Yosh! Event terakhir sebelum puasa, My Idol Party Volume 1..event ni di adakan di KL Live Hall, Kuala Lumpur yang berlangsung pada Ahad, Mei 13, 2018..event Japanese Idol terbesar di Malaysia yang di anjurkan HibikiPro yang menampilkan 4 group idol yang besar iaitu STARMARIE, Luce Twinkle Wink, The World Standard (Wasuta) & Nanaland (7-Land)..semua bermula dengan baik dan lancar dan di hari yang di tunggu semua peminat idol di Malaysia tiba..tapi berlaku sebaliknya..aku akan cerita apa yang terjadi satu persatu perjalanan aku dari JB ke KL..
ROAD 2 MyIP
Mula aku tak bercadang nak pergi sebab keadaan dan masa yang tak mengizinkan awalnya..tapi seminggu sebelum My Idol Party (MIP) berlangsung, semua dah mula reda dan aku nak join kawan2 pergi berhibur untuk tenangkan diri dan bergembira..cuti panjang selepas Pilihanraya Umum pun jadi salah satu sebab aku nak pergi..sebenarnya aku nak tengok persembahan Nanaland & aku minat Mai Kohinata..nak jumpa dia tu yang penting..haha..
Aku gerak dari JB sabtu malam ahad, aku gerak dengan Ame, then ambik SyaFiq dekat Air Hitam..gerak dari JB pun dekat pukul 11 lebih dan selamat sampai ke Homestay dalam pukul 4 pagi..jalan hujan lebat weh dari Yong Peng sampai ke Bangi..Frei, Sim, Zint dan lain dah sampai hari Jumaat malam Sabtu lagi sebab diorang pergi event offkai MIP..aku kena kerja dan aku ni kurang berminat dengan event offkai (sebenarnya aku nak pergi event offkai idol aku minat sebelum pergi mana2 offkai)..sampai homestay terus tidur dan jam 7 pagi dah bangun siap2..semangat punya pasal kan masing2..Frei, Apis, Chip ada kerja nak settle awal..Homestay, SOHO Suite, dengan KL Live dekat je, 100 meter pun tak sampai..haha..pagi tu sebelum event aku cuma sarapan dekat 7-Eleven dekat KL Live building tu je..dekat 7-Eleven jumpa Afiq, then tak lama jumpa member seberang tambak, Najib Nakitty..tak lama budak2 lain sampai gak..lepak2 borak2..bila jam 10 lebih masing2 naik atas nak tunggu tiket kaunter bukak mana yang beli on the spot mcm aku, ada yang nak tebus tiket yang mana beli online..masa naik atas jumpa geng2 yang lain macam Tempe, PuiPui, Weeda, Fandy, Faiz, dan budak2 anime yang lain macam Kiru, Zahid Emo, Zarif..tak lupa jumpa lord2 dari Singapura yang kenal..
11 pagi pintu masih tak bukak dan ada perkhabaran ada masalah perlu di selesaikan..so tunggu la..sambil2 tu membongak dekat area2 situ..lama sangat dan dekat tengahari, perut lapar balik sebab sarapan pun ringan je, pergi balik ke 7-Eleven, beli la maggi cup..ok la kenyang sikit..masa tengah lepak makan dengan Najib, Ruzain, Faiz..datang Fadhil dan Zul bagitau perkhabaran tak baik yang event terpaksa di batalkan dan di tangguh ke suatu masa akan datang..khabarnya atas masalah teknikal yang berkaitan dengan dokumentasi lesen berkaitan..aku tahu akan jadi tapi tu aku taknak ulas sebab aku tak ada hak untuk bercerita apa lagi aku bukan berada dalam team tu..cuma cakap2 angin..so, aku sebagai peminat, kecewa lah sebab performance idol aku nak tengok di batalkan walaupun event buppan (handshake, 2shoot photo, sign event) di teruskan tapi tu bukan acara utama menarik minat, tu cuma bonus, tapi main ialah konsert tu sendiri..
bukan aku je kecewa, bukan geng2 wota Malaysia kecewa, bukan geng2 baru nak kenal idol di Malaysia je kecewa..tapi..semua peminat idol yang datang kecewa..untuk datang dari Malaysia kekecewaan mungkin tak macam peminat dari negara lain macam Singapura, Thailand, China, Taiwan, Indonesia dan terutama Jepun yang datang dari jauh dan berhabis beribu ringgit untuk tiba ke Malaysia..walaupun HibikiPro mohon maaf atas kesilapan tak dapat di elakkan tapi kesilapan ni mungkin tak dapat di terima segelintir peminat dalam dan luar negara yang datang..walaupun duit tiket di pulang, di adakan buppan tapi tak dapat menutup keseluruhan kekecewaan dan berita tentang event ni tersebar luas..
reaksi idol yang kecewa tak dapat membuat persembahan pun dapat tengok..tapi anggap je lah tak ada rezeki..aku cuma harap HibikiPro belajar dari kesilapan dan bangkit semula dengan team yang lebih tersusun dan lengkap untuk bersihkan nama organisasi anda yang anda bina dari tahun 2015 lagi..ok kita tutup tentang hal ni..kita bukak cerita aku pulak..haha
BUPPAN
lepas pintu di bukak, pertama sekali masuk dapat handshake & hi-five free dari semua group..dan pertama kali tengok Mai-chan dekat2 perghh comel kot..masa handshake & hi-five, Memetan (member Luce) tegur baju aku, dia cakap "aah Sanji-kun! One Piece!"..aku senyum je..haha..lepas handshake & hi-five, terus beli tiket cheki untuk cheki..so aku beratur untuk beli tiket Mai-Chan..Mai-chan punya line tak panjang dan mungkin tak berapa famous berbanding member lain tapi kecomelan dia tu buat aku terus nak cheki dengan dia..masa first cheki first aku cakap dengan Mai-chan sedih tak dapat tengok di perform..well broken nihongo aku kelaut, nasib dia faham..haha..Mai-chan tegur aku minat One-Piece, aku cakap minat, aku suka Sanji & Perona..haha..Mai-chan tanya nama aku untuk tulis dekat cheki, aku cakap FAAN..spell lagi..dia faham dan tulis betul..hahaha..masa cepat berlalu..aku tak sempat bagi hadiah..hahaha..tapi tak apa..akan ada 2nd cheki..
lepas tu beratur lagi beli tiket cheki..budak2 ni tanya aku, cheki siapa lagi..aku jawab Mai-chan..haha..budak2 lain tengah sibuk nak beli tiket Wasuta, ada frust sebab tiket wasuta banyak dah abis..ok, 2nd cheki, terus beratur dan aku sorang beratur tunggu seorang settle cheki..kali ni aku jumpa dia terus bagi hadiah, patung beruang pakai jersi Malaysia..Mai-chan suka..dia baca ada tulis Malaysia, belakang bear tu ada logo KLCC, dia teka betul, aku cakap betul, dia suka gila..haha..dia cakap patung beruang tu comel macam aku..hahaha..terus cheki dengan patung tu..lepas cheki sambung borak, dia tanya nama aku, yelah bukan dia ingat pn muka aku..aku sebut FAAN, terus dia aah, FAAN!! terus dia pandai tulis..aku terus subarasi maichan!!..end of cheki..
lepas abis cheki lepak dengan geng2 lain dekat belakang, lepak borak apa semau, then tak lama ada event janken (obejus la kalau kat Malaysia)..aku try je bukan boleh menang pun..sampai final dan menang..maybe sebab cheki tu dari Mai-chan kot tu bersemangat walaupun Shah cakap aku tipu..haha..ah peduli..hahaha..dapat la hadiah cheki group ada sign semua member..sebelum final janken, Nubu bagi aku hadiah suruh bagi dekat Mai-chan..sedangkan aku tak tau aku menang ke kalah..menang akhirnya aku bagi, aku cakap ni dari pihak Malaysia..
Event tamat hampir pukul 3 lebih..dan tunggu idol2 keluar dari hall..sambil2 tu sakat budak2 ni, masuk air bersama-sama..tapi lepas event ada pengumuman, ada event offkai tapi aku tak pergi sebab aku tak larat, malas, lapar..macam aku cakap tadi..selagi aku tak pergi offkai idol aku minat aku takkan pergi yang lain..
Balik homestay..mandi2, ajak Ame pergi makan dekat KLCC, makan Texas Chicken..hahaha..pergi balik naik GRABCAR walaupun jarak 1km je tapi sebab masing2 dah rabak weh..balik homestay borak2 terus tidur dan pukul 8 baru bangun..malam tu jugak balik JB sebab isnin pagi aku kena kerja..aku balik dengan Zint since Zint pun esoknya ada kelas..tapi aku hantar Zint dekat Air Hitam je lah..
Ok..cerita My Idol Party kita tinggal dengan pengajaran dan sempadan untuk lebih baik di masa depan..so apa next event aku? dah tentu Color Pointe di Singapura bulan depan!! Jumpa lagi!! Bawah ni ada gambar sikit aku share sini..aku ni pemalas nak ambik gambar, so gini lah..
Let's Party!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan