Julai 30, 2011

Jika Di Berikan Satu Peluang X Если Дайте одну возможность

Lagu lama yang di segarkan kembali untuk filem 'Tolong! Awek Aku Pontianak' ni sebenarnya salah satiu lagu yang paling aku minat dari Pretty Ugly. Entah kenapa lagu ni seolah-olah mengaitkan hidup aku cuma aku tak pasti kenapa aku terasa dan tersentuh bila dengar lagu ni. Memberi aku 1001 erti yang aku kadang-kadang tak faham. Tapi lagu ni memberi aku ketenangan walaupun lagu ni ada element sedih tapi aku tetap gembira, mungkin sebab aku gembira bila orang-orang yang aku sayang bahagia dengan kehidupan yang baru walaupun tanpa aku. Aku akan teruskan hidup walaupun sukar dengan kekeliruan dan kekacauan yang melanda hidup aku tapi demi diri aku sendiri dan keluarga, aku akan mencuba. :)




Jika Diberikan Satu Peluang - Pretty Ugly
OST Tolong! Awek Aku Pontianak


Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Pulihkan segala kesilapan
Jika diberikan ku satu peluang
Kembali ke masa silam
Kan ku pilih tarikh kita dulu

Bagai dijanjikan
Pertemuan singkat waktu itu
Bagai dituliskan
Kesetiaanmu

Pernah dulu ku sebutkannya
Pernah dulu ku ingkarinya
Bukan bermaksud
Melukakan hatimu
Ku lakukannya untuk kita
Ku lakukannya demi cinta
Bukan bermaksud
Maafkan diriku

Jika diberikan ku satu peluang
Apa yang aku impikan
Diriku dirimu dulu
Jika diberikan ku satu peluang
Tembusi masa depanku
Kan ku suluh tiga tahun dari situ

Saatnya terhenti
Seketika kau terima lafaznya
Saatnya ku nanti
Dikau bahagia




Jika Di Berikan Satu Peluang :

Julai 29, 2011

"Tolong!Awek Aku Pontianak" X "Помогите! Моя девушка вампира"

Wah! Memang terbaik cerita James Lee, "Tolong!Awek Aku Pontianak". Lakonan Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay. Memang sweet sangat cerita ni. Kalau boleh aku nak jadi macam Bob(Zahiril Adzim. Dan nak ada 'awek' macam Maya (Sazzy Falak). Haha tapi tu kan cuma angan-angan aku je la. Tapi memang sweet apa kalau dapat awek macam Maya walaupun perwatakkan nampak menyeramkan api aku suka perempuan macam ni. Memang bagus sebab ni adalah sebahagian dari cinta sejati, menerima setiap pasangan apa adanya walaupun pasangannya itu cuma lelaki lurus dan mudah di buli atau perempuan tu cuma pontianak atau atau dari berbeza latar belakang. Apa pun ni adalah cerita komedi romantik yang terbaik untuk aku tahun ni. 5 Star beb untuk filem ni. Ni bagi aku ok. Pedulilah kalau korang nak cakap aku bad taste. Ada aku kisah. Apa pun meh aku nak bagi sikit sipnosis cerita "Tolong!Awek Aku Pontianak".


Sinopsis
Tolong Awek Aku Pontianak:- Percintaan dari dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.


Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.


Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.

Pelakon Tolong Awek Aku Pontianak:
Zahiril Adzim
Sazzy Falak
Liyana Jasmay
Sufian Mohamed
Nurul
Rashidi Ishak
Yus Waisar
Syanie
Harun Salim Bachik
Faezah Elai
Nasrizal Ngasri
Dato’ Jalaluddin Hasan
Afdlin Shauki
Ruminah Sidek
Jehan Miskin








Filem Komedi Romantik Terbaik! di layan oleh:

Julai 26, 2011

Lencana X значок

Lencana yang aku sendiri hasilkan walaupun cuma edit.


1.
Tajuk : F
Elemen : Beruang Kutub, Petir, Perisai
Tarikh Lahir : 23 Julai 2011


2.
Tajuk : Eva Maria
Elemen : Gothic, Awan, Naga
Tarikh Lahir : 25 Julai 2011


3.
Tajuk : Little' L -unicorn ver.-
Elemen : Kuda Unicorn, Pelangi, Kepak, Taufan
Tarikh Lahir : 26 Julai 2011


4.
Tajuk : Little' L -panda ver.-
Elemen : Beruang Panda, Buluh, Api Biru
Tarikh Lahir : 27 Julai 2011


5.
Tajuk : F (v2)
Elemen : Katak, Petir, Blue Red
Tarikh Lahir : 30 Julai 2011


5.
Tajuk : Faris
Elemen : Kucing (Template Sonic), Tapak Kaki Kucing, 3D
Tarikh Lahir : 31 Julai 2011


Motif di sebalik lencana ni aku taknak cerita. Sebab masing-masing ada persepsi masing-masing.

Elemen dari:

Jeritan X кричать



Yell - Ikimono Gakari

Romaji:

“’Watashi’ wa ima doko ni aru no” to
Fumishimeta ashiato wo nandomo mitsumekaesu
Kareha wo daki akimeku madobe ni
Kajikanda yubisaki de yume wo egaita

Tsubasa wa aru no ni tobezu ni irun da
Hitori ni naru no ga kowakute tsurakute
Yasashii hidamari ni kata yoseru hibi wo
Koete bokura kodoku na yume e to aruku

Sayonara wa kanashii kotoba ja nai
Sorezore no yume e to bokura wo tsunagu yell
Tomo ni sugoshita hibi wo mune ni idaite
Tobitatsu yo hitori de tsugi no sora e

Bokura wa naze kotae wo asette
Ate no nai kuragari ni jibun wo sagasu no darou
Dareka wo tada omou namida mo
Massugu na egao mo koko ni aru no ni

“Hontou no jibun” wo dareka no kotoba de
Tsukurou koto ni nogarete mayotte
Ari no mama no yowasa to mukiau tsuyosa wo
Tsukami bokura hajimete ashita e to kakeru

Sayonara wo dareka ni tsugeru tabi ni
Bokura mata kawareru tsuyoku nareru kana
Tatoe chigau sora e tobitatou to mo
Todae wa shinai omoi yo ima mo mune ni

Eien nado nai to kizuita toki kara
Waraiatta ano hi mo utaiatta ano hi mo
Tsuyoku fukaku mune ni kizamarete iku
Dakara koso anata wa dakara koso bokura wa
Hoka no dare demo nai dare ni mo makenai
Koe wo agete “watashi” wo ikite iku yo to
Yakusoku shitan da hitori hitori hitotsu hitotsu michi wo eranda

Sayonara wa kanashii kotoba ja nai
Sorezore no yume e to bokura wo tsunagu yell
Itsuka mata meguriau sono toki made
Wasure wa shinai hokori yo tomo yo sora e

Bokura ga wakachiau kotoba ga aru
Kokoro kara kokoro e koe wo tsunagu yell
Tomo ni sugoshita hibi wo mune ni idaite
Tobitatsu yo hitori de tsugi no sora e


Translation:

I look back on the footprint I’ve left again and again
Thinking “Where is ‘me’ now?”
I scooped uo the dead leaves in my arms
And drew my dreams on the autumn window with my numb fingertips

I have wings but I can’t fly
I’m afraid of being alone, it’s too painful
We’re leaving behind those days of cuddling in the gentle sun
And walking on to our lonely dreams

Goodbye isn’t a sad word
It’s a yell that connects us to our respective dreams
I’ll hold the days we spent together in my heart
And take off alone to my next sky

Why do we get impatient for an answer
And search for ourselves in darkness so deep that we get lost in it?
When we have the tears and straightforward smiles
Of just loving someone, right here?

When it comes to our real selves, we get off track, get confused
And think it’s made up by other people’s words
We’ll take hold of our natural weakness and the strength to face it
And start running to tomorrow for the first time

Maybe every time we say goodbye to someone
We can change, we can become stronger
Even if we take off to different skies
This love won’t stop, it still remains in my heart

Ever since I realised there’s no such thing as eternity
The day we laughed together, and the day we sang together
Have become strongly, deeply carved into my heart
That’s why you, that’s why we
Aren’t anybody else, can’t be beaten by anyone
We raised our voices and promised that we’d live our lives our way
Each of us chose our own path

Goodbye isn’t a sad word
It’s a yell that connects us to our respective dreams
Until we meet again someday
I won’t forget this pride, my friend, into the sky

We have a word that we share
It’s a yell that connects our voices, one heart to another
I’ll hold the days we spent together in my heart
And take off alone to my next sky

'yell from my heart' :

Julai 25, 2011

Bukan Untuk Menyerah X не сдаваться



Bukan Untuk Menyerah - Nineball

Engkau yang terindah
Yang pernah ada di hidupku
Kini kau menjauh tuk bersama dirinya

*
Mungkin aku salah
Tapi bukan aku kalah
Mungkin kamu lelah
Tapi bukan untuk menyerah

reff:
Janganlah pergi dari hidupku
Tetaplah di sini temani aku
Aku akan mati ditinggal kamu
Aku takkan cari hati yang lain

repeat *
repeat reff [2x]




dengarkan lagu dari hati:

Julai 24, 2011

Barclays Premier League Fantasy Football 2011/2012



Musim baru BPL dah nak start, so apa lagi. Tak reti-reti nak setup football fantasy korang. Oklah, yang mana tak ada aku boleh share group. Tapi tak banyaklah boleh join.


Private League Code
The Blues : 216845-75245 (yang ni aku punya liga..hehe)
Liga Mizi Sports Fantasy : 195353-61201
Kite-Kite Premiership : 166772-53288
195391-61048...... : 195391-61048
FACEBOOK MALAYSIA : 221460-67516


Week 00 (0 Point)



fantasi ku:

GaMBaR PRoFiL v2 X изображение профиля v2


Ok. Ini adalah hasil rekaan aku yang kedua, version 2. macam logo sikit lah. aku guna tema beruang kutub & petir. Motif, aku rasa macam sesuatu bila aku reka design ni. Tak tau persepsi korang macam mana. Sorry kalau ni bukan cita rasa korang, tapi bagi aku dah cukup terbaik dah.


Logo v2 hasil reka:

Julai 23, 2011

GaMBaR PRoFiL 1.0 X изображение профиля 1.0

Haha. Ni gambar untuk profile picture aku, semua la, fb, twitter, dan lain2. Buat masa ni mungkin biasa dan aku akan sentiasa upgrade dari masa ke masa ok. Ok lah aku bagi design aku yang sangat biasa2 ni. :p



Logo hasil reka:

Animasi: BoboiBoy X анимация:BoboiBoy



Assalammualaikum...

Korang layan tak cerita animasi tempatan yang terbaru, Boboi Boy yang di siarkan setiap Ahad, jam 7.00 malam di TV3. Setakat ni TV3 baru tayangkan 6 episod kalau tak silap aku, tapi itu pun berulang-ulang. Iyelah animasi ni baru nak naik dan masih tengok respon dari penonton dan tak sangka mendapat sambutan hangat dari peringkat awal hanya sasarankan golongan kanak-kanak 7-12 tahun tapi melangkaui umur sehingga peringkat remaja dan awal dewasa. Siri animasi Boboi Boy masih lagi dalam pembikinan dan setiap episod 1/2 jam dikhabarkan mengambil masa 6-8 minggu untuk di siapkan. Dan jumlah sebenar adalah dijangka 26 episod. Ada yang kata kenapa tak tunggu siap penuh baru tayang, namun dari juru cakap pihak penerbit animasi ini, kalau tunggu semua siap di jangka akan dapat di tayangkan pada pertengahan 2012. Tapi tak apa janji dapat layan Boboi Boy yang menjadi fenomena superhero tanah air selepas animasi hero, Keluang Man.

[SINOPSIS] Siri animasi baru TV3, Boboiboy memaparkan kisah mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Boboiboy yang mempunyai kuasa luar biasa yang diperolehinya secara tiba-tiba. Kuasa tersebut digunakan bagi menyelamatkan koko jualan datuknya yang ingin dicuri oleh makhluk asing. Boboi Boy berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.Bagaimana pun dia tidak keseorangan dalam misi menyelamatkan koko tersebut, Boboiboy turut ditemani oleh tiga lagi rakan iaitu Gopal, Yaya dan Ying yang juga mempunyai kuasa adiwira. Dan dia sentiasa di temani Datuk kesayangannya, Tok Aba. Sepanjang peristiwa bergelut dengan makluk asing serta menjalani kehidupan mereka bersama-sama, pelbagai kisah lucu yang mencuit hati turut dipamerkan dalam siri animasi 3D terbaru itu.


Meh aku kenalkan watak2 dalam Boboi Boy


Super Hero



Boboi Boy

Boleh terpisah 3 & ada 3 kuasa iaitu Tanah(Bo), Angin(Boi) & Petir(Boy). Jika terpisah lama atau terlebih kuasa, Boboi Boy akan hilang ingatan. Kuasa Tertinggi Boboi Boy sehingga kini Boboi Boy Petir menjadi Halilintar.


Gopal

Boleh menukar objek kepada makanan. Tetapi apabila dia dalam keadaan takut baru kuasa dia akan keluar.


Ying

Memiliki kuasa sepantas kilat. Tapi akan hilang kuasa apabila dia bersin dan jika mahu kembali asal, Ying perlu di bersinkan sekali lagi.


Yaya

Mempunyai kuasa kekuatan luar biasa dan mampu terbang. Terkenal kerana suka membuat biskut tetapi 'keras'?


Ochobot

Penyebab kepada tersebar kuasa kepada 4 superhero, Boboi Boy. Dia melarikan diri dari Adu Du yang mahukan Bola Kuasa dari Ochobot.


Tok Aba

Atuk kepada superhero kita, Boboi Boy. Tok Aba memiliki Kedai Minuman Berasaskan Koko yang di adun sendiri oleh Tok Aba. Koko Tok Aba menjadi idaman Adu Du kerana memiliki keistimewaan yang mampu menjana kuasa luar biasa. Hanya Tok Aba yang mampu menumpaskan Boboi Boy. Haha




Musuh Jahat



Adu Du

Watak jahat utama dalam animasi ini, berniat mahu menakluk bumi. Bercita-cita mahu mencuri resepi rahsia koko Tok Aba & Memusnahkan Boboi Boy. Di bantu oleh Probe.


Probe

pembantu setia kepada Adu Du, robot yang sedikit bodoh dan bila memakan koko akan menjadi sebuah robot yang kuat.


Ni Info lain yang korang boleh baca tentang Animasi BoboiBoy ni:
- Animonsta Studios
- Animonsta Studios Blogspot
- Utusan Malaysia



Ini je lah yang dapat aku cerita serba sedikit tentang superhero baru kita, Bobioi Boy. Jumpa lain kali. Sebelum blah, layan lagu tema Boboi Boy ok. Byee.






Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang di cari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi
Jadi kita perlukan penyelamat bumi

BoBoiBoy!!!! BoBoiBoy!!! BoBoiBoy!!!

Ying!
YaYa!
Gopal
Dan super hero kita
BoBoiBoy!

BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!



Peminat Kipas-Susah-Mati, Boboi Boy:

Julai 18, 2011

Rindu X тоска


Hmm entahlah aku sendiri tak faham dengan perasaan aku ni kadang2.. Tapi tu lah, aku ni manusia biasa tak lari dari masalah yang melanda. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan akui pada masa ini. Rindu, semua insan mesti akan merasa kerinduan pada seseorang. Tapi bagi aku, aku cuba melupuskan kerinduan aku pada insan pernah berada dalam hati aku walaupun susah tapi aku terpaksa lakukan sebab insan tu bukan lagi hak aku. Dan aku tau dia pun takkan merasa sedikit pun apa2 perasaan pada aku. Tak apalah biarkan aku sendiri terluka dan terseksa dalam melupakan diri dia yang sekarang ni sedang bahagia dengan cinta hati dia yang baru yang aku rasa jauh lebih baik dan agung dari aku. Buat aku biarlah aku macam ni menanti insan yang benar2 menyintai aku apa adanya dan berada di sisi aku bukan kerana siapa aku tapi apa ada nya aku. Kini aku hanya perlukan kekuatan dalam menjalani hidup aku dan melupakan semua yang bahagia masa dulu. Dan jika membenci atau menjauhi dirinya akan membuat aku sembuh dari luka yang terlalu bisa, aku rela. Aku sudah terlalui letih mencintai seorang insan yang selama ini aku anggap permata tapi......



Rindu 1/2 Mati....

Julai 14, 2011

aPaKaH? X что?




Haha mesti ada yang tertanya2 apakah yang aku cuba katakan tentang S.E.S.U.A.T.U..Shhhhh!! Rahsialah, mana boleh bagi tau. Yang penting korang semua akan tau juga satu hari nanti ok ;p

Julai 01, 2011

MaSTeRPieCe PeRTaMa X первый шедевр

Setelah lama aku fikir nak buat ke tak, akhirnya aku ambik keputusan gila dengan mengubah suai gundam yang aku sayang nak ubah. dari original 'Mirage Frame Astray Gundam' jadi 'Assassin Machine Evil Frame Gundam'. Aku ambik masa 4 hari untuk siapkan gundam ni. Tak berapa nak cantik sangat tapi aku puas hati dengan kerja aku ni. Tak apa nanti lain kali akan aku upgrade skill aku dengan mengunakan barang2 berkualiti tinggi. ni pun pakai barang2 biasa je.







karya oleh:

f

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "