September 29, 2017

EMPaYAR


EMPiRE..dengar nama je dah cukup gah dan menakutkan..nama yang cukup besar dan mungkin kemunculan mereka sesuatu yang di luar jangkaan..tapi itu baru nama dan nama tak cukup memberi satu makna mereka akan jadi satu fenomena luar biasa dalam dunia idol..Satu projek baru oleh WACK dengan kerjasama Avex secara rasminya..siapa yang follow WACK tentu dah tau siapa mereka ni dan mereka ni lah yang mencipta satu fenomena luar kebiasaan dalam dunia idol dengan ideologi anti-idol atau lebih senang Alternative Idol..satu projek mereka yang pernah mengegarkan dunia idol satu masa dulu, BiS (Brand New Idol Society), pernah mencipta nama dari jalanan sehingga ke pentas Budokan dan di bubarkan apabila mencapai objektif..kemunculan mereka membuat lebih banyak group2 idol yang berkonsepkan Alternative atau Underground muncul masa kini..tapi aku bukan nak cerita pasal BiS, tu lain kali boleh..secara ringkas nya, kira EMPiRE ni adik/sister group kepada BiS, Gang Parade & BiSH..

Sebulan EMPiRE di umumkan satu dunia idol, dengan pengumuman mereka yang sedikit pelik sebab mereka mengumumkan satu projek idol yang muka mereka di rahsiakan sampai mencapai satu syarat yang di kehendaki..kira wajah diorang ni di purdahkan..Apa syarat untuk wajah mereka di dedahkan? Cabaran yang cukup susah untuk idol yang baru muncul dan lagi datang dari management yang walaupun ternama tapi belum tentu menjamin hasilnya..Syarat itu adalah, twitter rasmi dan twitter setiap ahli haru melebihi 10,000 follower sebelum wajah mereka di dedahkan kepada umum.

Dan member pertama yang berjaya lakukan adalah YUiNA apabila dia pertama mencapai follower melebihi 15,000++ follower awal bulan tadi..dah seperti di janji wajah dia di dedahkan tapi tidak member2 yang lain yang masih belum mencapai 10,000 follower..tak lama lepas tu, beberapa member berjaya mencapai jumlah melebihi 10,000 follower tapi wajah mereka di dedahkan tapi di sensor kan..satu perbuatan yang buat peminat sedikit kecewa dan hairan..perlu ke member2 yang ada ni mencapai 15,000 follower seperti YUiNA baru wajah mereka di dedah keseluruhan?


Pada September 28, 2017, setelah sebulan pengumumkan rasmi di buat tentang kewujudan EMPiRE, management telah membuat pengumuman tentang mendedahkan kesemua wajah member2 EMPiRE walaupun ramai masih belum mencapai `15,000 follower.


Setakat  September 29, 2017, jumlah follower Twitter rasmi EMPiRE & member2 EMPiRE

- EMPiRE - 12,474 follower
- YUiNA - 60,232 follower
- YU-Ki - 13,324 follower
- YUKA - 11,133 follower
- MAYU - 10,843 follower
-MiDORiKA - 11,220 follower

Info lain dari apa yang aku baca, EMPiRE pertama kali di munculkan dalam konsert TOKYO BiSH SHiNE 3@ZeppTOKYO pada Ogos 23, 2017. Dan mereka bakal mengadakan persembahan pertama di SCRAMBLES&WACK 3rd ANNiVERSARY WE ARE GROWiNG UP!! bersama2 sister2 group yang di bawah naungan SCRAMBLES&WACK seperti BiS, BiSH, Gang Parade & lain2..

Agak sesuatu kelainan dan aku tengah tunggu konsep musik dan lagu bakal mereka bawak sama ada seperti BiS/BiSH atau sama seperti mana dark idol yang lain seperti nama besar dark idol kini, NECRONOMIDOL..kalau NECRONOMIDOL lebih bercita rasa dark metal eropah, BABYMETAL yang bercita rasa dark metal US, macam mana dark musik EMPiRE? Oshi aku dalam EMPiRE aku minat siapa? awal2 lagi aku dah minat dengan MAYU walaupun dia paling sedikit follower tapi tak apa sebab cita rasa aku memang kena dengan aku, tepat jangkaan aku kali ni..hahaha..

info



kemunculan awal wajah di rahsiakan 

pendedahkan wajah keseluruhan member EMPiRE
MiDORiKA, YUKA, YUiNA, MAYU, YU-Ki


EMPiRE PROFILE
Webside : empire-official
Twitter :  @EMPiREIDOL
Youtube : -
Tahun Aktif : Ogos 23, 2017
Label : Avex
Agensi : WACK
Showroom : -



EMPiRE MEMBER


YUKA
Twitter : @YUKA_EMPiRE


YUiNA
Twitter : @YUiNA_EMPiRE


YU-Ki
Twitter : @YU_Ki_EMPiRE


MAYU
Twitter : @MAYU_EMPiRE


MiDORiKO
Twitter : @MiDORiKO_EMPiRE


Kemunculan Pertama EMPiRE



dark empire!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "