Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin ~ Minal 'Aidin Wal Faizin ~ Ogenki desu ka minna? Watashi wa genki desu! Hehe maaflah ye, 5 Syawal baru nak post entri baru, Alhamdullilah selesai 29hari kita menduga di bulan Ramadhan. Tahun ni tak dapat penuh atas sebab2 kesihatan, terasa agak rugi sebab tak dapat penuh walaupun boleh ganti tapi tetap tak sama. Harap Ramadhan depan dapat jumpa lagi. Insha-Allah.
Persiapan aku untuk Syawal ni biasa2 je, banyak dah siap sebelum puasa maklumlah sibuk dengan kerja dan lagi pun takut tak sempat. Baju raya masih guna tahun lepas cuma beli apa yang patut untuk keluarga je. Tu pun dah cukup. Tahun ni raya agak puas aku jalan2 keliling Johor cuma aku ni malas nak ambik gambar sebab utamakan perbualan dengan sanak saudara yang lama tak jumpa. Ada tapi nanti2 aku muat-naik. Sekarang Malas. Ekeke.
Nak aku cerita perjalanan aku sepanjang kat kampung di Muar, Batu Pahat & Kluang memang tak abis. So aku ringkas je kan lah aktiviti aku dari raya pertama smpai ke-empat.
1 Syawal ~
- Beraya di rumah boss & mem, Bakariah, Muar
- Tengahhari beraya di rumah Tok Long & Tok Su , belah Mem, masih area Bakariah, Muar
- Lepas Zuhur, gerak Batu Pahat, destinasi ke rumah arwah Tok Su, belah boss, kat Tasek, Batu Pahat. Kena bahan aku denagn Nek Su, tanya 'Bila lagi nak berbini'. Soalan sukar tu. Hahaha
- Petang lepas Asar gerak ke Parit Semarang, Batu Pahat, melawat 'rumah' arwah big boss, Tok Ali, arwah big mem, Neh Marminah, arwah adik-beradik boss, arwah Pak Lang & Pak Teh. Boss cakap bukan dengan orang hidup je kena mintak maaf, dengan yang dah tak ada pun kena.
- Selesai di 'rumah' arwah, gerak ke Rumah Chik Niah kat Bukit Perdana, Batu Pahat. Tak lama sebab Pak Su ajak Chik Niah dengan Boss gerak Parit Sulong, gerak rumah Nek Mah.
- Lepas Isya' gerak balik Muar, esok ada rombongan pergi meminang. Jeng3x
2 Syawal ~
- Pagi tak ke mana, nak jenjalan rumah member Muar ramai tak ada, lepak rumah tolong bos dengan mem masak. Ada makan2 sikit sebelum jalan rombongan meminang lepas Jumaat. Bukan untuk aku da, untuk abang ipar bos iaitu abang mem, Pak Mahad. Pak Mahad dah 2 tahun menduda & dapat calon orang Segamat, janda anak 3 katanya.
- Lepas Sholat Jumaat, gerak ke Segemat, jalan agak sesak sikit. Sampai pun lewat. Alhamdullillah selamat di satukan, Insha-Allah, jika di izinkan, 15 September 2013 di satukan. Lupa pulak, boss jadi wakil rombongan meminang.
- Lepas Magrib, balik ke Muar semula, esok satu lagi boss aku jadi wakil. Kali ni wakil Pak Ngah aku, untuk anak bongsu yang kazen rapat aku, Wawa.
- Time balik kena bahan dengan mem dengan boss tanya aku 'Bila Lagi' adoi, aku hanya mampu jawab, belum ada jodoh dan calon lagi.
3 Syawal ~
- Pagi2 dah gerak ke Kluang, aku drive sendiri tak naik boss, senang nak merayap. Sampai Kluang aku jalan2 cari makan dengan adik aku kat Bandar Kluang sebelum sampai ke rumah Pak Ngah, Felda Ulu Belitong, Kluang.
- Lepas Zohor, rombongan tiba, 1 jam urusan selesai. Alhamdullilah sorang lagi selamat. Taniah Wawa.
- Masa kat rumah Pak Ngah soalan 'Bila Lagi' turn aku ditujukan berdas-das. Baik keluarga aku, pakcik makcik aku, sedara mara mak ngah aku tanya benda sama. Mentang2 aku dah 25..err..
- Lepas Asar, gerak rumah Mak Uda, sebelah Felda je pun, Felda Ulu Penggeli, Kluang. Langkah kanan, dapat merasa Durian Musang King, terbaik. Banyak jugak aku melantak tapi badan aku tak panas, ye lah, Durian Musang King kan.
- Lepas Magrhib, gerak rumah Mak Long pulak kat Parit Yusoff, Simpang Renggam, bermalam kat sana, kali ni anak Mak Uda, Kak Lin & suami, Nasrul join sekali.
- Merasa jugak masakan kampung, berselera makan lepas 2 hari dok lanyak santan dan ketupat je. Haha.
4 Syawal ~
- Tengahari gerak ke Batu 7, Simpang Renggam, rumah Bibik, Mak sedara boss belah arwah Nenek.
- Lepas Zohor, gerak ke rumah Mak Lang kat Taman Mekar, Air Hitam. Sayang kazen kesayangan aku, Ika dah balik kL, nasib baik sempat jumpa kat rumah Pak Ngah. Tinggal Mak Lang seorang, Mak Lang banyak bagi aku kuih raya, serunding. Hehe
- Pukul 3 gerak ke Parit Semarang melawat rumah Tok Chik & Nek Ngah. Ingatkan soalan 'Bila Lagi' dah abis, ada jugak. Mem aku buat lawak, 'ni yang ajak bawak balik kampung cari calon', aku hanya mampu gelak dan senyum je.
- Boss & Mem dengan adik2 aku balik Muar, aku balik Johor sebab lusa aku dah kerja, nak rehat kat rumah sehari sebelum kerja.
- Lepas Isya' sampai Johor dengan selamat.
5 Syawal ~
- Duduk rumah kemas rumah. Berehat. Tamat. hahaha
Macam tu lah perjalanan aku dari 1 Syawal sampai 5 Syawal. Harap2 tahun depan syawal aku jumpa seseorang yang boleh aku tutup kes 'Bila Lagi'. Hahaha. berangan je lebih. Oklah, nanti sambung cerita ok. Nak berehat, esok dah kerja. Ja ne.
Salam Syawal 1434 ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan