Mac 26, 2019

Birthday Collection ~


Rasa baru sekarang nak post pasal koleksi Hotwheels. Sebelum-sebelum ni macam malas nak post tapi kali ni rasa nak post pulak. Tapi kali ni aku kongsi koleksi hari jadi aku je lah. Hadiah aku dapat dari BFF aku. Siapa? Biarlah rahsia. Hahaha.

Aku ni tak adalah peminat dan pengumpul tegar koleksi Hot Wheels. Cuma aku kumpul yang mana aku minat dan rasa cun pada mata aku. Tapi aku suka model2 Muscle Car macam Mustang, Chevy, Cammaro. Minat jugaklah model-model JDM tapi model JDM ni rare sikit, biasa dah kena kebas awal-awal dengan geng scalper. Hahaha.

Meh aku share koleksi hadiah dari BFF aku.

Ford Mustang 05, Porsche 918 Spyder, Camaro SS 10, Dodge Charger, Chevy Nova 68, Camaro SS 05, Nissan 300zx


NISSAN 300ZX TWIN-TURBO

CHEVROLET CAMARO SS 2010
HOTWHEELS POLICE DEPARTMENT CUSTOM

CHEVROLET CHEVY NOVA 1698
GULF OIL / GAS CUSTOM

DODGE CHARGER STOCK CAR
NASCAR MOPAR McNAMARA CUSTOM

CHEVROLET CAMARO SS 2018
BREMBO CUSTOM

PORSCHE 918 SPYDER
BLACK ROADSTER CUSTOM

FORD MUSTANG 2005
HWGRFX CUSTOM





Mac 22, 2019

Latest Ex

Rasa baru blog aku semalam sebut pasal Nagisa Nagi, ex-member Gekijouban Gokigen Teikoku. Member Gokigen yang warna hijau dan rambut pun hijau jugak. Haha. Dan hari ni aku scroll twitter aku dan terjumpa seseorang macam kenal, sekali check rupa-rupanya Nagi. Lain dia sekarang, lagi comel dan simple, make-up pun dah tipis dan tak macam dulu yang agak tebal dan kaku. Dia comel cuma make-up tebal dia nampak dia lain macam tambah rambut hijau dia yang kurang sesuai, iye tahu semua member Gokigen rambut berwarna kecuali Peropon rambut hitam walaupun warna tema dia putih.

Berbalik pada Nagi, lepas agak lama menyepi dalam dunia idol dan hiburan, walaupun ada kelibat dia dengan member2 idol sebelum ni macam bersama Nanami & Onagirin, nampak sebelum ni dia seakan-akan  fokus pada dunia photography dengan ke hulu kehilir bersama kamera dia. Mungkin dia perlu masa untuk berehat sebelum kembali aktif dalam dunia idol atau hiburan. Tapi kemunculan baru dia kali ni tak guna nama lama dia, Nagisa Nagi tapi dengan nama baru, Nagino Hinata. Mungkin dia nak refresh diri dia dan taknak terikat dengan bekas kumpulan lama dia, Gokigen Teikoku. Sama apa yang di buat seorang lain member dan kawan sekumpulan dulu, Hibiki yang masa dalam Gokigen guna nama Kyuken Hibiki dan bila keluar dan kembali ke dunia idol berkumpulan dia guna nama Kunogi Kenbishi. Perkara biasa bila idol guna nama lain bila dengan group idol baru dan ada masa nama lain bila beraksi secara solo.

Meh aku kongsi sedikit sebanyak info yang aku tau pasal Nagi untuk siapa yang minat dekat dia.

Nagino Hinata
(凪乃ひなた)
Tarikh Lahir : 6 Ogos
Tempat Lahir : Miyagi, Jepun
Twitter : @NaginoHinata
Instagram : naginohinata
17 Live : naginohinata


Gambar-gambar lain









Mac 21, 2019

Withdrawal

Buletin
Mac 18, 2019, GOKIGEN JAPAN melalui akaun twitter Operettas Counter Attack (@operettas_ca) telah memaklumkan pembatalan atau penguguran salah seorang member, Melon or Meguro Shikanikan, berkuat kuasa serta merta sebelum performance di Shibuya Milkyway. Atas alasan apa Melon di gugurkan tak di nyatakan. Dan berikutan penguguran Melon maka performance di Shibuya Milkyway bersama kumpulan idol yang lain terpaksa menarik diri atas alasan kekurangan member dan kesuntukan masa untuk urus kembali performance nanti. Dengan penguguran Melon bermakna sekarang ni tinggal Gura & Hinata sebagai member Operettas dan Gura jugak satu2 member asal Operettas yang masih tinggal lepas Nanami & Mari meninggalkan operettas tahun lepas selepas mereka debut sebagai kumpulan.





Catatan
Bagi aku tak terkejut pun kalau group ni sorang demi seorang keluar dari group ni sebab kelemahan dari sistem management Gokigen Japan yang di ketuai member Gokigen Teikoku sendiri, Chiiho, nampak masih gagal nak angkat group ni satu tahap serasi dengan Gokigen sendiri. Bila idol mengurus idol bukan satu benda senang walaupun ada idol yang mengurus group idol tapi banyak datang dari pengurusan yang besar dan idol tu sendiri cuma mengurus di depan takbir dan tidak di belakang takbir. Tapi apa yang Chiiho buat ni dia sendiri urus group ni bersama team staff Gokigen Japan lain. Bila Chiiho meletak beban guide pada Nagi (turut keluar dari group tahun lepas) nampak tak sepatutnya member yang baru dan tak ada pengalaman untuk di letak dalam group tu dalam masa sama berkerja untuk Gokigen jugak. Memang Nagi ada leadership tapi terlalu awal sebab dia masih baru, ye aku tau nak letak Peropon or Alice or Onagirin sangat tak sesuai tapi letakkan Nagi buat dia rasa terbeban.

Budak2 operetttas bukan macam geng Gokigen yang asal yang start dari group tak menjadi, UFWmofu, tapi meletakkan tekanan sama macam Gokigen pada aku satu tekanan hebat untuk budak2 ni.Dengan sasaran tak masuk akal GGT nak ke budokan 2021 ni cuma ada 2 tahun untuk letak nama diorang sebesar BiSH sekurang2 agak mustahil sikit. Pada aku kalau Gokigen Teikoku nak ke budokan, diorang kena reset semula matlamat dan polisi diorang ke arah lebih  realisitik dan mampu diorang uruskan.Kesian weh member2 lama semua potensi dan bakat ada boleh pergi jauh tapi tak tahu apa hal dengan cara diorang bergerak macam terlalu terdesak dan mendesak. Kalau masih macam ni tak hairan impian Budokan 2021 akan hilang dan group akan hilang tahun depan. Ni cuma tulisan 20sen aku yang merepek tak melambangkan apa-apa pun. Ni cuma penilaian dan pemerhatian aku saja. Korang punya pandangan atau pendapat pun tak memberi implikasi dekat pandangan aku. Mungkin cuma boleh membuktikan aku salah dan kalau ternyata aku salah aku terima.


Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "