November 27, 2011

Inspirasi dari Cik Yoshizawa Hitomi GPB-04B BEARGGUY (hANGRY custom)


Yeah! Siap jugak projek terbaru aku, Beargguy custom. Idea ni aku dapat dari bintang pujaan aku, cik Yoshizawa Hitomi melalui watak hANGRY dalam kumpulan hANGRY & ANGRY-f dan jugak melalui maskot dia. Tengok gambar kat bawah ni. Hampir sama tak. Kih3

Memang banyak cabaran masa aku nak buat dan cat beargguy. Aku perlukan banyak material seperti cat, primer, clear coat. Ada part aku terpaksa buat sendiri seperti tanduk/rambut spike bargguy sebab tu ciri2 yang wajib ada pada cik Yossi. Aku buat bahagian tu daripada papan potong sayur yang aku beli dari kedai Daiso, rm5 je dan saiz dia tipis je, 0.9mm je. Nak beli pla-plate tak mampu dan mahal. tapi sama je aku gunakan papan ni dan cuma leceh sikit lah nak potong dan cat. Makan masa dan perlukan penelitian yang betul. walaupun kurang menjadi hasilnya aku tetap puas hati dengan hasil aku dan aku akan upgrade dari masa ke masa. cakap banyak pun tak guna, meh layan gambar2 yang aku ambik untuk tontonan korang semua. Layan ok :)


Amacam, layan. Ok tak ke KO. haha. Masih banyak kelemahan perlu aku baiki di masa depan. Apa pun banyak nasihat aku dapat dari salah seorang pemenang New Challanger BAKUC 2011, abam Mior Hezri macam mana nak bagi pertingkatkan kualiti painting dan cara painting dengan betul. Projek seterusnya akan dilancar tahun depan cuma tak tahu lagi gundam model apa akan aku jadikan 'custom project'. Cuma yang tinggal hanyalah sekotak Gundam AGE-1 Normal yang masih perlu aku settlekan sebelum gunpla baru akan muncul. Adios.


hANGRY a.k.a Yoshizawa Hitomi Project:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "