Memaparkan catatan dengan label highgrade. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label highgrade. Papar semua catatan

November 24, 2013

RGM-79N GM CUSTOM : GM SENKETSU (PART 1)

Oh hai, jumpa lagi, Hehe. Rasa aku baru je kejap tadi update entri baru dah update lagi satu entri. haha. Apa boleh buat sementara rajin ni kena update kan. haha. Kali ni aku nak share pasal hobi aku pulak. Apa lagi plamo / plastic model laa. Projek gundam ni adalah sempena salah satu group page dalam facebook buat satu acara tahunan, Group Builder. Tema kali ni bagi GB adalah , GB4TH : Melee versus Long Range. Ia di buat bagi moral support untuk mereka2 yang nak ambil bahagian dalam Gundam Mid-Year Challange 2014 tahun depan. Tapi yang tak masuk pun boleh join

Apa tu melee, apa tu long range. Ok aku cuma boleh terangkan sikit sebab aku tak pandai sangat. Melee tu adalah model gundam yang mengunakan senjata jarak dekat macam pedang, pisau & kapak manakala Long Range tu adalah model gundam yang mengunakan senjata jarak jauh macam senapang, rifle, bazooka, meriam & peluru berpandu. Konsep kali bebas nak gunakan gundam berskala 1/60 (perfect Grade & Non-Grade), 1/100 (Mater Grade & non-Grade) atau 1/144 (High-Grade, Non-Garde, First-Grade). Dan juga terpulang sama ada nak straight build atau custom.

Untuk tema kali ni aku pilih team Long Range. Aku dah ambik keputusan untuk pilih model berskala 1/144 iaitu model RGM-79N GM Custom. Dan aku akan customkan lagi model ni. Nama baru untuk prototype model baru aku ni nanti aku bagi nama GM Senketsu sempena aku ambik baju armor dalam anime Kill La Kill..hehe..dan biasa model ni aku serahkan pada oshi aku, Niigaki Risa..hoho



Projek : Gundam Fans Group Build Ke-4 / GB4TH
Tema : Melee vs Long Range
Model Base : GM-79N GM Custom
Siri : Gundam 0083
Pihak : E.F.S.F
Skala : 1/144 / High-Grade
Pilihan Tema : Long Range
Nama Proto-Type : GM Senketsu
Oshi Model : Niigaki Risa

baca & kaji dulu manual, teliti bahagian yang sesuai di ubahsuai..  
  more 90% on going.. 
  backpack di upgrade sesuai dengan penambahan daya tembakkan terus.
gunakan kaki FA Gundam 7th, baru nampak kukuh & stabil  
upgrade pada system ekor dengan tambah rear hidden beam..  
  pandangan belakang kaki..
 rear hidden beam..
tambah extra exhaust funnel pada kaki, baru tinggi terbang..

Aku kongsi sedekit kerja2 aku buat masa ni. Baru 20% siap. Update yang lain akan menyusul nanti..hehe..Projek ni mau2 awal tahun depan baru siap dengan masa dan tenaga aku banyak di abiskan kat tempat kerja dan cuma ada malam minggu & ahad saja aku ada masa buat. Cabaran menanti masa nak cat, harap2 hujan tak berapa kerap bulan depan. Kalau dapat pagi cerah pun jadilah. Tunggu update akan datang, Ja Ne~




Gundam Kitta!!

Oktober 02, 2013

Gundam & Temasek..demi GUNDAMGIRL katanya~

Ohayou gozaimasu! Selamat Pagi! Owhoo..pertama kali aku online & update blog aku pagi2, sebab aku tak kerja. Alasan? Kaki aku bengkak daa..susah nak bergerak. Dah macam apa nak berjalan. Ni ada masa aku nak update blog aku yang entah apa2 entah. Haha. Aku kali ni nak cerita tentang cerita sabtu lepas. Apa yang berlaku? tiada apa yang berlaku. Haha. Tak adalah, sabtu lepas aku dengan seorang kawan sehobi turun Temasek (Singapura laa) sebab ada Gunpla Singapore Expo 2013. Wajib pergi sebab dah dekat dengan aku dan aku tak turun KL minggu depan untuk Gunpla Malaysia Expo 2013 sebab dah koyak habis dompet aku

~Gunpla Singapore Expo 2013~

Dari JB ke Serangoon ~
Expo ni berlangsung dekat 2 minggu tapi cuma hari Sabtu & Ahad je acara ni. Aku & member aku, Chandra buat keputusan pergi hari Sabtu, takut Ahad hari sibuk orang nak masuk ke Temasek. Tapi memang perjalan kami ke sana agak lancar dan kami pun masing2 dah lama tak masuk Temasek ni, agak kekok jugak nak ke sana ke mari. Kami pergi naik public transport bagi senangkan perjalanan kami. Nak naik kereta comfirm payah & jalan jammed nak masuk Temasek. Naik bas dari JB Sentral turun ke MRT Kranji, naik MRT dari Kranji terus ke Serangoon. Cuma bertukar satu MRT di Bishun tak silap aku.

 JB Sentral, Johor Bahru
 Peta MRT Kranji~Cari2 lokasi & hala tuju
Tiba di destinasi MRT Serangoon, betul bawah Nex Mall Serangoon~

Gunpla & GundamGirl Terpisah Tiada~
Bila sampai ke destinasi berpusing-pusing cari tempat Expo, tapi last2 jumpa jugak kat tingkat atas Nex Mall. Tu pun kena tanya bahagian pertanyaan. Sampai2 boleh tahan expo dia kali ni cuma tak sebesar yang di harapkan & aku cuma harap dapat jumpa Kawaguchi-sensei, pakar gunpla dari jepun. Pusing2 satu expo, ambik gambar model2 kit & model2 kit yang masuk bertanding. Tak lepaskan peluang jugak ambik gambar model GUNDAMGIRL tu yang penting. Haha. Tengok lain2 semua pakai kamera canggih2, DSLR la, aku & chandra selamba pakai Kamera Poket je. Sampai habis full memori aku guna. Aku kalau dah sibuk pusing2 ambik gambar memang entah mana2 aku pergi sampai terpisah dengan Chandra. Rilex la kitorang lelaki apa, lagi pun expo tak besar. Takkan hilang punya. Haha

 GUNDAM GIRL yang aku adore :p
 Gunpla Singapore Expo Entrance

 RX-78 siries
   RX-78-3 version 3.0 (idaman kalbu)
  Gundam Breaker Game
   Endless Waltz Series
   00 Series
 Main Heroes 
 Karya2 Peserta





GUNDAM GIRL  
  GUNDAM GIRL
  GUNDAM GIRL


Kawaguchi-Sensei~
Tak lama yang di tunggu2 tiba. Kawaguchi-sensei!! Apa lagi, mintak autograph & bergambar la. Tapi lucu tu pun chandra panggil dan cari aku sebab aku dah hilang mana entah. Dia dah awal2 ambik gambar tinggal aku je belum. Dia takut Kawaguchi hilang. Haha. Tapi Kawaguchi-sensei memang sporting dan cool je bila jumpa. Dapat berbual sikit je sebab English Sensei tak berapa bagus sangat. Tapi chandra rilex je berbual maklumlah orang pandai cakap jepang. Haha

tanda tangan Kawaguchi-sensei maa~
Kawaguchi-sensei & Aku
Kawaguchi-sensei & Chandra 
  Kawaguchi-sensei & GUNDAM GIRLS
  Jumpa Lagi Gunpla Expo, dari Chandra
  Jumpa Lagi Gunpla Expo dari aku 
jadual aktivi 4 hari expo

Merlion & Marina Bay~
Habis balik dari Gunpla Expo, Chandra ajak tengok jalan2 ke Sentosa & Marina Bay. Dia kata nanti parent dia nak datang Malaysia & nak turun Singapura jalan2. Ikutkan je lagi pun masih awal. Kami ambik MRT dari Serangoon terus ke Raffles Road. Nak pergi Marina Bay. Kalau nak ke Sentosa kang tak balik2 jugak. Haha. Last2 kami lepak di depan Merlion di Marina Bay. Bergambar bak pelancong luar negara. Eh kami memang dari luar negara pun, aku dari Malaysia, Chandra dari Indonesia. Hahaha. Ramai jugak orang di Merlion rata2 pelancong dari Malaysia ada, Indonesia ramai, Thailand, Korea & Japan pun aku tengok ada jugak. Biarkan diorang. Janji berjimba2 dan lepak sementara balik ke Johor. Dekat jam 7 baru kitorang berangkat balik ke Johor. Dan selamat sampai ke Johor & rumah dekat2 pukul 9 malam jugak. Memang lepak dan penat tapi puas hati. Hehe











Kembara Temasek Tamat~
Seharian di Temasek & lepak jenjalan dengan otai Chandra memang membuat aku gembira sangat. Dah lama rasa nya tak short journey macam ni. Walaupun sekejap tapi berbaloi. Oklah, sampai sini coretan aku hari ni. Lain kali kalau ada entri menarik aku kongsi kan kat semua ok. Bye Bye. Ja Mata :p



Gunpla & GundamGirl terpisah tiada~

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "