Mac 07, 2016

Ore Monogatari? ~My Love Story?~

LoL..dah beberapa hari baru nak update, apa benda aku nak update siot..hahahaha..bengong aku ni, maklum baru baik (belum lagi sebenarnya) migrain, dah tua seh..so otak belum center lagi..ok, hari ni aku nak share pasal filem jepon terbaru aku layan, satu2 filem aku pergi layan dekat Singapore, nak pergi Melaka dah abis show, nak pergi KL jauh seh..terpaksa gi Singapore..rabak SGD12(MRY36)..filem tu tak lain tak bukan, My Love Story atau Ore Monotagari..sebuah filem yang di adaptasi dari manga dan anime yang pada aku sangat ohsem..kisah cinta budak sekolah menengah atasan yang lawak dan romantik..dari apa yang aku tengok banyak dia ubah sesuai dengan konsep filem dan buat penonton macam aku susah nak jangka apa akan berlaku dan tak lari dari jalan cerita dan plot asal..

Apa aku boleh sipnosis dalam filem ni, cerita pasal seorang pelajar sekolah menengah atasan, Takeo Gouda (Ryohei Suzuki) yang mempunyai susuk tubuh yang besar dan ganas sesuai dengan ahli olahraga tapi mempunyai sifat baik hati dan suka menolong walaupun orang melihat dia sebagai yang menakutkan dan macam gorila tapi di senangi oleh rakan2 sekelas dan lelaki, cuma kurang popular di kalangan perempuan..Dan mempunyai sahabat baik sejak dari kecil dan juga jiran sebelah rumah, Makoto Sunakawa (Kentaro Sakaguchi), yang sangat popular di kalangan perempuan..ramai gadis yang Takeo minat semua jatuh hati pada Suna tapi di tolak Suna kerana sikap gadis2 yang memperlekeh teman baiknya, Takeo..

Nak di jadikan cerita satu hari dalam perjalanan pulang, Takeo & Suna terserempak dengan pencabul jalanan yang cuba mencabul seorang gadis..Takeo dengan sifat semulajadi pergi menyelamatkan gadis..Gadis itu, Rinko Yamata (Mei Nagano) mula jatuh cinta dengan Takeo memandangkan Takeo adalah orang yang menyelamatkan dan Takeo juga ada orang pertama dia jatuh cinta..Namu Takeo seperti biasa mengganggap Rinko menyukai Suna seperti kebiasaan gadis lain..Rinko cuba mendekati Takeo namun Takeo seolah2 tak memahami dan merasakan Suna lebih baik..Sikap Takeo yang lurus dan tak memahami itu menyebabkan Rinko sering terasa hati dan apa dia lakukan seolah2 tak difahami Takeo..Suna cuba memberi penerangan namun juga tak di fahami Takeo sehingga tiba hari ulangtahun kelahiran Suna, ada sesuatu yang berlaku menyedarkan Takeo dan semua atas klu yang di berikan oleh Suna.Ops, aku tak boleh bagitau semua seh..nak tau kena tengok..kih3,.

Apa2 agak menarik jalan cerita yang di olah dan menampakkan pengarah yang berkaliber dan tidak terlalu mengikut jalan cerita asal tanpa mengubah suasana dan plot tu sendiri..tu je lah aku mampu kongsikan..apa2 pun best tengok kat singapore boleh dapat file "My Love Story" free..haha







Ok..meh aku share sikit biodata peneraju utama filem My Love Story ni..


Filem: My Love Story!!
Romaji: Ore Monogatari!!
Pengarah: Hayato Kawai
Penulis: Kazune Kawahara (manga), Aruko (manga), Akiko Nogi
Producer: Daisuke Kadoya, Tadashi Tanaka, Akira Yamamoto
Tarikh Release: Oktober 31, 2015 (Jepon)
: Februari 25, 2016 (Malaysia)
: Mac 3, 2016 (Singapura)  
Genre: Teen-Romance / Romantik-Komedi
Bahasa : Japanese
Negara : Japan



Takeo Gouda / 剛田 猛男

 Nama : Ryohei Suzuki
Japanese: 鈴木亮平 (すずき りょうへい)
Tarikh Lahir : Mac 29, 1983
Kelahiran : Nishinomiya, Hyogo, Jepon
Tinggi : 186 cm.
Darah : A
asianwiki : Ryohei_Suzuki


Rinko Yamato / 大和 凜子

Nama : Mei Nagano
Japanese: 永野芽郁 (ながの めい)
Tarikh Lahir : September 24, 1999
Kelahiran : Jepon
Darah : AB


Makoto Sunakawa / 砂川 誠


Nama : Kentaro Sakaguchi
Japanese: 坂口健太郎 (さかぐち けんたろう)
Tarikh Lahir : Julai 11, 1991
Tempat Lahir : Jepon
Tinggi : 183 cm
Darah : O






sukida!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "