Memaparkan catatan dengan label SouthernWota. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SouthernWota. Papar semua catatan

Februari 15, 2017

New Community Logo

Idea gila nak main photoshop, konon2 nak buat badge untuk idol aku minat, last2 idea untuk tahun ni punya logo badge keluar..apa lagi terus buat..photoshop tak power main illustration..hahaha..idea lanun dan harimau jadi tema tahun ni..lain2 tak reti nak cerita sebab main buat je..haha





&
ni hasil kerja aku duduk membongak idea bongak datang..haha
simbol sauh? oh well semangat lanun kan..haha





We Are Familia ~



September 25, 2014

KL Bon Odori !!

Konichiwa minna!! Ogenki desu ka? watashi wa genki desu! haa, kelmarin aku dah pos entri pasal aku pergi Natsu Matsuri kat Temasek, so hari ni aku nak pos entri Natsu Matsuri or kat Tanah Melayu punya diorang gelar Bon Odori, walaupun acara di kata kan di Kolumpo tapi ia berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, kompleks milik orang2 Nippon Tanah Melayu..Acara berlangsung sabtu lepas, September 20,2014. So Southern Wota tetap hantar wakil, aku, Nubu & Frei selaku pioneer SoW. Haha.

Kami bergerak dari Joho ke Kolumpo naik bas sebab nak jimat & tengah bulan kot. Bergerak kami dari Joho ke Kolumpo dengan bas terakhir dan tiba di TBS sekitar 3 pagi, so sementara tunggu geng kami, Faris aka Boya Puchong mari, kami bermalam dan tidur di TBS sementara pagi menunggu kawan dari utara, Boey. Bila pagi menjelma & Boey tiba, lepak semetara tunggu Faris. Faris tiba dan bergerak menuju ke rumah beliau. Kami bermalam di teratak beliau. Syukur kami dapat berteduh. Hehe. Petang sikit kami bergerak ke Shah Alam, kami naik kereta Faris & Faris seperti biasa beliau raidaa. So aku yang rajin nak drive dalam kolumpo. Oh rindu gila nak drive kat Kolumpo dan dapat lepas gian drive kat Kulompo. Orang2 Kolumpo faham2 je la macam mana jalanraya anda. Hehe.

sorotan KL Bon Odori yang lain, bawah ni cuma sikit2 & kalau nak penuh sila ke link flickr den. Hehe

KL Bon Odori -  https://www.flickr.com/photos/faanzieckry/sets/72157647472191770/




 muehehehehe..budak liar SoW katakan..

 raining!!

 kawaii imouto!! adik angkat yang shomel..hehe




 Southern Wota feat Kolumpo Wota
Raja Aliff Va pun nak jugak!! haha


Aktiviti yang meriah walaupun keadaan hujan lebat bila petang dan nasib baik tak di batal. Dapat lah join menari Bon Odori. Dapat jumpa member2 lama yang lama tak jumpa, member2 fB yang tak pernah jumpa dapat jumpa macam Shida Mitsui, Boey dll. Aku dan Frei terasa sikit macam artis sebab kami pakai t shirt Momoclo (Momoiro Clover Z), so ramai Nihonjin tegur kami dan ada ambik gambar dengan kami. Hihihi. Aku pakai warna shirt momoclo Pink (Aarin), aku memang oshimen Aarin & Frei pakai warna Ungu (Reni) walaupun Reni cuma Oshihen Frei. hehe


hadiah dari Abe Faris @ Boya Puchong..kih3..
 hadiah dari Ain @ Kawaii-chan @ Sweet Imouto (pict atas & bawah ni)

So, ini antara hadiah aku dapat masa join Bon Odori, dapat PB Morning Musume Alo Hello 2012 dari abe Faris, T shirt Jakarta & Keychain Gajah (dari batu gunung berapi katanya) dari Imouto kesayangan aku, Ain @ Kawaii-chan! rindu siot kat Ain & lama tak jumpa dia makin comel rasa nak picit2 je tapi sebab ramai orang. Dapat jumpa kejap je tapi berbaloi dan happy sangat. Hehe

Oklah sampai sini je lah coretan aku sebab aku nak tidur dah. Lain kali aku tulis lagi, Oh ye, Sabtu ni pun ada Bon Odori kat Joho, so after kerja comfirm aku terus gerak Sutera Mall. Hehe. Ja Ne~



Bod Odori! Sore! Sore!

Ogos 16, 2014

Back On Stage! Wake Up Locomotive!!

KONICHIWA!! Minna! Ogenki desu ka? Waaaa! lama sia tak ber'blog' since Mei lepas..dekat 3 bulan eh tak blog. Maklum lah sibuk sikit..Dah kerja ni malas nak update apa2..penat kot. Sekarang ni macam nak ber'blog' balik. Banyak benda aku nak kongsi cuma aku cuma kongsi yang mana terdaya je lah ye. Perkongsian aku lebih berkongsi tentang dunia Wota & Otaku baut masa ni selain sedikit kegembiraan hidup aku. Mungkin suka dan duka. Aku cuba menjadi yang lebih baik dari semalam dan terus mengapai impian dan cita2 yang tak seberapa hebat dan ampuh.

Untuk entri pertama. Meh aku kongsi pasal aktiviti lepas raya selaku Otaku & Wota, kalau bukan event EoY (End of Year Cosplay Festival) 2014 di Marina Barrage, Singapura. Event ni berlangsung selama 2 hari sabtu & ahad (2 & 3 Ogos 2014) & aku pergi dua2 hari ni. Sebab apa aku pergi dua2 hari ni sebab aku rasa event ni sangat best & santai. lagipun event ni event outdoor. So aku boleh hunting cosplayer dengan selasa dan bebas tak macam sesetengah tempat yang indoor dan pergerakan agak terbatas. Tapi apa yang penting aku pergi sebab aku nak jumpa Penta & Marisu iaitu gadis2 dancer dari Nico Nico Dancer. Dua2 ni sangat comel & bertenaga. Paling comel dah tentu Penta or Asibuto Penta. Orang nya sangat comel, cool & peramah. Penta seboleh2 cakap english walaupun tak fasih. Aku nak cakap jepang tak power & cakap english je lah, nasib baik Penta faham. Dengan Marisu tak kisah sebab Marisu (Marice) punya english boleh tahan. Event untuk dua hari ni aku punya kerugian hampir SGD50++,  habis sebab cheki & item. Cuma satu item, magazine Bomb aku beli sebelum ke EoY 2nd day.

Apa2 pun, aku nak kongsi sikit gambar hari kejadian. Sebahagian aku kongsi dalam blog ni & selebihnya dalam flickr aku. Ini je lah aku dapat kongsi untuk hari ni dan pertama untuk setelah sekian lama hiatus.


EoY 2014, Marina Barrage Singapura


Antara Cosplayer yang sangat kawaii & kakkoi ~






Penta & Marisu (Nico Nico Dancer) & Pika Pika Girls

 Marisu & Penta ~

 Pika Pika Girls

 Marisu & Penta

 Penta

 Marisu

 Penta


Geng Southern Wota & Singaporean Wota/Otaku

 Penta & Me ~

 with Marisu
 with Penta

at 1st day, --> CEO, Chip, Joe & Afiq



See You 2015 EoY :

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "