Memaparkan catatan dengan label gunpla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gunpla. Papar semua catatan

September 19, 2016

Gunpla Expo @ JOHOR


Yosh!! Fuhh, agak lama jugak seh tak join mana2 event Gunpla dekat Johor or Kuala Lumpur..sejak sibuk layan aidoru, kerja dan kurang masa nak layan gunpla (gundam plastic builder) ni..so hari sabtu tadi tergerak nak pergi join buat sekian lama..hahaha



September 17,2016
Saja2 terjah City Square JB, dah alang2 teman member aku cari barang dekat CS dan aku pun baru abis photohunting dan photosession dengan member aku, so singgah lah..lagi dslr aku pun ada dekat aku so aku boleh photohunting model2 gunpla milik peserta GBWC JOHOR (GBWC - Gundam Builder World Cup). Banyak juga lah yang nice tapi mostly cuma focus pada dio tapi kurang pada gunpla dan ada focus pada painting semata2..tak banyak yang custom made or modification mode..ada tu ada tapi masih belum nampak betul2 BOOM!! nak tengok or mampu wakil negara..tapi tak tahulah juri macam mana..tapi bagi aku walaupun tak ada yang terlalu BOOM!! tapi kualiti yang masuk tetap bagus dan menarik untuk di lihat..boleh banyak di perbaiki dan mencantik kan lagi seni gunpla masing2..

Sambil pusing2 tengok galeri display peserta, display host, dan market..sempat jugak lah layan pertandingan "speed build", nak masuk tapi malas..hahaha..sebab lama tak kopek runner..lagi pun nak focus dekat photo hunting..so tak lama just dua jam then member ajak balik..so esoknya cadang pergi tapi kali ni dengan member wota dan member office-mate lama..






September 18,2016
Plan buat last minit malam lepas balik dari event..Suhaimi, member office-mate lama ajak lepak Gundam Expo lepas dia whatssup aku then sebelum ni ada janji dengan member wota aku, Sim, dia pun nak pergi tapi sabtu dia ada jemputan kahwin so tak dapat join..so semua meet up rumah aku dulu then baru gerak sama2..sebelum sampai lunch dulu bro..takut lama je dekat Expo rambang mata..haha

Sampai2 dapat tempat parking gerak lift betul dapat depan parking then naik level 1 betul dapat depan Expo..hahaha..so aku, Sim, Suhaimi usha dulu galeri tengok gundam2 sambil bincang pasal gundam sikit sebanyak, model dan detail..walaupun level kitorang cuma boleh talk tapi tak mampu nak expert explaination tapi just fun talk..haha..lepas tu lepak market..wala sesi meracun bermula..pusing 5-6kali padahal Expo kecik je dalam 6 rak je..hahaha..

Sim mula2 nak beli kan untuk Tempe dan Wairai je, belikan Petitg'guy kaler hijau special expo, tapi dengan dia sekali teracun beli dua model HG Barbatos dengan HG Tryon 3..Suhaimi teracun beli HG Barbatos & Long Distance Transport Booster..aku? takde duit so diam je lah..hahaha

Lepas bayar, saja isi borang survey sebelah kaunter..lepas isi, dapat lah gift free..Gundam Expo lanyard dengan Touch n Go sticker..dekat 2jam lebih dekat expo sungguh tak terasa langsung 2 jam..hahaha..jadi lah..balik lepak dekat Goreng Pisang Mawar depan Indoor Stadium JDT..sambung bincang pasal gundam, pokemon..LeL..lepas tu balik lah..sebab cuaca agak panas..

Ok sampai sini report aku, eh nukilan aku pasal lepak santai gunpla expo..nak ajak gang gunpla Johor mostly yang aku kenal semua dah bersara, dah slow down..ada yang baru tak kenal seh..plus aku anti sosial sikit..hahahaha..ok lain kali sambung borak ea..
















Set Your Gunpla!!

Oktober 02, 2013

Gundam & Temasek..demi GUNDAMGIRL katanya~

Ohayou gozaimasu! Selamat Pagi! Owhoo..pertama kali aku online & update blog aku pagi2, sebab aku tak kerja. Alasan? Kaki aku bengkak daa..susah nak bergerak. Dah macam apa nak berjalan. Ni ada masa aku nak update blog aku yang entah apa2 entah. Haha. Aku kali ni nak cerita tentang cerita sabtu lepas. Apa yang berlaku? tiada apa yang berlaku. Haha. Tak adalah, sabtu lepas aku dengan seorang kawan sehobi turun Temasek (Singapura laa) sebab ada Gunpla Singapore Expo 2013. Wajib pergi sebab dah dekat dengan aku dan aku tak turun KL minggu depan untuk Gunpla Malaysia Expo 2013 sebab dah koyak habis dompet aku

~Gunpla Singapore Expo 2013~

Dari JB ke Serangoon ~
Expo ni berlangsung dekat 2 minggu tapi cuma hari Sabtu & Ahad je acara ni. Aku & member aku, Chandra buat keputusan pergi hari Sabtu, takut Ahad hari sibuk orang nak masuk ke Temasek. Tapi memang perjalan kami ke sana agak lancar dan kami pun masing2 dah lama tak masuk Temasek ni, agak kekok jugak nak ke sana ke mari. Kami pergi naik public transport bagi senangkan perjalanan kami. Nak naik kereta comfirm payah & jalan jammed nak masuk Temasek. Naik bas dari JB Sentral turun ke MRT Kranji, naik MRT dari Kranji terus ke Serangoon. Cuma bertukar satu MRT di Bishun tak silap aku.

 JB Sentral, Johor Bahru
 Peta MRT Kranji~Cari2 lokasi & hala tuju
Tiba di destinasi MRT Serangoon, betul bawah Nex Mall Serangoon~

Gunpla & GundamGirl Terpisah Tiada~
Bila sampai ke destinasi berpusing-pusing cari tempat Expo, tapi last2 jumpa jugak kat tingkat atas Nex Mall. Tu pun kena tanya bahagian pertanyaan. Sampai2 boleh tahan expo dia kali ni cuma tak sebesar yang di harapkan & aku cuma harap dapat jumpa Kawaguchi-sensei, pakar gunpla dari jepun. Pusing2 satu expo, ambik gambar model2 kit & model2 kit yang masuk bertanding. Tak lepaskan peluang jugak ambik gambar model GUNDAMGIRL tu yang penting. Haha. Tengok lain2 semua pakai kamera canggih2, DSLR la, aku & chandra selamba pakai Kamera Poket je. Sampai habis full memori aku guna. Aku kalau dah sibuk pusing2 ambik gambar memang entah mana2 aku pergi sampai terpisah dengan Chandra. Rilex la kitorang lelaki apa, lagi pun expo tak besar. Takkan hilang punya. Haha

 GUNDAM GIRL yang aku adore :p
 Gunpla Singapore Expo Entrance

 RX-78 siries
   RX-78-3 version 3.0 (idaman kalbu)
  Gundam Breaker Game
   Endless Waltz Series
   00 Series
 Main Heroes 
 Karya2 Peserta





GUNDAM GIRL  
  GUNDAM GIRL
  GUNDAM GIRL


Kawaguchi-Sensei~
Tak lama yang di tunggu2 tiba. Kawaguchi-sensei!! Apa lagi, mintak autograph & bergambar la. Tapi lucu tu pun chandra panggil dan cari aku sebab aku dah hilang mana entah. Dia dah awal2 ambik gambar tinggal aku je belum. Dia takut Kawaguchi hilang. Haha. Tapi Kawaguchi-sensei memang sporting dan cool je bila jumpa. Dapat berbual sikit je sebab English Sensei tak berapa bagus sangat. Tapi chandra rilex je berbual maklumlah orang pandai cakap jepang. Haha

tanda tangan Kawaguchi-sensei maa~
Kawaguchi-sensei & Aku
Kawaguchi-sensei & Chandra 
  Kawaguchi-sensei & GUNDAM GIRLS
  Jumpa Lagi Gunpla Expo, dari Chandra
  Jumpa Lagi Gunpla Expo dari aku 
jadual aktivi 4 hari expo

Merlion & Marina Bay~
Habis balik dari Gunpla Expo, Chandra ajak tengok jalan2 ke Sentosa & Marina Bay. Dia kata nanti parent dia nak datang Malaysia & nak turun Singapura jalan2. Ikutkan je lagi pun masih awal. Kami ambik MRT dari Serangoon terus ke Raffles Road. Nak pergi Marina Bay. Kalau nak ke Sentosa kang tak balik2 jugak. Haha. Last2 kami lepak di depan Merlion di Marina Bay. Bergambar bak pelancong luar negara. Eh kami memang dari luar negara pun, aku dari Malaysia, Chandra dari Indonesia. Hahaha. Ramai jugak orang di Merlion rata2 pelancong dari Malaysia ada, Indonesia ramai, Thailand, Korea & Japan pun aku tengok ada jugak. Biarkan diorang. Janji berjimba2 dan lepak sementara balik ke Johor. Dekat jam 7 baru kitorang berangkat balik ke Johor. Dan selamat sampai ke Johor & rumah dekat2 pukul 9 malam jugak. Memang lepak dan penat tapi puas hati. Hehe











Kembara Temasek Tamat~
Seharian di Temasek & lepak jenjalan dengan otai Chandra memang membuat aku gembira sangat. Dah lama rasa nya tak short journey macam ni. Walaupun sekejap tapi berbaloi. Oklah, sampai sini coretan aku hari ni. Lain kali kalau ada entri menarik aku kongsi kan kat semua ok. Bye Bye. Ja Mata :p



Gunpla & GundamGirl terpisah tiada~

Verily, this vichyssoise of verbiage veers most verbose, so let me simply add that it's my very good honor to meet you and you may call me

" F "