November 14, 2011

Projek Raya Haji ~ [GNR-101A - GN Archer]

2 hari sebelum Raya Haji hari tu aku jalan2 macam biasa, seorang diri sementara nak tunggu member baik aku, Cik Ayu balik dari Kelantan. Apa lagi lambat nak tunggu cik Ayu sampai, aku sempat pergi ronda2 area KLS City. Saja je jalan-jalan cari makan, kih3. Tengah2 berjalan, aku singgah satu kedai buku ni. Ingat nak cari Majalah Hobby baru tapi tak keluar lagi daa. Dalam tengah2 belek buku, ternampak kat almari kaca kedai tu. Aku ternampak satu model kit yang aku nak sangat. Iaitu, GN Archer. Gundam lah senang cerita. Kih3. Tanpa fikir panjang aku terus sambar. Bukan BANDAI tapi brand china, GaoGao. Murah je, rm24.90. Balik lepas hantar cik Ayu balik rumah aku terus belek2 runner2 yang ada. Sikit je, sama macam runner2 Nadleeh tapi kekemasan brand GaoGao ni lagi bagus dari TT Hongli cuma tak sehebat BANDAI la. Cuma masalah warna tak menarik dan aku cadang nak re-paint balik. Tapi cuaca yang kurang baik sekarang ni aku rasa akan jadi lambat untuk di siapkan. Memang lambat pun siap. Dekat 10 hari jugaklah aku nak siapkan model ni. Sebab nak spray perlukan cuaca yang betul2 panas baru cat boleh kering dengan cantik dan shining. Kalau tak mesti bercapuk dan bergelembung. Hehe. Aku tak reti nak cerita banyak. Korang tengoklah hasil dan illustrasi dari gambar2 yang aku tangkap ni ok.


Walaupun hasil nya bagi korang kurang menarik tapi bagi aku, aku cukup puas hati dengan hasil kerja aku sendiri. aku akan sentiasa uprgade skill dan mutu painting aku di masa depan. Korang tunggu lah update entri terbaru dari aku. Projek lepas ni aku akan gabungkan Beargguy dan hANGRY iaitu maskot bagi cik Yoshizawa Hitomi. Salam


Re-paint GN Archer oleh:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "