Disember 01, 2016

Crazy ~GOKIGEN~

Yosh! fuhh lama jugak tak buat idol profil..haha..aku buat suka2 je, kena tengok idol mana aku minat baru aku rajin gila nak buat..dah nama pun suka2 kan so bila rasa rajin baru buat..kali ni aku nak kongsi satu idol yang aku rasa lama jugak aku layan tapi baru nak kongsi pasal detail peribadi diorang..maybe sebab tengah prepare untuk graduasi Hotaru dari Necronomidol..wuwuwu..kira another Oshi aku graduasi sebab nak focus on study, nak habiskan degree philosophy..



Berbalik pasal profil idol aku nak kongsi kali ni, nama group ni Gekijou-ban Gokigen Teikoku atau GOKIGEN..nama asal group ni Ultimate Future Weapons mofu atau UFW..banyak aku baca dari info pasal diorang ni, diorang tukar nama sebab dari UFW ke GOKIGEN atas sebab diorang ada peracangan dan minat yang berlainan dari apa mereka nak dalam dunia idol..dari group idol yang comel, seksi ke alternative idol yang lebih gila dan hardcore..kira bersesuaian jugak dengan karakter sebenar masing2..Untuk member terkini, GOKIGEN di anggotai empat orang gadis gila yang di ketuai oleh ICHIHO, dan juga KAJUNYAN, HIBIYAN & PEROPON. Perangai berbeza tapi gila dan aneh tetap sama..kalau tengok dalam youtube diorang boleh tengok perangai aneh masing2..Diorang bergerak secara indie buat masa ni dan lebih selesa bergerak secara indie tanpa terikat mana2 label untuk kebebasan karya diorang..ada yang tanya mana pergi music video UFW asal tapi bagi manager diorang dan Gokigen sendiri, UFW dah tak wujud dan music video, lagu dan seangkatan dengan nya turut tak wujud lagi..dalam channel youtube pun ada live performance diorang dan bagi aku agak menarik jugak lagu2 diorang sebagai alternatif idol..nak kata bagus macam alternatif idol lain boleh kata seimbang sebab setakat aku layan belum ada alternatif idol betul2 bertenaga dan mampu membuat satu fenomena seluruh jepun dan di luar radar idol seperti mana BABYMETAL lakukan..masih terikat dengan label dan lagu2 tak seperti bilamana mereka mula2 bertapak yang lebih segar, bertenaga dan jujur..cuma pandangan 20sen aku je..

Untuk GOKIGEN ni aku dah follow mereka dan diorang agak bagus untuk citarasa aku..sesuatu yang baru dan bersahaja.Harapan aku satu je, diorang boleh bertahan lama sampai aku ke Jepun kembali..hahaha..Meh aku kongsi sikit profil diorang..ada twiter dan blog, korang check lah sendiri dan kaji..aku cuma bagi laluan je..


hibiyan, peropon, ichiho, kajunyan (2016)

peropon, hibiyan, chiiho, rinrin, nagi-chan (2017)


peropon, alice, chiiho, rinrin, nagi-chan (2018)


Gekijou-ban Gokigen Teikoku PROFILE

Kanji :  劇場版ゴキゲン帝国
Nama Sebelum : Ultimate Future Weapons mofu (最終未来兵器 mofu)
Twitter :  @gokigen_teikoku
Instagram : @gokigen_teikoku
Tahun Aktif : 2015 (sebagai UFW) 2016 (sebagai Gokigen)
Label : -







Empire MEMBER

 Shirahata Ichiho
白幡いちほ(しらはたいちほ)
Role : Ketua / Leader
Tarikh Lahir : 18 November
Tempat Lahir : Fukushi, Tokyo, Jepun
Darah : O Type
Tinggi : 159cm
Warna : Biru Muda
Hobi : Magic Card Gathering, Tonton Anime, Cosplay, Game, Melukis
Kemahiran : Membuat Pakaian Cosplay, Buat muka pelik
Twitter : @1ho1118
Instagram : @ichiho_shirahata
Ameblo : sukiyaki-heart
Gelaran : Bidadari Mabuk "The Drunk Angel" ICHIHO
Info : Terkenal dengan "Loving Sake Idol" sebab selalu bawa botol sake atas pentas
Trivia : Komander teater empayar Gokigen.
Bertanggungjawab untuk berkibar panji. Seseorang yang memberitahu sejuta kali jika anda tidak bercakap.
Peranan Lain : Presiden of GGT


Ponto Pero
先斗ぺろ
Tarikh Lahir : 18 Disember
Tempat Lahir : Fukui, Jepun
Darah : A Type
Tinggi : 165cm
Warna : Putih
Hobi : Tidur, Tonton Anime, Bergambar, Berlari, Perhati gadis comel di cafe.
Kemahiran : Gymnastic, Senaman, Membuat pakaian cosplay, 
Twitter : @PontoPero
Instagram : @onigirin_ggt
Youtube Channel : ぺろちゅーぶ 【ゴキ帝の先斗ぺろ】
Tik Tok ID : PontoPero
Gelaran : Bom Bertenaga "Energy Bomb" PEROPON
Info : Terkenal dengan kecomelan. Sangat bertenaga dan hyper di atas pentas dan di hadapan peminat dengan lidah yang tajam.
Trivia : Pendatang baru teater empayar Gokigen.
Saya tak boleh bayangkan apa yang di lihat dari orang dewasa.
Bila lakukan persembahan live, Gokigen juga gementar.



Tsuzura Nagi
廿楽なぎ(つづらなぎ)
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Darah : -
Warna : Hijau
Hobi : Gitar, Cosplay, Anime, Lukisan Grafiti, Mendengar musik untuk tidur
Kemahiran Khas : Bermian Piano, dengan muka malas/mengantuk
Twitter @Tsuzura Nagi
Instagram : @tsuzuranagi
Ameblo : tsuzuranagi
Gelaran : NAGI-CHAN
Info : Pakar penghibur dan pelawak di atas pentas
Tarikh Kemasukan : 2 Mei 2017
Peranan Lain : Ketua Operetta's Counter Attack



Onigiri Rin
御握りん​(おにぎりん)
Tarikh Lahir : 11 April
Tempat Lahir : Yonaga, Tottori, Jepun
Darah ; B Type
Warna : Merah Jambu / Pink
Hobi : Musik, Fesyen & Tidur
Kemahiran Khas : Potong & Merapikan 'bang' rambut dengan rapi dan lurus
Twitter : @onigirin_GGT
Instagram : @onigirin_ggt
Ameblo : onigirin-ggt
Gelaran : RINRIN
Info : Pembuat onigiri besar dan sedap. Trademark bersama onigiri flushie
Info : Pelakar Kolej Teknikal, bekas pelayan cafe dan kerani kedai buku
Tarikh Kemasukan : 2 Mei 2017


Shiino Arisu
紫乃ありす(しのありす)
Tarikh Lahir : 14 September
Warna : Purple / Ungu
Twitter @alicechan_ggt
Instagram : @alicechan_ggt
Gelaran : ALICE
Tarikh Kemasukan : April 29, 2018


Ex-Empire MEMBER

Ujo Kaduki
雨情華月(うじょうかづき)
Tarikh Lahir : 15 Ogos
Tempat Lahir : Hijime, Hyogo, Jepun
Darah : O Type
Tinggi : 160cm
Warna : Merah Jambu
Hobi : Game, Cosplay, Kumpul koleksi pakaian Lolita, Karaoke, Melukis
Kemahiran : Pakar medandan rambut, pendandan kuku, peminat kereta
Twitter : @xsyndromex
Ameblo : xsyndromex0815
Youtube Channel : 雨情華月
Gelaran : Puteri Sadis "Sadastic Princess" KAJUNYAN
Info : Terkenal dengan Ladylike, Seksi, & Sadastic Princess dari Hajime Castle. Official Cosplayerdengan banyak nama dan gelaran.
Trivia : Pegawai perakaunan teater empayar Gokigen
Tahap kecomelan yang natural, keseksian yang seksi, getaran Super Kansai.
Saya tak mampu melompat
Tarikh Garduasi : 16 April 2016
Sebab : fokus pada karier solo & modeling

Kyuken Hibiki
九軒ひびき
Tarikh Lahir : 25 September
Tempat Lahir : Kanagawa Prefecture, Jepun
Darah : A Type
Tinggi : 162cm
Warna : Ungu
Hobi : Menonton Anime, Mengambil Gambar, Menghilangkan diri
Kemahiran : Tangkap ikan emas, jentik jari
Twitter : @Hibitaso
Ameblo : hibiki-green
Gelaran : Gadis Pemulih "Healing Vegi Girl" HIBIYAN
Info : Terkenal dengan gaya konsep cafe "Maid Cafe". Selalu dan kuat tidur, lakukan apa dengan cara dia, dan suka dengan sayur-sayuran.
Trivia : Jurucakap teater empayar Gokigen
Pengimbang yang bersekutu seorang bersendiri tetapi mempunyai perasaan kagum.

Berhati-hati untuk kehilangan mata anda apabila anda sedang tidur.
Tarikh Garduasi : 12 Mac 2018
Sebab : masalah kesihatan yang berterusan




Discography

Studio Albums
2016.04.13 - Sanpi Ryoron (賛否両論) (sebagai UFW)

Album
2018.11.21 - Indie Best

Singles
2015.06.24 - Kaishin no Ichigeki -Critical Massive Attack- (sebagai UFW)
2015.12.09 - RED ZONE (sebagai UFW)
2017.04.10 - Hito no Kane de Yakiniku Tabetai
2018.03.09 - Summerpanty
2018.04.09 - Uretai Capriccio


GGT-ROCK - Gekijou-ban Gokigen Teikoku


Taisetsuna Oshirase - Gekijou-ban Gokigen Teikoku 


Hito no Kane de Yakiniku Tabetai - Gekijou-ban Gokigen Teikoku


I NEET YOU - Gekijou-ban Gokigen Teikoku
s



GOKIGEN is CRAZY

November 07, 2016

Sweet Bullet Club~

Yosh! Fuhh..floating masih tak hilang, tetiba muncul pulak group idol buat aku jatuh hati lagi..hmm tak lah baru sangat tapi layan lagu dari kumpulan ni agak nice dan menarik jugak lah..nama group idol tu, 2o Love to Sweet Bullet..nampak macam ganas tapi agak comel..hahaha..mula2 layan lagu tapi tengah2 layan lagu, tetiba boleh terpaut hati pulak dengan member dia sorang ni, Sakaguchi Honomi..cair doh..muka malas dia, pipi pau dia, mata sepet brutal dia..hahaha..

Agak lama gak aku tak layan atau selongkar group2 idol yang masih aku belum layan dan terpaut sejak aku lebih focus untuk layan Color Pointe minggu lepas..sebelum layan Color Pointe memang sibuk dan focus persediaan nak bagi hadiah apa dan lagu2 nak predict dan abis pun aku masih floating jumpa diorang..so hari ni aku kembali..ceh wah..taklah hari ni, Jumaat lepas nak hilangkan floating..tetiba terlayan 2o Love ni..ingat just layan biasa2 je..tapi terpaut la plak..semua salah Honomi yang comel sangat tu..hahaha

group ni muncul Ogos 2015 dan di tubuhkan di Akihabara, Jepun..dan mostly member ada lebih kepada model dan pencinta Harujuku fashion..walaupun tak ada langsung Harajuku fasyen dalam group ni tapi boleh nampak element musik diorang sebab group base on EDM musik walaupun aku tak lah berapa minat EDM consep tapi 2o Love lebih kepada light EDM yang lebih ringan, santai dan masih mengekalkan fully element on EDM..perghh, sembang kencang macam pakar..hahaha..ala, cuma pandangan murahan je kot..tak power macam wota2 lain..kih3..nak cerita lebih2 pun aku tak power lagi pasal diorang, nanti2 aku update lagi pasal diorang kalau ada masa..sekarang barai woii..hahaha..meh basic info yang boleh aku bagi..





2o Love to Sweet Bullet PROFILE

Webside : sweetbullet.club
Twitter :  @2o_to
Facebook : 2olovetosweetbullet
Tahun Aktif : Ogos 2015 - terkini
Label : -
Agensi : Millennium Promotion






2o Love to Sweet Bullet MEMBER


Fujino Shiho
(藤野志穂)
Tarikh Lahir : 16 Mac 1999
Kemahiran : Gymnastik
Hobi : Mendengar musik
Twitter : @S_Fujinon


Yamahiro Mihoko
(山広美保子)
Tarikh Lahir : 19 Ogos 1997
Kemahiran : Bermain Gitar
Hobi : Bersenam di gym & basketball
Twitter : @yamahiromihoko


Mita Karin
(三田佳凛)
Tarikh Lahir : 28 Oktober 1999
Kemahiran : Y-balance, English
Hobi : Meminati semua jenis musik
Twitter : @Karin_M2lv


Tachibana Kasumi
(立花佳純)
Tarikh Lahir : 15 April 1997
Kemahiran : Membuat Candy
Hobi : Tidur & Karaoke
Twitter : @K__2sb


Shinjou Mai
(新城真衣)
Tarikh Lahir : 6 Disember 2000
Kemahiran : Melukis
Hobi : Makan & Membeli-belah
Twitter : @_mai_2o


Fushimi Riho
(伏見莉穂)
Tarikh Lahir : 28 November 2000
Kemahiran : Kaligrafi & Softball
Hobi : Berborak & Bola sepak
Twitter : @riho_sweet


Sakaguchi Honomi
(坂口穂乃実)
Tarikh Lahir : 6 Julai 2000
Kemahiran : Menari
Hobi : Menari & Menari
Twitter : @S_HONOMI


Fukami Mayu
(深見真夕)
Kenyuusei
Tarikh Lahir : 6 Mei 2001
Kemahiran : Menari
Hobi : Berfesyen
Twitter : @Mayu_tolove




Discography

Singles
19/08/2015 : Ainohana
30/09/2015 : Halloween Special ☆ One
25/11/2015 : BABY♥KISS
24/02/2016 : Mirai no Shiawase
23/03/2016 : Sotsugyou
10/08/2016 : Hibiya Sen Diary



 BABY♥KISS - 2o Love to Sweet Bullet





sweet! sweeet! sweet! Heart!!


November 01, 2016

Cosmo・Star Factory. Inc

Yosh!
Minggu floating untuk aku dan giliran aku..sebab apa?hahaha..sebab aku dapat jumpa idol yang aku minat..antara top idol aku, Color Pointe..akhirnya dapat jugak jumpa diorang lepas kali terakhir jumpa masa Chara Expo, Julai lepas..lepas terpaksa batalkan plan nak jumpa diorang last minit atas sebab tertentu..lepas rindu dekat Hink, jugak rindu dekat member lain macam Suu, Emo & Chami..dan kali ni dapat jumpa Ari yang hari tu tak datang sebab tak sihat katanya..

Dapat info dari twitter @colorpointe yang diorang nak datang Singapore akan datang tapi tak sure bila tarikh dan untuk event apa..takkan live solo sedangkan fan dia tak lah ramai..tanya fan Color Pointe dari Jepun, Sakura-chan pun tak sure, tanya fan Singapore pun tak sure..

Apa pun thanks dekat member wota Singapore, Doug, yang tau aku minat dekat Color Pointe dia terus PM aku bagitau Color Pointe datang Oktober nanti untuk event Singapore-Japan 50th Matsuri..baru tau event apa Color Pointe nak perform..dapat info terus DM Sakura-chan bagitau info pasal ni..terus dia sebarkan dekat member fan lain..haha..tanya jugak dia kot dia datang tapi dia pun tak dapat datang..sedih sikit la sebab tak dapat jumpa..rapat tak rapat lah sebab aku dengan dia rajin gak DM siap tanya kot aku datang 1st live show Color Pointe..terpaksa temberang sikit pasal tak dapat datang..so dah boleh plan semua nak pergi Ahad sebab tengok jadual perform hari Ahad..sanggup cancel plan nak join Gameplan sebab bajet tak ada nak pergi layan Luce & Stella..lagipun Luce & Stella bukan idol yang aku minat..sorry hibiki..

dalam beberapa hari sebelum twitter @colorpointe umumkan jadual performance terus aku RT tanya dalam jadual SJ50, Color Pointe perform hari ahad, then diorang reply, diorang akan perform dua2 hari..terus tukar plan sabtu..nasib baik tak plan apa2 cuma nak layan wayang or trip Uber..haha..then frei cakap nak join jugak sabtu so kena plan proper la, maybe nak gerak tengahari..Jumaat malam sabtu, lepas dah plan, balik lepak check balik twitter, keluar pulak jadual buppan..pergh..buppan awal..terpaksa gerak awal dari plan..





DAY 1
Lepas dapat berita pasal buppan terus roger frei nak gerak awal..sampai rumah frei, brunch dulu, terus gerak..gerak sampai sana dekat pukul 2pm, so aku terlepas 2 sesi buppan pukul 11 & 1..tak apa janji sempat lagi 2..pukul 3 & after performance..sambil tu lepak2 pusing2 dulu dekat SJ50 booth, dekat pukul 3 terus gerak booth colorpointe, booth diorang dekat booth ABC (Asahi Broadcast Channel) & Musashi Paint, oraganisasi bertanggungjawab bawak Color Pointe ke Singapore..Sampai2 tengok apa boleh beli untuk cheki or photoshoot..just donate SGD10 untuk satu shoot, tak kisah group or solo..dan best pakai camera sendiri..donate satu dulu..dapat plak musashi paint, draw dapat sign Chami, kecewa sikit..aim oshi sendiri, Hink..hahaha..masa nak photoshoot, manager-san dia tegur, dia ingat aku masa kat Chara Expo,manager-san tegur dah kira bangga sikit..masa dekat member2 Color Pointe, tetiba Hink & Chami ingat aku, dia ingat aku masa Chara Expo hari tu..perghh, memang aku floating kaw2 time tu..Emo & Suu pun ingat sikit2..Ari memang tak ingat aku lah sebab ni first time..first ni aku ambik group shoot..then lepas tu aku nak ambik jugak solo shoot dengan Hink..donate lagiiii..hahaha..draw, luck!! dapat sign Hink!!!! bila turn aku, keluarkan hadiah untuk gadis2 color pointe, bagi dekat Hink la  untuk bagi2 dekat semua..Hink terus ambik dan aku request nak solo shoot dengan Hink, Hink bawak sekali box hadiah aku bagi untuk shoot sekali..lepas tu dia bukak depan2 hadiah tu..aku cakap jangan bukak sini, malu..hahaha..Frei aku racun suruh shoot dengan Chami..haha..paling best time buppan dapat jumpa wota jepun, Sakura-chan..first time dapat jumpa dia..agak sweet seh dia..boylish type dan oh well..citarasa aku..tapi memang takdan nak ngurat..dia datang dengan Maya-chan, member baik dia..Maya-chan pun cute jugak..tapi Maya-chan boleh english sikit2 lah, so dia banyak translate untuk Sakura dan aku..hahaha..lepas abis buppan, Sakura dengan geng Singapore dia, aku dengan frei cari makan..so Mosh Burger pilihan..tapi frei payung ayam goreng since aku takde selera nak makan sangat..maklum tengah float kaw2 weh time tu..abis makan datang balik event, sambil2 tunggu Hibiki & Sim nak datang jugak tengok performance..bila jam 6, tunggu dekat stage, sekali takde,cari2 last2 salah tempat, rupanya dekat street performance, cari diorang dah tak jumpa, aku sampai sempat satu lagu je..haha..abis diorang performance follow dekat booth untuk buppan, tapi just racun budak2 ni..sambil2 tu lepak tengok gelagat Color Pointe..lepak sampai diorang abis..Abis semua performance balik ke JB..

Total Damage DAY1 - SDG20

group shoot dengan Color Pointe, chu kawaii ~~~

Color Pointe oshi, Hink-chan

hadiah aku bagi dekat gadis Color Pointe, ni je termampu

booth Color Pointe, booth sponsor ABC (Asahi Broadcast Channel) & Musashi Paint

lucky draw untuk hari pertama..hehe


DAY 2
Konon nak gerak awal tapi sebab badan dah barai..lambat jugak gerak, nasib baik ahad..sampai2 dekat pukul 1 jugak aku dengan frei..Hibiki & Sim sampai macam biasa lambat sikit..pukul 1 sampai sempat kot untuk buppan, last2 buppan pukul 1 cancel, so kena tunggu pukul 3 punya buppan..tengok dekat stage ada performance, pergi layan dulu, ada HYDRA, band visual-kei dari Indonesia, agak nice jugak band diorang ni walaupun english ke laut tapi lagu jepun diorang agak best..layan sampai abis bhai.. lepas tu jalan2 lah dulu cari makan..last2 makan dulu roti beli dekat Takashimaya..masa tunggu buppan pukul 3 jumpa wota2 singapore, jumpa Doug, Doug terus bagi signature board dia janji nak bagi kat aku..sekali plak Hink sebab dia nak Plak Ari je..masa time aku nak photoshoot dengan group, wota2 Singapore usik2, cakap aku TO Malaysia..member2 Color Pointe dah teruja je tengok aku..malu dan segan seh..hahaha..buppan jam 3 rilex2 dulu satu shoot je..masa shoot tu saja suruh member buat Tora (Tiger) pose, tetiba frei sound, Babyraids woii..hahaha..hare punya member..sambil2 lepak buppan, lepak sekali dengan Maya & Sakura, berborak sikit..bagi badge Southern Wota dekat diorang, diorang tanya ni badge apa, cakap lah badge community wota dekat Malaysia..borak lah layan idol apa je..Sakura & Maya macam happy dapat badge tu..time tu tetiba aku rasa aku floating dekat Sakura & Maya kejap..hahaha..lepas tu teman frei makan sementara tunggu performance jam 6..seyes dua hari tak lalu makan..jamah2 je..sampai masa untuk last performance,pergh memang sempoi..banyak lagu favourite aku..sebak aku layan..layan kecha je la..tapi wota2 SG biasalah, lagu semua nak masukkan benda2 ayat untuk idol yang rancak..padahal untuk Color Pointe tak perlu pun..ada fan Color Pointe SG kena marah sebab tak perlu gachikoi or mix tu..hahaha..abis performance, terus gerak ke buppan, last meet Color Pointe..time ni aku ambik solo shoot & group shoot untuk terakhir kali..macam semalam, masih dengan Hink & Group..rasa mesti diorang boring aku lagi..hahahhaa..abis sesi photoshoot, sebelum tamat, ada group wota Color Pointe shoot..fan Jepun, Singapore & Malaysia buat group photoshoot..Abis semua acara balik dengan floating yang agak teruk sampai aku hari ni terpaksa mintak EL sebab tak boleh nak kawal perasaan..Otak masih tak balik ke realiti..hahaha..

Total Damage DAY2 - SDG30

color pointe masa hari ke-2 (source fb : カラーポワント)

Color Pointe Live Performance Stage

Color Pointe group selfie with fan (source fb : カラーポワント)

Tora Pose!! To..To..Tora Taigaa

Dame Pose!!! HAHAHA

bila real fan Color Pointe Japan x Singapore x Malaysia bergabung

wew..complete my lucky draw..haha


Tapi apa2 pun, Color Pointe tetap idol yang aku sayang dan minat..diorang tetap awesome dan menarik walaupun tak ramai minat idol macam ni..tapi aku boleh layan dan kena dengan jiwa aku yang kadang2 ni soft dan tak radikal..hahaha..harap dapat jumpa Color Pointe lagi di masa depan..Dua hari yang cukup membuat aku gembira dan teruja, cukup buat aku lupakan semua masalah yang terngah berlaku, cukup buat aku bersemangat dan tabah harungi masa depan walaupun sekarang ni aku tengah sikit susah..harap diorang ni pendorong aku kerja lagi kuat untuk jumpa diorang di Jepun satu hari nanti di masa depan..


HYDRA (Indonesia V-Kei) performance

HYDRA (Indonesia V-Kei) band

Toturial for DOMOROBICS

salah seorang penari Awa Odori (tarian tradisional jalanan Tokushima City)

BrickBear

Singapore feat Japan in Street X



info-trivia
Color Pointe (カラーポワント)
webside : colorpointe
twitter : @colorpointe


Color Pointe @ SJ50 Matsuri Stage Live Performance List
1. ~Platinum Stella~
2. Astro Girl
3. Seiren's dinner
4. Stardust Stairway
5. Sugar Pianist
6. Paint-Nightmare


Sponsor Color Pointe




futuristic ballet idol is awesome ~












Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "