Nampak nice dan simple pulak outfit baru Gokigen kali ni, tak heavy macam sebelum ni. Simple dan cun weh. Maybe outfit ni untuk lagu baru diorang, ALLDAYS, LOVE SONG AND YOU. Maybe lah kot sebab masa outfit ni keluar pun lagu baru diorang keluar jugak. Tak lupa outfit sister group diorang Operettas pun nice dan simple. Outfit baru Operattas untuk lagu baru, Gachi Koi Sorry.
Test2 belajar buat pixel art ni. Belajar dari orang, try and error imaginasi sikit2 last2 baru jadi aku punya sendiri. Walaupun tak lah perfect or power macam orang lain punya. Tapi boleh la dari tak ada.
First dengar nama Shinto! dah tau awek2 Jepun berpakaian ala Shinto (sister ala kuil jepun). Mula2 aku tak yakin sangat dengan nama group ni ala asal comel je tapi nyanyi ntah apa2 dan biasa2 je untuk aku. Tapi bila dah dengar dua lagu diorang, Shinto! dan Chuuraburin terus tangkap cintan weh. Best jugak lagu diorang, diorang punya music pun agak hype. Kena dengan taste aku lah senang cerita. Ye lah since Otome Shinto disband, aku agak kurang layan group idol yang comel2, cathy2 macam ni. Hahaha.
Oh, lupa, Shinto! ni ada 4 orang gadis comel. Wako, Niru, Mayuri dan Tenten.Tapi aku dah sangkut dekat Niru sebab dia comel kot. Memang macam Wako, Mayuri dan Tenten lagi comel tapi Niru ada personaliti dia yang tersendiri.
Bulan Disember hari tu, member aku, Sim pergi Jepun dan kebetulan event dia pergi ada Shinto!, aku cuma mampu kirim cheki Niru je la, nak kirim merchandise Shinto! belum ada lagi. Sim cerita, bila dia ambik cheki untuk aku, then tunjuk twitter aku untuk bagitau nama dan siapa yang kirim cheki, Niru tengok twitter aku dan dia cakap dia kenal aku. Ureshi!! hahahaha. Ni yang terus naik ranking Faan9. Nah dekat bawah aku share sedikit info pasal diorang mana nak follow budak2 Shinto ni.