Memaparkan catatan dengan label Tsuzura Nagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tsuzura Nagi. Papar semua catatan

Mac 22, 2019

Latest Ex

Rasa baru blog aku semalam sebut pasal Nagisa Nagi, ex-member Gekijouban Gokigen Teikoku. Member Gokigen yang warna hijau dan rambut pun hijau jugak. Haha. Dan hari ni aku scroll twitter aku dan terjumpa seseorang macam kenal, sekali check rupa-rupanya Nagi. Lain dia sekarang, lagi comel dan simple, make-up pun dah tipis dan tak macam dulu yang agak tebal dan kaku. Dia comel cuma make-up tebal dia nampak dia lain macam tambah rambut hijau dia yang kurang sesuai, iye tahu semua member Gokigen rambut berwarna kecuali Peropon rambut hitam walaupun warna tema dia putih.

Berbalik pada Nagi, lepas agak lama menyepi dalam dunia idol dan hiburan, walaupun ada kelibat dia dengan member2 idol sebelum ni macam bersama Nanami & Onagirin, nampak sebelum ni dia seakan-akan  fokus pada dunia photography dengan ke hulu kehilir bersama kamera dia. Mungkin dia perlu masa untuk berehat sebelum kembali aktif dalam dunia idol atau hiburan. Tapi kemunculan baru dia kali ni tak guna nama lama dia, Nagisa Nagi tapi dengan nama baru, Nagino Hinata. Mungkin dia nak refresh diri dia dan taknak terikat dengan bekas kumpulan lama dia, Gokigen Teikoku. Sama apa yang di buat seorang lain member dan kawan sekumpulan dulu, Hibiki yang masa dalam Gokigen guna nama Kyuken Hibiki dan bila keluar dan kembali ke dunia idol berkumpulan dia guna nama Kunogi Kenbishi. Perkara biasa bila idol guna nama lain bila dengan group idol baru dan ada masa nama lain bila beraksi secara solo.

Meh aku kongsi sedikit sebanyak info yang aku tau pasal Nagi untuk siapa yang minat dekat dia.

Nagino Hinata
(凪乃ひなた)
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Twitter : @NaginoHinata
Instagram : naginohinata
17 Live : naginohinata


Gambar-gambar lain









Mei 03, 2018

Operettas!!

Akhirnya!! Gokigen Teikoku 2nd dah ada nama rasmi diorang sendiri..Group GGT2nd adalah sister group untuk Gekijouban Gokigen Teikoku..pelikan group indie ada sister group yang di urus dan pemilihan dari member Gokigen sendiri yang di ketuai ketua dan presiden Gokigen sendiri Ichiho Shirahata or Chiiho..April 29, 2018, bukan saja tarikh untuk member bar Gokigen tapi debut dan penamaan group GGT2nd kepada Operetta's Counter Attack (OCA) atau nama jepun dia, Gyakushuu no Operetta (逆襲のオペレッタ)..Group ni di anggotai oleh member2 GGT2nd yang melalui tempoh latihan atau training sepanjang beberapa bulan dan dari 10 finalist cuma 4 saja yang berjaya kekal dan menjadi sebahagian dari Operettas..oleh kerana group ni masih baru dan perlu bimbingan, Chiiho telah menetapkan salah sorang dari member Gokigen untuk menjadi ketua untuk sister group ni, tugas tu di serah pada Tsuzura Nagi..Nagi masih lagi salah seorang member Gokigen walaupun akan bersama Operettas untuk persembahan lain..kira macam ketua sementara lah, macam kebanyak group idol lain yang masih baru dan belum boleh bergerak 100% sendiri atas faktor member belum cukup fan base dan Nagi sebagai decoy untuk Operettas.



Pengumuman dari pihak Gokigen


Ni link post pasal exam dan pemilihan group ni sebelum ni yang pernah aku kongsikan
Sebelum ni semua member2 cuma di nama kan macam angka giliran peperiksaan..dan di beri cabaran untuk mencari lebih 500 follower baru nama akan di dedahkan dan di perkenalkan..tapi sayang cuma sorang je yang berjaya dalam cabaran tu dan tu jugaklah oshi aku dalam Operettas sekarang ni..orang tu ialah Nanami atau nama exam dia sebelum ni 0718.
Ok meh aku kenalkan sorang2 member Operettas yang berjaya menjadi member Operettas termasuk leader sementara diorang sekali.


Operetta's Counter Attack

Kanji : 逆襲のオペレッタ
Nama Lama (Sebelum Official Debut) : Gekijouban Gokigen Teikoku 2nd

Webside : gokigenteikoku.jp
Twitter :  @operettas_ca
Tahun Aktif : Februari 2018
Label : GGT


melon, nanami, nagi, marimari, garu


Operetta's Counter Attack Member


Tsuzura Nagi
廿楽なぎ(つづらなぎ)
Peranan : Ketua Operettas
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Hobi : Gitar, Cosplay, Anime, Lukisan Grafiti, Mendengar musik untuk tidur
Kemahiran Khas : Bermian Piano, dengan muka malas/mengantuk
Twitter @Tsuzura Nagi
Instagram : @tsuzuranagi
Ameblo : tsuzuranagi
Gelaran : NAGI-CHAN
Peranan Lain : Member Gokigen Teikoku

Minami Nanami
南ななみ
ID Exam GGT2nd : 0718
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @nanami_OCA
Instagram : @nanami_OCA
Gelaran : NANAMI


Yuubare Melon
夕晴めろん
ID Exam GGT2nd : 1105
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @melon_OCA
Gelaran : MELON


Churaumi Gura
美海ぐら
ID Exam GGT2nd : 1108
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @guradayo_OCA
Instagram : @guradesu_oca
Gelaran : GURA


Mayou Mariru
迷宵まりる
ID Exam GGT2nd : 0716
Tarikh Lahir : -
Tempat Lahir : -
Twitter @marimari_OCA
Instagram : @mayoumariru_oca
Gelaran : MARIMARI










Nanami & Operettas in LOVE!!!



Mei 03, 2017

New Empire Member!

Yosh! 2 Mei 2017, member baru Gokigen Teikoku di dedahkan lepas beberapa minggu di umumkan 2 member baru lepas Kajunyan umum keluar dari kumpulan dan rasmi keluar pada 16 April yang lepas. Sehari lepas tu, Gokigen umum 2 member baru bakal di serap masuk dan akan debut pada 2 Mei 2017. Walaupun bakal di dedahkan pada 2 Mei, tapi 2 member baru ni dah di dedah cuma dengan nama gelaran dan di sembunyikan muka dan nama sebenar. Nama mereka dalam tempoh tu cuma di gelar Gokigen Green & Gokigen Pink. Gambar2 diorang dengan member Gokigen pn di sensor dengan gambar Onigiri dan Pokok. Haha..tapi aku dapat info dah diorang ni actually siapa cuma diam2 je sebab tak suprise la kalau spoil awal kan..So hari dah tiba dan masa live performance di BRANDWAGON-Shunna Hitora- Shinjuk BLAZE, Gokigen dedah kan dua wajah sebenar member baru Gokigen. Nagi (Gokigen Green) & Rinrin (Gokigen Pink) sebagai member baru dan melengkap kan 5 orang anggota Gekijou-ban Gokigen Teikoku. Dua2 nampak comel dan promising untuk gila. Nagi nampak memang pemalas dan psiko sikit dan Rinrin memang comel dan cute macam Kajunya. Oh pasal Kajunyan, why dia keluar, sebab dia fokus pada karier solo dan modeling dia. Kajunyan pun dah release single solo dia.

Berbalik pada member baru Gokigen, nah aku share sikit pasal diorang



Tsuzura Nagi
廿楽なぎ(つづらなぎ)
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Warna : Hijau
Twitter @Tsuzura Nagi
Gelaran : NAGI-CHAN


Onigiri Rin
御握りん​(おにぎりん)
Tarikh Lahir : 11 April
Tempat Lahir : Yonaga, Tottori, Jepun
Warna : Merah Jambu / Pink
Twitter : @onigirin_GGT
Gelaran : RINRIN



Untuk info bio diorang boleh check dekat link kat bawah ni, ada dari blog aku dan ada direct ke official page.

link profile 
dari blog aku : Gokigen 
official page : Gokigen Teikoku

Nah sedikit gambar2 lepas di sebelum dan selepas dedahkan dua member baru gokigen!


sebelum sebagai green & pink

selepas : nagi-chan & rinrin

barisan baru : peropon, hibiyan, chiiho, rinrin, nagi-chan


















Pink & Green cho kawaii!!

Disember 01, 2016

Crazy ~GOKIGEN~

Yosh! fuhh lama jugak tak buat idol profil..haha..aku buat suka2 je, kena tengok idol mana aku minat baru aku rajin gila nak buat..dah nama pun suka2 kan so bila rasa rajin baru buat..kali ni aku nak kongsi satu idol yang aku rasa lama jugak aku layan tapi baru nak kongsi pasal detail peribadi diorang..maybe sebab tengah prepare untuk graduasi Hotaru dari Necronomidol..wuwuwu..kira another Oshi aku graduasi sebab nak focus on study, nak habiskan degree philosophy..



Berbalik pasal profil idol aku nak kongsi kali ni, nama group ni Gekijou-ban Gokigen Teikoku atau GOKIGEN..nama asal group ni Ultimate Future Weapons mofu atau UFW..banyak aku baca dari info pasal diorang ni, diorang tukar nama sebab dari UFW ke GOKIGEN atas sebab diorang ada peracangan dan minat yang berlainan dari apa mereka nak dalam dunia idol..dari group idol yang comel, seksi ke alternative idol yang lebih gila dan hardcore..kira bersesuaian jugak dengan karakter sebenar masing2..Untuk member terkini, GOKIGEN di anggotai empat orang gadis gila yang di ketuai oleh ICHIHO, dan juga KAJUNYAN, HIBIYAN & PEROPON. Perangai berbeza tapi gila dan aneh tetap sama..kalau tengok dalam youtube diorang boleh tengok perangai aneh masing2..Diorang bergerak secara indie buat masa ni dan lebih selesa bergerak secara indie tanpa terikat mana2 label untuk kebebasan karya diorang..ada yang tanya mana pergi music video UFW asal tapi bagi manager diorang dan Gokigen sendiri, UFW dah tak wujud dan music video, lagu dan seangkatan dengan nya turut tak wujud lagi..dalam channel youtube pun ada live performance diorang dan bagi aku agak menarik jugak lagu2 diorang sebagai alternatif idol..nak kata bagus macam alternatif idol lain boleh kata seimbang sebab setakat aku layan belum ada alternatif idol betul2 bertenaga dan mampu membuat satu fenomena seluruh jepun dan di luar radar idol seperti mana BABYMETAL lakukan..masih terikat dengan label dan lagu2 tak seperti bilamana mereka mula2 bertapak yang lebih segar, bertenaga dan jujur..cuma pandangan 20sen aku je..

Untuk GOKIGEN ni aku dah follow mereka dan diorang agak bagus untuk citarasa aku..sesuatu yang baru dan bersahaja.Harapan aku satu je, diorang boleh bertahan lama sampai aku ke Jepun kembali..hahaha..Meh aku kongsi sikit profil diorang..ada twiter dan blog, korang check lah sendiri dan kaji..aku cuma bagi laluan je..


hibiyan, peropon, ichiho, kajunyan (2016)

peropon, hibiyan, chiiho, rinrin, nagi-chan (2017)


peropon, alice, chiiho, rinrin, nagi-chan (2018)


Gekijou-ban Gokigen Teikoku PROFILE

Kanji :  劇場版ゴキゲン帝国
Nama Sebelum : Ultimate Future Weapons mofu (最終未来兵器 mofu)
Twitter :  @gokigen_teikoku
Instagram : @gokigen_teikoku
Tahun Aktif : 2015 (sebagai UFW) 2016 (sebagai Gokigen)
Label : -







Empire MEMBER

 Shirahata Ichiho
白幡いちほ(しらはたいちほ)
Role : Ketua / Leader
Tarikh Lahir : 18 November
Tempat Lahir : Fukushi, Tokyo, Jepun
Darah : O Type
Tinggi : 159cm
Warna : Biru Muda
Hobi : Magic Card Gathering, Tonton Anime, Cosplay, Game, Melukis
Kemahiran : Membuat Pakaian Cosplay, Buat muka pelik
Twitter : @1ho1118
Instagram : @ichiho_shirahata
Ameblo : sukiyaki-heart
Gelaran : Bidadari Mabuk "The Drunk Angel" ICHIHO
Info : Terkenal dengan "Loving Sake Idol" sebab selalu bawa botol sake atas pentas
Trivia : Komander teater empayar Gokigen.
Bertanggungjawab untuk berkibar panji. Seseorang yang memberitahu sejuta kali jika anda tidak bercakap.
Peranan Lain : Presiden of GGT


Ponto Pero
先斗ぺろ
Tarikh Lahir : 18 Disember
Tempat Lahir : Fukui, Jepun
Darah : A Type
Tinggi : 165cm
Warna : Putih
Hobi : Tidur, Tonton Anime, Bergambar, Berlari, Perhati gadis comel di cafe.
Kemahiran : Gymnastic, Senaman, Membuat pakaian cosplay, 
Twitter : @PontoPero
Instagram : @onigirin_ggt
Youtube Channel : ぺろちゅーぶ 【ゴキ帝の先斗ぺろ】
Tik Tok ID : PontoPero
Gelaran : Bom Bertenaga "Energy Bomb" PEROPON
Info : Terkenal dengan kecomelan. Sangat bertenaga dan hyper di atas pentas dan di hadapan peminat dengan lidah yang tajam.
Trivia : Pendatang baru teater empayar Gokigen.
Saya tak boleh bayangkan apa yang di lihat dari orang dewasa.
Bila lakukan persembahan live, Gokigen juga gementar.



Tsuzura Nagi
廿楽なぎ(つづらなぎ)
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Darah : -
Warna : Hijau
Hobi : Gitar, Cosplay, Anime, Lukisan Grafiti, Mendengar musik untuk tidur
Kemahiran Khas : Bermian Piano, dengan muka malas/mengantuk
Twitter @Tsuzura Nagi
Instagram : @tsuzuranagi
Ameblo : tsuzuranagi
Gelaran : NAGI-CHAN
Info : Pakar penghibur dan pelawak di atas pentas
Tarikh Kemasukan : 2 Mei 2017
Peranan Lain : Ketua Operetta's Counter Attack



Onigiri Rin
御握りん​(おにぎりん)
Tarikh Lahir : 11 April
Tempat Lahir : Yonaga, Tottori, Jepun
Darah ; B Type
Warna : Merah Jambu / Pink
Hobi : Musik, Fesyen & Tidur
Kemahiran Khas : Potong & Merapikan 'bang' rambut dengan rapi dan lurus
Twitter : @onigirin_GGT
Instagram : @onigirin_ggt
Ameblo : onigirin-ggt
Gelaran : RINRIN
Info : Pembuat onigiri besar dan sedap. Trademark bersama onigiri flushie
Info : Pelakar Kolej Teknikal, bekas pelayan cafe dan kerani kedai buku
Tarikh Kemasukan : 2 Mei 2017


Shiino Arisu
紫乃ありす(しのありす)
Tarikh Lahir : 14 September
Warna : Purple / Ungu
Twitter @alicechan_ggt
Instagram : @alicechan_ggt
Gelaran : ALICE
Tarikh Kemasukan : April 29, 2018


Ex-Empire MEMBER

Ujo Kaduki
雨情華月(うじょうかづき)
Tarikh Lahir : 15 Ogos
Tempat Lahir : Hijime, Hyogo, Jepun
Darah : O Type
Tinggi : 160cm
Warna : Merah Jambu
Hobi : Game, Cosplay, Kumpul koleksi pakaian Lolita, Karaoke, Melukis
Kemahiran : Pakar medandan rambut, pendandan kuku, peminat kereta
Twitter : @xsyndromex
Ameblo : xsyndromex0815
Youtube Channel : 雨情華月
Gelaran : Puteri Sadis "Sadastic Princess" KAJUNYAN
Info : Terkenal dengan Ladylike, Seksi, & Sadastic Princess dari Hajime Castle. Official Cosplayerdengan banyak nama dan gelaran.
Trivia : Pegawai perakaunan teater empayar Gokigen
Tahap kecomelan yang natural, keseksian yang seksi, getaran Super Kansai.
Saya tak mampu melompat
Tarikh Garduasi : 16 April 2016
Sebab : fokus pada karier solo & modeling

Kyuken Hibiki
九軒ひびき
Tarikh Lahir : 25 September
Tempat Lahir : Kanagawa Prefecture, Jepun
Darah : A Type
Tinggi : 162cm
Warna : Ungu
Hobi : Menonton Anime, Mengambil Gambar, Menghilangkan diri
Kemahiran : Tangkap ikan emas, jentik jari
Twitter : @Hibitaso
Ameblo : hibiki-green
Gelaran : Gadis Pemulih "Healing Vegi Girl" HIBIYAN
Info : Terkenal dengan gaya konsep cafe "Maid Cafe". Selalu dan kuat tidur, lakukan apa dengan cara dia, dan suka dengan sayur-sayuran.
Trivia : Jurucakap teater empayar Gokigen
Pengimbang yang bersekutu seorang bersendiri tetapi mempunyai perasaan kagum.

Berhati-hati untuk kehilangan mata anda apabila anda sedang tidur.
Tarikh Garduasi : 12 Mac 2018
Sebab : masalah kesihatan yang berterusan




Discography

Studio Albums
2016.04.13 - Sanpi Ryoron (賛否両論) (sebagai UFW)

Album
2018.11.21 - Indie Best

Singles
2015.06.24 - Kaishin no Ichigeki -Critical Massive Attack- (sebagai UFW)
2015.12.09 - RED ZONE (sebagai UFW)
2017.04.10 - Hito no Kane de Yakiniku Tabetai
2018.03.09 - Summerpanty
2018.04.09 - Uretai Capriccio


GGT-ROCK - Gekijou-ban Gokigen Teikoku


Taisetsuna Oshirase - Gekijou-ban Gokigen Teikoku 


Hito no Kane de Yakiniku Tabetai - Gekijou-ban Gokigen Teikoku


I NEET YOU - Gekijou-ban Gokigen Teikoku
s



GOKIGEN is CRAZY

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "