Mei 16, 2016

Tora Tora Taigaa!!

Wew..tengah bersemangat nak karang ayat dan buat biodata idol dalam bahasa..oh ye, kali ni aku nak share lagi satu idol yang aku boleh kata agak berminat, BABYRAIDS JAPAN !!. Konsep idol yang lebih universal pada aku buat rasa lain dari kumpulan idol yang lain. Babyraids JAPAN pun bukan kumpulan biasa2 dan antara dominan idol di Jepun..Masih mengekalkan kesemua member yang sedia ada dari zaman penubuhan aku tengok kumpulan ni agak struggle dalam mengekalkan populariti dan tahap yang mereka ada hasil kerja keras..Dengan banyak unit idol baru yang tumbuh selepas hujan, aku rasa Babyraids JAPAN dah ada kelas dia yang tersendiri dan landasan yang tersendiri..Walaupun berada di dalam label dan agensi yang agak stabil dan kukuh di Jepun tu bukan alasan untuk selesa dan aku nampak diorang sentiasa bagi yang terbaik untuk setiap single terbaru diorang..Tak pernah mengecewakan aku dengan setiap single yang diorang keluarkan lagi2 selepas penjenamaan baru Babyraids JAPAN yang nama asalnya Babyraids..Nah aku share serba sedikit yang aku tahu pasal diorang..Lain2 kena la gali sendiri dan kenal sendiri..aku cuma boleh share asas dan link yang lebih dekat dengan diorang..tapi nak lagi detail kenalah jelajah ruangan Google, Yahoo & Bing selalu..hehe


Trivia


Nama Babyraids adalah berasal dari perkataan "baby/bayi" untuk menunjukkan sisi comel mereka, dan "raids/serbuan" untuk menunjukkan serangan mengejut ke atas peminat.

Babyraids berada di bawah satu agensi yang sama dengan Idoling !!!.

Pada awal 2012 sebelum kemunculan Babyraids, Takami Nao dan Ooya Rikako gagal terpilih dalam uji bakat untuk menyertai generasi ke-5 Idoling !!!

Babyraids melaksanakan aktiviti mingguan Toranomon Dojo di ibu pejabat Pony Canyon.

Ooya Rikako dan Takami Nao menjadi host DJ untuk rancangan radio Ooya "Takami no Babyraids Radio" (大矢・高見のベイビーレイズラジオ) yang bersiaran di Radio Nippon sejak Mac 2013.

Konsert pertama Babyraids Densetsu no Live ~Mouko Shuurai~ (ベイビーレイズ伝説の雷舞! ~猛虎襲来~) di lakukan pada bulan Disember 2013 di Shinkiba Studio Coast. Beberapa artis/idol turut di jemput untuk menjadi tetamu undangan.

Pada awal 2014, kakitangan mengumumkan jika Babyraids tidak dapat menahan persembahan secara langsung berterusan semenjak 2 tahun dari masa mereka debut, maka kumpulan Babyraids akan di bubar.

Babyraids melancarkan Album Pertama mereka Jiko Shoukai pada bulan Julai 2014.

Babyraids menghadapi cabaran untuk mengumpul 10,000 tandatangan semasa Musim Panas 2014 untuk mendapat peluang membuat konsert terbesar pertama mereka di Nippon Budokan. Jika mereka gagal, kumpulan mereka akan dibubarkan. Babyraids berjaya mendapatkan 13,872 tandatangan. 

Segmen variati Babyraids tte Dare Da yo!? (ベビレって誰だよ!?) telah disiarkan di TV Tokyo pada awal Disember 2014. Dan jumlah rancangan berlangsung selama 5 episod.

Setelah berjaya mendapat tandatangan sebanyak 13,872, Babyraids telah berjaya mengadakan persembahan secara langsung terbesar yang pertama di Nippon Budokan pada Disember 2014. Konsert itu bertajuk Babyraids Densetsu no Kaminari Mai! -Tora Tora Ichiban- (ベイビーレイズ伝説の雷舞!-虎虎壱番-).

Pada awal tahun 2015, Babyraids secara rasmi mengumumkan penjenamaan semula dan menukar nama kepada Babyraids JAPAN. Yang sesuai membawa musik Jepun ke seluruh dunia musik.

Babyraids JAPAN muncul dengan wajah baru untuk single terbaru mereka Eikou Sunrise pada bulan April 2015. Dengan Hayashi Manatsu mengubah gaya rambut dari rambut hitam ke rambut blonde.

Mereka mengadakan siri konsert IdoRock pada musim panas dan musim luruh 2015.

Untuk single mereka ke-10, Pretty Little Baby, dilancarkan pada bulan Ogos 2015, lagu asal yang di nyanyikan oleh penyanyi Amerika Connie Francis pada tahun 1962. Berkait dengan lagu itu, mereka telah mengenakan pakaian hitam retro dan pakaian putih dengan motif asas dalam single terbaru itu.

Babyraids JAPAN Live Tour 2016 -Road to Emotional Idorock Festival- telah diadakan dari April hingga Mei 2016.



Denchan x Ricopin x Manatsu x Naosuke x Rioton 


BABY PROFILE

Babyraids JAPAN (ベイビーレイズ JAPAN)
Webside : babyraids.lespros
Twitter :  @babyraids_JAPAN
Tahun Aktif : 2012 – terkini
Label : Pony Canyon
Agensi : LesPros Entertainment


BABY Members


Erika Denya (Ketua)
(傳谷 英里香)
Gelaran : Denchan (でんちゃん)
Tarikh Lahir : 2 November 1995
Tempat Lahir : Chiba Prefecture
Tinggi : 157cm
Hobi : Membaca, Pengkaji Kecantikan
twitter : @piiiiiiin_riko


Manatsu Hayashi
(林 愛夏)
Gelaran : Manatsu (まなつ)
Tarikh Lahir : 14 Julai 1995
Tempat Lahir : Kanagawa Prefecture
Tinggi : 159cm
Hobi : Melukis, Mengambil Gambar, Bola Sepak, Memasak
twitter : @lespros_manatsu
instagram : baby_manatsu


Rikako Ooya
(大矢 梨華子)
Gelaran : Ricopin (リコピン)
Tarikh Lahir : 30 Oktober 1996
Tempat Lahir : Shiga Prefecture
Tinggi : 164cm
Hobi : Fashion & Make-up, Menonton video anime, idol, rock band, Manga
twitter : @lespros_ricopin


Nao Takami
(高見 奈央)
Gelaran : Naosuke (なおすけ)
Tarikh Lahir : 28 November 1996
Tempat Lahir : Mie Prefecture
Tinggi : 158cm
Hobi : Membuat & Membakar Roti (Melon Ban),Peniruan (Mimic)
twitter : @lespros_naosuke


Rio Watanabe
(渡邊 璃生)
Gelaran : Rioton (りおトン)
Tarikh Lahir : 8 Mac 2000
Tempat Lahir : Kanagawa Prefecture
Tinggi : 162cm
Hobi : Ilustrasi, Membaca, Kunci, Kucing
twitter : @lespros_rioton



Discography

Singles
26/09/2012 : Babyraids (ベイビーレイズ)
19/12/2012 : Baby Revolution (ベイビーレボリューション)
27/03/2013 : Jump
31/07/2013 : Baby Ambitious
11/09/2013 : Koyomi no Ue deha December (暦の上ではディセンバー)
29/01/2014 : Koi wa Panic (恋はパニック)
14/05/2014 : Bucchake Rock’n Hacchake Roll / Baby Step (ぶっちゃけRock’n はっちゃけRoll / ベイビーステップ)
26/11/2014 : Tora Tora Tiger!! (虎虎タイガー!!)
01/04/2015 : Eikou Sunrise (栄光サンライズ)
19/08/2015 : Pretty Little Baby
06/01/2016 : Hashire, Hashire (走れ、走れ)
25/05/2016 : Senkou Believer (閃光Believer)

Albums
02/07/2014 : Jiko Shoukai (自虎紹介)



Senkou Believer MV
BABYRAIDS JAPAN



Tora Tora Tiger!! MV
BABYRAIDS



we are tora tora taigaa, babyraidooo ~~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "