November 24, 2013

RGM-79N GM CUSTOM : GM SENKETSU (PART 1)

Oh hai, jumpa lagi, Hehe. Rasa aku baru je kejap tadi update entri baru dah update lagi satu entri. haha. Apa boleh buat sementara rajin ni kena update kan. haha. Kali ni aku nak share pasal hobi aku pulak. Apa lagi plamo / plastic model laa. Projek gundam ni adalah sempena salah satu group page dalam facebook buat satu acara tahunan, Group Builder. Tema kali ni bagi GB adalah , GB4TH : Melee versus Long Range. Ia di buat bagi moral support untuk mereka2 yang nak ambil bahagian dalam Gundam Mid-Year Challange 2014 tahun depan. Tapi yang tak masuk pun boleh join

Apa tu melee, apa tu long range. Ok aku cuma boleh terangkan sikit sebab aku tak pandai sangat. Melee tu adalah model gundam yang mengunakan senjata jarak dekat macam pedang, pisau & kapak manakala Long Range tu adalah model gundam yang mengunakan senjata jarak jauh macam senapang, rifle, bazooka, meriam & peluru berpandu. Konsep kali bebas nak gunakan gundam berskala 1/60 (perfect Grade & Non-Grade), 1/100 (Mater Grade & non-Grade) atau 1/144 (High-Grade, Non-Garde, First-Grade). Dan juga terpulang sama ada nak straight build atau custom.

Untuk tema kali ni aku pilih team Long Range. Aku dah ambik keputusan untuk pilih model berskala 1/144 iaitu model RGM-79N GM Custom. Dan aku akan customkan lagi model ni. Nama baru untuk prototype model baru aku ni nanti aku bagi nama GM Senketsu sempena aku ambik baju armor dalam anime Kill La Kill..hehe..dan biasa model ni aku serahkan pada oshi aku, Niigaki Risa..hoho



Projek : Gundam Fans Group Build Ke-4 / GB4TH
Tema : Melee vs Long Range
Model Base : GM-79N GM Custom
Siri : Gundam 0083
Pihak : E.F.S.F
Skala : 1/144 / High-Grade
Pilihan Tema : Long Range
Nama Proto-Type : GM Senketsu
Oshi Model : Niigaki Risa

baca & kaji dulu manual, teliti bahagian yang sesuai di ubahsuai..  
  more 90% on going.. 
  backpack di upgrade sesuai dengan penambahan daya tembakkan terus.
gunakan kaki FA Gundam 7th, baru nampak kukuh & stabil  
upgrade pada system ekor dengan tambah rear hidden beam..  
  pandangan belakang kaki..
 rear hidden beam..
tambah extra exhaust funnel pada kaki, baru tinggi terbang..

Aku kongsi sedekit kerja2 aku buat masa ni. Baru 20% siap. Update yang lain akan menyusul nanti..hehe..Projek ni mau2 awal tahun depan baru siap dengan masa dan tenaga aku banyak di abiskan kat tempat kerja dan cuma ada malam minggu & ahad saja aku ada masa buat. Cabaran menanti masa nak cat, harap2 hujan tak berapa kerap bulan depan. Kalau dapat pagi cerah pun jadilah. Tunggu update akan datang, Ja Ne~




Gundam Kitta!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "