Hmm entahlah aku sendiri tak faham dengan perasaan aku ni kadang2.. Tapi tu lah, aku ni manusia biasa tak lari dari masalah yang melanda. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan akui pada masa ini. Rindu, semua insan mesti akan merasa kerinduan pada seseorang. Tapi bagi aku, aku cuba melupuskan kerinduan aku pada insan pernah berada dalam hati aku walaupun susah tapi aku terpaksa lakukan sebab insan tu bukan lagi hak aku. Dan aku tau dia pun takkan merasa sedikit pun apa2 perasaan pada aku. Tak apalah biarkan aku sendiri terluka dan terseksa dalam melupakan diri dia yang sekarang ni sedang bahagia dengan cinta hati dia yang baru yang aku rasa jauh lebih baik dan agung dari aku. Buat aku biarlah aku macam ni menanti insan yang benar2 menyintai aku apa adanya dan berada di sisi aku bukan kerana siapa aku tapi apa ada nya aku. Kini aku hanya perlukan kekuatan dalam menjalani hidup aku dan melupakan semua yang bahagia masa dulu. Dan jika membenci atau menjauhi dirinya akan membuat aku sembuh dari luka yang terlalu bisa, aku rela. Aku sudah terlalui letih mencintai seorang insan yang selama ini aku anggap permata tapi......
Rindu 1/2 Mati....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan