Ogos 30, 2013

Aisaretai! Aisaretai! [Preview by Faan Žiećkry]

Konichiwa minna-san! Ogenki desu ka? watashi wa genki desu! Hoho pergh lama tak berblog, ala lagi pun blog tak berapa femes, tak ada orang nak melawat sangat. Lagi pun wota2 berbahasa melayu ni berapa kerat je lagi2 aku bukan hardcore sangat. haha. 

Ok hari ni nak cerita pasal barang baru aku bulan ni. Satu2 nya barang termampu aku beli dari negara Matahari Terbit, Jepun. Apa dia? Biasalah, cd Morning Musume kan baru je di lancarkan dan aku dah order awal2 sebelum raya takut duit laju jalan. Haha. Single terbaru Morning Musume, Wagamama Ki no Mama Ai no Joke/Ai no Gundan memang wajib aku beli memandangkan lagu2 dalam ni memang mantap dan aku sebagai follower tegar memang wajib ada. Single baru diorang ada 7 cover album, 2 Regular Edition & 5 Limited Edition (54th Single). Dan aku pilih Limited C memandangkan cover diorang yang cun dan isi kandungan yang best iaitu ada DVD MV tapi Another Version. Ala bukan aku bukak pun, last2 tunggu Youtube jugak. Haha. Dan nasib baik aku order cepat2, dah dapat Poster limited Morning Musume, memang cun, memang aku bingkai kan tak lama lagi ni. Hehe.

Untuk single terbaru ni, aku beli dengan harga ¥1600 (RM53.81) je, tak termasuk pos,  ¥900 (RM30.27) dan semua sekali  ¥2500 (RM84.08). Tapi di sebabkan point aku banyak so aku tebus point aku 407p (¥405/RM13.62), so aku cuma keluarkan kos sebanyak ¥2095 (RM70.46). Mungkin rate Ringgit aku tak tepat kalau kira2 sebab rate matawang sentiasa berubah. senang aku kira rate Japan je lah. Aku guna pos EMS iaitu JapanPost tapi boleh tracking guna PosLaju jugak. Cuma lambat sikitlah sampai tapi masih selamat. 2 hari dalam kastam baru dapat semalam (29/08/2013). Janji selamat sampai sebelum aku angkat kaki dari TNE. Hehe. 



Semua single dalam ni aku dah layan, semua layan dari para2 wota yang share di dalam youtube la. Tunggu 320kbps release bru download, baru bergegar speaker nak layan. Hehe. Apa pun ni rate aku untuk semua lagu dalam single baru ni

1. Wagamama Ki no Mama Ai no Joke ~わがまま 気のまま 愛のジョーク~ (5.0/5.0)
2. Ai no Gundan ~愛の軍団~ (4.9/5.0)
3. Bouya ~坊や~ (4.6/5.0)
4. Funwari Koibito Ichinensei ~ふんわり恋人一年生~ (4.5/5.0)
5. Makeru Ki Shinai Kon'ya no Shoubu ~負ける気しない 今夜の勝負~ (4.8/5.0)


Sikit Review dari aku setiap lagu dalam single ke-54 "Wagamama Ki no Mama Ai no Joke/Ai no Gundan"

Wagamama Ki no Mama Ai no Joke~
- bagi aku single utama ni memang agak mantap dan sangat bertenaga dengan rentak musik dia yang mencabar, cuma ada beberapa bahagian agak lawak di dengar tapi kerancakkan musik dan lirik dia boleh buat aku layan 5-6 kali kalau layan dalam kereta dengan musik kekuatan 320kbps. Haha Setiap gadis Momusu dah bagi komitmen terbaik dalam lagu ni lagi2 imouto aku, Oda Sakura. Fuku-hime, Daishii, Maa-chan makin lama makin mantap dari segi vocal walaupun masih tak sehebat vokal Sakura & Riho. Sayumi masih dengan kekuatan suara manja dan seksi tak dapat di nafikan, Kuduu masih antara yang banyak membantu dari suara laju. Harunan, Eripon & Zukki nampak tak menyerlah tapi vokal mereka banyak menguatkan vokal2 yang sedia ada dalam lagu ni. Lagu yang bagi aku agak nakal2 manja tapi bersemangat.

Ai no Gundan~
- lagu ni tak berapa bagi aku mencair tapi masih kuat aku katakan masih mencabar Wagamama, walaupun lagu ni lebih dulu keluar dari Wagamama, Ai no Gundan belum cukup kuat merasuk aku, tapi kekuatan lagu ni bergantung pada semangat dan ketegasan peranan masing. Ye lah nama pun dah Ai no Gundan aka Tentera Cinta. Tapi kalau berkaitan dance lagu ni lagi bertenaga dan mantap dari wagamama. Kenakalan lagu ni menarik aku dengan bukan cara manja2 tapi gaya tentera menambat hati orang, penuh taktikal dan tak terburu-buru. Cuma musik dia tak berapa nak keras dan rentak masih agak kerap berulang2.

Bouya~
- rancak, nakal dan simple. tu mampu aku ungkapkan. manja yang bertapis dan mengoda dengan cara tersendiri. lagu ni lebih menguatkan vokal masing2 walaupun bukan single utama cuma tambahan lagu. Rentak klasik disko buat lagu ni nampak funky dan enegertic.

Funwari Koibito Ichinensei~   
- kadang aku agak keliru dengan kombinasi lagu dan lirik tapi ada beberapa bahagian dalam lirik dan rentak ni buat aku faham gaya funky yang lebih banyak di terapkan di samping elemen wagamama dan gundan di mix kan bersama. Selain elemen rap dan balada tu yang menarik cuma tempo agak rendah buat aku rasa tak berapa nak naik dari yang biasa.

Makeru Ki Shinai Kon'ya no Shoubu~
- lagu ni aku rasa masih hidup dalam bayangan musik dan rentak Ai no Gundan, tak berapa nak beridentiti tapi masih funky dan energy bagi aku, kelebihan lagu ni bukan pada lirik tapi pada musik yang memang aku rasa macam zaman2 emas momusu dulu. kenakalan dan manja aku tak dapat rasakan sangat. Biasa je


Nilah sikit review dari aku yang tak seberapa. Ni cuma pandangan aku tapi kalau ada tak setuju dan kurang senang aku mintak maaf sebab ni dari telinga aku. Masing2 ada cita dan rasa sendiri kan. Apa pun selamat mendengar lagu2 yang aku tag kan dekat senarai rate2 lagu aku tu. Hehe. Sebelum aku tidur, aku bagi korang layan lagu kegemaran aku dalam single baru ni, 'Wagamama Ki no Mama Ai no Joke'. Ja Mata~





Aisaretai! Aisaretai!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "