Memaparkan catatan dengan label GGT2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GGT2. Papar semua catatan

Mac 13, 2018

GGT the 2nd...another election

So infomasi aku dari post sebelum ni ada macam kesilapan atau ada penambahan ciri dalam pemilihan untuk anggota GGT 2nd nanti..

boleh tengok post lepas di sini

Sebelum ni masa last pengumuman, sepatutnya awal yang menang 4 terbaik terdiri dari 0718, 1108, 1105, 1214 sekali gus nama 0716 tersingkir sepatutnya tapi mungkin atas inisiatif pengurusan yang mungkin belum cukup memuaskan dari pemilihan kali ni dan mungkin tak cukup baik untuk menilai semula ke semua..mereka ambil keputusan untuk membuat pilihan lagi mendalam..cabaran seterusnya adalah cabaran daily video atau video tentang diri..dan dari keputusan dan pengumuman semalam, 12 Mac 2018, telah memilih 4 yang terbaik masa ni iaitu 0716, 0718, 1108 dan 1105..dan ini membukti kan 1214 telah di singkir dalam persaingan.

Dan minggu ni merupakan persaingan terakhir untuk baik 4 perserta untuk di gabung dan di bentuk kumpulan baru GGT 2nd. Keputusan akhir akan di umum pada performance live GGT akan datang pada 23 Mac 2018 di tempat pengumuman rasmi GGT, Shibuya SAMURAI.




Kalau 0718 dapat join GGT 2nd atleast terubat sikit lepas Hibiki tarik diri keluar dari Gokigen. Ada lah pengganti walaupun dekat Gokigen dah ada oshi baru..lalang tetap lalang..hahaha..aku pun tak berapa faham gak tahun ni aku macam obses sikit dengan semua tentang Gokigen..maybe dah sampai masa focus satu benda je kot..haha



rei-nana-ichi-hashi ~




Mac 09, 2018

Challenge & Hyperlapse

Genap tepat jam 2400 / Mac 8, 2018 / Waktu Jepun (aduh ada jugak ke buta kira masa ni, senang 12.00am / 9 Mac 2018)..akhirnya 0718 (Zero Nana Ichi Hachi) pos video cabaran seterusnya dari main group GGT (Gekijou-ban Gokigen Teikoku) untuk GGT2nd..member or peserta lain dah je pos tapi sebab 0718 ni member favourite aku so aku pos la dekat sini kan..kenapa aku pilih minah ni tak minah lain yang lagi lawa dan comel..sebab pertama, dia penuhi fetish idol aku..kedua dia jenis happy dan positif..aku suka karakter dia yang selamba dan senang bergaul..dan dia jugak berjaya sebut nama aku dengan baik (yes! yahooo!! batak sikit sekali sekala) hahaha

#日替わり動画チャレンジ
#ゴキ帝2nd 










oh chenta ku  ~

Februari 28, 2018

GGT the 2nd

Akhirnya, hari yang di tunggu tercapai. Pemilihan seterus menentukan siapa yang akan dapat jadi anggota generasi pertama Gekijouban Gokigen Teikoku 2nd @ GGT2 ?? Hari ni dah terjawap dengan 4 orang terpilih dari baki 5 peserta akhir yang masih tinggal. 4-nin terdiri dari 0718, 1108, 1105, 1214. Nama stage diorang akan di bagitau masa terdekat ni bila GGT2 dah ada nama rasmi.





Kenyataan dari Ketua GGT



GGT Exam : GGT2 Exam


Taniah 4-nin GGT2!


Februari 18, 2018

Examination Number??


Sebelum ni di umumkan bahawa Gokigen akan ada sister group di bawah mereka sendiri, yang di bagi nama asas GGT2 atau Gekijou-ban Gokigen Teikoku 2nd Generation.Audisi telah di lakukan dah hasil nya 8 ahli telah di senarai akhir untuk interm terakhir sebelum betul2 debut sebagai GGT2..Pengumuman rasmi tentang kewujudan GGT2 menerusi twitter dan pembukaan twitter rasmi GGT2 sendiri pada Februari 16, 2018 dan di umumkan di pentas secara rasmi pada Februari 17, 2018. Pada saat akhir, seorang peserta akhir telah menarik diri atas alasan peribadi dan tinggal 7 orang yang terus melanjutkan interm akhir..diorang ni kana join semua event solo Gokigen dan juga akan join One-Man Live Gokigen tak lama lagi.buat masa ni diorang tak ada nama rasmi or nama idol yang ada cuma angka giliran peperiksaan sebagai merujuk kepada member..aku tak tau karakter masing2 macam mana so susah nak decide member mana berkenan..kalau ikut awal penelitian aku tertarik dengan 0716, 0718 & 1105..masih terlalu awal macam aku cakap..belum tentu diorang akan kekal dalam group ni semuanya..dengan kriteria gila untuk level Gokigen ni siapa rasa lepas untuk debut rasmi ke GGT2..kalau ikut rasmi jumlah member Gokigen dalam 4 atau 5 orang, atau mungkin 3 orang. Tak sabar gak nak tunggu budak2 ni muncul..hahaha







Gekijou-ban Gokigen Teikoku 2 @ GGT2 PROFILE

Kanji :  劇場版ゴキゲン帝国 2
Twitter :  @gokigen_teikoku (main group)
Twitter :  @ggt2nd (GGT2 group)
Tahun Aktif : February 16, 2018

Label : under own Gekijou-ban Gokigen Teikoku





GGT2 MEMBER


 0718
Twitter : @ggt2nd_0718

 1105
Twitter : @ggt2nd_1105

 1108
Twitter : @ggt2nd_1108


 0716
Twitter : @ggt2nd_0716
Nota : Terkeluar awalnya dan gagal dalam pemilihan masa sesi PR GGT di Samurai Shinjuku pada 27 Februari tapi di pilih masuk kembali untuk cabaran seterusnya.



Terkeluar dari Pemilihan Akhir

 0226
Twitter : @ggt2nd_0226
Sebab : umum keluar dari pemilihan lepas sejam dalam siaran langsung broadcast "Twitcast" dan alasan lain kerana masalah peribadi yang tak dapat di elakkan.
Tarikh Tersingkir : Februari 23, 2018



 0919
Twitter : @ggt2nd_0919
Sebab : Di singkir atas faktor gagal memenuhi kriteria dan dari pemilihan dari anggota utama Gokigen sendiri
Tarikh Tersingkir : Februari 21, 2018




 1214
Twitter : @ggt2nd_1214
Tarikh Tersingkir : Mac 12, 2018
Sebab : Di singkir atas faktor gagal memenuhi kriteria dan dan terakhir dalam cabaran.


Hari Pengenalan Februari 18, 2018







New Empire of Gokigen!!


Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "