Memaparkan catatan dengan label music video. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label music video. Papar semua catatan

Mac 15, 2018

knock it off naked to the world

BILLIE IDLE® yang semua orang tau group idol yang tak mengakui diorang ni Idol..kalau yang mana tak kenal BILLIE IDLE® ni actually diorang ni serpihan bekas member Brand New Idol Society or BiS yang bubar 2014 (tau BiS masih ada tapi yang ada adalah reform group, so jangan salah faham)..bekas member BiS yang keluar tu adalah Uika & Nozomi..tu sikit lah..BILLIE IDLE® pernah ada member yang keluar..dan sekarang selain Uika & Nozomi, diorang turut di gabung dengan dua adik beradik yang cukup berbakat Momo & Akira..Akira ni lebih bijak sebab kebanyakan lagu BILLIE IDLE® adalah hasil ciptaan dia dan Momo lebih kepada vocal yang mantap dan padu selain Uika..

Ok apa yang aku nak story adalah beberapa jam yang lepas, BILLIE IDLE® dah release satu musik video terbaru dan juga single baru mereka iaitu "P.S.R.I.P.".jangan tanya apa makna tajuk lagu ni sebab aku pun tak pasti lagi, tapi nanti2 aku share kalau aku dapat tau..haha..

Komen aku pasal lagu ni....seperti biasa typical BILLIE IDLE® yang kebiasaan akan bawak gerne yang berlainan dengan yang selalunya..tapi apa aku dengar lagu kali ni, gerne pop punk jadi pilihan diorang kali ni..yelah dengan penampilan belakangan ni yang lebih agak punk dan tak mustahil musik pop punk jadi pilihan single seterus mereka..Untuk suara main antara Momo & Uika dua2 berjaya bawak lagu pop punk ni dengan cara dan gaya penuh tenaga..Nozomi & Akira walaupun tak semenonjol seperti Uika & Momo tapi backup vocal dan solo line dari dua2 ni buat kan lagu ni ada soul tersendiri.

Kalau bab musik video...secara jujur kalau jenis suka dengan kesempurnaan ini bukan taraf tapi kalau jenis pada seni, ini seni yang unik dan jujur..terlalu animasi kartun yang selalu di ketengahan animasi di Amerika dan sesuai dengan konsep musik kali ni..tapi untuk BILLIE IDLE® aku tak rasa janggal sebab karatek kartun yang ada dalam biasa untuk mereka dan dah ada dalam video2 sebelum ni..dan musik video yang berkonsep sebegini dah biasa di main pemain musik punk khusus di Eropah, US & Malaysia..tapi mungkin untuk pemain musik idol ini sesuatu yang baru dan menarik perhatian..

Tapi ni pendapat 5 sen aku je..kalau korang ada pendapat sendiri itu terpulang masing2 kan..tapi secara peribadi aku, aku suka lagu ni..rentak dan irama lagu ni sangat fun dan hype untuk aku layan terus dan berulang kali..so rate musik video berserta lagu ni, aku boleh bagi 4.4/5.0..baiklah korang layan lagu dan musik video ni dulu baru korang boleh nilai sendiri..






knock it off!



Februari 16, 2018

Vampire & Kiss?

Lagu Vampire Kiss, lagu baru dari The Hoopers..lagu ni agak nice dan menarik untuk di ulang banyak kali. Ye memang taste aku kadang2 (selalunya) teruk sikit tapi untuk aku lagu ni memang unik dan sangat misteri, seram, dan psiko.Hoopers boleh cakap selalu jugak ber"experiment" dengan macam2 jenis lagu tapi lagu kali ni memang naikkan mood diorang sebagai ikemen female idol..

Untuk lagu ni memang strong vocal chord dekat Mirai dan Sena..dua2 aku boleh cakap Ace untuk The Hoopers..lagu ni ada part featuring rap battle tapi terlalu short dan tak mencabar, 3 orang featuring, Tsubasa, Lee, Haruki..part poet (puisi) yang aku nampak penuh puitis dan emosi bagi dekat Cecil, Noa pun bagus jugak dengan gaya bijin ikemen dia tu..memang boleh cair dekat gadis2..hahaha


Rate : 4.2/5.0


trivia & info ~
ni jugak single terakhir untuk Makoto yang dah graduasi dari THE HOOPERS pada Februari 10, 2018 yang lepas setelah bersama-sama The Hoopers sejak di tubuhkan.






「ヴァンパイアキス / Vampire Kiss」
THE HOOPERS





screenshot



Mirai
Sena
Tsubasa
Haruki
Makoto
Cecil
Lee
Noa




Hime-sama, Kiss me or Bite me ~

Februari 03, 2018

affair





mistress 「affair」

Kurang ganas dan terlalu soft dari segi lagu dan gimic musik video diorang kali ni. Mungkin penerimaan peminat dengan musik deathcore masih tak di terima so diorang cuba cara yang lebih simple dan fancy. Gimik musik video ala promote local street terlalu plain untuk aku, dengan musik diorang yang sangat simple tapi masih boleh di layan cuma tak seganas musik video mereka yang sebelum ni walaupun ada part gimik diorang masukkan sekali dalam musik video kali ni. penampilan ala visual-kei kali ni agak sesuai dengan diorang yang gerne musik mereka kali ni. Aku boleh cakap percubaan atau experimental mereka dari Death-Core-Metal ke Visual-Kei buat kelainan pada diorang punya penampilan dan untuk naikkan nama mistress tu sendiri. Tapi bagus jugak sebab dalam group ni tak ada member boleh screamo dengan baik ataupun atleast proper screamo.




Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "