September 23, 2017

Harupii, Reon & PinkCres @ JEM 2018

wew~ lama seh tak posting apa2 dekat blog. nak kata busy tak nak kata tak ada idea pun ye. hahaha. tapi lebih kepada pemalas yang sebenarnya..oh well biasa lah, masa puasa dengan raya memang malas gila nak posting apa2 apatah lagi shit posting. hahahaha. lepas raya pun event cuma focus dekat event VAX (Visual Arts Expo) dengan JEM (Japan Expo Malaysia). So far dua2 event ni berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara sangatlah teruk nak di perkata kan. tapi ambik tu sebagai pengajaran yang membawa ke arah benda yang lebih positif,cewah poyo je. So ~~ apa benda aku nak story dulu ea, JEM or VAX. Oklah aku cerita pasal JEM lah walaupun VAX lagi awal seminggu dari JEM tapi demam VAX dah abis tapi demam JEM masih kuat seh.



Ok pasal JEM, JEM ni apa benda seh. Secara tulisan memang lah Japan Expo Malaysia tapi kalau lebih mendalam dia lebih kepada cara gerak kerja negara matahari terbit, Jepun untuk mempromosi negara diorang dengan lebih dekat dengan rakyat Malaysia. Sempena ulangtahun hubungan diplomatik Malaysia-Jepun, Jepun pun sedia kan dana yang aku tengok agak besar dengan suasana expo untuk 3 hari. Japan Expo ni julung2 kali buat dekat Malaysia dan menarik yang menguruskan acara ni organisasi dari Thailand. Kenapa organisasi Thailand? Sebab Japan Expo ni pun salah satu acara produk dari hasil kerja mereka di Thailand dan Japan Expo Thailand (JET) pun adalah kelolaan mereka di sana.

Ok, kita focus apa yang sepatutnya berlaku..hahaha..cewah..sebenarnya pergi ke JEM bukan sebab ianya adalah Japan Expo tapi lebih nak jumpa idol, iaitu artis jepun yang datang buat persembahan dekat situ. Dua orang idol di datangkan untuk buat persembahan iaitu, Haruka Yamashita aka Harupii (Spring Chubit) & Kurosaki Reon. Oh hampir lupa tak juga satu idol yang last minit join, Pink Cres.





Sepanjang 3 hari persembahan, mereka berdua ni dah perform 5 kali persembahan





Aku sebenearnya tak de idea nak tulis tapi still nak tulis. Tapi buat masa ni, aku story in basic, in future kalau aku nak tambah penulisan aku, aku akan tambah dekat sini jugak lah..hahaha..nah belanja sedikit gambar dari JEM yang lepas. Sekarang ni berharap akan ada JEM 2018..haha














Ok yang ni pulak dari side aku. Hmm kali ni sebab yang datang bukan idol yang dalam list aku minat, tapi sebab atleast nak ada satu moment, so aku cuma cheki dengan Reon je. Lagi pun time ni memang tengah tak ada duit sangat..bawak pun cukup2 untuk makan, minum dan tempat tinggal sikit..berjimat cermat dan nasib bukan top idol aku, kalau tak mau aku naik gila dan nak je campak duit..haha..Masa tengah cheki aku tunjuk nama twitter aku since banyak idol yang aku jumpa tak pandai eja nama aku yang super simple ni..hahaha..masa tunjuk twitter aku, Reon tanya aku dah follow dia ke? Aku buat2 aku tak ingat, padahal dah follow lama dah..hahaha..sekali Reon nak tengok, dia suruh bukak twitter dia, sekali bukak aku dah follow, dia happy je aku dah follow dan dia pun dah follow aku balik..haha..

cheki dengan Reon, buat pose Bang! Bang!

twitter Reon : @kurosaki071


Part ni paling best..sebab apa? Misi aku nak jumpa Mikan (watak dalam JKKK Musim 2) atau nama betul dia, Yumi Mikaato, akhir nya tercapai..nampak dia time abis performance Piko Taro, dari jauh nampak dia, terus pergi ke tempat dia, sekali dia nak blah, nasib baik ada peminat lain ajak bergambar, so bila sampai sempat la ambik gambar dengan dia..impian lama tercapai..haha



Dan akhir sekali, ni gambar reramai lepas sesi interview team kitorang dengan Harupii dan Reon..first time kitorang interview idol weh..so carca marba sikit..





video interview dari team kami, follow lah kami di fb : 





Bang! Bang! Bang!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "