Julai 29, 2011

"Tolong!Awek Aku Pontianak" X "Помогите! Моя девушка вампира"

Wah! Memang terbaik cerita James Lee, "Tolong!Awek Aku Pontianak". Lakonan Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay. Memang sweet sangat cerita ni. Kalau boleh aku nak jadi macam Bob(Zahiril Adzim. Dan nak ada 'awek' macam Maya (Sazzy Falak). Haha tapi tu kan cuma angan-angan aku je la. Tapi memang sweet apa kalau dapat awek macam Maya walaupun perwatakkan nampak menyeramkan api aku suka perempuan macam ni. Memang bagus sebab ni adalah sebahagian dari cinta sejati, menerima setiap pasangan apa adanya walaupun pasangannya itu cuma lelaki lurus dan mudah di buli atau perempuan tu cuma pontianak atau atau dari berbeza latar belakang. Apa pun ni adalah cerita komedi romantik yang terbaik untuk aku tahun ni. 5 Star beb untuk filem ni. Ni bagi aku ok. Pedulilah kalau korang nak cakap aku bad taste. Ada aku kisah. Apa pun meh aku nak bagi sikit sipnosis cerita "Tolong!Awek Aku Pontianak".


Sinopsis
Tolong Awek Aku Pontianak:- Percintaan dari dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.


Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.


Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’.

Pelakon Tolong Awek Aku Pontianak:
Zahiril Adzim
Sazzy Falak
Liyana Jasmay
Sufian Mohamed
Nurul
Rashidi Ishak
Yus Waisar
Syanie
Harun Salim Bachik
Faezah Elai
Nasrizal Ngasri
Dato’ Jalaluddin Hasan
Afdlin Shauki
Ruminah Sidek
Jehan Miskin








Filem Komedi Romantik Terbaik! di layan oleh:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "