Kenapa perasaan aku macam ni?kenapa aku masih je ingat dekat dia padahal lebih setahun aku dan dia berpisah dan lebih setahun aku dan dia tak bersua. Kenapa aku masih je rindu dekat dia dan aku seperti rasakan sesuatu. Perasaan ini seperti membunuh aku. Susah aku nak lupakan dia dalam keadaan sekarang. Terasa dia masih ada dalam hati aku. Bukan aku tak suka perasaan ni wujud dalam hati aku cuma aku tak mahu ganggu hak milik hati lain. Aku tahu dia lebih layak bersama siapa dan aku yakin dia bahagia dengan insan yang jauh lebih baik dan sempurna dari aku. Mungkin aku lebih selesa begini, sendiri, membawa sekeping hati yang masih tertulis nama dia bersama pergi. Aku yakin dia bahagia dan berharap dia gembira bersama yang tersayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan