Memaparkan catatan dengan label Gekijouban Gokigen Teikoku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gekijouban Gokigen Teikoku. Papar semua catatan

Mac 22, 2019

Latest Ex

Rasa baru blog aku semalam sebut pasal Nagisa Nagi, ex-member Gekijouban Gokigen Teikoku. Member Gokigen yang warna hijau dan rambut pun hijau jugak. Haha. Dan hari ni aku scroll twitter aku dan terjumpa seseorang macam kenal, sekali check rupa-rupanya Nagi. Lain dia sekarang, lagi comel dan simple, make-up pun dah tipis dan tak macam dulu yang agak tebal dan kaku. Dia comel cuma make-up tebal dia nampak dia lain macam tambah rambut hijau dia yang kurang sesuai, iye tahu semua member Gokigen rambut berwarna kecuali Peropon rambut hitam walaupun warna tema dia putih.

Berbalik pada Nagi, lepas agak lama menyepi dalam dunia idol dan hiburan, walaupun ada kelibat dia dengan member2 idol sebelum ni macam bersama Nanami & Onagirin, nampak sebelum ni dia seakan-akan  fokus pada dunia photography dengan ke hulu kehilir bersama kamera dia. Mungkin dia perlu masa untuk berehat sebelum kembali aktif dalam dunia idol atau hiburan. Tapi kemunculan baru dia kali ni tak guna nama lama dia, Nagisa Nagi tapi dengan nama baru, Nagino Hinata. Mungkin dia nak refresh diri dia dan taknak terikat dengan bekas kumpulan lama dia, Gokigen Teikoku. Sama apa yang di buat seorang lain member dan kawan sekumpulan dulu, Hibiki yang masa dalam Gokigen guna nama Kyuken Hibiki dan bila keluar dan kembali ke dunia idol berkumpulan dia guna nama Kunogi Kenbishi. Perkara biasa bila idol guna nama lain bila dengan group idol baru dan ada masa nama lain bila beraksi secara solo.

Meh aku kongsi sedikit sebanyak info yang aku tau pasal Nagi untuk siapa yang minat dekat dia.

Nagino Hinata
(凪乃ひなた)
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Twitter : @NaginoHinata
Instagram : naginohinata
17 Live : naginohinata


Gambar-gambar lain









Februari 10, 2019

GGT & Operettas New Outfit

Nampak nice dan simple pulak outfit baru Gokigen kali ni, tak heavy macam sebelum ni. Simple dan cun weh. Maybe outfit ni untuk lagu baru diorang, ALLDAYS, LOVE SONG AND YOUMaybe lah kot sebab masa outfit ni keluar pun lagu baru diorang keluar jugak. Tak lupa outfit sister group diorang Operettas pun nice dan simple. Outfit baru Operattas untuk lagu baru, Gachi Koi Sorry.


Gekijouban Gokigen Teikoku




Chiiho

Peropon

Alice


Operetta's Counter Attack


Melon

Gura

Hinata



new empire kit


Mei 03, 2018

new emperor queen!!

Lepas sebulan lebih Hibiki mengumum keluar dari Gokigen atas masalah kesihatan..April 29, 2018, Gokigen Teikoku telah mengumumkan ketibaan seorang member baru mengantikan Hibiki dan menggunakan juga warna member milik Hibiki sebelum ni, iaitu warna Purple/Ungu..member baru yang di maksud kan tu adalah Shiino Arisu (紫乃ありす)..dengan penyertaan Arisu or Alice, ni bermakna Gokigen Teikoku akan kembali berlima..so harap2 Alice ni pun akan masuk air macam member2 Gokigen yang sedia ada walaupun mula2 nampak malu2 sikit..muka Alice ni ni mengingat kan aku dekat DJ Omochi, member RHYMEBERRY..haha

Shiino Arisu
紫乃ありす
Tarikh Lahir : 14 September
Warna : Purple / Ungu
Twitter @alicechan_ggt
Instagram : @alicechan_ggt
Nickname : Alice
Tarikh Kemasukan : April 29, 2018


Untuk info bio member Gokigen lain boleh check dekat link kat bawah ni, ada dari blog aku dan ada direct ke official page.

link profile 
dari blog aku : Gokigen 
official page : Gokigen Teikoku



Pengumuman Rasmi











Alice new Emperor!!




Mac 13, 2018

GGT the 2nd...another election

So infomasi aku dari post sebelum ni ada macam kesilapan atau ada penambahan ciri dalam pemilihan untuk anggota GGT 2nd nanti..

boleh tengok post lepas di sini

Sebelum ni masa last pengumuman, sepatutnya awal yang menang 4 terbaik terdiri dari 0718, 1108, 1105, 1214 sekali gus nama 0716 tersingkir sepatutnya tapi mungkin atas inisiatif pengurusan yang mungkin belum cukup memuaskan dari pemilihan kali ni dan mungkin tak cukup baik untuk menilai semula ke semua..mereka ambil keputusan untuk membuat pilihan lagi mendalam..cabaran seterusnya adalah cabaran daily video atau video tentang diri..dan dari keputusan dan pengumuman semalam, 12 Mac 2018, telah memilih 4 yang terbaik masa ni iaitu 0716, 0718, 1108 dan 1105..dan ini membukti kan 1214 telah di singkir dalam persaingan.

Dan minggu ni merupakan persaingan terakhir untuk baik 4 perserta untuk di gabung dan di bentuk kumpulan baru GGT 2nd. Keputusan akhir akan di umum pada performance live GGT akan datang pada 23 Mac 2018 di tempat pengumuman rasmi GGT, Shibuya SAMURAI.




Kalau 0718 dapat join GGT 2nd atleast terubat sikit lepas Hibiki tarik diri keluar dari Gokigen. Ada lah pengganti walaupun dekat Gokigen dah ada oshi baru..lalang tetap lalang..hahaha..aku pun tak berapa faham gak tahun ni aku macam obses sikit dengan semua tentang Gokigen..maybe dah sampai masa focus satu benda je kot..haha



rei-nana-ichi-hashi ~




Saraba Hibiki

Setelah lama bercuti akibat kesihatan dan kecederaan panjang dan menyebabkan peminat tertanya-tanya status Hibiki dalam GGT (Gekijou-ban Gokigen Teikoku), akhirnya Mac 12,2018 jadi titik noktah buat Kunogi Hibiki atau mesra panggilan peminat Yan..Hibiki menggumumkan penarikkan diri dari GGT berkuat kuasa serta merta atas perbincangan dengan semua pihak terutama ahli GGT.

Bila dapat tau pasal Hibiki keluar dari Gokigen serta merta, tiba-tiba rasa sedih dan banyak perkara sedih kebelakangan ni dan ni pertama antara oshi aku keluar dari group..tanpa ada graduasi konsert atau apa..lama tak sedih macam ni..tapi tak apalah just harap Hibiki dapat sembuh dengan cepat dan meneruskan karier sebagai idol di masa depan. terus menanti perkembangan Hibiki di masa depan sama ada bergerak solo, atau bersama kumpulan lain dan terus berharap kembali ke Gokigen.





Ni adalah kenyataan dari Hibiki & pengurusan GGT melalui page rasmi GGT :




Translasi dari page

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Gekijou-ban Gokigen Teikoku.

Seorang ahli, Kyuuken Hibiki telah menarik diri dari keanggotaan Gekijou-ban Gokigen Teikoku pada 12 Mac, 2018.

Walaupun direhatkan sejak dari Januari atas faktor keadaan kecederaan fizikal yang lemah, prospek pemulihan yang memakan masa, saya fikir keadaan fizikal adalah keutamaan dan memutuskan membuat keputusan untuk memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan.

Ini adalah pengumuman memalukan kepada peminat-peminat Gokigen, terutama peminat Kyuugen Hibiki yang menunggu beliau untuk kembali semula aktif dalam aktiviti. Lebih lagi, kami memohon maaf atas banyak perkara yang tidak di jangka seperti masa depan beliau sendiri dan dengan kehadiran notis ini dan pengumuman pengunduraan secara tiba-tiba.

Dia juga merupakan ahli terawal Gekijou-ban Gokigen Teikoku, dan kami berharap bahawa Hibiki yang telah banyak menyokong kumpulan itu setakat ini dan akan kembali beraksi semula dengan cepat di masa akan datang.

Berikut adalah komen dari Kyuuken Hibiki.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kyuuken Hibiki telah memutuskan untuk menarik diri dari Gekijou-ban Gokigen Teikoku.

Walaupun saya bercuti selama sekian lama, jika saya masih mengambil masa untuk pulih sepenuhnya dengan keadaan fizikal saya, saya fikir keadaan fizikal dan hasil dari perbincangan dengan anggota Gokigen yang lain, saya menbuat keputusan sedemikian.

Masih ada impian sebagai individu, apa yang saya mahu lakukan lebih dengan Gokigen Teikoku. Ia mengecewakan, saya rasa kesepian dan saya mahu kekal. Saya mahu terus menyanyi dan menari di hadapan semua orang yang berdiri di atas pentas. Dari perasaan yang sejujur, saya ingin berehat supaya saya dapat menjadi lebih baik dengan keutamaan saya yang utama kini saya menjalani kehidupan saya, seterusnya dengan lebih ringkas selepas pulih sepenuhnya.

Saya minta maaf kerana bimbang dengan semua orang yang menyokong saya, dan saya tidak boleh membiarkan anda menyambut anda dengan menonton muka yang sedih secara langsung walaupun ia membuat anda tertunggu.

Hari semenjak Gokigen bermula adalah hari yang paling sibuk, menyeronokkan dan indah dalam hidup saya setakat ini, dan saya dapat mengalami banyak perkara yang saya tidak tahu. Terdapat juga banyak impian yang menjadi kenyataan. Masa yang penuh bermakna dengan Chi, Petro · Nagi · Onigiri, orang yang terlibat, dan peminat Gokigen masih menjadi harta saya.

Saya sangat gembira tentang masa apabila orang yang selalu mendengar panggilan Hibiki, panggilan Yan, perkara ungu dan bersenang-senang mencari gembira dengan saya.

Walaupun ia adalah masa yang singkat, jangan lupa kepada Gokigen yang mempunyai sembilan buah rumah. Dan terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada Gokigen.

Saya harap semua orang akan bersama anda.

Hibiki

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap Gekijou-ban Gokigen Teikoku.

Semoga kehidupan Hibiki di masa depan akan menjadi semula sebahagian dari Gokigen.

Gekijou-ban Gokigen Teikoku



Apa pun untuk Hibiki & Gokigen..Terus move on dan terus berjuang!! Terus menyokong member sedia dan dan juga sister group yang bakal di tubuhkan sedikit masa lagi..siapa2 nak hantar kad ucapan perpisahan untuk Hibiki boleh tulis dan hantar ke alamat..




HKYT hilang seri ~

Mac 10, 2018

Summer☆panty

2018, Gokigen kembali dengan macam2 projek diorang tahun ni..mula2 dengan wujud kan sister group kira macam 2nd group lah walaupun diorang ni cuma self-produce idol..self-produce idol tu apa? self-produce ni dalam kata lain group indie lah, bergerak dalam underground industri musik, bawak pelbagai musik, segala urusan lagu ke, persembahan mereka urus sendiri walaupun ada manager untuk bantu diorang. Gokigen ni leader besar dia Ichiiho, so apa benda dalam group dia akan ke depan dulu..

Dah berbalik pada tajuk asal aku post hari ni..hari ni, Mac 10, 2018, tepat jam 12 tengah malam waktu Jepun (waktu Malaysia dalam 11 tengah malam, masih Mac 9), Gokigen Teikoku lancarkan single terbaru diorang yang bertajuk "Summer☆panty" yang mula2 melalui akaun iTunes dan beberapa jam kemudian baru keluar dalam akaun spotify

Ok sebelum aku nak review pasal lagu, mula2 aku nak tengok pasal cover single ni..cuma ada 4 member dari sepatutnya berlima..masih menjadi tanda tanya untuk kumpulan ni tentang masa depan Yan (Kunogi Hibiki) dalam group..memang dah tau buat masa sekarang dia terpaksa di sisihkan atas faktor kesihatan..awal tahun hari tu dia hilang lama atas faktor kesihatan dan kembali semula sebelum hilang kembali dari awal Februari hingga sekarang..



Sebagai peminat Gokigen rasa aku tak salah kan nak review pasal group aku minat dari perspektif aku sendiri..bagi aku lagu ni sangat typical idol song dan yang paling menarik lagu2 ni bukan berada dalam kalangan peminat tahun kebelakangan ni..why aku cakap typical pasal ni lah standard lagu2 idol yang pernah ada sekitar tahun 2010-2015 yang aku layan selama ni yang sangat catchy, girly dan funky pop..kenapa seh diorang nak kebelakang wahal mereka ni nak naik kepuncak macam idol lain patut dia patut bergerak dengan seiring kehendak pasaran idol..tapi tu bukan matlamat diorang..mereka ni kalau boleh nak kuasa segala bentuk musik idol sesuai dengan nama group mereka Gokigen yang bererti empire atau kerajaan yang bakal menakluk semua..itu cuma pendapat dan falsafah mereka dan pemahaman aku dari pandangan peminat..

Melawan arus dan membuat sesuatu yang dah tak hype tu lah mereka..macam tu jugak lagu, mereka ambik risiko dalam jenis musik bukan permintaan pasaran peminat wahal mereka tau ada kumpulan idol lain pernah bereksperimen sama macam mereka tapi last2 fail dan disband..ada group terpaksa tukar konsep ke musik yang trending demi survival dalam industri.

Untuk lagu Summer☆panty ni pada aku taklah la teruk dan tak terlalu superb seperti lagu yang pernah diorang keluarkan sebelum ni tapi still boleh di bangga dan di layan untuk jenis2 peminat2 idol yang suka lagu typical idol dan tak terlalu sarcasm walaupun lagu2 sebelum ni agak sedikit sarcasm dan ada terlalu bodoh tapi sebab musik dia yang menarik menutup lirik lagu tu..denagr macam bodoh tapi tu lagu semangat untuk peminat seharian dalam survival dunia sebenar..kalau korang peminat idol dan erti lagu idol untuk korang, korang fahamlah kan..


Macam biasa, lagu ni akan di susuli dengan MV (music video) bila dapat sambutan cuma aku tak tahu konsep kali ni macam mana..diorang pernah buat MV bersama peminat, peraduan membuat MV versi peminat dari rakaman mereka sendiri, dan pernah standard idol MV..so nanti kan MV diorang, yang mungkin muncul Yan atau mungkin tidak..haha..oklah dekat bawah ni ada link musik under spotify korang boleh lah layan..








Summer☆panty!!


Mac 09, 2018

Challenge & Hyperlapse

Genap tepat jam 2400 / Mac 8, 2018 / Waktu Jepun (aduh ada jugak ke buta kira masa ni, senang 12.00am / 9 Mac 2018)..akhirnya 0718 (Zero Nana Ichi Hachi) pos video cabaran seterusnya dari main group GGT (Gekijou-ban Gokigen Teikoku) untuk GGT2nd..member or peserta lain dah je pos tapi sebab 0718 ni member favourite aku so aku pos la dekat sini kan..kenapa aku pilih minah ni tak minah lain yang lagi lawa dan comel..sebab pertama, dia penuhi fetish idol aku..kedua dia jenis happy dan positif..aku suka karakter dia yang selamba dan senang bergaul..dan dia jugak berjaya sebut nama aku dengan baik (yes! yahooo!! batak sikit sekali sekala) hahaha

#日替わり動画チャレンジ
#ゴキ帝2nd 










oh chenta ku  ~

Februari 28, 2018

GGT the 2nd

Akhirnya, hari yang di tunggu tercapai. Pemilihan seterus menentukan siapa yang akan dapat jadi anggota generasi pertama Gekijouban Gokigen Teikoku 2nd @ GGT2 ?? Hari ni dah terjawap dengan 4 orang terpilih dari baki 5 peserta akhir yang masih tinggal. 4-nin terdiri dari 0718, 1108, 1105, 1214. Nama stage diorang akan di bagitau masa terdekat ni bila GGT2 dah ada nama rasmi.





Kenyataan dari Ketua GGT



GGT Exam : GGT2 Exam


Taniah 4-nin GGT2!


Februari 18, 2018

Examination Number??


Sebelum ni di umumkan bahawa Gokigen akan ada sister group di bawah mereka sendiri, yang di bagi nama asas GGT2 atau Gekijou-ban Gokigen Teikoku 2nd Generation.Audisi telah di lakukan dah hasil nya 8 ahli telah di senarai akhir untuk interm terakhir sebelum betul2 debut sebagai GGT2..Pengumuman rasmi tentang kewujudan GGT2 menerusi twitter dan pembukaan twitter rasmi GGT2 sendiri pada Februari 16, 2018 dan di umumkan di pentas secara rasmi pada Februari 17, 2018. Pada saat akhir, seorang peserta akhir telah menarik diri atas alasan peribadi dan tinggal 7 orang yang terus melanjutkan interm akhir..diorang ni kana join semua event solo Gokigen dan juga akan join One-Man Live Gokigen tak lama lagi.buat masa ni diorang tak ada nama rasmi or nama idol yang ada cuma angka giliran peperiksaan sebagai merujuk kepada member..aku tak tau karakter masing2 macam mana so susah nak decide member mana berkenan..kalau ikut awal penelitian aku tertarik dengan 0716, 0718 & 1105..masih terlalu awal macam aku cakap..belum tentu diorang akan kekal dalam group ni semuanya..dengan kriteria gila untuk level Gokigen ni siapa rasa lepas untuk debut rasmi ke GGT2..kalau ikut rasmi jumlah member Gokigen dalam 4 atau 5 orang, atau mungkin 3 orang. Tak sabar gak nak tunggu budak2 ni muncul..hahaha







Gekijou-ban Gokigen Teikoku 2 @ GGT2 PROFILE

Kanji :  劇場版ゴキゲン帝国 2
Twitter :  @gokigen_teikoku (main group)
Twitter :  @ggt2nd (GGT2 group)
Tahun Aktif : February 16, 2018

Label : under own Gekijou-ban Gokigen Teikoku





GGT2 MEMBER


 0718
Twitter : @ggt2nd_0718

 1105
Twitter : @ggt2nd_1105

 1108
Twitter : @ggt2nd_1108


 0716
Twitter : @ggt2nd_0716
Nota : Terkeluar awalnya dan gagal dalam pemilihan masa sesi PR GGT di Samurai Shinjuku pada 27 Februari tapi di pilih masuk kembali untuk cabaran seterusnya.



Terkeluar dari Pemilihan Akhir

 0226
Twitter : @ggt2nd_0226
Sebab : umum keluar dari pemilihan lepas sejam dalam siaran langsung broadcast "Twitcast" dan alasan lain kerana masalah peribadi yang tak dapat di elakkan.
Tarikh Tersingkir : Februari 23, 2018



 0919
Twitter : @ggt2nd_0919
Sebab : Di singkir atas faktor gagal memenuhi kriteria dan dari pemilihan dari anggota utama Gokigen sendiri
Tarikh Tersingkir : Februari 21, 2018




 1214
Twitter : @ggt2nd_1214
Tarikh Tersingkir : Mac 12, 2018
Sebab : Di singkir atas faktor gagal memenuhi kriteria dan dan terakhir dalam cabaran.


Hari Pengenalan Februari 18, 2018







New Empire of Gokigen!!


Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "