Memaparkan catatan dengan label IdolProfile. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IdolProfile. Papar semua catatan

Mei 31, 2018

Berry is Very Very Red?

Wew..sangat wew..lama aku tak tangkap cintan terus bila sekali tengok video idol baru..seriously, dari 4 video yang diorang share semua aku suka dan terus tangkap cintan dengan group ni..aku tak lah expert sangat pasal diorang ni tapi masih kaji jugak pasal group ni..oh lupa group apa, group yang sangat merah, VERY VERY RED BERRY..nama je dah sangat merah..haha

So macam mana boleh terjebak? mula2 ada member temasik share item dia dekat fB pasal group ni tapi try cari takde dalam youtube lagi..so belum teracun, 2-3 hari lepas, member dari Siam share performance group ni dekat wall dia..aku tengok lah, damn terus melekat siot..lagu diorang memang catchy sikit tapi fun la bila dengar dan layan..boleh cakap menangkap dia macam aku layan Otome Shinto dulu..kena dengan sebahagian jiwa aku..haha..



Ok pasal VVRB (singkatan untuk Very Very Red Berry lah), yang aku dapat tau sikit2 group ni sister group FESTIVE or senang citer satu management dengan FESTIVE..aku layan FESTIVE tapi tak setangkap teruk aku layan VVRB ni..group ni ada 5 orang gadis, Tenchan, Chichi, Maimai, Tsugumi & Anzu..group ni di debut pada April 21, 2018 dan di perkenalkan di Mainabi BLITZ Akasaka. Tapi aku boleh cakap aku dah macam suka cara dan character Chichi..haha..menerut sahabat dari temasek lepas aku tanya character masing2 sebab dia pun dah pernah pergi debut VVRB, dia cuma boleh cakap Chichi ni over confident dan acah2 leader sikit..lain2 masih gugup yelah baru debut sebagai idol kan..tapi dia bilang paling hot stuff or famous dalam group ni dah tentu Tenchan yang di cakap buppan untuk Tenchan cukup panjang walaupun baru debut..tapi mungkin Tenchan dah ada follower dia sendiri sebelum VVRB..hmmm banyak aku kena kaji selidik pasal diorang ni..ok korang tengok lah link2 aku share ni kalau nak turut melayan sekali..haha..


Tsugumi, Anzu, Maimai, Tenchan, Chichi

Very Very Red Berry PROFILE

VeryVeryRedBerry(ベリベリ)
Twitter :  @VVRB_official
Blog : ameblo
Tahun Aktif : 2018
Agensi : Rize Idol Department


Very Very Red Berry Member PROFILE

Ten-chan
テン・チャン
Twitter : @tenchan_VVRB


Sakurai Mai
(Maimai)
櫻井まい
Twitter : @mai_mai_VVRB


Mizushima An
(Anzu)
水島 杏 
Twitter : @anzu_VVRB


Nashida Tsugumi
(Tsugumi)
梨田つぐみ
Twitter : @tsugumi_VVRB


Narumiya Chisato
(Chichi)
成宮 千聖
Twitter : @chihiro_VVRB









Very Very Red Berry Video Performance

NEED MORE RED

ちらり☆しらたまガール
Chirari ☆ Shira Tama ga Aru

恋するパーカー
Koisuru Parker

ベリベリサワー
Very Very Sour


Beri Yang Sangat Sangat Merah!

Mei 03, 2018

new emperor queen!!

Lepas sebulan lebih Hibiki mengumum keluar dari Gokigen atas masalah kesihatan..April 29, 2018, Gokigen Teikoku telah mengumumkan ketibaan seorang member baru mengantikan Hibiki dan menggunakan juga warna member milik Hibiki sebelum ni, iaitu warna Purple/Ungu..member baru yang di maksud kan tu adalah Shiino Arisu (紫乃ありす)..dengan penyertaan Arisu or Alice, ni bermakna Gokigen Teikoku akan kembali berlima..so harap2 Alice ni pun akan masuk air macam member2 Gokigen yang sedia ada walaupun mula2 nampak malu2 sikit..muka Alice ni ni mengingat kan aku dekat DJ Omochi, member RHYMEBERRY..haha

Shiino Arisu
紫乃ありす
Tarikh Lahir : 14 September
Warna : Purple / Ungu
Twitter @alicechan_ggt
Instagram : @alicechan_ggt
Nickname : Alice
Tarikh Kemasukan : April 29, 2018


Untuk info bio member Gokigen lain boleh check dekat link kat bawah ni, ada dari blog aku dan ada direct ke official page.

link profile 
dari blog aku : Gokigen 
official page : Gokigen Teikoku



Pengumuman Rasmi











Alice new Emperor!!




April 26, 2018

CLOCK ???



Juri......Juri atau ada nama lain dia Clock (クロック) ni group ido indie yang berkonsep rock idol. Apa yang aku tahu group ni asal di anggotai 3 orang gadis comel je. 3 orang tu adalah Sora, Yume & Haruka. Di tubuh pada Februari 2016. Masa awal kemunculan group ni hanya mampu bertahan selama 6 bulan sehingga Ogos 2016 bila member utama group ni Sora keluar dari 969 atas alasan mencari kelainan dalam musik. Sora keluar dari 969 pada Jun 2016 dan tempat dia di ganti Rima. Sora sekarang adalah anggota kumpulan Broken By The Scream dan dia menguna nama stage baru, Yae. Selepas hanya mampu bertahan selama dua bulan selepas Sora keluar, 969 gagal mencapai momentum sepatutnya dan pihak pengurusan mengambil keputusan untuk bubar 969 pada Ogos 2016. Kesemua ahli membuat haluan masing2 dengan Yume & Haruka bergerak secara solo dan tertumpu pada local idol (locodol), cuma Rima tak pasti ke mana hala tuju..tu sejarah awal 969.

Dan tahun lepas,2017, pengurusan asal 969 membuat keputusan untuk menubuhkan kembali 969 dengan muka baru..kali ni 969 di anggotai 4 orang gadis iaitu Rei, Juri, Nana, & Chiri. Pada Februari 2017 mereka mengumumkan 969 kembali dalam dunia idol dengan anggota baru..apa yang aku nampak dari perbezaan dua generasi 969 ni tak lah jauh berbeza tapi konsep kali ni lebih bertenaga dan lebih sesuai berbanding percubaan pertama mereka yang boleh aku kata gagal walaupun mereka ada anggota yang ada suara yang bagus untuk kategori rock indie.

Untuk generasi baru ni, aku tertarik untuk terus layan musik diorang bukan sebab tahap kecomelan dan suara mereka je tapi sebab lagu diorang yang tak keterlaluan dan senang di layan..REAL, CATCH A LIGHT, TONIGHT, MOMENT, ni antara lagu2 diorang yang aku suka dan sangat awesome untuk di dengar berulang kali..jujur aku cakap ada masa selalunya aku akan repeat lagu diorang 2-3 kali sebelum tukar lagu yang lain..irama rock yang tak terlalu keras dan tak terlalu high tunes mungkin faktor utama tarik minat aku..

969 ada kelebih diorang sendiri sebab diorang ada backup band yang sendiri untuk cover performance live mereka cuma mungkin masa tu silap dari segi pengurusan dan tersilap langkah dalam mencari nilai pasaran idol untuk 969 masa tu yang 2016 bukan tahun untuk musik rock sebab boleh tengok berapa banyak musik rock idol tahun 2016 kebanyakkan diorang terpaksa di bubarkan atas faktor kurang sambutan..untuk lagu, tak ada masalah dan kekurangan dari dua generasi cuma sayang generasi pertama tak sempat merakam walau satu lagu sendiri..tapi sejak hujung tahun 2017 dan sekarang ni, trend untuk rock idol dah mula naik balik dengan banyak group idol ada backup band sendiri yang tahu macam mana kesesuaian musik rock mereka sendiri..ya aku tahu musik idol ni bukan penyumbang semata-mata dalam peminat untuk minat group mereka yang kebanyakkan datang kerana fan services..harap2 gadis2 969 lebih menghargai peminat selain dapat bagi 100% suara mereka untuk peminat supaya peminat tak rasa mereka tak ada nilai dan cuma sekadar idol biasa..

So..mereka ni aku boleh cakap aku akan jumpa diorang bila aku ke Jepun next time..cuma berharap mereka ni tak di bubarkan sebelum aku ke Jepun nanti lah..bertukar anggota tu biasa tapi bubar tu aku tak berapa bersedia lagi..hahaha..ok, dah, aku penat nak taip karut lagi..stop sini..bawah ni ada sikit infomasi pasal group ni..adios!


 atas ke bawah : Rei, Juri, Chiri, Nana

Chiri, Rei, Nana, Juri

logo asal generasi pertama



969 PROFILE
Other name : CLOCK (クロック)
Webside : 969.tokyo
Twitter :  @969official
Instagram : @969official
Youtube : 969 official
LINE Blog : 969公式
Tahun Aktif : Februari 2016
Label / Agensi : -



969 MEMBER



Rei Akamatsu
赤松澪
Nickname : Chanrei, Reirei
Warna : Merah
Tarikh Lahir : September 28
Twitter : @969_reirei
Darah : B type
Zodiak : Libra
Hobi : Melukis
Keistimewaan : Menyanyi


Chirimen
ちりめん
Nickname : Chiri-chan
Warna : Biru
Tarikh Lahir : Januari 5
Twitter : @969_chirimen
Darah : O type
Zodiak : Capricon
Hobi : Membuat dan bermain dengan sesuatu berbulu, halus dan lembut
Keistimewaan : Suka berfikir


Juri Tsukikaze
月風 珠梨
Nickname : Juri
Warna : Hijau
Tarikh Lahir : November 14
Twitter : @969_Juri
Darah : AB type
Zodiak : Scorpio
Hobi : Smartphone
Keistimewaan : Tidur


Nana Takana
高菜なな
Nickname : Takana, Nanana, Na
Warna : Kuning
Tarikh Lahir : Oktober 10
Twitter : @969_nana
Darah : A type
Zodiak : Libra
Hobi : Melatih diri dengan irama perasaan dengan jiwa rock
Keistimewaan : Volleyball, Makan


969 Ex-MEMBER


Touma Sora 
當間そら
Nama Stage Terkini : Kumanomida Yae (熊埜御堂ヤエ)
Group Terkini : BROKEN BY THE SCREAM
Twitter : @yae_BBTS
Graduasi dari 969 : 7 Jun 2016
Alasan Graduasi : Mencari haluan musik yang lain


Yume
結夢
Nama Stage Terkini : Inoue Yume (井上結夢)
Group Terkini : Inoue Yume (Solo)
Twitter : @inoueyume
Graduasi dari 969 : Ogos 2016
Alasan Graduasi : pengurusan 969 menamatkan segala aktiviti kumpulan


Airu Rima
(藍月りま)
Nama Stage Terkini : -
Group Terkini : -
Twitter : -
Masuk ke 969 - 7 Jun 2016 mengantikan Touma Sora 
Graduasi dari 969 : Ogos 2016
Alasan Graduasi : pengurusan 969 menamatkan segala aktiviti kumpulan


Hinata Haruka
(日向陽香)
Nama Stage Terkini : Haruka (リコーダー)
Group Terkini : Haruka (Solo)
Twitter : @haruka_recorder
Graduasi dari 969 : Ogos 2016
Alasan Graduasi : pengurusan 969 menamatkan segala aktiviti kumpulan


Discography

Single EP
11/04/2017 : Catch The Light / Colors
16/07/2017 : Tonight
16/01/2018 : REAL

Mini Album
01/03/2018 : 969 - 1st Anniversary Limited Disc -

Cover Song
27/07/2016 : Senbon Zakura - Hinata Haruka
16/07/2016 : Creep (Radiohead cover) - Yume Neko

Live MV
14/05/2016 : Boku no Katachi (僕のカタチ)
22/05/2016 : Prologue
05/06/2016 : RENDEVOUS


Catch The Light

TONIGHT









Clock about Time!!


April 25, 2018

neo tokyo? or its just a name?


Uijin.....yo apa-apahal..lama jugak aku tak tulis dan merepek meraban ni..maklumlah tengah ada masalah peribadi yang ada kaitan dengan keluarga sikit..tu lama tak menulis dekat blog ni..ni ada masa sikit edit blog kasi cun, dan hari ni terasa nak post something yang biasa aku suka buat, share pasal profile idol..kali ni aku share pasal Uijin pulak..padahal aku dah layan Uijin ni boleh kata lama jugak since group ni di tubuhkan awal2 dulu..sekarang baru nak share pasal diorang ni..sebab ada yang request dekat aku suruh share pasal uijin sikit..ala tulisan aku tulisan budak bodoh je..hahahaha

Ok berbalik pasal budak2 Uijin ni, apa yang menarik sangat pasal diorang ni ea? Ok pertama yang aku tau pasal diorang ni, diorang ni group idol yang berkonsep kan "neo tokyo"..Apa pulak neo tokyo tu..hak alah..ok macam ni, neo tokyo ni lebih kepada konsep futuristik dan lebih masa depan la kononnya..dari segi musik, fesyen, gaya hidup yang aku boleh cakap konsep yang mungkin akan di guna pakai dan trending atau perkara kebiasaan pada 10 atay 20 tahun akan datang..so berbalik dekat Uijin ni, konsep neo tokyo diorang ni tak terdedah kepada fesyen pakaian diorang semata-mata tapi pada konsep musik diorang yang boleh cakap masih belum di terima semua masa ni tapi untuk mereka yang lebih futuristik serta advance dalam segalanya..Musik diorang tak lah trend macam group idol sekarang macam BiSH, Morning Musume or Momoiro Clover Z yang apa diorang buat akan jadi ikutan masa kini..tapi Uijin memilih konsep lebih kedepan supaya musik diorang ni akan boleh di layan masa depan walaupun mereka bukan lagi Uijin..

Kemahiran ahli atau gadis2 uijin dalam bidang musik ni tak menghadkan diorang sekadar menyanyi dan menari di atas pentas tapi sebalik boleh mencipta lirik dan lagu untuk sendiri dan group idol yang lain seperti Alloy yang ada satu dua lagu di sumbang oleh ahli Uijin sendiri..sebab kemahiran musik diorang ni lah yang boleh nampak diorang boleh hasilkan banyak lagu dalam masa setahun walaupun mereka ni cuma dalam kategori Indie Idol or Alternative Idol..dalam masa setahun diorang boleh hasil hampir 10 lagu dan satu album. satu luar jangkaan untuk kategori idol macam  diorang ni..mungkin nama diorang tak lah segah idol lain tapi untuk peminat2 neo tokyo dan indie alternative ni, group ni tak asing untuk diorang..

Kalau nak di persoal dari segi paras rupa dan cantik, untuk aku diorang ni sekadar cukup comel dan menawan..dari segi vocal, tak terlalu hebat tapi mampu memukau pendengar..tu cuma bonus dalam kau layan idol tapi apa yang penting untuk orang macam aku lagu, lirik dan showmanship tu sendiri sama ada melebihi apa aku jangka atau sekadar menjual rupa..

Untuk mereka yang jenis layan indie, alternative or neo musik ni, aku boleh cakap group ni antara yang terbaik dan menarik untuk di layan..so dekat bawah ni aku ada la tinggalkan musik video dari Uijin yang mungkin boleh korang layan sebagai permulaan kan..


 ary , rin, hitochibi , yayoi

ary, hitochibi, yayoi, rin


Uijin PROFILE
Webside : uijin
Twitter :  @uijin_official
Youtube : official uijin
Tahun Aktif : November 2016
Label / Agensi : MAG



Uijin MEMBER


Ary
ありぃ
Tarikh Lahir : November 24
Twitter : @ary_uijin
Instagram : @ary_uijin


Hitochibi
ひとちび
Tarikh Lahir : Februari 10
Twitter : @hitochibi_uijin
Instagram : @hitochibi_uijin


Yayoi
やよい
Tarikh Lahir : Jun 22
Twitter : @yayoi_uijin
Instagram : @yayoi_uijin


Rin
りん
Tarikh Lahir : November 24
Twitter : @rin_uijin
Instagram : @rin_uijin



Discography

Single & EP
31/12/2016 : colorful (demo to Village Vanguard)
28/01/2017 : 001 / ten-age
26/02/2017 : gold

13/03/2017 : Meltdown / Overdrive\
28/06/2017 : birthday
28/06/2017 : blue sky
30/09/2017 : hello
18/10/2017 : ppp / game over
19/11/2017 : sevenswell
09/01/2018 : Setsuna Memorial / game over

Album
05/07/2017 : stay hungry , stay foooolish
18/04/2018 : everything is practice

Collaboration
18/10/2017 : Ceremony of khaos [Does It Escape Again x uijin]



meltdown

001






neo tokyo 001



Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "