Hahaha..Hari ni baru rajin post pasal anime movie aku tengok ahad lepas, sebab malas dan tak ada idea nak tulis apa..Actually, 1st place aku malas nak pergi,sebab sen tak berapa nak ada..then jadi cerita ahad pagi tu time online, Najib ajak lepak sekali, kata dia payung..tapi aku join pasal bosan since kereta tak ada kan..so ikut je lah, kalau tak ada tiket Ahad tu aku ok je boleh lepak2 luar or maybe merayap tempat lain yang dekat situ2 kan sementara diorang layan KanColle..
Gerak dari JB dalam pukul 7 lebih, Najib dengan kawan dia dan aku..Najib cakap Sim ada dekat KL nanti balik saing sekali..Masa on the way ke KL, Najib singgah Seremban 2 for sarap dan jumpa member dia dekat area2 situ..gerak dari Seremban 2 around 11 lebih gitu lah..then sampai KL around 12, cari2 tempat tak tau, guna waze, guna gmaps..guna gmaps Najib, sampai kena jalan jauh gila dan dia dah start sumpah seranah maklumlah KL banyak sangat tol nya..oh well Najib, macam tak biasa, KL kan..guna Waze aku lagi haram, sampai salah jalan dia bawak..So masing2 cold down then bawak bertenang.Walaupun tau perangai najib susahnya nak bertenang..sampai DPAC, dalam 30minit baru Sim sampai, sementara tunggu nak masuk, macam2 gelagat dapat tengok..huru hara geng aku, dengan aku salah sebut yang agak bit rasist, then mulut najib tak reti jaga perasan orang..sabar jelah weh..
So untuk filem KanColle or Kantai Collection the Movie, apa yang menarik, tayangan ni cuma ada untuk satu hari je dekat Malaysia dan cuma ada tayangan dekat DPAC (Damansara Performance Art Centre). Dan lagi best tayangan cuma ada satu hari Ahad, 16 April 2016, dan 3 sesi, 2.30 petang, 5.30 petang & 7 malam. Harga tiket RM35..Dan ada hadiah diorang bagi. Dapatlah KanColle File under Aniplus, Magnet badge, & filem strip..
info sikit
tayangan : Kantai Collection the Movie
lokasi : Damansara Performance Art Centre (DPAC), Damansara Perdana
tarikh : 16 April 2017
masa : 14.30 petang
picture search at google. not own or capture by mine
Untuk cerita KanColle ni, story line agak bagus cuma awal2 tu agak low dan sikit membosankan..banyak talk yang rasa pada aku memperlahankan cerita tu, boleh buat orang tertidur..dan aku terlelap sekejap..hahaha..tapi bila masuk 1/5 story baru nampak dan start rancak..boleh faham sikit lah pasal KanColle secara keseluruhan dari mana asal usul "Abyssal", kenapa wujud "Abyssal", siapa sebenar Fubuki sebelum ni..nak cerita lebih2 tak syok kan..so better tengok sendiri lah..hmm aku boleh bagi 4.0/5.0 untuk filem ni walaupun garapan dan olahan cerita kurang menarik tapi cara nak impress penonton agak menarik dengan cara latar misteri dan keajaiban dalam cerita ni..
Untuk dewan tayangan ni, DPAC ni lebih macam teater hall so jangan expect dia macam panggung wayang..seat pun agak terhad..keselesaan tu boleh kata baguslah cuma tak lah sebagus panggung wayang sedia ada kan..tapi agak nice lah..Sound system biasa2..Projector system? boleh lah..kualiti gambar tak terlalu terang tak terlalu malap..
Abis cerita, maka balik lah ke JB semula..nak pergi mana dekat KL? sobs aku follow orang, so kena lah follow tuan kereta, kalau aku drive sendiri memang langkah aku panjang..serius weh..balik singgah makan asam pedas dekat Melaka..nak kata baik tu taklah, since aku dah rasa Asam Pedas Mak Uda dengan Mak Long yang lagi terangkat weh..
no todoke song ~ sad ~ haha XD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan