Disember 17, 2017

IDLE®


Secara asanya, group BILLIE IDLE® ni di umumkan sebelum konsert terakhir BiS pada 2014 untuk memberi laluan kepada First Summer Uika & Hirano Nozomi untuk terus berada dalam industri. Idea penubuhan BILLIE IDLE adalah idea dari Nigo & Watanabe Junnosuke. Tapi kini group ni di urus takbir sepenuhnya Nigo. Dan pada Mac 2015, group ni secara rasmi di debut bersama-sama dua orang ahli yang lain, Momose Momo & Yasui Yuuhi. Debut BILLE IDLE bermula dengan pelancaran Digital Single pertama mereka, "anarchy in the music scene" melalui iTunes. Mereka juga mengelar diri mereka "not idols" (bukan idols) melalui musik yang mereka bawa menerusi single pertama. 

BILLIE IDLE adalah group idol yang “NOT IDOL, NOT KAWAII” yang cuba mencipta fenomena “Anarchy in the music scene“ di dalam dunia idol mereka sendiri.

Ogos 2016, Yasui Yuuhi mengumum keluar dari BILLIE IDLE atas masalah kesihatan dan juga berkaitan dengan masalah keluarga. Tempat Yasui di ganti dengan Akira yang juga adik kepada Momo. Akira pernah datang ke belakang pentas BILLIE IDLE dan Nigo memutuskan untuk tidak membuat audisi sebaliknya terus menyerap masuk Akira ke dalam kumpulan. Akira antara bakat baru yang bagus sejak kehadiran beliau ke dalam group dengan penciptaan banyak lirik untuk group BILLIE IDLE. 



Pendapat & Kenapa Aku Minat
Aku bukanlah peminat awal kemunculan BILLIE IDLE, sekadar layan musik dan lagu mereka yang pada aku boleh tahan dan sangat indie untuk prinsip indie yang lebih bebas dan tak terlalu mengharap ehsan dan cara idol. Lagu diorang pun tak terlalu standard idol, atau terbiasa dengan cara alternatif idol yang sedia ada. Mereka dengan cara mereka yang nampak liar dan bersahaja dalam musik dan lirik mereka. Aku mula suka dengan BILLIE IDLE sejak Akira join masuk sebab ada kelain dari segi lirik dan lagu. Bila aku teliti balik tak hairan lagu yang aku suka datang dari karya Akira sendiri. Lebih bebas, lebih menentang, lebih liar dan lebih bersahaja. Dan lebih sesuai untuk 4 orang gila dalam group ni. Dekat bawah sekali ni ada musik video dan lagu ni adalah lagu paling aku suka sekarang ni. Hampir setiap hari aku layan. 




BILLIE IDLE® PROFILE
ビリーアイドル®
Webside : billieidle.com
Twitter :  @b_idle_official
Tahun Aktif : Mac 2015
Agensi : Otsumo Record (オツモレコード)


ahli terbaru sejak Ogos 2016 - Akira, Uika, Nozomi, Momo


ahli asal sehingga Ogos 2016 - Atas : Yasui, Momo ; Bawah : Nozomi, Uika



BILLIE IDLE® MEMBER PROFILE


First Summer Uika (ファーストサマーウイカ)
Tarikh Lahir : Jun 4, 1990
Tempat Lahir : Osaka, Jepun
Twitter : @firstsummeruika

Ameblo Blog : uika-bis
Instagram : @f_s_uika
Tentang Diri : Berasal dari Osaka. Bekas salah seorang ahli BiS (Brand New Idol Society). Seorang pelakon yang masih aktif.
Sertai Billie Idle : Mac 2015


Hirano Nozomi (ヒラノノゾミ)
Nickname : Nozoshun (のぞしゅん)
Tarikh Lahir : Julai 15, 1992
Tempat Lahir : Akita, Jepun
Twitter : @B_I_nozomi

Ameblo Blog : hiranonozomi
Instagram : @nono_nozomi
Tentang Diri: Berasal dari Akita. Bekas salah seorang ahli BiS (Brand New Idol Society). Seorang tenang dan pendiam kebanyakkan. Sangat meminati musik Madonna & K-Pop. Melepaskan segala keceriaan dan sinar di atas pentas.
Sertai Billie Idle : Mac 2015


Momose Momo (モモセモモ)
Tarikh Lahir : September 22, 1993
Tempat Lahir : Nagano, Jepun
Tentang Diri: Berasal dari Nagano. Mempunyai banyak peminat dari luar dan kagum dengan sesetengah yang mempunyai bakat dan suara melebihi apa yang di jangka. Sangat meminati NetFlix.
Sertai Billie Idle : Mac 2015


Momose Akira (モモセアキラ)
Tarikh Lahir : September 28, 1994
Tempat Lahir : Nagano, Jepun
Instagram : @akira_billieidle
Tentang Diri: Berasal dari Nagano. Adik kepada Momose Momo. Sangat memuja bakat yang ada pada Momo dan sangat meminati gusti profesional. Sangat bertenaga dan bersemangat apabila berada di atas pentas. Sangat suka manga dan mahir melukis.
Sertai Billie Idle : September 2016



BILLIE IDLE® Ex-MEMBER PROFILE

Yasui Yuuhi (ヤスイユウヒ)
Tarikh Lahir : Jun 29, 1994
Tempat Lahir : Toyama, Jepun
Sertai Billie Idle : Mac 2015
Graduasi : Ogos 2016
Sebab Graduasi : Masalah kesihatan yang berpanjang sejak Julai 2016.




This is BILLIE IDLE®










MUSIK VIDEO


Sayonara Romantic





Discography

Albums
1. [2015.04.01] IDLE GOSSIP
2. [2015.09.16] ROCK "N" ROLL IDLE

3. [2016.10.26] bi bi bi bi bi

Single
1. [2017.08.23] MY WAY

Digital Single
1. [2015.03.02] anarchy in the music scene
2. [2015.04.01] be my boy
3. [2015.09.02] be-bop tu-tu
4. [2016.10.05] Nakisou Sunday (泣きそうサンデー)

EP
1. [2016.04.06] "4 in 1" THE OFFICIAL BOOTLEG

Delivery Single
1. [2017.11.01] Sayonara Romantic (さよならロマンティック)

Live Album
1. [2017.04.26] LAUNCHING OUT

Best Album
1. [2017.04.26] BILLIed IDLE





Sayonara GoodBye ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "