Ogos 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri ~

Hye! Ohayou minna-san, ogenki desu ka? Haha. hye semua, Apa khabar, sebelum tu aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Xahir & Batin. Lama aku tak berblogging. Malas? mungkinlah, tapi yang sebetulnya aku sibuk sangat 1-2 bulan ni. Dengan macam2 hal jadi dalam seharian aku yang dah lama tak berblogging bagai. Haha. Hari ni dah masuk raya ke-3 dalam sedar tak sedar kan. Tapi bulan puasa paling mencabar bagi aku. Mana tak banyak betul dugaan aku kena hadapi sepanjang bulan puasa. Kadang rasa tak tahan dengan dugaan bulan puasa. Bukan tak tahan lapar tapi tak tahan dengan dugaan mental aku terima sepanjang Ramadhan. Cerita? Baiklah, aku cerita dugaan Ramadhan aku kali ni.

Pertama ~ Kemalangan....

Baru je seminggu kita berpuasa, aku terlibat dalam kemalangan kecil. Kereta kesayangan aku, Bun-Bun berlanggar dengan sebuah kereta KIA milik seorang amoi. Silap dia sebab dia keluar simpang tak tengok jalan selamat ke tak dan dia tak lepas nak seberang jalan. Aku tak adalah laju sangat sebab masa tu aku tak terlalu berkejar sebab Big Boss aku ada kat rumah dan tak adalah aku terkejar2 nak siapkan berbuka, kan. Abis bahagian depan Bun-Bun remuk walaupun tak terlalu teruk tapi boleh katakan terus tak boleh start enjin. Aku macam mana? ok lah tak adalah teruk sangat, just kepala aku terhantuk steering sikit dan jari kaki kanan aku terkehel. Dekat dua minggu jugak aku jalan tak normal. Haha. Aku buat laporan dekat Balai Polis Trafik Gelang Patah/ Nusajaya. Nasib baik kereta sempat siap sebelum raya, Selasa lepas Bun-Bun siap. Kereta raya weh..haha


Kedua ~ Kerja..

Tekanan kerja bulan2 puasa ni memang mencabar dengan banyak task2 baru aku terima dengan kelayakkan task tu kalau ikut bukan kerja aku. Tapi aku anggap tu sebagai persiapan aku dan cara manager aku train aku. Cuma yang menjadi masalah bila belum sempat aku siapkan satu kertas kerja satu lagi menyusul, dan kerja rutin aku sampaikan tertangguh sebab aku terlalu focus dengan desakkan kertas kerja. Tu yang buat aku rasa nak gila. haha.


Ketiga ~ Perasaan..

Entah lah kenapa, perasaan aku tak menentu. Setiap hari dan kadang setiap masa aku asyik terkenang seseorang. Siapa lagi kalau bukan bekas kekasih aku, cik Murni. Aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Padahal berbulan aku lupakan tentang dia tiba-tiba dalam bulan Ramadhan terlalu kerap aku fikirkan tentang dia, terlalu rindukan keberadaan dia dan kadang aku menangis sebab aku terlalu rindu dengan seseorang yang dah jadi milik orang lain. Kadang dalam aku buat kerja aku boleh ambik telefon dan cuba nak telefon dia. Tapi aku hentikan mungkin kerana ego aku. Aku taknak ganggu hidup dia yang dah bahagia, biarkan lah dia dengan orang yang jauh lebih layak dan sesuai dari aku. Aku taknak dia sengsara bila bersama aku. kan..


Oklah aku pun taknak cerita banyak2. Ada jugak banjir kejap lagi. Lain kali aku cerita lagi ok kalau ada masa. haha. Apa pun Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin buat semua umat Islam di seluruh dunia. Salam :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "