Memaparkan catatan dengan label cdjapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cdjapan. Papar semua catatan

Mac 09, 2014

March in Haul~

Konnichiwa! Lama tak update blog aku. Tak update apa2 kan. Alah blog cikai je pun, takyah nak update sangat. Haha. Biasalah aku cuma nak kongsi pasal haul aku bulan Mac ni. Bulan ni macam tak banyak haul sangat aku beli sebab sekarang tengah menyimpan untuk ke Jepang tahun depan, lagi bulan ni nak kena settle kan insuran & cukai jalan kereta. Maklumlah kita hutang piutang banyak macam ni lah.

Aku pun tak tau nak kata apa, meh aku show-off sikit haul baru aku..ala haul biasa je. Bulan ni cuma mampu angkat CD Single & Album.

 Jump Up - Chiisana Yuki - [Regular Edition] - Sakura Gakuin - MYR62 (cdjapan)
BABYMETAL [Regular Edition] - BABYMETAL - MYR92 (cdjapan)


Oklah ni je aku nak kongsi malam ni. Lain kali aku kongsi perkara yang menarik tentang minat aku. Ja Mata~



Are You Ready To Mosh'


Oktober 31, 2013

Ganbare!!

Konichiwa!! Ogenki desu ka minna? watashi wa genki desu! hehe. macam lama je tak pos apa2, oklah sambung pos entri baru, baru2 ni dalam minggu lepas aku dah dapat haul terbaru aku untuk bulan ni dan satu2 haul aku bulan Oktober memandang kan tak ada belanjawan hiburan untuk bulan 10 di sebabkan banyak nak ke arah lain. Abis yang haul baru ni dari belanjawan mana? Ni dari belanjawan lebihan bulan September dan haul ni pun kebetulan bulan 9 dah kena pre-order. Apa lagi kasi sambar lah.

Apa seh aku sambar bulan ni? hmm biasa lah wota macam aku ni tak lain tak bukan koleksi CD single terbaru lah. Kali ni aku angkat single baru 'Sakura Gakuin' yang bertajuk Ganbare!!. Sebab tu pos entri aku pun aku sebut Ganbarre. Aku angkat Regular Single je sebab tak ada budget nak angkat Limited A atau B punya.



Ini lah haul aku bulan ni, total RM33.71 tak termasuk pos ke Malaysia. Lagi pun yang ni aku tumpang shipping dengan member aku sorang tu, pakai akaun dia. Haha. Kali ni bonus aku dapat 'Student Card' dari Nene. Target aku Hinata takpun Yui, tapi dah dapat ni pun oklah.

Dalam Single terbaru Sakura Gakuin yang aku baru layan ada 4 lagu termasuk main single, Ganbarre. Lain semua side single untuk Regular, Limited A & B.

Dan ini komen dari aku tentang ke-empat2 lagu yang aku dah dengar

Ganbare!! - Sakura Gakuin (main single)
~ single baru ni tak perlulah aku perkatakan sebab dari tajuk lagu ni dah tunjukkan kita tentang semangat untuk berusaha mengejar cita2 dan impian. Impian & cita2 setiap manusia. bagi aku lagu ni cukup memberansangkan dan membangkitkan semangat aku bila aku layan lagu ni. Sakura Gakuin semakin hari semakin meningkatkan mutu dan kualiti dari hari demi hari. Single baru ni cukup bagi aku komitmen untuk aku terus follow mereka. Dan lagu ni buat aku bersemangat tinggi bila layan. Rate yang aku boleh bagi untuk lagu ni, 4.8/5.0....

Pumpkin Parade - Sakura Gakuin (regular side)
~side single ni antara mencuri tumpuan aku bila aku layan, mula agak slow tapi plot dan klimaks dia makin lama makin naik. musik yang sesuai dengan masa di lancarkan iaitu tak lama sebelum hari Halloween. Elemen horrow dan misteri dalam musik ni memang menarik. Lain dari yang lain walaupun ada2 masa ada beberapa bahagian agak leak bila di dengar. tapi keseluruhan boleh tahan cuma agak mendatar. Rate side ni aku mampu bagi 4.5/5.0..

Welcome To My Computer - Kagaku Kyumei Kiko Logica (limited A side)
~side single limited A ni bagi aku agak sedikit mengecewakan aku dari segi persembahan tak banyak berbeza dari penampilan dan gaya musik sebelum ni, faham konsep sains yang mereka ketengahkan tapi kelainan tu tak ada dari sebelum. sepatutnya side single dari limited lagi terbaik dan gempak dari regular single. cuba bermain dengan rentak tekno dan elektro dan cubaan berjaya cuma penyampaian mereka tak menjadi dan tak menyakinkan aku untuk terus layan side single ni. Rate yang terdaya aku bagi untuk side single ni, 3.8/5.0..

Acha! Cha! Kari - Mini-Patissier (limited B side)
~rentak dan elemen musik lain dari yang lain. irama yang tak mengecewakan aku dan selayaknya berada di dalam side single Limited B. Cuma ada beberapa bahagian masih tak boleh nak lari dari rentak dan gaya 'Wonderful Journey' Irama asia selatan kena dengan tajuk lagu yang berkaitan makanan yang berasal dari India. Cuma untuk aku mereka masih boleh di pertingkatkan memandangkan dua anggota mereka, Yui & Moa adalah anggota kumpulan gadis metal terkenal masa kini, BABYMETAL dan itu seharusnya mereka memperbaiki lagi kehehebatan Mini-Patissier seperti mana BABYMETAL walaupun mereka hanya mengetengahkan tentang masakan dan makanan semata-mata. Rate aku untuk side single ni aku boleh bagi 4.5/5.0..


Ini cuma pandangan peribadi aku dan terpulang pada diri masing2. Sebab masing2 ada pandangan masing2 yang tak sama walaupun sehaluan kan. Tapi apa2 sebelum aku akhirkan entri aku, aku share single utama Sakura Gakuin kali ni, jom layan PV mereka. Jumpa lagi lain entri. Ja ne





Ganbare!!


Ogos 30, 2013

Aisaretai! Aisaretai! [Preview by Faan Žiećkry]

Konichiwa minna-san! Ogenki desu ka? watashi wa genki desu! Hoho pergh lama tak berblog, ala lagi pun blog tak berapa femes, tak ada orang nak melawat sangat. Lagi pun wota2 berbahasa melayu ni berapa kerat je lagi2 aku bukan hardcore sangat. haha. 

Ok hari ni nak cerita pasal barang baru aku bulan ni. Satu2 nya barang termampu aku beli dari negara Matahari Terbit, Jepun. Apa dia? Biasalah, cd Morning Musume kan baru je di lancarkan dan aku dah order awal2 sebelum raya takut duit laju jalan. Haha. Single terbaru Morning Musume, Wagamama Ki no Mama Ai no Joke/Ai no Gundan memang wajib aku beli memandangkan lagu2 dalam ni memang mantap dan aku sebagai follower tegar memang wajib ada. Single baru diorang ada 7 cover album, 2 Regular Edition & 5 Limited Edition (54th Single). Dan aku pilih Limited C memandangkan cover diorang yang cun dan isi kandungan yang best iaitu ada DVD MV tapi Another Version. Ala bukan aku bukak pun, last2 tunggu Youtube jugak. Haha. Dan nasib baik aku order cepat2, dah dapat Poster limited Morning Musume, memang cun, memang aku bingkai kan tak lama lagi ni. Hehe.

Untuk single terbaru ni, aku beli dengan harga ¥1600 (RM53.81) je, tak termasuk pos,  ¥900 (RM30.27) dan semua sekali  ¥2500 (RM84.08). Tapi di sebabkan point aku banyak so aku tebus point aku 407p (¥405/RM13.62), so aku cuma keluarkan kos sebanyak ¥2095 (RM70.46). Mungkin rate Ringgit aku tak tepat kalau kira2 sebab rate matawang sentiasa berubah. senang aku kira rate Japan je lah. Aku guna pos EMS iaitu JapanPost tapi boleh tracking guna PosLaju jugak. Cuma lambat sikitlah sampai tapi masih selamat. 2 hari dalam kastam baru dapat semalam (29/08/2013). Janji selamat sampai sebelum aku angkat kaki dari TNE. Hehe. 



Semua single dalam ni aku dah layan, semua layan dari para2 wota yang share di dalam youtube la. Tunggu 320kbps release bru download, baru bergegar speaker nak layan. Hehe. Apa pun ni rate aku untuk semua lagu dalam single baru ni

1. Wagamama Ki no Mama Ai no Joke ~わがまま 気のまま 愛のジョーク~ (5.0/5.0)
2. Ai no Gundan ~愛の軍団~ (4.9/5.0)
3. Bouya ~坊や~ (4.6/5.0)
4. Funwari Koibito Ichinensei ~ふんわり恋人一年生~ (4.5/5.0)
5. Makeru Ki Shinai Kon'ya no Shoubu ~負ける気しない 今夜の勝負~ (4.8/5.0)


Sikit Review dari aku setiap lagu dalam single ke-54 "Wagamama Ki no Mama Ai no Joke/Ai no Gundan"

Wagamama Ki no Mama Ai no Joke~
- bagi aku single utama ni memang agak mantap dan sangat bertenaga dengan rentak musik dia yang mencabar, cuma ada beberapa bahagian agak lawak di dengar tapi kerancakkan musik dan lirik dia boleh buat aku layan 5-6 kali kalau layan dalam kereta dengan musik kekuatan 320kbps. Haha Setiap gadis Momusu dah bagi komitmen terbaik dalam lagu ni lagi2 imouto aku, Oda Sakura. Fuku-hime, Daishii, Maa-chan makin lama makin mantap dari segi vocal walaupun masih tak sehebat vokal Sakura & Riho. Sayumi masih dengan kekuatan suara manja dan seksi tak dapat di nafikan, Kuduu masih antara yang banyak membantu dari suara laju. Harunan, Eripon & Zukki nampak tak menyerlah tapi vokal mereka banyak menguatkan vokal2 yang sedia ada dalam lagu ni. Lagu yang bagi aku agak nakal2 manja tapi bersemangat.

Ai no Gundan~
- lagu ni tak berapa bagi aku mencair tapi masih kuat aku katakan masih mencabar Wagamama, walaupun lagu ni lebih dulu keluar dari Wagamama, Ai no Gundan belum cukup kuat merasuk aku, tapi kekuatan lagu ni bergantung pada semangat dan ketegasan peranan masing. Ye lah nama pun dah Ai no Gundan aka Tentera Cinta. Tapi kalau berkaitan dance lagu ni lagi bertenaga dan mantap dari wagamama. Kenakalan lagu ni menarik aku dengan bukan cara manja2 tapi gaya tentera menambat hati orang, penuh taktikal dan tak terburu-buru. Cuma musik dia tak berapa nak keras dan rentak masih agak kerap berulang2.

Bouya~
- rancak, nakal dan simple. tu mampu aku ungkapkan. manja yang bertapis dan mengoda dengan cara tersendiri. lagu ni lebih menguatkan vokal masing2 walaupun bukan single utama cuma tambahan lagu. Rentak klasik disko buat lagu ni nampak funky dan enegertic.

Funwari Koibito Ichinensei~   
- kadang aku agak keliru dengan kombinasi lagu dan lirik tapi ada beberapa bahagian dalam lirik dan rentak ni buat aku faham gaya funky yang lebih banyak di terapkan di samping elemen wagamama dan gundan di mix kan bersama. Selain elemen rap dan balada tu yang menarik cuma tempo agak rendah buat aku rasa tak berapa nak naik dari yang biasa.

Makeru Ki Shinai Kon'ya no Shoubu~
- lagu ni aku rasa masih hidup dalam bayangan musik dan rentak Ai no Gundan, tak berapa nak beridentiti tapi masih funky dan energy bagi aku, kelebihan lagu ni bukan pada lirik tapi pada musik yang memang aku rasa macam zaman2 emas momusu dulu. kenakalan dan manja aku tak dapat rasakan sangat. Biasa je


Nilah sikit review dari aku yang tak seberapa. Ni cuma pandangan aku tapi kalau ada tak setuju dan kurang senang aku mintak maaf sebab ni dari telinga aku. Masing2 ada cita dan rasa sendiri kan. Apa pun selamat mendengar lagu2 yang aku tag kan dekat senarai rate2 lagu aku tu. Hehe. Sebelum aku tidur, aku bagi korang layan lagu kegemaran aku dalam single baru ni, 'Wagamama Ki no Mama Ai no Joke'. Ja Mata~





Aisaretai! Aisaretai!

Jun 23, 2013

Fox Princesse (メギツネ ) Arrived!!

Konnichiwa!! Selamat Malam geng~ ogenki desu ka? watashi wa genki desu! Macam bulan ni banyak pulak entri aku pos kan, haha. Ala apa salah dah lama kot tak ber'blog', blog cikai je pun. Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan melalui tajuk pos entri aku ea? Dah tentu-tentulah haul terbaru dan terakhir yang sampai ke bilik aku. Kih3.

Barangan/Haul terakhir aku bulan ni adalah CD Single terbaru BABYMETAL, Megitsune (メギツネ ) yang bermaksud 'Wanita Musang'. Kan sebelum ni aku ada pos entri tentang satu lagu baru BABYMETAL kan, so ini lah album dia. Barang ni sampai tepat kat meja pejabat aku sehari sebelum pelancaran album secara rasmi Single Megitsune kat pasaran Jepun, 19-Jun-2013~. Sungguh bertuah di badan pertama kali dapat sebelum pelancaran. Biasa dah lambat baru sampai sebab aku beli lambat. Dan ini membuktikan dan nampak sangat aku obses denga BABYMETAL. Haha. Adeh. Apa ada hal, kalau dah minat, masing2 kot.



Untuk album ni je aku belanja dekat ¥2700 = RM88.46. Harga Single dalam ¥1800 (RM58.97) je tapi sebab pos jadi lah harga tadi. Kenapa mahal sangat? ye lah sebab aku beli Single yang Limited punya. Kalau yang aku beli ni Limited Edition “Ki” yang ada cover Su-METAL (Suzuka Nakamoto), aku memang minat dengan dia sebab tu aku pilih untuk beli Limited "Ki". Dalam Limited ni, ada dua CD, satu CD Single lagu yang ada dua lagu, Megitsune & Onedari Daisakusen & dua CD, DVD Live Clip 2012.10.6 「I,D,Z~LEGEND”I”」at Shibuya O-EAST yang ada lagu Overture~Do・Ki・Do・Ki☆Morning & Headbanger!! Dan lagi best sebab aku beli 'first press', aku dapat satu poskad gambar Su-METAL. Huhui~



Sekarang ni aku kena saving pulak sebab tak lama lagi mungkin Full Album BABYMETAL akan keluar dan aku taknak lepaskan peluang untuk dapatkan satu salinan sebagai Koleksi. Hehe Oklah, aku dah ngantuk lain kali sambung lagi. Ja Ne~


kitsune janai kitsune janai~





Mei 14, 2013

Haul of April

Salam~ Konichiwa~ apa khabar geng? ada baik? aku alhamdullillah, baik2 aje. Hmm hari ni aku nak kongsi barang2 yang aku terbeli sepanjang bulan April. Dalam dua bulan ni aku banyak berjimat cermat sebab nak belajar saving lagi drastik dari sekarang. Bila2 masa sampai masa kita nak perlukan modal tinggi kan. Nak kahwin ke, pembedahan ke, kan. Siapa tahu. Kih3.

Oklah, untuk bulan lepas, bulan April lah kan. tak banyak berbelanja sebab duit banyak pakai masa gathering kat kL awal bulan hari tu, maklumlah naik kL guna kereta, minyak, tol lagi. Masa kat kL aku cuma mampu terbeli dua jenis barang, satu kotak SD Gundam & dua Ranger Key Go-Buster (hasil Gashapon). Jumlah aku abis kali ni kat Times Square & Sg Wang berjumlah MYR36.oo je. Betul2 tak berbelanja aku kat kL. Pelikkan? Haha. Tapi sebenarnya ada cerita lain di sebalik kenapa aku kurang berbelanja. Sebab nya ialah haul hujung bulan lepas, apa lagi kalau bukan haul untuk seorang wota. Hehe. Tak ada apa pun yang hebatnya, cuma aku terbeli satu CD Morning Musume ~ Brainstorming / Kimi Sae Ireba Nani mo Iranai [Regular Edition / Type B] & satu majalah BIG ONE GIRLS ~Sakura Gakuin Nakamoto Suzuka 2013 March Sotsugyo, dua2 ni aku beli dari cdjapan termasuk pos dari Japan ke Malaysia guna FedEx, semua sekali dalam MYR134.94. Kalau dah minat dan hobi duit apa ada hal. Ekeke. Ok, aku sambung cerita karut aku lain kali ye, nak tidur dah ni. Ngantuk sudah~ Tapi apa pun, tengok jelah ea gambar2 aku ni. Biasa2 je pun..Hoho..

 SD Gundam GP01Fb
(tengah)
Pirate Sentai Gokaiger Ranger Key (Blue Buster & Stag Buster dari Tokumei Sentai Go-Buster
(kiri & kanan)

BIG ONE GIRLS ~Sakura Gakuin Nakamoto Suzuka 2013 March Sotsugyo
(kiri) 
Morning Musume ~ Brainstorming / Kimi Sae Ireba Nani mo Iranai [Regular Edition / Type B] (kanan)



Wota or Otaku still of ME!!

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "