April 27, 2018

Creeping Death??


Motto, nee Motto / もっと、ねぇもっと
Erabareshi / エラバレシ

Dah dengar lagu ni? kalau fan anime mesti cam kan lagu ni..yes! ending untuk anime "Tachibanakan To Lie Angle / 立花館To Lieあんぐる" anime yang berdurasi 3 minit 30 saat..ok aku taknak sentuh pasal anime Tachibanakan sebab tu bukan motif aku karang post ni..tapi lebih aku nak kongsi pasal lagu ni sendiri..

Sentuhan hasil tangan penulis lirik dan komposer, Shikura Chiyomaru (志倉千代丸) & arrangement akhir dari Yuki Shinichi (悠木真一) betul2 buat lagu ni lain dari lagu rock metal yang ada dalam dunia idol tu..opening dia cukup buat aku rasa terkias dan ada pengaruh elemen "Metallica" dalam arrangement musik Erabareshi kali ni..bila aku dengar, telinga aku dapat tangkap "what? ni macam lagu Creeping Death dari Metallica siot"..bila aku dengar balik lagu Metallica tu, correct! memang terbias lagu tu..jadi dalam musik video ni ada mamat main gitar solo baju logo Erabareshi tapi dalam font Metallica bukan setakat wannabe tapi musik dia betul2 buat aku terhyper kejap..

Bila aku dengar lagu ni dalam anime tak nampak sangat sebab TV version dah tentu cuma ambik part yang best dan ringkas..detailing song kena tunggu full song keluar..rock metal tak perlu jadi terlalu core menjerit macam sesetengah idol metal yang cuma nak jadi metal, grunge dan gila..tapi in realiti rock metal is about musik dan lirik yang menangkap..dari segi vokal masing2 aku taknak ulas terlalu detail sebab diorang ni idol yang mencuba semua konsep musik dan bukan dari aliran tegar musik metal..cuma vokal mereka ni buat lagu ni terlalu mendayu dan syahdu untuk di di lentok kan..

Ni adalah single Erabareshi yang ke-5 yang akan di lancarkan dan di jual pada 13 Jun 2018..Single ni akan di jual dalam 6 jenis. 1 versi CD+DVD. 1 versi kollabrasi anime Tachibanakan means cover single ni akan dalam bentuk anime & 4 versi untuk regular CD yang terbagi pada type A, type B, type C & type D. CD+DVD akan di jual pada harga 2,000yen (RM72) dan baki 5 versi akan di jual pada 1,200yen (RM43)..so sesiapa berhajat nak beli boleh beli dekat cdjapan or hmv, kalau jenis tak suka fisikal cd boleh dapat dekat itunes or ototoy nanti..

Ok ni je ulasan ringkas aku, nak ulas panjang2 takut melewel dan ngarut je..better aku stop..ok layan la lagu ni kalau sesiapa fan Tachibanakan or fan rock metal metallica! hahaha..oh ye aku share link anime yang berkait dengan lagu ni kalau korang tak tau anime apa aku cakap kan ni..

Erabareshi info
Erabareshi : leido.co.jp/erabareshi
Twitter : @_erabareshi_ 
Youtube : Stand-Up!Records






Tachibanakan To Lie Angle info
My Anime List : MAL
TV Anime Webside : tachibanakan-anime







Tachibanakan the Creeping Death!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "