Januari 04, 2019

SISTER of NEO


Disember 3, 2018, satu lagi idol baru muncul dan idol ni adalah sister group kepada salah satu group neo-idol yang tengah mencipta nama dalam liga dia tersendiri. RAYMAY, sister group kepada Uijin ni di umum melalui twitter rasmi Uijin dah juga twitter rasmi RAYMAY. Group ni secara rasmi debut pada Disember 24, 2018 di Shinjuku BLAZE bersama group utama, Uijin. Secara mudah lepas ni Uijin takkan bersendiri bila buat persembahan sendiri. Sebelum-sebelum ni Uijin banyak baut persembahan bersama-sama group idol yang lain antara kebiasaan bersama Will-O', Wagamama Rakia, Gokigen Teikoku dan lain-lain.

Group RAYMAY ni terdiri sama ramai dengan Uijin iaitu di anggotai 4 orang gadis yang comel dan menarik, masing2 ada personaliti dan gaya suara tersendiri. Secara dasar konsep group ni tak ada beza dengan konsep Uijin yang ketengah Neo-Tokyo. Terdiri dari 4 orang gadis, Kiko, Shoko, Suino & Coa mungkin akan berada dalam bayangan Uijin sementara diorang ni cari identiti diorang masing-masing. Aku boleh kata tak jauh beza dengan Uijin dari segi lagu dan gaya buat masa ni. Survival diorang ni akan bermula lepas 6 bulan nanti, boleh ke tak diorang ni lari dari bayang-bayang Uijin dengan buat kelainan selain gaya dan branding mereka sendiri. Jadi sister group tak semudah menjadi group idol yang sedia ada sebab diorang ni akan terdedah dengan perbandingan dengan group kakak diorang sama ada mereka tenggelam dengan group kakak atau mengelamkan group kakak mereka sendiri atau keluar dari perbandingan dengan group kakak akan jadi cabaran untuk diorang ni.

suino, kiko, coa, shoko

RAYMAY PROFILE

Raymay (黎明 )
Twitter :  @raymay_official
Tahun Aktif : November 3, 2018
Agensi : sakebi


Raymay Member PROFILE

Kiko
(きーこ)
Twitter : @kiko_rymy

Shoko
(しょこ)
Twitter : @shoko_rymy

Coa
(こあ)
Twitter : @coa_rymy

Suino
(すいの)
Twitter : @suino_rymy













Uijin not Alone ~~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "