Oktober 02, 2017

Screamo till Broken!!


Broken by the Scream....nama pun cukup komersial dan tak terlalu keterlaluan..harapan untuk untuk jadi idol yang mahadahsyat tu tak di letakkan harapan terlalu tinggi..sesuai dengan nama..tapi apa yang menarik ialah walaupun nama simple dan ringan tapi persembahaan suara mereka agak menarik dan jeritan gadis2 ni buat aku tertarik nak layan diorang lebih rapat..lepas aku dengar satu lagu dari diorang, aku dapat rasa screamo diorang agak nice dan tak terlalu mencuba untuk terlalu meneran..cukup apa yang mereka ada dan sentuhan komposer dan percubaan mereka cukup menarik dunia rock terutama idol..mungkin kelainan tu tak lah seperti 969, BiS or Gang Parade tapi kalau mereka di bagi peluang dan lagu yang lebih mencabar diorang dan garapan yang lebih baik tak mustahil mereka ni setaraf big name alternative idol yang ada..

Bermula dari 4 orang gadis yang berpewatakan biasa, tak lah terlalu comel atau menarik tapi dari segi vokal masing2 ada kekuatan yang belum betul2 di guna pakai..bermula dengan 4 orang gadis, Yae, Ayame, Io & Sumire, mereka di bentuk seawal Oktober 2016 tapi mereka debut dan di umumkan kemunculan mereka pada Januari 2017..tapi perjalanan awal mereka sedikit terganggu apabila pakar screamo utama BBTS, Sumire, di buang dari kumpulan atas kesalahan melanggar prinsip pengurusan selepas Sumire di katakan tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dan membicara kan nya di akaun twitter dan dia secara rasmi di keluarkan dari BBTS pada Februari 13, 2017..Pada April 15, 2017, tempat Sumire di ganti dengan Kagura yang juga mempunyai personaliti dan kemampuan screamo seperti Sumire dan Kagura secara rasmi akan membawa baris lirik lagu yang pernah di nyanyikan Sumire dulu..BBTS mempunyai seorang member yang pernah beraksi sebagai idol yang berkonsep sama dengan BBTS sebelum ini, iaitu Yae iaitu bekas member 969 tapi sebelum ni dia menguna nama lain iaini Touma Sora..selain tu, Iorin ada kelebihan tersendiri iaini dia mampu berkomunikasi baik dengan bahasa inggeris..


info dari blogger lain
- homicidols
- homicidols
- straight-from-japan


original member : Sumire, Ayame, Yae, Io

2nd term member : Kagura, Ayame, Yae, Io

Io, Yae, Kagura, Ayame


Broken by the Scream PROFILE
Webside : brokenbythescream
Twitter :  @BBTS_koushiki
Tahun Aktif : Januari 2017
Label / Agensi : GROUND-BASE INC
Showroom : BBTSの「oh!my!メタルーム!


Broken by the Scream MEMBER

Uriin Kagura
雲林院カグラ
Nickname : Kaguyan, Kagura
Warna : Ungu / Purple
Tarikh Lahir : April 24
Tempat Lahir : Saitama
Darah : B
Tinggi : 159 cm
Twitter : @kagura_BBTS
Hobi : Membaca komik dan Melukis


Yabusame Ayame
流鏑馬アヤメ
Nickname : Aachan, Ayame
Warna : Merah Jambu / Pink
Tarikh Lahir : Julai 17
Tempat Lahir : Chiba
Darah : O
Tinggi : 157 cm
Twitter : @ayame_BBTS
Hobi : Membuat manisan


Kumanomido Yae
熊埜御堂ヤエ
Nickname : Yaechii, Yae
Warna : Merah / Red
Tarikh Lahir : Mac 14
Tempat Lahir : Nagano
Darah : AB
Tinggi : 145 cm
Twitter : @yae_BBTS
Hobi : Pergi ke persembahan live atau konsert


Notsukitaira Io
野月平イオ
Nickname : Iorin
Warna : Jingga / Orange
Tarikh Lahir : Mac 25
Tempat Lahir : Tokyo
Darah : A
Tinggi : 158 cm
Twitter : @iooo_BBTS
Hobi : Merekod suara & bercakap dengan burung hantu


Broken by the Scream exMEMBER

Otachita Sumire
御館田スミレ
Keluar dari Group : Februari 13, 2017
Alasan : Di buang dari kumpulan atas kesalahan meluahkan ketidakpuashatian terhadap pengurusan di twitter rasmi member (@sumire_BBTS)










Discography

Single
08/01/2017 : Broken by the Scream

Mini Album
08/11/2017 : SCREAMING RHAPSODY



Broken By The Scream - 「oh!my!ME・GA・MI Ni Koishiteru!」


lets screamo!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "