Mac 05, 2017

Dream League Soccer 2017 Kit~

Kit JDT untuk Dream League Soccer 2016 dah ada yang release..kali ni bukan aku buat, cuma aku share je..sebab kali ni malas nak buat..haha..


Kredit untuk : Kunchalana

Logo JDT

Home Kit (Special Kit) #1

Home Kit (Special Kit) #2

Home Kit

Away Kit

3rd / Alternate Kit 

Goal Keeper Home Kit

Goal Keeper Away Kit



ale! ale! ale!

Mac 04, 2017

ale! ale! ale! ale! ale! ale! ale!

Lagu yang aku tunggu! serious nice kot..memang membakar jiwa layan bola..semangat berkobar, kekecewaan dan sokongan tak berbelah bagi dapat rasa dalam lagu nukilan Mel Ramlan, lagu yang di buat untuk Youtuber tifo bolasepak tempatan yang terkenal, TifoArena..aku salah seorang fan TifoArena sebab diorang sangat natural dan pihak mana2 side walaupun kadang2 agak sarcasm tu kuat..haha

TifoArena : TifoArenaYoutube
Twitter : @TifoArena
Facebook : @TifoArena


Dah! Dah! Moh layan lagu rasmi TA,.....


Aku Turun Stadium
Mel Ramlan

Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung!!

Apa khabar kawan semua
Ini lagu buat semua
Jangan marah mohon terasa
Ini kan cuma lagu saja

Dua puluh empat lima siap sedia
Magrib jangan lupa
Kawan mari semua
Malam ini kita lihat
Siapa menang siapa kena
Sorak sahaja
Tenang sahaja

Nama sponsor kena jaga
Jangan main gila
Nanti bajet kena tarik
Baru padan muka
Turun stadium nak tengok bola
Tiang gol pun tak ada
Apa cerita ini kelakar
Serius kelakar

Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..

Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung!

Aku bukan Tifo Arena
Suka provoke sana sini
Bukan Safee Sali
Safiq Rahim jauh sekali
Harimau Malaya jangan berhenti mengaum
Harimau Malaya membaham piala dunia

Budak-budak zaman sekarang
Acah-acah nak jadi holigan
Badan sado sikit mula nak cari gaduh
Kejor yob Kejor
Jangan sampai bergaduh

Peteh Teganu Peteh
Hobin Jang Hobin
Gegau Melaka Gegau
Hogoh Pahang Hogoh
Selangor Sampai Mati
Pulun Kedah Pulun
Gomo Kelate Gomo
Manis senyum sokmo
Luaskan Kuasa Mu
Kuasa apa yang kau mahu

ale! ale! ale! ale! ale!
ale! ale! ale! ale! ale!
ale! ale! ale! ale! ale!
ale! aleeeeeeeeeeeeee!

Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..!
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..!
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung..!
Aku turun stadium
Bawa semua satu kampung...............



ale! ale! ale! ale! aleee!




Mac 02, 2017

HKYT!!!

Damn! MV Gokigen dah release, MV yang di nanti2 kan akhirnya release jugak! Bila play..........ahhhh..menangis siak layan..menangis sebab happy dengan lagu full dia..walaupun MV dia simple gila tapi tak kedekut, siapa bagi resolution 2160p aka 4k lagi..play je aku terus hype tak terkira..haha..hilang semua perasaan begang dan bengkek sebelum ni..keluar lagu ni, lagu momosu terus tolak tepi..asyik play & rewind balik je (eh dah macam layan dekat kaset siap rewind)..aku suka lagu ni bukan sebab apa, sebab lagu ni bagi aku hype and high energy..dah, dah, malas nak explain, just layan je lah woii..



劇場版ゴキゲン帝国 『人の金で焼肉食べたい』
Gekijou-ban Gokigen Teikoku 『Hito no Kane de Yakiniku Tatebai』




Yakiniku Tatebai!!




Februari 28, 2017

Rain ~~

Yanderu Watashi to yamanai Ame (病んでる私とヤまない雨) atau Yanderu Ame dalam singkatan nama untuk kumpulan idol ni..agak baru jugak lah idol ni, walaupun di bentuk dalam Disember tahun lepas (2016)..tau idol ni pun dari satu page dalam facebook dan teringin nak ambik tau sebab macam menarik konsep diorang ni..nampak macam death/dark idol..tapi tak tau lah kan sejauh mana, aku try google, youtube, masih terlalu asing dan tak ada yang upload any diggest pasal diorang..cuma ada twitter dan webside rasmi..di khabarkan group idol ni akan debut Mac 27,2017 ni..check pun diorang ada ada label walaupun masih baru..

Member yang aku selidik serba sedikit dapat info dari twitter diorang..

Risa - ex-member Yurukaku or Yurutto Kakumei (ゆるっと革命団 / tw : @yuruttokakumei)..dia dengan group dia pernah perform dekat Tokyo Idol Festival 2016 yang lepas..

Imoko - cuma gadis biasa dan aku nampak a few of cosplay dan aku boleh anggap dia ni otaku coser sebelum join idol..tapi dia antara yang comel dalam 5 member ni..

Erena - tengok dari twitter dia, dia cuma orang biasa dan wota sebelum join idol, dan antara dia follow ex-group Risa, Yurukaku..hehe

Reira - ex-member ARIA, kalau tak silap group ni kira local idol untuk daerah Osaka (@ARIAOffice)

Enma - pun tak dapat di kesan siapa sebelum ke Yanderu Ame, tapi dari selongkar profil dia ni wota member Morning Musume, Makino Maria..huehuehue, ni bait nak gua oshi ke dia ke apa..nampak je profil dia ganas, lahir dari neraka lah, tapi wota Maria beb..haha


Nak cerita banyak2 pun aku tak banyak infomasi sangat, detail aku korek pun tak banyak membantu..ni je lah aku dapat bantu..haha..lagi pun diorang masih bergerak cara indie dan maybe lepas diorang debut baru banyak digest performance diorang yang boleh dapat..kan.. 


reira, imoko, risa, enma, erena

imoko, erena, enma, reira, risa


Yanderu Ame PROFILE

Webside : yannderuame.com
Twitter :  @yannderu_ame
Youtube : -
Tahun Aktif : Disember 2016 - 




Yanderu Ame MEMBER

Mochizuki Risa (望月りさ)
Tarikh Lahir : Julai 24
Tempat Lahir : Tokyo, Jepun
Tinggi : 152cm
Kegemaran : Cili, Sake, Miffy-chan
Kurang Gemar : Menhera Fesyen
Warna : Merah / Red
Twitter : @yannderu_risa


Namagaki Imoko (生牡蠣いもこ)
Tarikh Lahir : Mac 19
Tempat Lahir : Aichi, Jepun
Tinggi : 157cm
Kegemaran : Benda yang hidup/bernyawa
Kurang Gemar : Hantu
Warna : Biru / Blue
Twitter : @yannderu_imoko


Usanagi Erena (宇佐木えれな)
Tarikh Lahir : Ogos 2
Tempat Lahir : Fukouka , Jepun
Tinggi : 164cm
Kegemaran : Arnab
Kurang Gemar : Burung, Serangga
Warna : Kuning / Yellow
Twitter : @yannderu_erena


Yukimori Reira (雪森れいら)
Tarikh Lahir : Jun 23
Tempat Lahir : Osaka, Jepun
Tinggi : 155cm
Kegemaran : Strawberi, Bisoujo Anime
Kurang Gemar : Roller Coaster
Warna : Merah Jambu / Pink
Twitter : @yannderu_reira


Enma Arisa (閻魔ありさ)
Tarikh Lahir : April 25
Tempat Lahir : -
Tinggi : 155cm
Kegemaran : Filem Seram, Anime, Hamburger
Kurang Gemar : Tempat Sempit, Burung Merpati, Tikus
Warna : Ungu / Purple
Twitter : @yannderu_enma




jigoku aidoru?? haha


Februari 25, 2017

DEATHLESS!!

music player aku yang tengah mainkan lagu2 baru dari album DEATHLESS

cover album NECRONOMIDOL, DEATHLESS


Hmm, lama aku tak review pasal lagu yang aku layan, sekarang ni terasa terpanggil nak review lagu2 baru dalam album NECRONOMIDOL..banyak kali aku layan tapi tak ada satu lagu mengecewakan aku cuma terkilan sebab ada lagu yang di rekod semula cuma untuk ganti suara bukan untuk penambah baikkan..

Settle layan lagu2 dalam album baru NECRONOMIDOL, DEATHLESS..memang awesome kali ni..death soul dan romance in death tu memang terserlah..dalam 7 lagu baru & 1 lagu re-make, aku paling suka lagu KERES THANATOIO..sebab apa? lagu ni terlalu romantik dan syahdu untuk aku..
dari translate, line ni paling aku syahdu,
"Tonight! Let me hear your scream of grief 
Your tears become my nectar 
Your tragedy is my banquet 
Drowning in blood Your never-ending grief"
hahaha XD
music death kali ni agak klasik sungguh..


Ni sekadar pandangan murahan aku je sebagai salah seorang peminat Metal tentang lagu baru NECRONOMIDOL ni..


Artis : NECRONOMIDOL
Album : DEATHLESS
Tarikh Rilis : 22 Februari 2017

1. END OF DAYS
- typikal core-metal, sacrife to darkness..alunan musik yang tersusun penuh dengan kegelapan dan lontaran vocal dari pemain suara pun memainkan peranan yang bagus..dapat rasakan level sorrow diorang..haha

2. 4.7L
- boleh feel sikit musik evanescence & versamerge tapi horror element still mantain..element electro dalam musik metal memang dah biasa cuma tak terlalu mainstream untuk fan metal..maybe diorang nak sampaikan happiness of darkness tu secara calm..

3. SKULLS IN THE STAR
- lagu lama Necronomidol cuma remake dengan suara member baru..fek, tak ada suara Hotaru rasa lain..kalau yang tak pernah denagr, musik2 dia memang seakan-akan musik metal dan pop-rock tahun 80-90an dulu..

4. KERES THANATOIO
- romance in darkness, sangat syahdu weh..pada aku lah, lirik dia dan musik dia terlalu romantik dan sweet untuk dunia darkness ni..romance in darness macam aku sebut mula2 tadi..passion in romance aku dapat rasakan, macam seolah2 walau dalam kegelapan, romance tu tetap wujud walaupun dalam cara yang agak salah..haha


5. CHUNGKING REDLINE
- musik metal yang agak klasik, macam tengah layan Immortal or Burzum..bila layhan lirik sedikit menakutkan..berkaitan ritual dan semanagat..just thinking pasal "Reinforced Concrete The Thousand-Faced Moon" tu cukup buat aku tertanya-tanya..

6. HEXENNNACHT
- lagu ni agak horror sikit la, memang pasal darah, tragedi, side of mortal..haha..kepudaran dalam kegelapan, kesedihan dan dendam kesumat, kehidupan yang akhirnya hanya jumpa kepada kematian semata-mata..kalau faham ia lebih kepada cerita "Walpurgis Night", apa tu Walpurgis Night? tu kena kaji sendiri..haha

7. NEPENTHE
- lagu ni ceria sikit, macam lagu chinese-pop or japanese-pop 70-80's tapi lirik..dahsyat gak, pasal malam mulia untuk kegelapan, Night of Genesis, Night of Revelation..walaupun Tokyo sebuah bandar terang, penuh pengharapan tapi di sebalik kegelapan dan tangisan di sisi gelap tak siapa peduli..

8. ITHAQUA
- yang ni, memang aku terasa sangat Immortal or Burzum..lama tak layan lagu metal yang macam ni, lirik just mention about mitos kegelapan je..mitos yang berkaitan dengan Aurora, walaupun Aurora sangat indah dan cantik, tapi di keliling Aurora penuh dengan kegelapan, kesejukan yang melambangkan kesedihan, kesengsaraan yang tengelam kerana kehidupan yang tertumpu pada sesuatu yang indah..


Rate, aku berani bagi : 
4.9/5.0
kurang 0.1/5.0 sebab agak kecewa tak ada apa2 perubahan dekat lagu SKULL IN THE STARS..haha




Let the Aurora Borealis light your way

Februari 22, 2017

AFC - ASEAN ZONAL!!

Piala AFC 2017 kembali!! Yosh aku terasa tahun ni nak buat scoreboard sendiri tapi fulltime je lah..cuma final result scoreboard je..hahaha..dan lebih memfocus pada kelab dan kumpulan yang membabitkan kelab dari Malaysia, Johor Darul Takzim FC (Kumpulan F) & Felda United FC (Kumpulan G)..serta pesaing dalam kumpulan F & G..


Pemenang Piala AFC 2016





2017

KUMPULAN F





Match 1 - Tan Sri Hassan Yunos Stadium, Johor, MALAYSIA
vs Boeung Ket Angkor FC (CAMBODIA)



Match 2 - Thuwunna Youth Training Center Stadium, Yangon, MYANMAR
vs Magwe FC (MYANMAR)



Match 3 - Tan Sri Hassan Yunos Stadium , Johor, MALAYSIA
vs Global FC (PHILLIPINE)




Match 4 - Rizal Memorial Stadium, Manila, PHILLIPINES
vs Global FC (PHILLIPINE)





KUMPULAN G





Match 1 - Jalan Besar Stadium, Kallang, SINGAPORE
vs TAMPINES ROVERS FC (SINGAPORE)




Match 2 - Shah Alam Stadium, Selangor, MALAYSIA
vs Ha Noi FC (VIETNAM)




Match 3 -Panaad Park & Stadium, Bocolod City, PHILIPPINES
vs Ceres-Negros FC (PHILIPPINES)



Match 4 - Shah Alam Stadium, Selangor, MALAYSIA
vs Ceres-Negros FC (PHILIPPINES)











Invasion of Asia!!

Februari 16, 2017

Yakiniku Tabetai!!!!!

Owzz, lagu favourite aku tengah ON RECORDING! Cepat lah release weh..HKYT! HKYT!

Lagu : Hito no Kane de Yakiniku Tabetai (人の金で焼肉食べたい)
Idol Group : Gekijou-ban Gokigen Teikoku / 劇場版ゴキゲン帝国


Recording Song!


LIVE Performance ~~




HKYT! HKYT!

Februari 15, 2017

New Community Logo

Idea gila nak main photoshop, konon2 nak buat badge untuk idol aku minat, last2 idea untuk tahun ni punya logo badge keluar..apa lagi terus buat..photoshop tak power main illustration..hahaha..idea lanun dan harimau jadi tema tahun ni..lain2 tak reti nak cerita sebab main buat je..haha





&
ni hasil kerja aku duduk membongak idea bongak datang..haha
simbol sauh? oh well semangat lanun kan..haha





We Are Familia ~



Februari 05, 2017

02.02.2001

Otanjoubi Omedetou
Makino Maria
Morning Musume '17 member
02.02.2001





Hey Maria ~

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "