Memaparkan catatan dengan label Melon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Melon. Papar semua catatan

Mac 21, 2019

Withdrawal

Buletin
Mac 18, 2019, GOKIGEN JAPAN melalui akaun twitter Operettas Counter Attack (@operettas_ca) telah memaklumkan pembatalan atau penguguran salah seorang member, Melon or Meguro Shikanikan, berkuat kuasa serta merta sebelum performance di Shibuya Milkyway. Atas alasan apa Melon di gugurkan tak di nyatakan. Dan berikutan penguguran Melon maka performance di Shibuya Milkyway bersama kumpulan idol yang lain terpaksa menarik diri atas alasan kekurangan member dan kesuntukan masa untuk urus kembali performance nanti. Dengan penguguran Melon bermakna sekarang ni tinggal Gura & Hinata sebagai member Operettas dan Gura jugak satu2 member asal Operettas yang masih tinggal lepas Nanami & Mari meninggalkan operettas tahun lepas selepas mereka debut sebagai kumpulan.





Catatan
Bagi aku tak terkejut pun kalau group ni sorang demi seorang keluar dari group ni sebab kelemahan dari sistem management Gokigen Japan yang di ketuai member Gokigen Teikoku sendiri, Chiiho, nampak masih gagal nak angkat group ni satu tahap serasi dengan Gokigen sendiri. Bila idol mengurus idol bukan satu benda senang walaupun ada idol yang mengurus group idol tapi banyak datang dari pengurusan yang besar dan idol tu sendiri cuma mengurus di depan takbir dan tidak di belakang takbir. Tapi apa yang Chiiho buat ni dia sendiri urus group ni bersama team staff Gokigen Japan lain. Bila Chiiho meletak beban guide pada Nagi (turut keluar dari group tahun lepas) nampak tak sepatutnya member yang baru dan tak ada pengalaman untuk di letak dalam group tu dalam masa sama berkerja untuk Gokigen jugak. Memang Nagi ada leadership tapi terlalu awal sebab dia masih baru, ye aku tau nak letak Peropon or Alice or Onagirin sangat tak sesuai tapi letakkan Nagi buat dia rasa terbeban.

Budak2 operetttas bukan macam geng Gokigen yang asal yang start dari group tak menjadi, UFWmofu, tapi meletakkan tekanan sama macam Gokigen pada aku satu tekanan hebat untuk budak2 ni.Dengan sasaran tak masuk akal GGT nak ke budokan 2021 ni cuma ada 2 tahun untuk letak nama diorang sebesar BiSH sekurang2 agak mustahil sikit. Pada aku kalau Gokigen Teikoku nak ke budokan, diorang kena reset semula matlamat dan polisi diorang ke arah lebih  realisitik dan mampu diorang uruskan.Kesian weh member2 lama semua potensi dan bakat ada boleh pergi jauh tapi tak tahu apa hal dengan cara diorang bergerak macam terlalu terdesak dan mendesak. Kalau masih macam ni tak hairan impian Budokan 2021 akan hilang dan group akan hilang tahun depan. Ni cuma tulisan 20sen aku yang merepek tak melambangkan apa-apa pun. Ni cuma penilaian dan pemerhatian aku saja. Korang punya pandangan atau pendapat pun tak memberi implikasi dekat pandangan aku. Mungkin cuma boleh membuktikan aku salah dan kalau ternyata aku salah aku terima.


Februari 10, 2019

GGT & Operettas New Outfit

Nampak nice dan simple pulak outfit baru Gokigen kali ni, tak heavy macam sebelum ni. Simple dan cun weh. Maybe outfit ni untuk lagu baru diorang, ALLDAYS, LOVE SONG AND YOUMaybe lah kot sebab masa outfit ni keluar pun lagu baru diorang keluar jugak. Tak lupa outfit sister group diorang Operettas pun nice dan simple. Outfit baru Operattas untuk lagu baru, Gachi Koi Sorry.


Gekijouban Gokigen Teikoku




Chiiho

Peropon

Alice


Operetta's Counter Attack


Melon

Gura

Hinata



new empire kit


Mei 03, 2018

Operettas!!

Akhirnya!! Gokigen Teikoku 2nd dah ada nama rasmi diorang sendiri..Group GGT2nd adalah sister group untuk Gekijouban Gokigen Teikoku..pelikan group indie ada sister group yang di urus dan pemilihan dari member Gokigen sendiri yang di ketuai ketua dan presiden Gokigen sendiri Ichiho Shirahata or Chiiho..April 29, 2018, bukan saja tarikh untuk member bar Gokigen tapi debut dan penamaan group GGT2nd kepada Operetta's Counter Attack (OCA) atau nama jepun dia, Gyakushuu no Operetta (逆襲のオペレッタ)..Group ni di anggotai oleh member2 GGT2nd yang melalui tempoh latihan atau training sepanjang beberapa bulan dan dari 10 finalist cuma 4 saja yang berjaya kekal dan menjadi sebahagian dari Operettas..oleh kerana group ni masih baru dan perlu bimbingan, Chiiho telah menetapkan salah sorang dari member Gokigen untuk menjadi ketua untuk sister group ni, tugas tu di serah pada Tsuzura Nagi..Nagi masih lagi salah seorang member Gokigen walaupun akan bersama Operettas untuk persembahan lain..kira macam ketua sementara lah, macam kebanyak group idol lain yang masih baru dan belum boleh bergerak 100% sendiri atas faktor member belum cukup fan base dan Nagi sebagai decoy untuk Operettas.



Pengumuman dari pihak Gokigen


Ni link post pasal exam dan pemilihan group ni sebelum ni yang pernah aku kongsikan
Sebelum ni semua member2 cuma di nama kan macam angka giliran peperiksaan..dan di beri cabaran untuk mencari lebih 500 follower baru nama akan di dedahkan dan di perkenalkan..tapi sayang cuma sorang je yang berjaya dalam cabaran tu dan tu jugaklah oshi aku dalam Operettas sekarang ni..orang tu ialah Nanami atau nama exam dia sebelum ni 0718.
Ok meh aku kenalkan sorang2 member Operettas yang berjaya menjadi member Operettas termasuk leader sementara diorang sekali.


Operetta's Counter Attack

Kanji : 逆襲のオペレッタ
Nama Lama (Sebelum Official Debut) : Gekijouban Gokigen Teikoku 2nd

Webside : gokigenteikoku.jp
Twitter :  @operettas_ca
Tahun Aktif : Februari 2018
Label : GGT


melon, nanami, nagi, marimari, garu


Operetta's Counter Attack Member


Tsuzura Nagi
廿楽なぎ(つづらなぎ)
Peranan : Ketua Operettas
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Hobi : Gitar, Cosplay, Anime, Lukisan Grafiti, Mendengar musik untuk tidur
Kemahiran Khas : Bermian Piano, dengan muka malas/mengantuk
Twitter @Tsuzura Nagi
Instagram : @tsuzuranagi
Ameblo : tsuzuranagi
Gelaran : NAGI-CHAN
Peranan Lain : Member Gokigen Teikoku

Minami Nanami
南ななみ
ID Exam GGT2nd : 0718
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @nanami_OCA
Instagram : @nanami_OCA
Gelaran : NANAMI


Yuubare Melon
夕晴めろん
ID Exam GGT2nd : 1105
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @melon_OCA
Gelaran : MELON


Churaumi Gura
美海ぐら
ID Exam GGT2nd : 1108
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @guradayo_OCA
Instagram : @guradesu_oca
Gelaran : GURA


Mayou Mariru
迷宵まりる
ID Exam GGT2nd : 0716
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @marimari_OCA
Instagram : @mayoumariru_oca
Gelaran : MARIMARI










Nanami & Operettas in LOVE!!!



Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "