Konnichiwa minna-san!! hehe..minggu ni antara minggu yang agak happening sebab ada dua perkara, satu bonus dan satu lagi makan free. Siapa tak suka kalau dapat bunos, hehe. Berapa bulan? rahsia la, tak banyak tapi lebih baik dari tak ada. Kan~
Hari ni bos belanja makan sempena CNY tak lama lagi, aku antara budak2 ofis dapat invite. Alhamdullillah. Makan2 gaya sambut CNY tapi halal. Lunch CNY bos belanja dekat Daiman Peking Restaurant Golf Resort. Boleh tahan masakkan dia. Banyak wo aku makan tadi. Dan sambil tu boleh cuci2 mata sikit tengok pelayan, ramai boleh tahan tapi sorang je taste aku kot. Haha. Apa taste aku? dah tentu yang berkaca mata dan mata sepet la, kan nampak comel dan seksi. Lalala. Sempat jugak lah sakat sikit2. Budak2 katakan. Hoho. Sekarang ni tinggal angpau saja lagi. Tengoklah esok lusa dapat lah tu macam tahun lepas. Ngeh3.
Oklah, aku pun dah barai, nak masuk tidur dulu, lain kali sembang lagi. apa pun sebelum aku blah, aku ucap Selamat Tahun Baru Cina buat sahabat2 kita berbangsa cina dan yang mengunakan kalender luna. Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le. Ja ne~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan