Memaparkan catatan dengan label Bon Odori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bon Odori. Papar semua catatan

Julai 25, 2016

Obon in July ~

Yosh! Owhooo..sudah sampai masa Bon Odori 2016 berlangsung, tahun ni berlangsung serentak dengan Bon Odori Shah Alam so secara kesimpulan Bon Odori Shah Alam tak dapat join atas sebab serentak. Tahun ni Bon Odori buat dekat Eco Business Park, Kempas Lama..Atas kawasana hak milik Eco Setia..Tahun ni ramai member2 tak dpaat join, yang budak2 Southern Wota cuma aku, frei, ame..dan 2 member X-morfis, Bos & Mamad..Mamad secara rasmi di rekrut dalam clan Southern Wota since dia sekarang adalah penduduk Johor walaupun dia berasal dari Terengganu tapi atas sebab dia kerja dekat Johor..So aku cuma boleh bagi report secar ringkas dan kerepek apa yang aku ingat dan aku buat time Bon Odori semalam..



Antara Persembahan
- Bon Odori dance (Johor Ondo paling legend kat Johor, event Shah Alam pun tak ada) 4 sesi
- 3 Gaga show
- Albirex Niigata cheers
- Nosan Dance (tak tau main sebut je)
- Hanabi !!


Pagi bangun hantar orang pergi kerja, then ambik bos dekat Larkin Sentral..balik lepak borak sambung tidor..
Tengahari gi makan dengan bos, then pergi balik Larkin Sentral teman bos beli tiket balik..then balik siap2 pergi ambik frei then terus ke Eco Business Park dekat Kempas Lama..
Sampai parking jauh sikit..naik shuttle bas causeway tapi tak ada econ, panas weh..semua salah ame dame..
Masa tunggu bas, ada uncle india tanya ada apa depan tu, frei cakap ada event, uncle tu jawab "van?"..frei balas majlis..uncle tu tanya ada makan2 ke? frei cakap makan2 kena bayar, joget2 ada..ini lawak doh..
Register then dapat tagged masuk, nice sebab tag masuk pakai gelang getah / rubber band..sekali kipas..haha
Hari nak hujan so bawak payung elak hujan sebab langit gelap..
Lokasi memang selesa dan luas..
Frei beli Karaage tapi takleh lawan Karaage Family Mart..hahhaa
Frei cair dengan milf jepang, then cair dengan "Soyoka" dia..hahaha..
Bos kecewa sebab makcik2 menari kat atas pentas..
Mamad first time jumpa..kena racun..
Ame Dame, bas shuttle tak ada econ, ambik gambar guna Samsung S7 Edge orang tau level "dame" dia..
Abis Odori dance wajib minum air Oishi sebab masing2 penat round 4 lagu ulang dua kali..
Frei paling MVP sebab join 4 sesi Odori dance, aku join 3 je..yang 4 dah pancit..
Ame beli takoyaki beratur lebih 30minit..sumpah panjang beratur, sebab pernah nampak dari sebelum start Odori dance sampai abis Johor Ondo bergerak sikit..
Nak beli sekaton air tin Oishi tapi tak ada yang faberet, faberet Green Tea Lemon Honey sold out..
Aku dengan frei ajuk2 jerit "A.L.B.I.R.E.X.!!" haha, kakak2 dan makcik jepon senyum je tengok kitorang ajuk ALBIREX..sebab pernah pergi Natsu Matsuri kat Singapore, plus ALBIREX Niigata Cheers team ni asal Singapore..
Terfocus depan pentas tengok adik2 Albirex Niigata perform, padahal nak tengok sensei dia yang comel..hahaha
Tunggu lama gila dekat pentas nak tengok dan tunggu Albirex Niigata perform sebab tunggu 3 Gaga show abis, just tengok 3 Gaga Show time petang..Bos pening kitorang kat mana..
Nampak nopi and member, mula2 nari sama2 last2 dia hilang..frei cakap nopi tak ajak yrai datang..
Petang hujan kejap, Odori dance yang pertama tak abis sampai Johor Ondo..hujan kejap, nasib baik ada payung so stay je la sampai hujan reda..
Balik sampai kereta baru perasan payung tertinggal kat pentas time last photoshoot kat pentas..
Balik lepak mamak, tapi ame dame salah lokasi lepak, dia, wan botak, mamad lepak E&Y Adda Height, aku, frei, Bos lepa E&Y Taman Daya..
Balik frei join lepak rumah aku, racun bos pasal idol & TIF, sampai subuh tido..
Bangun hantar bos ke Larkin Sentral dan hantar frei balik..sampai rumah sambung tidor..


Bon Odori Johor Bahru 2016 : flickr





















Wasshoi! Wasshoi! Soran! Soran!

September 29, 2014

JB Bon Odori !! Johoru Taimu !!

Yosh! Baru je tadi aku pos pasal lagu baru Juice=Juice, so sekarang, sementara tengah rajin ni, aku nak update satu lagi blog aku dengan post yang baru je berlaku semalam. Apa lagi, semalam ada JB Bon Odori dekat Dataran Sutera Mall, JB. Baru je seminggu dekat KL/Shah Alam, so semalam dekat JB la pulak. Mula malas nak pergi tapi taknak hampa kan member2 SoW so pergi jugak. Mission SoW bermula lagi, Selama kami kat acara sana rasa kami je banyak buat kecoh dari masa Bon Odori Dance sampai abis. Memang agak happening lah dengan perangai gila2 kami. Sampai masa kami ambil2 gambar Imouto & Ototo (adik2) yang comel, ada Okasan (ibu) diorang tegur aku siap sebuat "aaah! Momoclo!" sebab aku pakai t shirt Momoiro Clover Z. Okasan2 muda ni muka happy gila ye lah aidoru national kot. Tak sangka ada rakyat Malaysia pun layan aidoru diorang minat. Siap suruh anak diorang ambik gambar buat pose tangan "Zetto" (Z). Padahal Imouto2 tu tak kenal pun Momoclo, Okasan2 je yang tau..Nub tak abis2 introduce aku mononofu dekat okasan tu, siot je..hahaha. 

Member2 SoW yang join, aku, Frei , Nub , Sim , Wan & Afiq. kami memang betul2 mengila semalam. haha. Sampai kan semalam lepas tamat sesi Bon Odori yang terakhir, ada satu Nihonjin (orang jepun) yang kepala gila2 macam kami siap cheering dengan kami. Abis Bon Odori biasa lah SoW akan cheering tanda greet day. Then Nihonjin ni pun join & say thanks sebab sama2 memeriahkan acara. Betapa respek dia pada bukan Nihonjin sebab kami join memeriah kan acara, walaupun bukan budaya kami. Kami sama2 cheering, sama2 cheering in around sambil sorak "Johoru!!"..memang cool gila.. sebelum kami berpisah, Nihonjin tu ucap Arigatou! Terima Kasih! Nakama! kat kami. Kami rasa time tu memang orang Johorean tengok geng2 kami memang pelik. Tapi apa kami nak kisah, janji kami have fun. Organizer pun gembira sebab makin ramai memeriahkan suasana. Lagi2 lokasi ni dekat dengan rumah aku, takut lah haters2 aku kang tak pasal2 jadi rival!!! ehhh!! takut denagn haters??? ceh, aku peduli apa..bak kata PakCik Termiji, minat masing2, janji tak susahkan orang sudah. Yezza!

Lepas abis Bon Odori, kami semua sambung Karaoke kat Ali Baba Gaint Tampoi. Memang gila sampai hilang suara kami, Masing2 bukak lagu Korea & Jepun. Lagu Melayu & English berapa lagu je. Memang happening tapi Afiq je tak join kami. So aku share gambar kat sini pun sikit je lah, lain sila layari flickr aku..hehe

JB Bon Odori : https://www.flickr.com/photos/faanzieckry/sets/72157647714431588/



 imouto

 imouto & ototo

 oka-san diorang minat Momoclo..kih3



 amoi2 yang sama2 gila malam tadi..haha





Yossha!!!


September 25, 2014

KL Bon Odori !!

Konichiwa minna!! Ogenki desu ka? watashi wa genki desu! haa, kelmarin aku dah pos entri pasal aku pergi Natsu Matsuri kat Temasek, so hari ni aku nak pos entri Natsu Matsuri or kat Tanah Melayu punya diorang gelar Bon Odori, walaupun acara di kata kan di Kolumpo tapi ia berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, kompleks milik orang2 Nippon Tanah Melayu..Acara berlangsung sabtu lepas, September 20,2014. So Southern Wota tetap hantar wakil, aku, Nubu & Frei selaku pioneer SoW. Haha.

Kami bergerak dari Joho ke Kolumpo naik bas sebab nak jimat & tengah bulan kot. Bergerak kami dari Joho ke Kolumpo dengan bas terakhir dan tiba di TBS sekitar 3 pagi, so sementara tunggu geng kami, Faris aka Boya Puchong mari, kami bermalam dan tidur di TBS sementara pagi menunggu kawan dari utara, Boey. Bila pagi menjelma & Boey tiba, lepak semetara tunggu Faris. Faris tiba dan bergerak menuju ke rumah beliau. Kami bermalam di teratak beliau. Syukur kami dapat berteduh. Hehe. Petang sikit kami bergerak ke Shah Alam, kami naik kereta Faris & Faris seperti biasa beliau raidaa. So aku yang rajin nak drive dalam kolumpo. Oh rindu gila nak drive kat Kolumpo dan dapat lepas gian drive kat Kulompo. Orang2 Kolumpo faham2 je la macam mana jalanraya anda. Hehe.

sorotan KL Bon Odori yang lain, bawah ni cuma sikit2 & kalau nak penuh sila ke link flickr den. Hehe

KL Bon Odori -  https://www.flickr.com/photos/faanzieckry/sets/72157647472191770/




 muehehehehe..budak liar SoW katakan..

 raining!!

 kawaii imouto!! adik angkat yang shomel..hehe




 Southern Wota feat Kolumpo Wota
Raja Aliff Va pun nak jugak!! haha


Aktiviti yang meriah walaupun keadaan hujan lebat bila petang dan nasib baik tak di batal. Dapat lah join menari Bon Odori. Dapat jumpa member2 lama yang lama tak jumpa, member2 fB yang tak pernah jumpa dapat jumpa macam Shida Mitsui, Boey dll. Aku dan Frei terasa sikit macam artis sebab kami pakai t shirt Momoclo (Momoiro Clover Z), so ramai Nihonjin tegur kami dan ada ambik gambar dengan kami. Hihihi. Aku pakai warna shirt momoclo Pink (Aarin), aku memang oshimen Aarin & Frei pakai warna Ungu (Reni) walaupun Reni cuma Oshihen Frei. hehe


hadiah dari Abe Faris @ Boya Puchong..kih3..
 hadiah dari Ain @ Kawaii-chan @ Sweet Imouto (pict atas & bawah ni)

So, ini antara hadiah aku dapat masa join Bon Odori, dapat PB Morning Musume Alo Hello 2012 dari abe Faris, T shirt Jakarta & Keychain Gajah (dari batu gunung berapi katanya) dari Imouto kesayangan aku, Ain @ Kawaii-chan! rindu siot kat Ain & lama tak jumpa dia makin comel rasa nak picit2 je tapi sebab ramai orang. Dapat jumpa kejap je tapi berbaloi dan happy sangat. Hehe

Oklah sampai sini je lah coretan aku sebab aku nak tidur dah. Lain kali aku tulis lagi, Oh ye, Sabtu ni pun ada Bon Odori kat Joho, so after kerja comfirm aku terus gerak Sutera Mall. Hehe. Ja Ne~



Bod Odori! Sore! Sore!

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "