Oktober 31, 2013

Ganbare!!

Konichiwa!! Ogenki desu ka minna? watashi wa genki desu! hehe. macam lama je tak pos apa2, oklah sambung pos entri baru, baru2 ni dalam minggu lepas aku dah dapat haul terbaru aku untuk bulan ni dan satu2 haul aku bulan Oktober memandang kan tak ada belanjawan hiburan untuk bulan 10 di sebabkan banyak nak ke arah lain. Abis yang haul baru ni dari belanjawan mana? Ni dari belanjawan lebihan bulan September dan haul ni pun kebetulan bulan 9 dah kena pre-order. Apa lagi kasi sambar lah.

Apa seh aku sambar bulan ni? hmm biasa lah wota macam aku ni tak lain tak bukan koleksi CD single terbaru lah. Kali ni aku angkat single baru 'Sakura Gakuin' yang bertajuk Ganbare!!. Sebab tu pos entri aku pun aku sebut Ganbarre. Aku angkat Regular Single je sebab tak ada budget nak angkat Limited A atau B punya.



Ini lah haul aku bulan ni, total RM33.71 tak termasuk pos ke Malaysia. Lagi pun yang ni aku tumpang shipping dengan member aku sorang tu, pakai akaun dia. Haha. Kali ni bonus aku dapat 'Student Card' dari Nene. Target aku Hinata takpun Yui, tapi dah dapat ni pun oklah.

Dalam Single terbaru Sakura Gakuin yang aku baru layan ada 4 lagu termasuk main single, Ganbarre. Lain semua side single untuk Regular, Limited A & B.

Dan ini komen dari aku tentang ke-empat2 lagu yang aku dah dengar

Ganbare!! - Sakura Gakuin (main single)
~ single baru ni tak perlulah aku perkatakan sebab dari tajuk lagu ni dah tunjukkan kita tentang semangat untuk berusaha mengejar cita2 dan impian. Impian & cita2 setiap manusia. bagi aku lagu ni cukup memberansangkan dan membangkitkan semangat aku bila aku layan lagu ni. Sakura Gakuin semakin hari semakin meningkatkan mutu dan kualiti dari hari demi hari. Single baru ni cukup bagi aku komitmen untuk aku terus follow mereka. Dan lagu ni buat aku bersemangat tinggi bila layan. Rate yang aku boleh bagi untuk lagu ni, 4.8/5.0....

Pumpkin Parade - Sakura Gakuin (regular side)
~side single ni antara mencuri tumpuan aku bila aku layan, mula agak slow tapi plot dan klimaks dia makin lama makin naik. musik yang sesuai dengan masa di lancarkan iaitu tak lama sebelum hari Halloween. Elemen horrow dan misteri dalam musik ni memang menarik. Lain dari yang lain walaupun ada2 masa ada beberapa bahagian agak leak bila di dengar. tapi keseluruhan boleh tahan cuma agak mendatar. Rate side ni aku mampu bagi 4.5/5.0..

Welcome To My Computer - Kagaku Kyumei Kiko Logica (limited A side)
~side single limited A ni bagi aku agak sedikit mengecewakan aku dari segi persembahan tak banyak berbeza dari penampilan dan gaya musik sebelum ni, faham konsep sains yang mereka ketengahkan tapi kelainan tu tak ada dari sebelum. sepatutnya side single dari limited lagi terbaik dan gempak dari regular single. cuba bermain dengan rentak tekno dan elektro dan cubaan berjaya cuma penyampaian mereka tak menjadi dan tak menyakinkan aku untuk terus layan side single ni. Rate yang terdaya aku bagi untuk side single ni, 3.8/5.0..

Acha! Cha! Kari - Mini-Patissier (limited B side)
~rentak dan elemen musik lain dari yang lain. irama yang tak mengecewakan aku dan selayaknya berada di dalam side single Limited B. Cuma ada beberapa bahagian masih tak boleh nak lari dari rentak dan gaya 'Wonderful Journey' Irama asia selatan kena dengan tajuk lagu yang berkaitan makanan yang berasal dari India. Cuma untuk aku mereka masih boleh di pertingkatkan memandangkan dua anggota mereka, Yui & Moa adalah anggota kumpulan gadis metal terkenal masa kini, BABYMETAL dan itu seharusnya mereka memperbaiki lagi kehehebatan Mini-Patissier seperti mana BABYMETAL walaupun mereka hanya mengetengahkan tentang masakan dan makanan semata-mata. Rate aku untuk side single ni aku boleh bagi 4.5/5.0..


Ini cuma pandangan peribadi aku dan terpulang pada diri masing2. Sebab masing2 ada pandangan masing2 yang tak sama walaupun sehaluan kan. Tapi apa2 sebelum aku akhirkan entri aku, aku share single utama Sakura Gakuin kali ni, jom layan PV mereka. Jumpa lagi lain entri. Ja ne





Ganbare!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "