Hello Project Kenshuusei..Kaede & Reina akan bersama2 dengan member2 Morning Musume yang lain pada 1 Januari 2017 iaini mereka akan menyertai Morning Musume '17 (Morning Musume 2017)..

Secara ringkas, dua2 member ni berpotensi besar walaupun bukan dari calon ujibakat tapi calon dari training juga tak kurang hebat bagi aku macam mana hasil dan kualiti member Hello Pro Kenshuusei. Kalau dari dua2 ni lah kan, aku macam tertarik dengan Kaede..rasa macam sesuatu yang promising dari dia bakal muncul dari dia..Walaupun aku tak lah sekerap sangat ambik tau pasal Hello Project sejak layan banyak idol ni tapi still, diorang tetap keutamaan untuk di layan..haha..


sesi memperkenalkan Kaede & Reina 
oleh  Sub-Leader Harunan (Honey Suit) & Leader Mizupon (Pink Suit)

pengumuman Kaga Kaede

pengumuman Yokoyama Reina


Member 13ki Morning Musume

Kaga Kaede
(加賀楓)
Nickname : Kaedy
Tarikh Lahir : November 30, 1999
Tempat Lahir : Tokyo, Jepun
Darah : A type
Tinggi : 162cm
Kumpulan Terdahulu : Hello Pro Kenshuusei - Generasi ke-17 (2012-2016)
Trivia :
Kaede merupakan calon ujibakat "Morning Musume 11ki Member "Suppin Utahime" Audition" tetapi gagal untuk diserap masuk dan ujibakat yang hanya di menangi oleh seorang calon, Oda Sakura.
November 2012, Kaede di terima masuk ke team training, Hello Pro Kenshuusei setelah lulus dalam pemilhan. Dia di perkenalkan sebagai member Kenshuusei pada persembahan "Hello Pro Kenshuusei Happyoukai 2012 ~12gatsu no Nama Tamago Show!~" pada December 9 bersama-sama Kanazawa Tomoko, Ichioka Reina, Wada Sakurako, Kishimoto Yumeno dan Makino Maria.
Antara Trainer yang banyak menyertai Concert Tour kumpulan di bawah Hello Project selain Morning Musume,
Kaede juga salah seorang pelakon pembantu teater "LILIUM -Lilium Shoujo Junketsu Kageki-", sebagai Clematis, seorang pengikut Puteri Marguerite (lakonan Sato Masaki).
Dari November 3-20, Kaede juga menyertai Engeki Joshibu (Women's Theater Club) untuk pertunjukan teater Nega Poji Poji di BIG TREE THEATER.
Di luar, Kaede adalah anak kepada vokalist kumpulan heavy metal The King of Metal Slime (ザ キング オブ メタルスライム), Deb.


Yokoyama Reina
(横山玲奈)
Tarikh Lahir : Februari 22, 2001
Tempat Lahir : Saitama, Jepun
Darah : - type
Tinggi : 152cm
Kumpulan Terdahulu : Hello Pro Kenshuusei - Generasi ke-26 (2016-2016)
Trivia :
Reina di terima masuk Hello Pro Kenshuusei pada Ogos 2016 bersama-sama Kawamura Ayano, Yoshida Marie, Nishida Shiori, Yamazaki Yuhane, Hashisako Rin setelah lulus dalam pemilihan.
Di perkenalkan kepada umum tentang keahlian Reina pada September 4, 2016 semasa persembahan "Hello! Project Kenshuusei Happyoukai 2016 9gatsu ~SINGING!~"
Dari November 3-20, Reina juga menyertai Engeki Joshibu (Women's Theater Club) untuk pertunjukan teater Nega Poji Poji di BIG TREE THEATER.



INTERVIEW BY UFL-STAFF [in ENGLISH]
Interview of Morning Musume。’16 new members and other members


Morning Musume.' 16 Shin Member [BS Live Diggest]


Morning Musume.' 16 Shin Member Ohirome Oha!4










Kaedy Oshi??



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "