Julai 23, 2011

Animasi: BoboiBoy X анимация:BoboiBoy



Assalammualaikum...

Korang layan tak cerita animasi tempatan yang terbaru, Boboi Boy yang di siarkan setiap Ahad, jam 7.00 malam di TV3. Setakat ni TV3 baru tayangkan 6 episod kalau tak silap aku, tapi itu pun berulang-ulang. Iyelah animasi ni baru nak naik dan masih tengok respon dari penonton dan tak sangka mendapat sambutan hangat dari peringkat awal hanya sasarankan golongan kanak-kanak 7-12 tahun tapi melangkaui umur sehingga peringkat remaja dan awal dewasa. Siri animasi Boboi Boy masih lagi dalam pembikinan dan setiap episod 1/2 jam dikhabarkan mengambil masa 6-8 minggu untuk di siapkan. Dan jumlah sebenar adalah dijangka 26 episod. Ada yang kata kenapa tak tunggu siap penuh baru tayang, namun dari juru cakap pihak penerbit animasi ini, kalau tunggu semua siap di jangka akan dapat di tayangkan pada pertengahan 2012. Tapi tak apa janji dapat layan Boboi Boy yang menjadi fenomena superhero tanah air selepas animasi hero, Keluang Man.

[SINOPSIS] Siri animasi baru TV3, Boboiboy memaparkan kisah mengenai seorang kanak-kanak yang bernama Boboiboy yang mempunyai kuasa luar biasa yang diperolehinya secara tiba-tiba. Kuasa tersebut digunakan bagi menyelamatkan koko jualan datuknya yang ingin dicuri oleh makhluk asing. Boboi Boy berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.Bagaimana pun dia tidak keseorangan dalam misi menyelamatkan koko tersebut, Boboiboy turut ditemani oleh tiga lagi rakan iaitu Gopal, Yaya dan Ying yang juga mempunyai kuasa adiwira. Dan dia sentiasa di temani Datuk kesayangannya, Tok Aba. Sepanjang peristiwa bergelut dengan makluk asing serta menjalani kehidupan mereka bersama-sama, pelbagai kisah lucu yang mencuit hati turut dipamerkan dalam siri animasi 3D terbaru itu.


Meh aku kenalkan watak2 dalam Boboi Boy


Super Hero



Boboi Boy

Boleh terpisah 3 & ada 3 kuasa iaitu Tanah(Bo), Angin(Boi) & Petir(Boy). Jika terpisah lama atau terlebih kuasa, Boboi Boy akan hilang ingatan. Kuasa Tertinggi Boboi Boy sehingga kini Boboi Boy Petir menjadi Halilintar.


Gopal

Boleh menukar objek kepada makanan. Tetapi apabila dia dalam keadaan takut baru kuasa dia akan keluar.


Ying

Memiliki kuasa sepantas kilat. Tapi akan hilang kuasa apabila dia bersin dan jika mahu kembali asal, Ying perlu di bersinkan sekali lagi.


Yaya

Mempunyai kuasa kekuatan luar biasa dan mampu terbang. Terkenal kerana suka membuat biskut tetapi 'keras'?


Ochobot

Penyebab kepada tersebar kuasa kepada 4 superhero, Boboi Boy. Dia melarikan diri dari Adu Du yang mahukan Bola Kuasa dari Ochobot.


Tok Aba

Atuk kepada superhero kita, Boboi Boy. Tok Aba memiliki Kedai Minuman Berasaskan Koko yang di adun sendiri oleh Tok Aba. Koko Tok Aba menjadi idaman Adu Du kerana memiliki keistimewaan yang mampu menjana kuasa luar biasa. Hanya Tok Aba yang mampu menumpaskan Boboi Boy. Haha




Musuh Jahat



Adu Du

Watak jahat utama dalam animasi ini, berniat mahu menakluk bumi. Bercita-cita mahu mencuri resepi rahsia koko Tok Aba & Memusnahkan Boboi Boy. Di bantu oleh Probe.


Probe

pembantu setia kepada Adu Du, robot yang sedikit bodoh dan bila memakan koko akan menjadi sebuah robot yang kuat.


Ni Info lain yang korang boleh baca tentang Animasi BoboiBoy ni:
- Animonsta Studios
- Animonsta Studios Blogspot
- Utusan Malaysia



Ini je lah yang dapat aku cerita serba sedikit tentang superhero baru kita, Bobioi Boy. Jumpa lain kali. Sebelum blah, layan lagu tema Boboi Boy ok. Byee.






Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang di cari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi
Jadi kita perlukan penyelamat bumi

BoBoiBoy!!!! BoBoiBoy!!! BoBoiBoy!!!

Ying!
YaYa!
Gopal
Dan super hero kita
BoBoiBoy!

BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!



Peminat Kipas-Susah-Mati, Boboi Boy:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "